Aib dan menjijikkan. Itulah yang saya dapat katakan mengenai fitnah seorang Menteri yang dituduh merogol amahnya sejak 10 hari lepas. Atas permintaan blogger-blogger, Datuk Seri Utama Rais Yatim dan isterinya Datin Seri Maznah berbesar hati untuk berjumpa dengan kami para blogger seramai lebih kurang 10 orang. Pertemuan yang diadakan secara santai dan penuh mesra berlansung lebih kurang 2 jam di pejabat beliau di Kementerian Kebudayaan dan Perlancongan, Bangunan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
DS Dr Rais dan DS Maznah menceritakan segala tomahan yang dibuat ke atas kedua-dua pasangan bahagia ini. Pasangan romantis yang tidak dibuat-buat seperti mana yang dilakukan oleh DS Anwar dan DS Azizah telah menjawab segala pertanyaan bloggers yang selama ini bersarang di kepala kami.
Berikut adalah antara fakta-fakta yang terkandung di dalam perbualan kami para bloggers dan pasangan DS:
- Tomahan yang dilemparkan di dalam laman-laman blog dan media-media elektronik bukan merupakan fitnah yang baru. Fitnah ini telah bermula sejak tahun 2007 sewaktu orang gaji berkenaan, Robegah berhenti kerja dari menjadi orang gaji DS sekeluarga dengan alasan untuk memberikan perhatian kepada keluarganya. Tambahan lagi, anak-anaknya sudah berhenti sekolah dan beliau mampu membina rumah sendiri di Indonesia hasil dari pekerjaannya sebagai pembantu rumah DS Rais selama 10 tahun.
- DS Dr Rais semalam telahpun menafikan sekeras-kerasnya perkara ini dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci untuk membersihkan nama baiknya sebagai seorang Menteri yang telah 46 tahun berjuang untuk UMNO dan telah berkhidmat dengan 6 Perdana Menteri.
- Robegah, 46 tahun, bukalah merupakan satu-satunya orang gaji di dalam rumah berkenaan. DS Rais mempunyai 4 orang gaji termasuk Robengah yang tinggal satu bilik. Agak mengelikan hati sekiranya perkosaan itu dilakukan di dalam rumah berkenaan. Seperti yang diperkatakan tadi Robengah telah bekerja dengan DS Rais selama 10 tahun. Alhamdulillah, terdapat seorang lagi orang gaji yang telah bekerja bersama-sama dengan Robengah sejak dulu dan beliau masih lagi bekerja dengan DS Rais sehingga kini. Kami akan cuba mendapatkan temubual ekslusif dengan orang gaji berkenaan yang turut kecewa dengan dakwaan Robengah.
- Gambar perempuan cantik yang didakwa Robengah oleh blog Sabahkini merupakan gambar palsu yang sengaja diada-adakan untuk menguatkan dakwaan fitnah berkenaan. Kami akan mendapatkan gambar terakhir Robengah sebelum berhenti kerja untuk dijadikan bukti pembohongan yang dilakukan untuk menjatuhkan DS Rais.
- Kenapakah Robengah mengambil masa 5 bulan sebelum laporan ke atas dibuat oleh adiknya. Kenapakah tidak beliau sendiri yang membuat laporan berkenaan? Robengah meninggalkan Malaysia pada bulan Februari 2007 dan laporan yang dibuat oleh adiknya hanya pada Julai 2007. Robengah hilang ingatankah untuk membuat laporan dengan segera atau beliau hanya mengambil kesempatan untuk mengugut keluarga DS Rais?
- Husam Musa, Wakil Rakyat PAS telah berjumpa dengan Robengah pada tahun 2007 untuk mendengar sendiri tuduhan berkenaan. Sekiranya tuduhan ini benar, sudah tentu Husam Musa akan menjatuhkan DS Rais sejak dari PRU12, Perhimpunan Agong UMNO serta memburuk-burukkan beliau ketika beberapa PRK yang berlangsung selepas PRU12. Kenapa tuduhan ini hanya timbul sekarang? Tahun 2010?
Kami mendoakan agar Allah SWT memberi kekuatan kepada DS Sekeluarga di dalam menghadapi fitnah yang jijik dan memualkan ini. Kebenaran akan pasti mengatasi kebatilan. Sesempurna mana sekalipun perancangan manusia untuk menjatuhkan DS Dr Rais pastinya akan gagal sekiranya Allah tidak mengizinkannya.
SUMBER : CUCU TOK SELAMPIT
Double Y : Umur 46 tahun? Gambar yang dihebohkan oleh blogger pencacai najis PR tu gambar siapa? Gambar awek Paria Malaya kut. Bodoh lagi bangang siapa yang memulakan permainan fitnah ini.
bro,
ReplyDeletemungkin umur dia 36 tahun kot? sebab kau ada tulis dia balik Indonesia pada tahun 2007 semasa umut dia 33 tahun.
Mungkin kot bro.. tahun 1997 dikatakan umurnya 33 atau 36 gitu. Biasalah orang Indon ni kadang2 umur mereka tak berapa betul.
ReplyDeleteDalam pasport lain, dalam ID kerja lain. banyak kes mcm tu.
Thanks for ur komen.