Keadaan ini menyakinkan jentera PAS bahawa kemungkinan untuk pilihanraya akan datang Beting Maro mereka mampu tawan, sebagaimana diceritakan kepada saya oleh seorang jentera PAS ketika kami sama-sama menunggu penerbangan pulang dari Sibu ke Kuching.
Rakan blogger iaitu Skuad Jaket Merah yang ditugaskan di Beting Maro tempoh hari melaporkan berikut :
Pada jam 9 pagi (13 April 2011) SJM mendapat panggilan dari salah seorang pemimpin kanan supaya segera ke Beting Maro.
Ini kerana keadaan dan laporan menyatakan Beting Maro ketika itu tersenarai sebagai kawasan Hitam yang sebelum ini adalah kawasan Putih dan menjadi kubu kuat BN di Sarawak.
SJM ketika itu berada di SIBU terus mendapatkan pengankutan yang sewajarnya untuk ke DUN Beting Maro.
Perjalanan dari bandar Kuching ke Beting Maro memakan masa 6 jam. Dalam perjalanan ke Beting Maro bersama pasukan SJM membuat penilaian sendiri mengenai faktor kenapa Beting Maro yang sebelum ini berstatus Putih telah bertukar kepada Hitam.
Setelah agak lama membuat penilaian SJM mendapat rumusan bahawa Beting Maro bertukar status kerana gerak kerja PAS Pusat yang sudah berkampung di Beting Maro selama 10 hari.
PAS sewa rumah dengan bayaran RM400 sebuah rumah, PAS meletakkan seorang Exco Kelantan menjaga satu peti undi, PAS melancarkan gerakan ceramah dengan memburuk-burukkan Ketua Menteri, memburukkan PM dan memburukkan Tok Pa.
PAS sudah berkampung di Beting Maro selama 10 hari dan mereka menjalankan kempen secara agresif di Beting Maro. PAS mahu pastikan Beting Maro mereka kuasai dan menang dalam PRN Sarawak.PAS tiada cara lain kerana 4 DUN lain yang mereka bertanding sudah jelas mereka kalah.
Mereka hanya ada Beting Maro ketika itu. PAS berbuat demikian ada sebabnya, antaranya:
- PAS mahu buktikan PARTI SONGSANGNYA telah diterima rakyat Sarawak dan mereka akan membawa keputusan itu ke semenanjung dan akan berkata "RAKYAT SARAWAK SUDAH TERIMA PAS KENAPA SEMENANJUNG PERLU TOLAK PAS".
- PAS mahu tunjukkan bahawa PARTI SONGSANGNYA sudah bertaraf Nasional dan setaraf dengan Parti-parti lain.
- PAS mahu buktikan kepada rakyat Kelantan yang mereka masih relevan. Disaat mood rakyat kelantan sekarang yang ingin menukar kerajaan dari PAS kepada BN.
- PAS tidak mahu kesemua 5 DUN yang mereka tandingi kalah.
- PAS menganjurkan pertandingan KARAOKE di Beting Maro yang sememangnya KARAOKE haram bagi PAS di Semenanjung terutama di negeri Mursyidul amnya. Bahkan anak NIK AZIZ sendiri yang menjadi tulang belakang dan sebagai perasmi serta sebagai orang yang menyampaikan hadiah.
- PAS menjemput penyanyi kumpulan Rock Errow untuk tujuan konsert yang mana cara ini sangat bertentangan dengan kempen PAS di Semenanjung.
- Jentera PAS yang sebelum ini BERTUDUNG LABUH telah "singkatlan" tudung dan ada yang memakai "topi sudu" atau cap yang sebelum ini tidak dipakai Muslimah PAS.
- PAS tabur duit sebanyak RM100 satu keluarga dan hamper (meehun dan milo) yang tertera gambar pemimpin mereka. Sebelum ini PAS menolak sebarang cara memancing undi mengguna menggunakan WANG sebab mereka tidak mahu terjerumus dalam sebarang aktiviti RASUAH WANG.
- Semua Exco PAS Kelantan berkampung di Beting Maro.
- Mereka menguasai Pengkalan Sungai di Beting Maro dengan membayar pengusaha-pengusaha bot tambang.
- Mereka naik rumah ke rumah secara agresif dan memohon serta merayu supaya mereka menang.
- Mereka melancarkan gerakan dengan menghantar ratusan jentera MUSLIMAT.
- Mereka mengusai aktiviti malam anak-anak muda di Beting Maro.
- Mereka membayar anak muda supaya menaikkan Bendera PAS di sepanjang tebing Sungai.
Kredit to : SJM
Kebetulan kampung bini aku, jalan 5 tahun x siap, di tambak pusa. sebab itu ramai yg undi PAS tanda protes wahal asal kawasan itu kuat BN. seperkara lagi org berada dapat bantuan tiap bulan tapi org benar2 miskin tercicir, harap ambil perhatian sebelum terlambat
ReplyDeleteTidak dinafikan.. ada ADUN-ADUN BN yang lama gagal menunaikan janji mereka.. saya sendiri ada tengok projek sepatutnya siap tahun 2009 terbengkalai..
ReplyDeleteTak apa.. kita pantau.. kalau gagal kita cantas!..