Tuesday, April 5, 2011

PRN Sarawak : Penghinaan Besar Terhadap Bangsa Dayak Oleh Parti Lanun.



ORANG SARAWAK, JANGAN MUDAH LUPA dengan kata-kata President PAS bila parti pembangkang kalah di pilihanraya kecil Batang Ai tahun 2010. 

Ini kata-kata beliau….

 “Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS.”
  
Ini adalah komen dari seseorang yang dikatakan ahli ulamak dan ketua sebuah parti islam di Malaysia. 

Patutkah orang yang dikatakan “beriman” dan ketua sebuah parti membuat kenyataan seperti ini?
 
Memanggil kaum Dayak “pakai cawat lagi” menunjukkan bahawa beliau tidak sensitif dengan kaum-kaum pribumi di Sarawak.  

Bukan sahaja dia secara sinis mengatakan bahawa kaum pribumi di Sarawak bodoh dan tidak berakal kerana tidak mengundi parti pembangkang, kenyataan tersebut juga mengena kepada penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang sendiri di Sarawak terutama nya parti SNAP dan Parti Keadilan Rakyat yang sebilang besar nya dari kaum yang dimaksudkan President ini.
 
Persepsi seperti ini menunjukkan bahawa beliau atau parti pembangkang lain tidak layak menerajui negeri Sarawak yang merangkumi berbilang kaum yang selama ini hidup dengan aman damai, walaupun berlainan pendapat politik.
 
Kenyataan ini boleh memecahbelah dan menimbulkan sentimen perkauman dikalangan rakyat disini. 
 

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-