Wednesday, January 19, 2011

Terkini : Kerusi DUN Pelabuhan Klang Kosong. Lagi Satu PRK Selepas Tenang.


Disebabkan kegagalan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan selama 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Cheng Khim mengisytiharkan kerusi tersebut kosong.

Pada 30 April 2010 Badrul Hisham menyerahkan borang mengumumkan kemasukkan beliau ke dalam UMNO selepas 6 bulan keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas. Borang itu diserahkan di Janda Baik ketika Perdana Menteri DS Najib mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Institut Latihan dan Memperkasa UMNO.

Ini bermakna selepas PRK Tenang, kita akan menghadapi satu lagi PRK di Dun Pelabuhan Klang.

Dan saya melihat ini adalah satu medium terbaik untuk memperlihatkan sokongan rakyat Selangor terhadap UMNO/BN selepas kegagalan UMNO/BN mempertahankan Selangor pada PRU-12 yang lalu.

SELANGOR BANGKIT!!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-