Wednesday, January 12, 2011

Terkini : ADUN Seri Muda Suhaimi Bakal Letak Jawatan?

Ini pesanan yang saya terima pagi ini mengatakan bahawa satu sidang media perletakkan jawatan ADUN Seri Muda Suhaimi akan diadakan pada jam 10.00 pagi nanti.

Suhaimi yang mencetuskan kemarahan rakyat Selangor selepas artikel yang disiarkan di laman blognya mengandungi unsur hasutan dan menghina Tuanku Sultan Selangor.

Artikel itu telah menimbulkan kemarahan rakyat Selangor kerana Suhaimi mengatakan Tuanku Sultan tiada kuasa dalam melantik SUK untuk kerajaan negeri Selangor dimana menyaksikan lebih 80 report Polis dibuat rakyat Selangor ke atasnya.

Pesanan saya terima di bawah :

"Hebahan media; segala hrmtnya jempt ke Sidang Media Yb Tuan Shuhaimi Shafie Adun Sri Muda akan umum p'letakan jawatan sbg Adun di pej Jln anggerik vanila 31R Kota kemuning (tel 5122 0050) jam 10 pagi 12 Jan (rabu)"

Memang elok letak jawatan, penduduk kawasan yang diwakili beliau pun desak benda yang sama.

Daulat Tuanku!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-