Friday, January 7, 2011
Isu Menteri Rogol Amah : Gambar Sebenar & Fakta Kes di Dedahkan.
Gambar di atas adalah gambar yang dicanangkan oleh blogger pro pembangkang kononnya ianya adalah 'mangsa' rogol kepada seorang Menteri. Namun selepas dikorek-korek oleh kami para bloggers ternyata ianya bukan mangsa 'rogol' yang bernama Robengah.
Semalam berlansung pertemuan serta temubual khas para bloggers dengan Menteri yang dikatakan terbabit dalam kes tersebut dan fakta kes tersebut disiar kebanyakkan bloggers pro kerajaan. Saya juga turut menyiarkan temubual tersebut di SINI
Sebagaimana dijanjikan oleh para bloggers semalam, hari ini satu lagi pendedahan dibuat. Iaitu gambar sebenar Robengah yang berusia 46 tahun, selepas 10 tahun bekerja dengan keluarga DS Rais Yatim. Ternyata rupa paras sebenar Robengah bukanlah sebagaimana gambar yang dicanangkan oleh para bloggers pencacai najis PR. Gambar sebenar Robengah di bawah .
Sebelah kanan dalam gambar di atas adalah Robengah yang pada waktu itu dikatakan berusia 33 tahun, dan pulang ke Indonesia pada Februari 2007.
Di sebelah kiri pula adalah Sumati@Sumiati iaitu teman sebilik Robengah yang sehingga kini masih bekerja dengan keluarga DS Rais Yatim. Semalam atas inisiatif ingin membersihkan nama Menteri terbabit juga para bloggers merakamkan keterangan saksi serta teman sebilik Robengah. Dan saya difahamkan video terbabit akan di dedahkan kepada umum pada jam 3 petang selepas solat jumaat.
Mungkin ada yang berkata, berapa juta dibayar kepada Sumati@Sumiati untuk merakamkan keterangannya? Tidak, satu sen pun tidak dibayar, saksi tersebut dengan rela hati ingin ditemubual dengan niat untuk membantu majikannya.
Saya difahamkan Husam Musa pernah menemubual 'mangsa' rogol tersebut, dan persoalannya kenapa perkara ini tidak dihebohkan oleh Husam Musa pada waktu itu? Adakah Husam Musa juga dibayar oleh Menteri untuk menutup mulut wahai pencacai PR?
Robengah meninggalkan Malaysia pada Februari 2007 namun laporan dibuat oleh adiknya adalah pada Julai 2007. Kenapa lama benar masa yang diambil oleh adik mangsa untuk membuat laporan kepada Migrant Care? Dan kenapa pula aduan tersebut bukan dibuat oleh mangsa sendiri?
Kedutaan Indonesia menafikan mereka menerima sebarang dokumen daripada Migrant Care, kenapa pihak Migrant Care tidak memberikan dokumen laporan tersebut kepada pihak kedutaan kalau kes ini benar-benar terjadi?
Semalam Ketua Wanita PKR mengatakan ia ada menemuramah mangsa tersebut, saya ingin tanya apa yang dikatakan dalam temuramah tersebut wahai Zuraida Mulut Ayam? Sila dedahkan kalau betul kamu ada keterangan mangsa.
Demi ketelusan dan bersikap lebih adil, kita juga menyeru pihak berkuasa menyiasat secara terperinci kes ini, jika ianya tidak benar sanggupkah tukang sebar fitnah ini meminta maaf dan mencium tangan DS Rais Yatim?
Saya hormat Husam Musa kerana tidak menghebohkan perkara ini walaupun ia telah menemubual mangsa kerana kemungkinan besar Husam Musa tidak mahu terjebak dalam kancah permainan fitnah.
Kesimpulannya, kepada Zuraida Kamaruddin dan semua pencacai PR, sila dedahkan hasil temubual anda dengan mangsa, jangan sampai kami para bloggers nyamuk berkelana ke Indonesia menemubual sendiri mangsa tersebut.
Err dengar khabar ada rumah seorang bloggers dimasuki pencuri sehingga hilang sebuah kereta betul ke? Kalau betul, MUNGKIN balasan Allah kerana selalu dok fitnah orang. Zaman sekarang ini orang cakap apa sahaja kita buat kadang-kala Allah bayar 'cash'.
Tunggu pukul 3 petang, capailah apa sahaja yang boleh mengakseskan anda kepada internet blackberry, ipad laptop apa sahaja. Kerana pendedahan yang lain bakal menyusul.
Err.. gambar perempuan berbaju hitam tu siapa? Hahaha awek Blogger pencacai Paria Malaya barangkali. Hahahahaha
Dato Dr Rais Yatim adalah Menteri Luar kabinet Pak Lah pada tahun 2007.
ReplyDeleteMengikut sejarah semasa Julai 2007,media-media Indonesia begitu hebat melancarkan kempen ganyang Malaysia berhubung isu lagu rasa sayang hei, tarian reog ponorogo, isu Ambalat, angklung, tempe, batik, rendang. Isu ini hampir-hampir dimanipulasikan oleh media mereka bagi memprovokasi tentera Indonesia melancarkan perang ke atas Malaysia.
Satu jawatankuasa penyiasat kerajaan kedua-dua negara ditubuhkan secara rahsia dan mendapati isu adalah fitnah sepertimana isu lain yg juga disensasikan demi mencemarkan nama Malaysia. Husam Musa tahu kerana ada bersama jawatankuasa tersebut. Migrant Care juga tahu isu ini tak betul!
Anwarberahi sering ke Indone ketika itu utk kutip duit dan terma arahan berangkai dari CIA di Indone dan menghasut puak Hindraf memberontak di Malaysia. Matlamatnya menjatuhkan pemerintahan Pak Lah yg dikuasai KJ!.
Anwarberahi juga benci usaha Rais memperbaiki hubungan dgn Indone ketika itu cuba memalukan Rais dengan isu amah namun gagal. Kini isu tersebut ditiup kembali bagi menutupi isu liwatnya.
Ini adalah fakta permainan kotor fuckatan dan bapak peliwat !
- Saya difahamkan Husam Musa pernah menemubual 'mangsa' rogol tersebut, dan persoalannya kenapa perkara ini tidak dihebohkan oleh Husam Musa pada waktu itu? Adakah Husam Musa juga dibayar oleh Menteri untuk menutup mulut wahai pencacai PR? -
ReplyDeleteAyat ini lah yang menunjukkan betapa jijiknya manusia yang bergelar pemimpin PAS. Menutup kebenaran, membuka pekung, memfitnah, mencaci maki ini adalah amat dimurkai dan dibenci Allah. Namun perkara beginilah yang disukai mereka. Kalau ada org tanya, selagi aku sedar, maka tak akan kupilih PAS selamanya.
Andainya temubuak Husam dengan 'mangsa' telah benar2 pemperakui perbuatan rogol itu, pasti Husam akan melompat kegembiraan kerana berjaya membongkar satu 'jenayah' pemimpin UMNO.
ReplyDeleteSayangnya, tiada sebarang salahlaku telah ditemui dalam temuramah tersebut. Ternyata cerita ini adalah fitnah.
Apa yang Husam buat? Berdiam diri.! Berdiamdiri baginya adalah baik daripada membunuh cerita fitnah kerana fitnah itu boleh memberi pembangkang kelebihan.
Kotor politik ni..!