Sepanjang 10 hari saya berada di Sarawak dan lebih 30 Dun di kawasan pendalaman yang saya melakukan tinjuan. Ada beberapa perkara yang menimbulkan persoalan dalam fikiran saya.
Antara yang kuat bermain di fikiran saya adalah mengenai perihal parti rasis komunis DAP. Sepanjang menjelajah 30 buah perkampungan pendalaman, saya perhatikan bahawa tiada sebarang usaha DAP untuk membela penduduk pendalaman Sarawak.
Perkara ini saya katakan bukan atas dasar banyaknya bendera BN dan tiadanya bendera DAP di kawasan pendalaman Sarawak. Namun saya berani katakan perkara ini adalah bersandarkan kepada borak-borak saya dengan beberapa penduduk pendalaman yang saya temui.
Berdasarkan maklumat daripada penduduk setempat, mereka memaklumkan kepada saya bahawa DAP tidak langsung mengambil peduli akan nasib mereka di kawasan pendalaman. DAP hanya fokus kepada penduduk berbangsa cina di kawasan bandar yang sudah hidup senang-lenang.
Ini membuktikan bahawa parti rasis chauvanist DAP tidak pernah memikirkan akan nasib penduduk pendalaman sebab apa?
Sebab penduduk pendalaman Sarawak kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada berbagai-bagai etnik dan amat jarang sekali kaum berbangsa cina mendiami pendalaman Sarawak. DAP tidak peduli nasib kaum melanau, dayak, iban dan sebagainya.
Lihat sahajalah, pernahkah Lim Kit Siang, Karpal Singh mahupun Weng Hong Leng sendiri meninjau keadaan penduduk di pendalaman Sarawak?
Tidak tuan-puan, mereka tidak pernah meninjau pun, sebab itu mereka terlalu bodoh mengatakan bahawa penduduk pendalaman Sarawak semuanya miskin dan daif. Saya tidak katakan semua penduduk pendalaman di Sarawak itu kaya-raya. Namun dari pemerhatian saya di 30 perkampungan pendalaman Sarawak. Apa yang saya boleh katakan keadaan mereka adalah baik.
Rumah-rumah penduduk pendalaman ada yang dilengkapi dengan kemudahan Astro malah saya masih ingat di Kg. Semop ketika melawat sebuah rumah penduduk di sana, dari luarnya kelihatan tidak selesa untuk dihuni, namun bila menjenguk suasana dalam rumah tersebut. Ianya dilengkapi dengan kemudahan teater rumah yang menggunakan TV LCD 42 inci.
DAP hanya fokus kepada satu kaum, iaitu kaumnya sendiri. Hidup mati serta kemudahan kaum-kaum lain boleh dikatakan tiada dalam kamus perjuangan DAP.
Sebab itulah rakyat Sarawak perlu menolak DAP. Kerana parti ini dari dulu sehingga sekarang terbukti betapa rasisnya mereka.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-