Friday, March 11, 2011

Krisis Blogger Pro-UMNO Dengan UMB, Siapa Untung Siapa Rugi?


Panas betul dunia blog selepas PRK Kerdau dan Merlimau yang kedua-dua DUN disapu bersih oleh BN, PR kena pukulan 2-0 terus terduduk. Di sebalik kejayaan ini muncul cerita yang tidak enak serta tidak menguntungkan langsung perjuangan para bloggers pro-kerajaan.

Ada dua isu yang timbul selepas PRK terbabit, pertama isu Timbalan Menteri KPT Dato SaiPuddin hendak balun bloggers, kedua isu bloggers dikatakan mengalami krisis dengan Unit Media Baru (UMB) yang dipengerusikan Tun Faisal.

Hari ini saya ingin beri sedikit komen berhubung isu bloggers dengan UMB ini. 

Unit Media Baru (UMB) yang dipengerusikan oleh Tun Faisal dibidas dengan keras oleh sesetengah bloggers kerana dikatakan UMB gagal memainkan peranan dalam dunia 'perang cyber' dalam setiap kali PRK, sehingga UMNO Melaka dikatakan bertindak membubarkan UMB Melaka.

Saya melihat isu ini dari prespektif yang berbeza, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, sama ada UMB atau sahabat bloggers. Bagi saya isu ini tidak perlu dipanjangkan oleh para bloggers, lagi pun Pengerusi  UMB Tun Faisal telah pun membuat perjelasan panjang lebar melalui laman blognya SINI

Jika UMB dilihat pincang, adalah lebih elok sekiranya kita bersama-sama memberikan pandangan kepada Pengerusinya iaitu Tun Faisal. Apa yang perlu dipertingkatkan, apa yang perlu dielakkan,  supaya kebajikan bloggers terjaga setiap kali PRK, dengan cara ini tiadalah timbul cerita 'bilik berkunci', tiada pas media, dan blogger pro-umno tidak dibenarkan masuk command center.

Oleh sebab itu saya menyarankan, supaya Tun Faisal selaku Pengerusi Unit Media Baru, cepat-cepatlah selesaikan krisis ini, saya dimaklumlan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bloggers untuk menerangkan serta mencari penyelesaian setiap permasalahan yang dibangkitkan oleh blogger.

Jika dipanjangkan pun permasalahan ini, dan blog dijadikan medan untuk kita meluahkan serta mendedahkan  kepincangan serta kelemahan pihak kita sendiri, saya melihat ianya tidak menguntungkan langsung perjuangan parti yang kita dokong ini.

Jadi apa kata bloggers yang ada masalah dengan UMB, 'hold' dahulu segala cerita mengenai masalah yang dihadapi di PRK di dalam blog masing-masing. Tidak kiralah cerita 'gurkha' UMB ke, pas media ke, kita semua rileks dahulu.

Jangan ada yang bloggers boikot saya sudah lepas ini. Ini pandangan peribadi, bak kata Otai bloggers kepada saya. "Fokus PRU, dapatkan kembali majoriti 2/3, lepas itu nak balun siapa pun terpulanglah".

Tun Faisal jangan lupa selesaikan isu ini. UMB awak yang kelola. Saya hanya beri pandangan, lagi pun saya tidak bernaung di bawah mana-mana pihak setakat ini.




Double Y fikir : Macam mana nak bernanung bawah UMB ni, Siapa boleh rekemen dapat kemudahan pengangkutan tak.? Hahahaha! err hold balun UMB tapi bukan Pudin tau! :)

8 comments:

  1. biarkan UMB terus bermimpi... toksah layan la... depa tu menulis sebab DUIT je... pastu gila publisiti... bila UMNO dah ok mula nak nama... piiiraahhhh...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Saya juga ada memberi pandangan yang sama di kebanyakan komen saya di mana mana blog. Termasuk blog Tun Faisal. Sayang, jalan dah cantik tiba tiba sangkut sana sini.

    Yang penting, kedua dua pehak jangan egolah. Ambil kebaikan hasil dari perbedzaan pendapat tu. Tak begitu tuan.

    ReplyDelete
  4. Betul cakap U.M.A,

    Benda ini bukannya besar, cuma iainya dirumitkan serta diselitkan dengan bermacam versi.. dan bila pihak berkepentingan menakuk di kepala takuk. Lagi kronik jadinya.

    Hari isnin Tun Faisal akan adakan perjumpaan.

    ReplyDelete
  5. SETUJU SANGAT-SANGAT. HARAP PARA BLOGGERS PRO KERAJAAN KETEPIKAN HAL2 YANG TELAH BERLALU. PRU 13 DAH DEKAT. KEPADA TUN FAIZAL, SILA BUAT PERBINCANGAN DENGAN BLOGGERS PRO KERAJAAN. INGAT... INGAT...INGAT..... PRU 13 MESTI DAPAT 2/3 UTK BN.....

    TUN FAIZAL DIPERLUKAN...
    BLOGGERS PRO KERAJAAN JUGA DIPERLUKAN... KLU TIDAK, SIA-SIALAH DS RAIS YATIM DOK USAHAKAN PASANG INTERNET KAT KPG2....

    ReplyDelete
  6. Aku hanya pembaca setia kata:

    1- Fitrahnya, berjuang itu bukan mudah.

    2- Kocakan kecil sebegini boleh jadi besar kalau nak diperbesarkan lagi dan sebaliknya. Bergantung pada matlamat masing-masing...

    3- Bloggers pro kerajaan jangan terbawa-bawa sentimen anti KJ dalam hal UMB ini. Jika dilihat KJ=UMB=KJ maka hilanglah peluang bagaimana bloggers pro kerajaan - kerajaan (baca UMNO).

    4- Adakan persefahaman. Tidak perlu terikat 100% kepada parti. Apa yang penting dan rakyat penggemar media baru mahu adalah "nampak kebebasan" dan "keikhlasan"

    5- Maaflah jika aku katakan, JANGAN ada antara bloggers mesra kerajaan jadi bongkak dan ujub kerana..

    6- walaupun kami pembaca tidak intelek tapi kami masih mampu memerhati dan menilai tiap denyut nadi kata yang anda lontarkan.

    7- Sedarlah wahai barisan bloggers pro kerajaan sekelian bahawa andalah harapan kami bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara ini.

    8- Tetapkan tarikh akhir kerja balon si pudin tu. adakan komunikasi dgn PM walaupun dgn FB. Sampaikan rumusan.. dan biarkan. Tunggu sama ada nama dia naik tak dalam senarai calon PRU13. Jika naik lagi, lancarkan serangan maut. Pastikan ada calon bebas di situ.

    Sekadar pandangan persendirian.

    ReplyDelete
  7. Anon March 11, 2011 10:48 PM,

    Cadangan anda amat-amat bernas. Terharu juga bila ada orang menghargai peranan bloggers.

    Inilah yang cuba kita clearkan, dua group. Anti KJ dengan pro KJ.

    Bila kita kata jatuhkan KJ secara demokrasi mereka tk boleh terima. Suka atau tidak, sentimen aku bdk KJ, aku bdk Mukhriz kena buang. Semua kena bersatu atas satu nama. Pemuda UMNO Malaysia.

    Tapi bro.. aku siapa.. suara tkde orang dengar.. hahahaha

    Anyway terima kasih komen anda.. sy hargai..

    ReplyDelete
  8. Haaa... sebab itu bloggers mesra kerajaan/ UMNO mesti nampak bebas dan ikhlas. Jika perisa atau pewarna sesuatu tokoh jadi agenda, hancus. Hilang kelebihan sedia ada media baru dengan konsep langit terbuka.

    Bro. usah berkeluhkesah. Lontaran idea dan hujah anda sebenarnya dibaca dan dicerna beribu-ribu jika belum berjuta pembaca. Ingatlah ada pelbagai lapisan dan peringkat pembaca anda. Tidak terkecuali pemimpin utama negara dan pembangkang sendiri.

    Tentang tabiat pemimpin UMNO yang masih berpuak-puak untuk kepentingan persaingan kedudukan inilah kudis, kurap, kayap ... yang perlu dirawat.

    Al-maklumlah, siapalah kita layak menegur mereka kan... kann.. tapi mereka itu kini tiada pilihan dan mesti (WAJIB) berubah jadi lebih baik. Tinggalkan tabiat buruk yang buat rakyat meluat dan berbulu!

    Dalam medium blog, peduli apa... bantai je. Kebebasan dan jatidiri para bloggers yang berbeza-beza perisanya akan jadi pengimbang dan pengawal.

    Selamat berjuang bro. Moga Allah swt sentiasa bersama kita selagi ada kejujuran dan keikhlasan.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-