Thursday, January 13, 2011

Jah.. Tolong Abang Jah.. Ummi Pulok Saman Abang..!

Petang tadi sekitar jam 3.00 petang berlangsungnya satu sidang media khas Ummi Hafilda Ali di Mahkota Padang, USJ 19 City Mall.

Dalam sidang media itu Ummi Hafilda mengatakan beliau akan mengambil tindakan saman terhadap Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Wan Azizah dan Parti PAS.

Jumlah keseluruhan saman yang dikemukan Ummi Hafilda terhadap mereka berjumlah RM700 Juta.

Dalam kenyataannya Ummi Hafilda mengatakan bahawa tindakan saman Anwar Ibrahim adalah kerana tindakan Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk mengarahkan Polis Cawangan SB memaksa Ummi Hafilda membuat kenyataan sumpah palsu pada tahun 1998.

Parti PAS pula disaman kerana pada tahun 1998 PAS pernah menghantar wakil untuk mendapatkan cerita sebenar kejadian liwat. Tetapi kini PAS pula bertindak membela Anwar Ibrahim.

Karpal Singh pula disaman kerana mempermainkan anak guam yang diwakilinya pada tahun 1998 iaitu pemandu peribadi Anwar Ibrahim yang dipercayai pernah diliwat oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Dulu Karpal Singh bertindak sebagai pendakwaraya kepada Anwar Ibrahim, tetapi kini beliau pula menjadi peguambela. Ini jelas Karpal Singh telah melanggar etika sebagai seorang peguam sebagaimana pernah dijelaskan Oleh MP Bandar Baru Kulim Zulkifli Nordin.

Kemunculan semula Ummi Hafilda Ali bakal menggegarkan 'testis' Anwar Ibrahim serta pasangan 'kekasihnya' iaitu Azmin Ali.

Nampaknya kita bakal melihat tragedi 1998 berulang kembali pada tahun 2011.

Akhir sekali saya ingin ucapkan syabas kepada Ummi Hafilda Ali di atas kebenaran dan keberanian beliau mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim & Gang.

Rm700 Juta beb! Satu rekod baru di Malaysia agaknya..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-