Friday, March 4, 2011

PRK Lenggeng Pula Lepas Ni?

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mustafa Salim didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir dua tahun lalu.

Wakil rakyat berusia 51 tahun, kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun telah dibebaskan daripada dua tuduhan menerima rasuah dari M. Manimaran atas tujuan yang sama.

Mustafa didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 10 (a) (aa) atas tuduhan menerima suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun serta denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda daripada nilai suapan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan menangguhkan prosiding hingga ke pukul 2.45 petang untuk membuat keputusan - Mstar


Double Y : RM2,000 je ker dia ni sapu? Bodoh ke cerdik wakil rakyat ni? Baru penggal pertama. Alahai..

Lain kali kalau nak rasuah, amik lah rm2 juta ke. Rm2,000 mana cukup. Tolol punya wakil rakyat!!

PRK lagi ke lepas ni?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. Hampeh mangkok ni RM2,000 dah gelap mata tak jadi wakil raayat pun lu boleh dapat lebeh dari itu apa la punya mangkok

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    Papa kedana ke apa dia ni. Orang sibuk mempertahankan integriti kerajaan dia buat taik. 2000 boleh buat apa bangang.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-