Tuesday, April 19, 2011

Taib Mahmud Jaga Sarawak Lebih Bagus Dari Nik Aziz Jaga Kelantan - Part 1

Salah satu masjid di Kg. Belawai

Alhamdullilah semalam saya bersama pasukan UMB yang berpusat di Sibu selamat mendarat di LCCT jam 11.00 malam. Setelah 20 hari berkampung di Sarawak.

Sepanjang 20 hari di Sarawak banyak pengalaman yang saya terima memandangkan ini adalah Pilihanraya pertama yang saya sertai. Terima kasih kepada Unit Media Baru yang dipengerusikan Tun Faisal Ismail Aziz kerana memberi peluang untuk blogger macam saya membuat liputan sepanjang berlangsungnya Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke - 10.


Apartment di Kg. Belawai
Ramai beranggapan bahawa Sarawak mundur dan banyak penduduknya dalam keadaan daif. Saya sendiri pun sebelum menjejakkan kaki ke sana berfikiran begitu. Namun setelah 20 hari di sana dan lebih 30 perkampungan pendalaman saya jelajahi anggapan saya pada Sarawak ternyata salah sama sekali.

Sebagaimana saya catatkan dalam artikel-artikel saya sebelum ini.

Dari pembangunan di Sarawak saya melihat semuanya dalam keadaan amat baik. Banyak bangunan-bangunan besar dibangunkan sepanjang pemerintahan BN di sana di bawah Pehin Sri Taib Mahmud.


Masjid Baru Kg. Belawai - Bukti Islam Berkembang Dengan Baik di Bawah BN
Dari bandar Kuching sehinggalah ke pekan-pekan kecil di pendalaman, semuanya bagi saya dalam keadaan yang memuaskan. Jadi anggapan ramai pihak bahawa Sarawak selalu tercicir dari arus kemodenan dan selalu dianak-tirikan oleh kerajaan adalah salah.



Noble Mermaid - Pusat Pegumpulan Ikan Tanjong Manis


Sebagai contoh di tengah-tengah bandar Kuching, ekonomi penduduknya berkembang dalam keadaan baik. Ini dapat dilihat daripada kesibukkan arus trafik jalanrayanya yang sentiasa sibuk dengan kenderaan lalu-lalang. Dan kadangkala kesesakan lalulintas di bandar Kuching seolah-olah sama dengan bandar Kuala Lumpur.

Selain itu keadaan di Pekan kecil di kawasan pendalaman juga dibangunkan dengan baik, contoh di di Pekan Daro yang saya kunjungi banyak bangunan-bangunan moden tersergam indah di sana. Keadaan pasar basah yang menjadi tumpuan penduduk setempat juga dalam keadaan selesa malah tandasnya lebih bersih dari tandas masjid di Kelantan.



Masjid di Kg. Semop Sentiasa di penuhi jemaah mengikut Siak yang saya temubual.
 Bila melihat sendiri dengan mata kepala saya keadaan di Sarawak, saya berani katakan bahawa Pehin Sri Taib Mahmud memang cukup bijak mentadbir sebuah negeri yang besarnya dua kali ganda daripada semenanjung. Berbeza dengan diktator tua Nik Aziz yang mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun pembangunan di Kelantan boleh dikatakan perlahan sepanjang pemerintahannya di sana.


Antara rumah penduduk Kg. Semop
Saya lahir dan besar di Kelantan jadi saya berani katakan bahawa BN lebih bijak mentadbir sesebuah negeri. Baik dari sudut ekonomi dan juga kebajikan kepada rakyat-rakyatnya.




Saya masih ingat ketika di Kg. Semop yang merupakan salah sebuah perkampungan pendalaman, saya sempat berbual-bual dengan penduduk dan cuba mencari orang yang miskin tegar. Yakni orang miskin yang makan dan pakainya tidak cukup.

Namun pencarian saya hampa. Boleh dikatakan dari kalangan mereka walaupun bekerja sebagai nelayan makan pakai mereka cukup dan tidak ada satu keluarga pun yang kebuluran.


Penduduk pendalaman mendakwa mereka dalam keadaan baik sepanjang pemerintahan BN. Tiada yang tinggal dalam kandang lembu macam di Kelantan.
Saya juga sempat menyinggah serta meninjau keadaan dalam rumah. Saya terkejut dalam rumah mereka dilengkapi astro dan juga talian internet. Ini membuktikan bahawa penduduk pendalaman Sarawak juga menerima setiap maklumat terkini dan mereka juga pandai menggunakan akses internet.


Rumah penduduk Kg. Belawai besarnya..
Malah di perkampungan ini juga sumber air kerajaan turut dibekalkan berbeza dengan Kelantan jika penduduk pendalaman. Jangan mimpi hendak mengharapkan bekalan air kerajaan, malah ada yang masih menggunakan bekalan air daripada telaga sebagaimana rumah abang ipar saya di Pulau Kundur - Pantai Cahaya Bulan.


Jambatan menghubung rumah-rumah penduduk dalam keadaan baik.
 Dari sini kita dapat membuat satu penilaian. Bahawa yang terbaik untuk rakyat dan sentiasa memahami keperluan serta kehendak rakyat hanyalah Kerajaan Barisan Nasional.

Bersambung..

1 comment:

  1. Saya rasa ada beberapa perkara yg silap di Sini contohnya masjid. Masjid yg baru ITU bkn masjid kg belawai. ITU msjid kg. Rajang. Kena betulkan sebab taknak JD fitnah. Awk org Kelantan tak kan awk tak tau Kelantan tak dpt royalti minyak. Malas nak ckp byk. Byk lg tmpt di Sarawak awk tak pegi.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-