Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan diumumkan esok, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata pengumuman itu akan dibuat pada jam 3 petang di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) di Kuching.
"Saya akan mengadakan mesyuarat pagi esok. Pengumuman (calon) pada pukul 3 petang," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Program Sejiwa Senada Kerajaan Bersama Rakyat
peringkat Bandaraya Kuching Utara di Perkarangan Sukma Ria, Petrajaya dekat Kuching hari ini.
Turut hadir pada majlis itu adalah isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Al-Kurdi dan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar negeri Datuk Amar Abang Johari Openg.
Semalam, Taib mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN pusat Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, dipercayai untuk menyerahkan senarai nama calon BN bagi pilihan raya negeri.
Pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan pada 16 April ini dengan penamaan calon pada 6 April melibatkan 71 kerusi Dewan Undangan Negeri. -malaysiakini-
Double Y : Bermula esok blog Double Y akan melaporkan secara langsung setiap perkembangan Pilihanraya Sarawak secara terus dan terkini dari Sarawak sepanjang berlangsungnya Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke-10. Jom Berjuang untuk Sarawak!!
InsyaAllah...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-