Thursday, April 28, 2011

Polis Buru Blogger Yang Bertanggungjawab Muat-Naik Video Seks Part II.


Isu video seks melibatkan pemimpin pembangkang nampaknya semakin hangat dan panas diperkatakan oleh rakyat Malaysia.

Memetik laporan star online, pihak polis kini sedang memburu blogger yang bertanggungjawab memuat-naik video seks part II yang tersebar semalam.

Bahagian kedua video seks yang berdurasi 1 minit 47 saat semalam menggemparkan dunia politik dan turut disiarkan di slot Buletin Utama TV3.

Namun menurut Datuk Khalid Abu Bakar untuk video bahagian kedua yang disebarkan semalam pihak polis masih tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak, namun pihaknya sudah pun menyiasat kes berkenaan.

Bila ditanya mengenai kenapa Anwar Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan kali kedua, beliau memaklumkan bahawa ianya adalah prosedur biasa dalam penyiasatan polis.

Nampaknya ramai blogger-blogger kita mungkin akan dipanggil untuk memberi keterangan.




Double Y : Berani kerana benar, takut kerana salah...Kaw-kaw otai blogger balun PR sekarang.. hehehehe... 

5 comments:

  1. senang-senang, benarkan saje video tu ditayangkan kepada umum...bahis cerita..

    ni bukan untuk aibkan orang, tapi kebenaran yang semua orang tunggu...kata alim tahap gaban...tak buat maksiat...haram tolak tepi, halal je dipegang...

    dah jadi fitrah manusia, kalau itu yang ditegah, makin kuatlah kita nak buat..

    jadi bila dah tersebar kat alam maya, kalau video tu pimpinan BN, aku rasa juak PAKATAN lagi ligat upload dan sebarkan...

    cuma bezanya, kena dengan "ANU" sendiri, begitulah senario juak PAKATAN...

    RAKYAT NAK TAU KEBENARAN...

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan anda hanizam.. dulu cabar suruh upload youtube biar rakyat menilai.. bila di upload.. melompat tak tentu pasal..

    kecut agaknya.. hehehe

    ReplyDelete
  3. mane boleh tayang kt umum.. kite ni dok dlm negare islam.. HARAM hukumnye dlm ISLAM MELIHAT Maksiat.. even utk kebenaran skalipun TITIK!! klu dorg nk buat mende jahat/haram skalipun.. kite jgn la ikot dgn menonton vidoe tu... syok je malaikat mungkar kat sebelah kiri kite nak tulis ape yang kite buat.. takkan kite pun nak jadi cam dorg?? bende yang ditegah itulah yang kite nak buat?? macam tu??

    byk lagi care lain yang bole digunakan untuk membuktikan kebenaran.. ingat kite TETAP beragama ISLAM.. JANGAN LANGGAR HUKUM SEMATE-MATE untuk nak mencari kebenaran... HARAM TETAP HARAM..

    ape daaa....!!!

    ReplyDelete
  4. Syuzi,

    Aku seperti insan insan lain yang naluri ingin tau nya sangat kuat

    Tapi dua tiga saat aku nontonnya, aku dah rasa geli geleman lalu aku tutup je ...

    takut trauma ...

    Pada aku pandangan Syuzi itu betul, tapi bila kenang perangai menate seko tu, tu yang buat banyak blogger dan orang ramai nak tau sangat ,,, kalau si Anu sekeluarga ni ada maruah, buat sumpah aje lah anak beranak, selesai masalah... jangan kotorkan Islam dengan pakaian dan penampilan kamu wahai Anu n keluarga

    ReplyDelete
  5. oopppsss!!! MY MISTAKE!! bukan malaikat mungkar..itu yg menyoal dlm kubur.. hehe.. yg btolnye malaikat a'tib & ratib.. hehe sory (100x) :P

    WHITEORANGE -->> THANKS A LOT... (^^,)

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-