Saturday, February 12, 2011

Update : Misi Mencari Farid! - Di Mana Sdr. Farid?

Tadi saya postingkan satu artikel ringkas iaitu pesanan BBM daripada Arman Azha Ketua Wira Perkasa berhubung misteri kehilangan Sdr. Farid Exco Wira Perkasa Pusat.

Sehingga kini saya dimaklumkan bahawa Sdr. Farid masih belum ditemui. Beliau keluar rumah jam 7.00 pagi. Sehingga kini masih gagal dihubungi.

Keluarga beliau bersama Arman kini berada di IPD Ampang untuk melaporkan kehilangan Farid.

Farid dipercayai membawa dokumen penting berkaitan dengan satu pendedahan sulit.

Farid keluar rumah dengan menaiki kereta Persona putih nombor pendaftaran WRN 3178.

Usaha mencari telah dimulakan jam 9.00 malam tadi sehingga kini masih gagal ditemui.

Lorong-lorong Chow Kit, Jalan TAR, semuanya telah diredah, hospital juga telah diperiksa, tapi masih gagal ditemui.

Dimana Farid? Sama-sama doakan keselamatan beliau..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-