Tuesday, April 5, 2011

PRN Sarawak : DAP Ingkar Arahan SPR - Poster di Gantung di Sekitar Sibu.

Poster di hadapan Hotel Paramount.


Ringkasan dari Sibu...

DAP mula bertindak liar apabila telah pun memasang bendera dan poster-poster di sekitar Sibu. Ketika saya tiba di bandar Sibu petang tadi kelihatan poster-poster ini telah pun dipasang di beberapa jalan utama sekitar bandar Sibu.

Antara lokasi yang sempat saya rakamkan tadi adalah di hadapan Hotel Paramount.

Ini membuktikan bahawa parti lanun DAP bertindak luar batasan dengan melakukan kempen sebelum selesai hari penamaan calon. Mengikut peraturan-peraturan khas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Seperti yang dinyatakan dalam peraturan khas berkempen, sebarang kempen hanya boleh dilakukan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Mengikut laporan yang baru diterima bukan sahaja DAP bertindak liar di sekitar bandar Sibu. Malah kejadian menggantung poster sebelum hari yang dibenarkan turut dilaporkan di Pandungan dan Simpang Tiga.

Apa yang mengejutkan parti yang bertindak melaporkan kepada Polis adalah daripada Pakatan mereka sendiri iaitu parti PKR dan saya difahamkan juga SUPP juga bertindak membuat laporan yang sama.


Double Y : DAP cuba bawa cara kempen ala-ala di Semenanjung nampaknya. 

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-