Friday, March 11, 2011

Saya Tidak Sokong Buku JingGAY - Dato SaiPuddin The Intelektual Minister?

Tadi saya sudah tulis mengenai Timbalan KPT yang angkuh dan berlagak ini di SINI 


Ini kira susulan. Sebab suka atau tidak kita kena sedarkan Dato Pudin akan kuasa bloggers yang 'tidak intelektual' ini di alam cyber. Dato Zaini sudah akui keupayaan bloggers melalui segmen Cuit di Utusan Malaysia. Bila ada sahabat bloggers diperkehkan oleh seorang Timbalan Menteri atas semangat 'bloggers brotherhood' kita mesti bersatu!

Dato SaiPuddin bermain lidah lagi nampaknya, dari isu 'balun bloggers' sampailah kenyataan beliau berhubung Buku JingGAY kita perhatikan semuanya flip-flop. Mula-mula cakap lain, bila dimainkan oleh bloggers dia pusing lain.

Semuanya dinafikan mentah-mentah. Suka atau tidak Pudin perlu di'basuh' tepat atas muka supaya berhati-hati dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan.

Kita semua tahu, SaiPuddin ingin menjadi popular dikalangan mahasiswa, dan impian Pudin sudah tercapai, sebab itu GAMIS mengesyorkan supaya Pudin ganti tempat Dato Khaled Nordin, walaupun pada hemah saya, DS Khaled Nordin sudah lakukan tugasnya dengan baik sebagai Menteri KPT.

Sebenarnya hendak tulis entri ini pagi tadi, selepas melihat Dato Pudin 'The Intelektual Minister' menulis di laman twitternya bahawa beliau menafikan menyokong Buku JingGAY. Tapi saya fokus mengikuti perbicaraan Liwat II yang membabitkan idola Pudin.


Kenyataan Dato Pudin sokong Buku JingGAY bukan bloggers pro kerajaan yang kata, ianya dilaporkan oleh portal HaprakDaily lidah rasmi PAS yang mana setiap kenyataan Pudin dilihat sering mendapat tempat untuk disiarkan oleh portal terbabit. Jadi jangan timbulkan isu bahawa bloggers sengaja nak 'balun' Pudin ok?

Tapi hari ini SaiPuddin kata :


Dalam Sinar Harian beliau menafikan bahawa beliau menyokong Buku JingGAY, jadi di sini Haprakahkah Daily telah memutar serta melakukan fitnah terhadap Dato Pudin, kalau pemimpin PR punya kenyataan diputar belit oleh Utusan Malaysia, hanya dua perkara akan dilakukan oleh mereka, iaitu desak akhbar tersebut pohon maaf atau mereka akan saman.

Jadi untuk membuktikan bahawa Dato SaiPuddin tidak pernah mengatakan bahawa beliau sokong Buku JingGAY sebagaimana disiarkan oleh HaraKahA Daily, saya tuntut, Dato Saipuddin minta editor akhbar tersebut mohon maaf kepada Dato, ataupun Dato bolehlah ambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan kerana telah putar-belit kenyataan Dato Pudin, sehingga menjejaskan kredibiliti Dato Pudin sebagai Timb. Menteri yang 'dikagumi' dimata rakyat Malaysia. 

Dengan tindakan ini, dapatlah sedikit sebanyak membersihkan dakwaan ramai pihak bahawa Dato Pudin punya jiwa betul-betul UMNO, bukanlah berjiwa PKR dan tidaklah Dato Pudin dicop sebagai 'Trojan Horse' PKR lagi.

Saya tahu Dato Pudin ingin suburkan demokrasi, tapi adakah Dato setuju demokrasi dan kebebasan suara berunsurkan fitnah disuburkan di Malaysia?

Jadi Dato Pudin bertindaklah ke atas portal HaprakKah Daily. Tunjukkan ke'intelektual' Dato terhadap portal terbabit.


Double  Y fikir : Kita cabar Dato Pudin saman mereka! Agak-agak penasihat Dato Pudin sambut tak? Sebab Dato ingin popular, sekarang kami bloggers yang tidak 'intelektual' tolong popularkan Dato secara percuma. bukan senang menteri nak dapat coverage dari bloggers macam Dato dapat..

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-