Monday, February 21, 2011

Cadangan Menarik Dari Pembaca Blog, Sdr Fakeh..

Apa kata UMNO Cawangan/Bahagian tuan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA.

Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS.

Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Sila layari

http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-JamaahMohd

Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang.

Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa'had Hamidiah Kajang. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut.

Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan.

Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.


Double Y : Terima kasih saya ucapkan kepada Fakeh. Mana-mana pemimpin UMNO kalau inginkan kelainan dalam ceramah, mungkin boleh cuba dengan Ustaz ni.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. tingin nak dengaq ceramah sebegini kat tempat sendiri. ha ha ha...

    mai la perlis oiiii

    :D

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-