Tuesday, January 18, 2011

PRK Dun Tenang : Perang Risalah Bermula, di Mana SPR?

Sebelum ini saya ada tulis bahawa calon PAS Dun Tenang telah pun melanggar akta SPR kerana berkempen sebelum masa yang ditetapkan oleh SPR iaitu 22 Januari 2011.

SPR sebelum ini memberi amaran, kepada sesiapa sahaja yang berkempen sebelum tarikh yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Kita sedia maklum yang PAS semalam sudah mengumumkan calon untuk mewakili PAS iaitu Normala Sudirman.

Itu bukan masalah bagi kita, terpulang kepada PAS nak umum calon dia bila-bila masa sekalipun.

Pagi tadi kita dikhabarkan bahawa calon PAS ini telah pun memulakan langkah pertama kempen di pasar tani.

Beliau pagi-pagi lagi telah berjumpa peniaga pasar tani dan mengunjungi beberapa kedai kopi alasan yang digunakan adalah ini rutin harian dia.

Kita tahu dia bohong, sebab mana ada rutin harian seorang guru ke pasar serta ke kedai kopi setiap pagi? PAS nak tipu siapa?

Tidak cukup dengan kempen itu, PAS juga telah pun berkempen dengan mengedarkan risalah dan akhbar (gambar).

Persoalannya kenapa SPR mendiamkan diri dalam perkara ini? Adakah SPR takut untuk bertindak semata-mata mereka adalah parti PAS?

Nak tuduh SPR tidak adil nanti kita disamakan dengan pembangkang pula, jadi saya sarankan SPR tolong celik sikit mata!

Atau penyebaran risalah, jumpa penduduk dengan ditemani dua pemimpin parti politik dalam Pakatan mereka bukan kategori kempen?



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Salam ziarah,

    mohon link dari blog tuan ke http://umnomeruonline.blogspot.com

    umno meru dah link n follow blog tuan.

    jom lanyak pakatan haram.

    salam perjuangan

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-