Sunday, April 10, 2011

Majoriti Penduduk Pendalaman Telah Lama Tolak Parti Lanun PKR!!

Majoriti Penduduk Pendalaman Sarawak Sudah Lama Tolak PKR

Ketika menjelajah tujuh kawasan DUN tempoh hari, saya tidak melepaskan peluang untuk menemuramah penduduk-penduduk setempat untuk mengetahui pendirian serta penerimaan mereka terhadap parti lanun PKR.

Gerai Puan Raesah lokasi kami menghilangkan dahaga di Kg. Belawai

Daripada respon yang saya dapat, boleh dikatakan majoriti penduduk di tujuh kawasan DUN yang saya kunjungi menolak parti lanun PKR dan Anwar Ibrahim.

Bagi mereka rakyat Sarawak tidak memerlukan sebuah parti luar yang ingin menakluki negeri mereka. Dan ini dibuktikan lagi apabila saya melihat setiap rumah dan kedai-kedai kecil di kawasan pendalaman Sarawak mengibarkan bendera BN.

Salah satu rumah penduduk kampung yang menyokong penuh BN.

Dalam tujuh DUN yang saya melakukan tinjauan, boleh dikatakan hampir keseluruhan kampung tidak kelihatan kibaran bendera PKR. Jika ada pun hanyalah sehelai bendera PKR seolah-olah ianya dipacak oleh orang luar daripada kampung tersebut.

Gerai menjual udang kering turut mengibarkan bendera BN
Gerai menjual makanan ringan di Kg. Belawai
Rombongan kami ke beberapa kampung pendalaman mendapat sambutan baik daripada penduduk. Kesempatan ini saya gunakan untuk bertanyakan kepada mereka berhubung isu video seks Anwar Ibrahim.

Terserempak kumpulan anak muda yang tengah memasang bendera BN.
Antara seorang penduduk yang saya temuramah ialah Haji Oliya, katanya beliau tidak ambil peduli berhubung isu video seks Anwar Ibrahim sama ada individu dalam video terbabit adalah Anwar Ibrahim atau sebaliknya kerana baginya manusia bernama Anwar Ibrahim atau PKR langsung tiada dalam kamus hidupnya.

Haji Oliya mendekati kami untuk menyatakan pandangan beliau terhadap PKR.

Ini bermakna PKR langsung tidak memainkan atau memberi sebarang pengaruh kepada penduduk di pendalaman Sarawak. Kerana rata-rata rakyat Sarawak adalah penyokong kuat PBB.

Selain daripada isu video Anwar Ibrahim saya turut bertanyakan kepadanya mengenai pembangunan yang dialami oleh kampung yang didiami beliau.

Katanya setakat ini beliau amat berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh kerajaan BN dalam menerajui negeri Sarawak. Namun dalam masa yang sama beliau berharap agar, kemudahan yang sedia ada di kampungnya iaitu Kampung Belawai dapat dinaik-taraf ke tahap yang lebih baik.

Bukan setakat penduduk kampung menolak parti lanun PKR, malah ada penduduk kampung yang tidak tahu-menahu apa itu PKR.

Kah Kah Kah....


Double Y : Video temubual dengan Haji Oliya akan dimuat-naik dalam masa terdekat. Penyunting video ada di KL sekarang. Banyak kerja tergendala..  Sarawak terus mansang di bawah BN!!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-