Thursday, April 14, 2011

PRN Sarawak : PKR Edar Risalah Fitnah di Rumah Panjang!


Semalam ketika mengikuti gerak gempur Pemuda BN di rumah panjang, saya terlihat seorang pemuda memegang risalah yang di edarkan oleh PKR di sekitar rumah-rumah panjang.



Risalah tersebut 100% menggunakan bahasa Iban, saya bertanyakan kepada pemuda terbabit apa yang ditulis dalam risalah tersebut. Katanya risalah tersebut melaporkan kekayaan Taib Mahmud selain diselitkan gambar-gambar super-impose yang dicedok dari internet.



Nampaknya PKR tidak berupaya untuk melawan BN dengan fakta-fakta yang kita kemukakan dalam manifesto. Mereka terpaksa mencetak risalah jahat bertujuan untuk menyebarkan propaganda mereka kepada penghuni-penghuni rumah panjang.


PKR nampaknya benar-benar terdesak memandangkan setiap siri ceramah mereka di rumah panjang langsung tidak mendapat sambutan. Jadi mereka terpaksa mencedok maklumat-maklumat fitnah yang disediakan oleh Radio Free Sarawak untuk dijadikan peluru menyerang BN.

Di sebabkan mereka menggunakan taktik kotor, saya sebagai blogger yang tiada etika dalam menyebarkan maklumat turut menggunakan taktik kotor.

Apa saya buat? Saya tunjukkan antara paparan video seks Anwar Ibrahim kepada pemuda yang memegang risalah ini. Saya tanya kepadanya siapa lelaki dalam video terbabit.

Katanya dia cukup kenal dengan kelibat lelaki terbabit. Dan ayat yang keluar dari mulunya adalah " Boss PKR pembulak! Boss PKR Pembulak!" berkali-kali beliau menjerit perkataan itu sehingga menarik perhatian orang sekeliling kami ketika itu.



Double Y : Hehehehe.. sebar risalah fitnah.. aku sebar skrin shot video seks boss korang ok tak PKR? 

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-