Saturday, January 8, 2011

Pengakuan Bekas Muslimah PAS Yang Menyesal?


Berikut adalah pengakuan yang dibuat oleh bekas muslimah PAS. Katanya PAS zaman beliau berkempen dahulu dengan sekarang jauh berbeza. Walaupun pendek karangan beliau, bagi saya ianya mempunyai pengertian yang cuba disampaikan.


Cuba kita teliti ayat-ayat yang dikarang oleh pengirim ini, apa yang saya nampak bekas muslimah PAS ini ternyata kesal dengan perubahan yang dialami oleh PAS sekarang.



Jom kita layan...

"SAYA adalah bekas muslimah Pas yang berjuang habis-habisan demi parti. Saya bersyukur kerana Allah SWT telah menyingkap hati saya yang terhijab. Saya dapati Pas hari ini telah berubah sama sekali. Orang bukan beragama Islam boleh masuk ke dalam surau dengan pakaian kebaya ketat tanpa tudung, berdiri memberi ucapan ketika semua yang hadir, iaitu kaum lelaki duduk di lantai melangut memandangnya.

Masya-Allah. Kami, muslimah Pas pun tak boleh sampai berhampiran mimbar. Apakah jemaah surau berkenaan bertanya kepada Teo Nie Ching, adakah dia datang bulan atau beritahu beliau, kalau nak masuk surau, kena bertudung?


Timbul lagi kegusaran saya apabila dia muncul di pekarangan masjid dengan baju ketat tanpa lengan, sedangkan kami dahulu tidak boleh bersenam bersama lelaki.


Sedih, Pas sudah banyak berubah. Dahulu, kami berkempen, undi orang kafir, jadi kafir. Selalu perkataan yang kami ucapkan, jika memilih pemimpin bukan Islam, 'Mati esok, si kafir itu akan sembahyangkan jenazah kita...' Itulah selalu yang kami jaja. Saya ingin bertanya kepada pembela Karpal Singh, apakah Karpal Singh akan mengimamkan sembahyang jenazahnya nanti?
"

YANG MENYESAL

Lembah Klang

Pengakuan di atas saya petik daripada blog Taiping Mali

Bagi saya ada kebenaran yang diperkatakan oleh pengirim ini, sama ada dia betul muslimah PAS atau tidak itu tidak pula saya mendapat kepastian.

Pinjam ayat Paria Malaya.. FIKIR..FIKIRKAN..

2 comments:

  1. Salam.. Minta jasa baik saudara untuk link kan blog saya di blog saudara..
    www.malaysianutd.blogspot.com
    TQ

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-