Thursday, March 17, 2011
PRU Sarawak : Benarkah Sarawak Begitu Mundur di Bawah BN?
Kita sedia maklum bahawa, Sarawak Bumi Kenyalang bakal menghadapi satu Pilihanraya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Malah sudah ada khabar angin bertiup kencang bahawa DUN Sarawak kemungkinan besar akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.
Di sebalik keghairahan kita menghadapi PRN Sarawak, sudah ada fitnah-fitnah kencang yang ditiup oleh Pakatan Pembangkang terhadap negeri Sarawak dengan tujuan untuk menarik sokongan rakyat Sarawak menyokong Pakatan mereka.
Ini dibuktikan lagi dengan kehadiran pemimpin-pemimpin besar Pakatan ke Sarawak baru-baru ini, malah akhbar yang sepatutnya menjadi bacaan di semenanjung sudah disebarkan di sekitar Sarawak iaitu akhbar terbitan PKR untuk negeri Selangor 'Selangorkini'.
Antara isu yang mereka selalu gambarkan adalah, Sarawak begitu mundur sepanjang dibawah pemerintahan Tan Sri Taib Mahmud dan BN.
Persoalannya adakah Sarawak begitu mundur seperti yang dilabelkan oleh Pakatan Pembangkang? Saya melakukan sedikit kajian dengan bantuan rakan-rakan dari Sarawak. Tujuannya adalah sejauh mana kebenaran dakwaan yang dibuat oleh pembangkang ini.
Kejayaan Sarawak di Rancang Teliti Oleh BN.
Sebenarnya Sarawak telah terbukti berjaya di bawah pemerintahan BN, kerana setiap perancangan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Tan Sri Taib Mahmud dilakukan dengan penuh penelitian, bijaksana dan prihatin terhadap rakyat Sarawak.
Cuba kita bandingkan Sarawak hari ini dengan Sarawak dalam tahun 1960-an. Perubahan benar-benar dapat dilihat begitu ketara. Bandaraya Kuching begitu indah sekali serta kehebatan Kuching Waterfront diakui diperingkat antarabangsa.
Selain bandaraya Kuching, Miri juga dilihat sebuah bandar yang berpontensi ini dapat dilihat melalui kesibukkan yang dialami di Lapangan Terbang Kuching dan Miri dimana antara lapangan yang paling sibuk dan menguntungkan di Malaysia.
Lapangan terbang Miri, saya difahamkan dimajukan dengan perbelanjaan yang besar sebanyak RM120 juta. Malah kejayaan BN mentadbir Sarawak juga terbukti apabila berjaya menjadikan Miri sebagai Resort City pada tahun 2005.
Kemudahan Asas di Sarawak.
Kejayaan sesebuah negeri tidak bererti tanpa kemudahan asas, yakni kemudahan dalam bentuk infrastruktur serta jalan-jalan kampung. Malah kampung-kampung terpencil juga dibangunkan tanpa berlaku sebarang ketidak-adilan terhadap rakyat Sarawak.
Rumah-rumah yang selesa juga cuba disediakan oleh kerajaan BN dibawah pentadbiran Tan Sri Taib Mahmud dan ini amat ditekankan oleh kerajaan negeri Sarawak. Menyedari kepentingan rumah selesa untuk penduduk, kerajaan telah pun membina 26,281 unit rumah kos rendah dengan kos RM524.5 juta.
Tidak cukup dengan itu, kemudahan perumahan rakyat turut disediakan dengan pembinaan 1,550 unit dengan nilai kos RM70 juta. Malah bagi tempoh tersebut juga diberitakan sejumlah RM12.3 juta telah dibelanjakan melalui Program Pemulihan Perumahan (PPR) melibatkan melibatkan 2,409 buah rumah rakyat miskin di Sarawak.
Kemajuan Tidak Beerti Tanpa Kelengkapan Pendidikan.
Pendidikan merupakan satu kemudahan yang wajib disediakan oleh kerajaan kepada setiap rakyatnya. Tanpa pendidikan sesebuah bangsa tidak mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Bagaimana dengan kemudahan pendidikan di Sarawak, adakah rakyat Sarawak terpinggir dari segi kemudahan pendidikan?
Sepanjang pentadbiran BN kerajaan sentiasa positif untuk meningkatkan tahap pencapaikan akademik kepada semua rakyat Sarawak. Pelbagai galakkan diberikan oleh kerajaan kepada para ibubapa supaya menghantar setiap anak mereka ke sekolah.
Kerajaan menekankan kepentingan pendidikan kepada ibubapa anak-anak mereka. Anak-anak digalakkan supaya menguasai pelajaran Sains dan Matematik dengan baik. Menyedari kepentingan pendidikan. Kerajaan telah membelanjakan RM1.89 billion untuk sektor pendidikan di Sarawak.
Ini bermakna terdapat banyak sekolah-sekolah yang dibina berdekatan dengan kampung masing-masing. Kemudahan psarana terhadap setiap sekolah terus cuba dipertingkatkan mengikut peredaran masa. Walaupun pada hakikat yang sebenar kerajaan hanya memperuntukkan untuk sektor pendidikan di Sarawak hanyalah RM895 juta. Tetapi ianya ditambah kepada RM1.89 billion demi kesenangan rakyat Sarawak. Dan ini bukanlah satu angka yang kecil.
Banyak Cerita Karut Bila Menjelang PRN
Bila menjelang sahaja PRN Sarawak, kita tahu pembangkang akan menyajikan pelbagai cerita karut. Pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan lebih-lebih lagi kepada Tan Sri Taib Mahmud.
Tujuan mereka hanyalah untuk membangkitkan perasaan benci rakyat Sarawak terhadap Tan Sri Taib Mahmud dan kerajaan BN. Tetapi kita percaya mereka tidak akan berjaya di Sarawak. Oleh sebab itu rakyat Sarawak harus sedar, bahawa jika pembangkang diberikan kuasa mereka sesekali tidak mampu mencapai apa yang dibuat oleh BN.
Mereka akan mengajak rakyat untuk kembali mundur. Rakyat Sarawak harus terus mara dari sudut ekonomi, dan terus mara untuk menentang sebarang percubaan untuk mengjahanamkan keharmonian yang dihadapi oleh anda di Sarawak.
Untuk mengajak rakyat kembali mundur, mereka akan menyerang projek-projek kerajaan dan segala usaha murni kerajaan untuk kesenangan rakyat Sarawak. Mereka mengajar rakyat dengan politik kebencian, dan trend ini sudah dapat kita lihat dari sekarang.
Daripada statistik yang saya berikan ini. Adakah anda percaya bahawa Sarawak begitu mundur di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang diterajui oleh Tan Sri Taib Mahmud?
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri telah lama menjalin hubungan baik, dan ini dapat dilihat bila rakyat Sarawak terus meraih dan mengecapi pelbagai kemajuan. Melalui kerjasama yang baik dengan kerajaan Pusat. Mudahlah untuk Kerajaan Negeri meminta sebarang peruntukkan untuk rakyat Sarawak.
Pembangunan bandar dan desa dapat dilihat jelas di Sarawak. Adakah perlu kita percaya bahawa Sarawak itu mundur?
Tidak dinafikan masih ada yang miskin di Sarawak, tetapi setiap negeri yang maju macam mana pun, keciciran tetap berlaku dalam angka yang kecil. Dan kes ini dikategorikan sebagai kes terpencil. Tidak adil untuk kita menuduh bahawa rakyat Sarawak tercicir secara keseluruhan gara-gara angka kecil ini.
Adakah rakyat Sarawak perlu menolak sebuah kerajaan yang prihatin seperti BN dan digantikan dengan sebuah kerajaan yang belum dapat dilihat tahap kemampuan mereka untuk mentadbir?
Adakah rakyat Sarawak sanggup mengambil risiko untuk menggadaikan apa yang mereka kecapi demi kepentingan politik sempit Anwar Ibrahim?
Untuk rakyat Sarawak... anda sendiri yang tentukan.. Tepuk dada tanyalah hati..
Double Y : Mungkin akan ke Sarawak tak lama lagi....
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-