Tuesday, February 1, 2011

Krisis di Mesir, PR Cuba Menakuk di Kepala Takuk!

Krisis di Mesir nampaknya kian memuncak di mana berjuta rakyat Mesir ketika ini sedang mengadakan demontransi besar-besaran membantah dan mendesak regim Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatan.

Untuk pengetahuan pembaca sehingga artikel ini ditulis saya difahamkan bahawa seramai 11,319 pelajar Malaysia di Mesir pada ketika ini ada dalam keadaan selamat. Malah dakwaan sesetengah blog pro pembangkang bahawa ada pelajar kita di rogol dan mati kebuluran di sana adalah satu dakyah bohong.

JPM Mesir juga bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk mengaktifkan satu pasukan teras bagi menghadapi sebarang risiko keselamatan dan sebuah bilik operasi krisis di kedutaan kita di sana.

Isu di Mesir nampaknya cuba digunakan oleh PR dengan sebaik mungkin, pada awalnya mereka terlibat menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Mesir, selepas TV3 menyiarkan bahawa pelajar kita di sana lambat dapat bantuan yang sewajarnya mereka berkata akan berdemo pula.

Namun dalam demo yang akan diadakan pada jumaat nanti, mereka cuba mencampur adukkan krisis di Mesir dengan kenaikkan harga minyak yang di alami negara semalam.

Dari sini jelas menunjukkan PR hanyalah cuba memanipulasikan krisis di Mesir untuk menyerang kerajaan BN. Jika mereka hanya ingin menyatakan sokongan teguh kepada rakyat Mesir untuk menentang regim Hosni Mubarak kenapa perlu di campur adukkan sekali demontransi yang akan diadakan dengan isu kenaikkan harga minyak?

Mereka sebenarnya bukanlah ikhlas untuk memberi sokongan kepada rakyat Mesir, tujuan demontransi yang akan diadakan nanti, semata-mata untuk menyerang kerajaan BN gara-gara kenaikkan harga minyak.

Mereka melihat dengan bermodalkan krisis di Mesir, mereka mudah menarik sokongan rakyat dari pelbagai latar belakang. Krisis di Mesir hanyalah satu pemboleh-ubah untuk PR menghalalkan demontransi mereka pada jumaat ini.

Jika difikirkan logik akal, sebenarnya tidak perlu diadakan demontransi besaran, cukuplah sekadar menyerahkan memorandum yang telah pun mereka lakukan semalam.

Bagi saya, saya tidak melihat sebarang kepentingan untuk mengadakan demontransi sebagaimana ingin dianjurkan oleh PR pada Jumaat ini. Apa yang penting di sini, kerajaan hendaklah bertindak pantas dengan membawa pulang kesemua pelajar dan rakyat Malaysia yang ada di Mesir ketika ini.

Perdana Menteri juga sudah berkata kemungkinan kerajaan akan menggunakan kapal TLDM yang sedang bertugas di Teluk Aden sekarang ini untuk memindahkan pelajar kita ke tempat yang lebih selamat je Jeddah.

Tidak cukup dengan itu dikhabarkan juga taikun penerbangan Malaysia, Tony Fernandes juga cuba mencari penyelesaian untuk membantu menerbangkan pelajar kita pulang ke Malaysia.

Krisis antara kerajaan dan rakyat Mesir bagi saya kita wajarlah serah kepada rakyat Mesir sendiri untuk tentukan. Tugas kita sekarang adalah memastikan keselamatan kesemua rakyat dan pelajar kita di sana dalam keadaan terjamin. Ini yang lebih penting dari kita mencampuri urusan antara rakyat Mesir dan pemerintah mereka iaitu regim Hosni Mubarak.

Kalau PAS prihatin sekalipun tunjukkan dulu sikap keprihatinan anda kepada mangsa banjir yang dikhabarkan mencecah kepada 44,000 orang di Johor dan Melaka.

Adalah lebih elok, beribu-ribu penyokong PAS yang akan berdemo jumaat ini, turun beramai-ramai ke Johor dan Melaka, membuat kerja amal membantu mangsa - mangsa banjir.

1 comment:

  1. Salam tuan,
    Mohon pautkan link sekali. Link tuan sudah saya pautkan. Terima kasih.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-