Friday, May 6, 2011

Ladang Rakyat Alat Memperbodohkan Orang Kelantan?


Kod Akses (laporan EIA) kepada syarikat2 yang terlibat dengan projek Ladang Rakyat Kelantan

Di petik dari pisau.net


"Sebenarnya perkataan "Rakyat" ini adalah hanya untuk mengelabui mata masyarakat yang mereka berjiwa rakyat. Hakikatnya mereka mempergunakan perkataan"Rakyat" ini untuk kepentingan mereka dan kroni2 mereka sahaja.

Maklumat tentang ladang rakyat di negeri Kelantan.

Prospectus klik SINI projek grower scheme yang melibatkan kawasan seluas lebih 11,000 ekar dan laporan EIA merujuk kepada perkara ini. Syarikat yang terlibat sebenarnya banyak merangkumi kontraktor, sub-contractor dan beberapa syarikat proksi yang boleh dikaitkan terlibat dalam projek ladang rakyat yang bukan syarikat bumiputra malah bukan syarikat asal dari negeri Kelantan.

Syarikat utama yang menguruskan adalah Golden Palm Growers Bhd (dahulunya SPC Sawit Sdn Bhd) terletak di tingkat 25 menara UOA Bangsar Kuala Lumpur.

Mana2 individu/penduduk orang kampung yang menghuni dalam kawasan seluas lebih 11,000 ekar ini akan terlibat dan diusir bagi menbolehkan projek kelapa sawit. Syer hanya akan diberikan kepada kroni politik kerajaan Kelantan tetapi tidak kepada rakyat. Plot adalah dijual sebagai pelaburan dengan harga RM8,000 setiap plot berkeluasan suku ekar.

Setakat ini siapakah yang mampu membeli plot grower ini?...agak pasti 99% adalah orang luar drp Kelantan dan bukan bumiputra. (mungkin boleh diaudit).
 Hakikatnya "Projek Ladang Rakyat" ini adalah satu bentuk "PENIPUAN" kerajaan Islam PAS Kelantan kepada rakyat Malaysia.

Mamat


Double Y : Dah lama dah tau....

1 comment:

  1. Double Y...

    aku setuju jika Ladang Rakyat telah dibuktikan adalah satu projek jelas dilihat terdapat unsur penipuan dan membodohkan orang kelantan tapi hang jangan lupa kondemkan sekali emel satu Malaysia yang mana satu lagi projek yang menbodoh, menipu dan membangangkan rakyat. Jangan tal ulas isu itu.. 15 juta dibayar kepada syarikat entah apa-apa.. banyak tu oooo..

    dari

    Apa pun tak boleh..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-