Sunday, April 10, 2011

Janji Yang Gagal di Semenanjung di Bawa ke Sarawak Oleh Lanun PKR!

Parti Lanun Gagal Selesaikan Tanah Kg. Buah Pala - Kini Mahu Menjuarai Isu Tanah Adat?


Saya antara janji - janji yang dibuat oleh parti lanun dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke-10. Mungkin mereka fikir rakyat Sarawak terlalu bodoh sehingga tidak mengetahui bahawa janji-janji yang mereka taburkan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak adalah perkara yang mereka gagal tunaikan di Semenanjung.

Suruhanjaya Tanah - Kembalikan Hak Tanah

Di bawah janji ini mereka berjanji untuk menjuarai isu tanah NCR dan berjanji akan menyelesaikannya dalam tempoh 1 tahun.

Tidak perlu fikir panjang lebar, orang Sarawak hanya perlu tanya kembali kepada Parti Lanun bagaimana janji mereka berhubung Kg. Buah Pala dalam isu ini, Parti Lanun turut memberi tempoh 1 tahun untuk menyelesaikan isu pemilikan tanah Kg. Buah Pala.

Namun apa sudah jadi dengan penduduk di Kg. Buah Pala Pulau Pinang? Tanah tersebut telah dirampas oleh kerajaan DAP Pulau Pinang tanpa belas kasihan sehinggakan kaum India terpaksa berpindah dari tanah asal mereka.

Sebenarnya rakyat Sarawak tidak perlu mempercayai akan kemampuan mereka untuk menjuarai isu Tanah Adat (NCR) kerana selama ini kerajaan sememangnya memperakui  hak milik penduduk dalam isu NCR.

Sebenarnya pihak kerajaan yang sedia ada tidak akan sewenang-wenangnya mengambil tanah sekiranya terbukti tanah tersebut merupakan Tanah Adat (NCR) sebagaimana yang berlaku kepada dua buah rumah panjang di Ulu Niah - dan Ranggong.

Untuk membuktikan lagi keikhlasan kerajaan dalam isu Tanah Adat (NCR) kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Sarawak membelanjakan RM20 juta untuk melaksanakan inisiatif mengukur Tanah Adat Bumiputera.

Dan rancangan ini bermula sebelum akhir tahun ini dan akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia ke -10 (RMK-10).

Adakah rakyat Sarawak ingin menerima nasib yang sama sebagaimana penduduk Kg. Buah Pala di Pulau Pinang?

Bantuan Warga Emas RM400

Di bawah janji ini mereka menaburkan janji di mana setiap warga emas yang berusia 60 tahun ke atas akan diberikan kebajikan tahunan sebanyak RM400 setahun.

Di sini saya mengingatkan rakyat Sarawak bahawa janji ini lebih kurang sama dengan janji yang mereka taburkan di Selangor. Iaitu memberi peruntukkan kepada ibu tunggal, memberi bantuan kepada setiap anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti sebanyak RM1000.

Janji-janji ini mereka taburkan semasa kempen Pilihanraya Umum yang lalu. Dan kini setelah 3 tahun mereka berkuasa dan memerintah Selangor tahukah rakyat Sarawak bahawa janji-janji ini langsung tidak ditunaikan kepada rakyat Selangor.

Janji-janji palsu ini mereka gagal tunaikan di Semenanjung dan kini mereka cuba menjual janji yang sama di Sarawak pula.

Orang Sarawak wajib tolak parti lanun. Jangan jadi seperti kami di Selangor dan Pulau Pinang. Yang termakan dengan janji manis mereka. Akhirnya nasib kami sebagai rakyat langsung tidak terbela sepanjang pemerintahan parti lanun PKR dan DAP ini!!


Double Y : Tolak parti lanun! Sarawak akan terus mansang!!

1 comment:

  1. SARAWAK AKAN TERUS MANSANG TAPI ANUWAR AKAN TERUS TERANSANG BILA NAMPAK LELAKI JEMBU HUHUHU

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-