Ini peniaga-peniaga MELAYU yang gerai mereka dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).
Dalam kejadian ini seorang peniaga MELAYU dikasari dan dipijak serta diperlakukan umpama binatang.
Para peniaga MELAYU ini mendakwa mereka sudah meniaga di situ lebih 5 tahun tanpa sebarang masalah.
Operasi yang dilakukan oleh MPSP Isnin lalu merupakan fasa pertama. Ini bermakna akan ada lagi tindakan 'gila' MPSP dengan arahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan Khalifah Lim Guan Eng.
Tindakan 'gila' MPSP dengan arahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini, menyebabkan para peniaga MELAYU Islam kehilangan punca rezeki.
Para peniaga ini mendakwa mereka tidak marah sangat jika semua gerai haram yang ada di Pulau Pinang dirobohkan, bukan di kawasan mereka sahaja.
Maknanya di sini, mereka mahu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bertindak lebih adil. Kalau hendak roboh gerai yang tidak menepati piawaian Kerajaan Negeri robohlah sekali gerai-gerai orang cina yang berlambak dan secara terang-terang melakukan kesalahan.
Tapi Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya bertindak merobohkan gerai-gerai orang MELAYU sahaja. Ini bukti jelas bahawa DAP bersikap tidak adil terhadap bangsa MELAYU Pulau Pinang.
Oleh kerana tindakan 'prihatin' Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Khalifah Lim Guan Eng ini. Saya menyeru semua rakyat Pulau Pinang untuk bangkit mengucapkan 'terima kasih' kepada DAP.
Macam mana hendak ucapkan 'terima kasih' kepada mereka?
Mudah sahaja encik-encik, makcik-makcik. Dalam Pilihanraya yang ke-13 akan datang. Tuan/puan akan diberikan kertas undi.
Dalam kertas undi tersebut akan tertera logo parti yang bertanding. Di sebelah logo pula tertera satu kotak kosong di mana tempat yang tuan/puan perlu memangkah kotak terbabit.
Jadi sebagai tanda 'terima kasih' kepada Lim Guan Eng dan DAP yang telah menutup periuk nasi tuan/puan. Tuan/puan hanya perlu PANGKAH logo atau lambang DACING.
Tak perlu fikir panjang-panjang. Ingat hanya dua lambang DACING sahaja yang perlu dipangkah.
Ceq nak tanya kat kakitangan MPSP yang pijak bangsa sendiri ini. Apa perasaan hangpa semua? Seronok tak pijak bangsa sendiri?
Ceq tahu hangpa hanya menurut perintah, tapi hangpa kena fikir, orang yang hangpa pijak itu. Sebangsa dan seagama dengan hangpa.
Sudahlah hangpa semua tutup periuk nasi mereka, hangpa pijak depa macam binatang.?
Akhir kata ceq kepada semua orang Pulau Pinang. Buruk-buruk Koh Tsu Koon hangpa semua masih boleh cari makan. 'Baik'-'baik' Lim Guan Eng hangpa semua tidak boleh lagi cari rezeki.
Ingat jangan lupa ucap 'terima kasih' kepada Lim Guan Eng dalam Pilihanraya Umum yang ke-13!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
mana pi ketua menteri 2 pulau pinang, sonyap ajo..awat takdak teloq ka , harap cakap nak bela melayu , cakap pun tak srupa bikin..harap pangkat aje..tapi kena beli..bukak lah sikit mato tu doktor jangan jadi yesmen aje...kena lah orang yang tersepit tu berdoa pakailah hang, doa orang yang tersepit makbul , Tuhan bayar cash lagi apa..
ReplyDelete