Friday, April 8, 2011

Mukah : Mari Lihat Pembangunan di Bawa BN di Pendalaman Sarawak - Part 1

Mukah : Mari Lihat Pembangunan di Bawa BN di Pendalaman Sarawak. - Part 1



YB Murni Suhaili Calon N37 Daro.
Semalam saya melakukan tinjuan di tujuh kawasan DUN Negeri Sarawak untuk melihat sejauh manakah kemajuan yang di bawa oleh BN sepanjang memerintah negeri Sarawak. Perjalanan ke tujuh buah Dun memakan masa hampir 16 jam perjalanan. Ianya memenatkan namun satu pengalaman yang cukup berharga.

Perjalanan kami diketuai oleh Ketua Pemuda PBB Sibu merangkap Exco MKT Pemuda PBB Negeri iaitu Haji Raden Kadri. Dalam ekspidisi semalam turut bersama saya adalah blogger Bro Jinggo dan dibantu oleh pemandu arah merangkap jurubahasa kami iaitu Encik Wat KC pemuda tempatan Sarawak.




Ketua Pemuda PBB Sibu Haji Kadri (Kanan)  berbual bersama penduduk Kg. Samop
Jalan penghubung ke Kg. Samop melalui feri.
Lokasi kami ialah Daro sebuah daerah yang terletak di bawah Parlimen Mukah, di daerah ini terdapat banyak perkampungan-perkampungan kecil. Antaranya satu perkampungan terpencil yang menarik perhatian saya Kg. Samop. Jalan yang menghubung kampung ini adalah feri yang boleh dinaiki dengan kereta di mana kos untuk sebuah kereta hanyalah RM1.
 



Antara rumah penduduk di Kg. Samop
Kemudahan air kerajaan disedikan di Kg. Samop
Penduduk Kg. Samop menjalankan perniagaan runcit kecil-kecilan.
Penduduk Kg. Samop memakai topi tradisi mereka.
Perjalanan kami dari Sibu ke Daro memakan masa lebih kurang 1 jam. Ketika meninjau pekan Daro saya terserempak dengan YB Murni Suhaili iaitu calon DUN N37 Daro sedang bersantai bersama beberapa penduduk kampung.

Ternyata YB Murni Suhaili seorang yang mesra rakyat, beliau mempelawa saya untuk minum bersamanya. Saya dibantu oleh Bro Jinggo tanpa berlengah melakukan sedikit temubual khas bersama beliau .

Saya bertanyakan banyak soalan kepada beliau dan dan fokus utama saya adalah pembangunan yang dibawa oleh BN di pekan Daro. Daripada mata kasar saya, saya melihat pembangunan di pekan Daro dalam keadaan yang amat baik.

Ikon Pekan Daro.
Untuk membuktikan bahawa saya tidak cakap kosong. Saya rakamkan beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca.




Pembangunan di Pekan Daro. Mundur Ke Macam ni?
Pasar di Pekan Daro.

Untuk pengetahuan pembaca, kerusi Dun N37 Daro sebelum ini dimenangi oleh BN yang menang tanpa bertanding dan YB Murni Suhaili adalah penyandang untuk kerusi tersebut.

Namun untuk Pilihanraya Negeri yang ke-10 kali ini. Kerusi Dun tersebut menyaksikan pertembungan 4 penjuru. Di mana seorang calon PKR dan dua orang calon bebas. Jumlah pengundi di Dun N37 Daro adalah 7,305 orang pengundi berdaftar.

Daripada apa yang saya dapat, dua orang calon bebas ini ditaja khas oleh seorang Ahli Parlimen PKR dengan tujuan untuk memecahkan majoriti undi calon BN.

Nampaknya taktik kotor digunakan oleh PKR dalam Pilihanraya Sarawak untuk kerusi Dun N37 Daro memandangkan majoriti penduduk di sana adalah penyokong kuat PBB. Ini dibuktikan lagi apabila ketika saya membuat tinjuan di sana, tidak kelihatan walau sehelai bendera PKR yang digantung di rumah penduduk.

Peniaga makanan penyokong kuat PBB
Malah ada juga penduduk setempat yang langsung tidak tahu apa itu PKR. Jelas dan nyata bahawa majoriti penduduk Sarawak boleh dikatakan menolak secara total sebuah parti lanun yang cuba masuk melanun kekayaan Sarawak.

Bila melihat sendiri pembangunan yang dibawa oleh BN sepanjang memerintah Sarawak, saya boleh katakan tiada sebab untuk rakyat Sarawak menolak kerajaan BN di bawah pentadbiran Tan Sri Pehin Taib Mahmud.


Bersambung...


Double Y : Nantikan sambungan banyak lagi gambar-gambar menarik... gambar sekolah-sekolah di pendalaman.. Mundur atau ok? Tunggu...16 jam menempuh perjalanan yg mencabar... banyak story beb!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-