Tepat Dari Sumber atau Tepat Menyebarkan Fitnah? |
Sungguh memeranjatkan bila sebuah portal yang diakses oleh berjuta rakyat Malaysia dan beribu pengikut totok PAS dilihat tiada langsung kredibiliti dalam menyiarkan laporan beritanya. Artikel berjudul 'Gerakan Anti Lelaki Y'. Tiba-tiba hilang begitu saja?
Bila membaca blog sahabat blogger SemutHitam80 yang membuat ulasan mengenai laporan Harakah yang dilihat lebih menyindir kepada Anwar Ibrahim. Editor Harakah daily telah menarik balik artikel tersebut serta-merta.
Ini bukan kali pertama Harakah Daily menarik balik artikel yang disiarkan, sebelum ini ada artikel yang menggunakan gambar 'super impose' Ummi Hafilda juga ditarik balik gara-gara mendapat tekanan hebat dari
blogger pro-kerajaan.
Hari ini artikel dibawah ini telah ditarik balik tanpa sebab yang munasabah - untuk mereka yang masih belum membaca petikan artikel tersebut, saya paparkan kembali artikel tersebut yang disalin oleh blogger SemutHitam80.
"DNA lelaki Y telah disahkan sebagai DNA seorang lelaki Melayu. Keengganan Anwar untuk memberi sampel DNA telah menimbulkan satu keadaan dimana setiap lelaki Melayu yang telah baligh layak disyaki sebagai lelaki Y. Setiap lelaki Melayu adalah suspek dalam kes tersebut. Sebagai seorang lelaki Melayu tunggal ditempat kerja, saya terpaksa mengharungi jelingan serong dari pekerja-pekerja lain.Oleh kerana Anwar enggan memberi sampel DNA, hanya proses eliminasi yang akan dapat mengatasi dilema ini. Semua lelaki Melayu perlu memberi sampel DNA mereka secara sukarela untuk ujian supaya dapat digugurkan daripada senarai suspek.Saya bercadang untuk menubuhkan sebuah NGO, Gerakan Anti-lelaki Y atau lebih dikenali dengan nama singkat GAY, sebagai sebuah gerakan rakyat untuk melaksanakan proses eliminasi ini. Atas dasar BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH, setiap lelaki Melayu diseluruh negara akan memberi sampel DNA mereka untuk disahkan sebagai bukan lelaki Y. GAY akan menyelia usaha ini" -harakah-Pautkan untuk artikel ini juga telah dipadam cuba klik SINI
Jika dibaca petikan tersebut jelas, bahawa PAS dilihat cuba menyindir Anwar Ibrahim berhubung isu DNA yang menyelubungi dirinya. Wa kah kah kah!
Jika media ini sebuah media yang bertanggungjawab, sebelum menarik balik sesuatu artikel. Ianya harus disertakan dengan nota RALAT atau permohonan maaf.
Dengan ini jelas terbukti Harakahdaily langsung tiada kredibiliti dalam menyiarkan artikel mereka.
Double Y : Tahniah blogger Semuthitam80 kerana berjaya memberi tekanan kepada Pakatan haprak! Wakahkahkah.. tarik balik artikel.. Piraah!!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-