Tuesday, April 26, 2011

Orang Cina Tidak Sokong 1Malaysia?

Oleh : Razman - Kritis Online.

21 April 2011 - Adakah Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib masih tidak faham bahawa rakyat Cina tidak percaya pada konsep 1Malaysia ?

Mereka sudah di suap dengan teori Malaysian Malaysia sejak sebelum insiden 31 Mei 1969 lagi oleh Parti DAP dan Barisan Nasional tidak pernah cuba melawan atau menguasai minda rakyat Cina sebelum ini.

Malaysian Malaysia pada mata rakyat Cina memberi status sama rata dengan semua bangsa di Malaysia terutama nya bangsa Melayu dan Bumiputera. Ia memberi mereka perasaan bukan kesaksamaan tetapi sama rata yang telah diperjuangkan DAP dari dulu lagi.

Adakah rakyat Cina lebih tahu tentang toleransi dan tanggungjawab membawa kestabilan dalam negara, atau lebih kepada kepuasan nafsu sendiri untuk sama rata dan tidak peduli apa akan jadi selepas itu.

Dalam "twitter" ramai daripada rakyat yang mengikut DAP melaung bahawa mereka boleh jadi Pemimpin Nombor Satu negara Malaysia dan laku adil kepada semua bangsa yang lain. Bila ditanya adakah mereka percaya bahawa minoriti yang memimpin majoriti akan berjaya, mereka tanya kenapa tidak boleh ?

Bila diberi contoh seperti di Afrika Selatan bila negara itu dipimpin kaum putih dan 'Apartied' dipraktikkan tetapi akhirnya gagal dan dipimpin kembali oleh bangsa majoriti Zulu Afrika, rakyat yang menyokong DAP memberi alasan bahawa sekarang adalah zaman lebih moden dari itu, dan tidak akan beri apa-apa kesan negatif kepada Malaysia.

Contoh demi contoh diberi untuk puaskan dahaga mereka supaya diberi kepercayaan oleh rakyat untuk beri mereka tapuk Pemerintahan. Mereka tidak akan terima 'TIDAK' sebagai jawapan. Adakah rakyat Malaysia dan sistem Kerajaan nya akan memberi keluasan untuk perkara seperti ini jadi. Lihat sekarang senario di Negeri Sarawak.

Walaupun rakyat Cina di Sarawak daripada bangsa migran dan bukan seperti di Semenanjung di mana Cina di bawa, masih menyokong ideologi Malaysian Malaysia dan memberi sokongan penuh kepada DAP dalam Pilihan raya Negeri baru- baru ini. Sejak bila kaum Fu Chow dari Sarawak menerima arahan dari bangsa Cina di Semenanjung?

Sejak bila mereka rela di perintah dari Semenanjung dan bukan dari bumi nya sendiri ? Amat pelik tetapi sudah jadi kenyataan, dan kedua dua belah Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang tahu risiko dan ganjaran perkara ini yang sudah jadi.

Pilihan raya Umum (PRU) akan tiba pada bila-bila masa lagi, dan dikhuatiri bahawa Barisan Nasional mungkin dapat menang balik negeri yang kalah pada PRU 2008, tetapi kalah di kerusi Parlimen dan hilang Putrajaya sekali gus hilang kuasa Pemerintah dan semua jentera Kerajaan Pusat.

Adakah ini membimbangkan atau memang sudah dijangka akan jadi ? Walaupun Pakatan Pembangkang sudah masuk ke tahun yang ketiga, adakah mereka benar-benar ada kredibiliti untuk memerintah sebagai minoriti kepada bangsa Majoriti/Bumiputera ?

1Malaysia yang di ilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia tidak dinafikan sudah hilang sokongan dari satu bangsa sahaja iaitu rakyat Cina. Mereka walaupun yang menguasai ekonomi, sekarang dalam perjalanan untuk menguasai Kerajaan Pusat dan Kuasa.

Ramai yang lupa bahawa moyang mereka yang kerja susah-susah untuk mendapatkan kerakyatan sekarang. Ramai yang menikmati kesaksamaan masih tidak mahu menerima dan memaksa untuk kesamarataan.

Perdana Menteri diharap meneruskan dengan 1Malaysia tetapi lebih mendekati rakyat, dan menolak mereka yang membawa masalah supaya rakyat Cina sedar bahawa anda adalah Pemimpin semua, bukan sahaja satu bangsa.

Perdana Menteri diharap cukup sudah dengar mereka yang bertuankan duit, dan lebih kepada mereka yang berjuang demi Agama Bangsa dan Negara. Ramai yang tanya, ada ke lagi ? Jawapan saya adalah cari dan anda akan jumpa.

Bukan susah pun. 1Malaysia adalah satu konsep yang cukup baik untuk menyatukan semua bangsa tetapi halangan demi halangan dari mereka yang sepatutnya dari rakan seperjuangan menjadi contoh bahawa kalau perosak tidak di tolak, konsep yang cukup baik akan di jangkiti barah yang menjangkiti UMNO dulu.

1Malaysia tidak akan ke mana dan yang akan rugi adalah mereka yang akan dewasa dalam 5 tahun nanti. Rakyat Cina pentingkan dua perkara, Health and Wealth.

Kalau mana-mana daripada dua perkara ini digugat, undi mereka akan ke tempat lain. Renungkan sebelum terlambat.


Double Y : Ada benarnya juga apa yang ditulis oleh Razman ni.. Komen anda?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

  1. Peduli apa jika 'rakyat Cina' tak faham gagasan 1 Malaysia. Apa rakyat Cina kau ada kena mengena dengan kaum Cina Malaysia ke. Tulis biar betul!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-