Monday, April 11, 2011

Eksklusif : Foto Sekitar Nahas Helikopter di Wisma Sanyan Sibu.




Di atas antara foto yang sempat saya rakamkan tengah hari di tapak lokasi nahas helikopter yang baru sahaja selesaikan menurunkan rombongan pengawai-pengawai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Helikopter jenis Bell 206 Long Ranger milik Sabah Air ini terhempas ketika cuba berlepas selepas menurunkan pasukan pengawai khas Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Dalam kejadian tengah hari tadi yang menggemparkan penduduk bandar Sibu, hanya seorang juruterbang dilaporkan cedera. Mengikut Setiausaha Politik 1 TPM Haji Yusop Hanif keadaan juruterbang tersebut agak parah dan mengalami kecederaan di bahagian perut.

Ayuh kita sama-sama doakan keselamatan juruterbang tersebut. Semoga beliau sentiasa dilindungi Allah.


Double Y : Semoga selepas ini semua program melibatkan pemimpin tertinggi BN semuanya berjalan lancar.. amin..

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-