Friday, January 7, 2011

Isu Menteri Rogol Amah : Chegubard & Zuraida Wajar di Dakwa Kerana Membuat Laporan Palsu?


Setelah pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh blogger pro-kerajaan, akhirnya kebenaran datang jua. Ternyata tuduhan yang dibuat terhadap DS Utama Rais Yatim merupakan satu fitnah jijik lagi hina dimana percubaan pihak tertentu untuk memburukkan kabinet kerajaan di bawah pimpinan DS Najib Tun Razak.

Saya sendiri hari ini, menyiarkan beberapa artikel berhubung isu ini demi membersihkan nama baik DS Utama Rais Yatim. Sebenarnya dari awal lagi saya tidak lansung mempercayai cerita pembohongan yang cuba dimainkan oleh beberapa blogger pro-pakatan.

Kerana kita tahu bahawa DS Utama Rais Yatim adalah seorang menteri yang berbudi bahasa serta menjalankan tugasnya dengan baik. Kalau tidak masakan beliau mampu kekal bekerja di bawah 6 Perdana Menteri.

Dan hari ini lebih menyakinkan kita bahawa ini semua merupakan fitnah jijik dimana mangsa sendiri iaitu Robengah membuat pengakuan bahawa beliau tidak pernah dirogol sepanjang 8 tahun bekerja bersama keluarga DS Utama Rais Yatim, malah beliau mendapat layanan yang baik sepanjang bekerja di kediaman DS Utama Rais Yatim.

Penipuan fitnah ini dikuatkan lagi dengan pengakuan mangsa sendiri iaitu Robengah yang disiarkan oleh portal detikNEWS . Malah mangsa juga menulis pengakuan dengan tulisan tangannya sendiri sebagaimana disiarkan oleh blogger Dr.Novandri.

Namun pihak blogger pro-pakatan masih cuba bermain dengan presepsi sendiri walaupun bermacam perkara kita dedahkan hari ini. Bermacam persoalan cuba ditimbulkan untuk menafikan bahawa mereka memainkan fitnah keji ini.

Ada blogger pro-pakatan kata, kes ini polis wajar siasat walaupun bukti video saksi didedahkan malah lagi bertambah saksi polis yang terdiri daripada Sumati@Sumiati, serta para blogger pro-kerajaan juga penulis blog pro-pakatan cuba meletakkan sebagai saksi. Apa gila PARIA MALAYA meletakkan para blogger pro-kerajaan yang menemubual mangsa semalam sebagai saksi?

Bagi saya kes ini sudah selesai, kerana mangsa sendiri sudah membuat pengakuan bahawa dirinya tidak pernah dirogol, jadi dalam kes ini atas asas apa penulis blog PARIA Malaya cuba menyarankan agar polis meneruskan siasatan? Maaf link blog pro-pakatan tersebut saya tidak sertakan. Kerana saya tahu para pembaca boleh mencarinya sendiri. 

Kalau hendak suruh polis siasat juga boleh, tapi polis wajar meneruskan siasatan ke atas Chegubard dan Zuraida kerana membuat laporan palsu berhubung kes ini. Laporan yang oleh mereka di IPD Seremban tempoh hari yang bersandarkan kepada laporan Migrant Care boleh dikategorikan sebagai laporan palsu mengikut undang-undang. 

Kerana dalam kes ini mangsa rogol sendiri menafikan bahawa dirinya dirogol. Jadi di sini ada asas untuk polis menyiasat Chegubard di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana mengemukakan laporan palsu.

Untuk tindakan saman pula, bagi saya bukan Rocky Bru yang patut di saman,kerana Rocky Bru tidak pernah menyebut nama DS Utama Rais Yatim dalam artikelnya. sebaliknya akhbar HaprakDaily serta beberapa blogger pro-pakatan. Dan yang paling utama adalah penulis blog BICARA ABU NAWAS kerana dalam artikelnya jelas meletakkan gambar DS Utama Rais Yatim. 

Orang yang kedua wajar disiasat adalah Zuraida Kamaruddin iaitu Ketua Wanita PKR kerana semalam dalam laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini. Zuraida mendakwa beliau telah berhubung dengan pihak Migrant Care untuk mendapat pengakuan amah tersebut. Laporan Malaysiakini menyebut :

"Beliau (Zuraida) juga telah berhubung dengan NGO Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta yang sebelum ini telahpun menemuramah dan mendapatkan pengakuan dari amah tersebut."

Zuraida mendakwa telah berhubung dengan Migrant Care, namun Zuraida tidak mendedahkan laporan itu kepada polis? Kenapa tidak serahkan? Zuraida sudah tahu ke bahawa kes ini tidak terjadi? 

Secara kesimpulan saya melihat, polis patut menyiasat mereka berdua ini di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu!!!









 

7 comments:

  1. hidup dan berfikir atas memfitnah orang,itulah makanan rujinya...
    Otak singkat ..ingat undi dunia..dosa di buat mainan.

    ReplyDelete
  2. saya sokong bro.. mana boleh suka suka buat fitnah.. mesti bertanggungjawab la.

    ReplyDelete
  3. nak arap polis ambik tindakan pada Bardigol ngan mak lampir ke? X payah la.. mereka tu kebal sekebalnya dan bebal sebebalnya. Kalu isu ni x menjadi, esok lusa ade pula isu lain yg membabitkan pemimpin UMNO lagi, muka Bardigol dan Mak Lampir tu la yg akan tercanggok kat balai polis lagi. Tak percaya?? Tunggu je la dlm sebulan dua lagi. Puak setan Fuckatan sekarang telah lancarkan perang, kalau semua isu x sangkut, pasti satu atau dua isu ade yg mereka jadi juara.

    Juara ape? JUARA FITNAH... kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Kah kah lagi jerat dah mengena umpan dah dimakan ikan buntal cikgu bard kah kah kah Rais dah menafikan Anwar Ibrahim bila pulak nak buat sumpah laknat kah kah kah adun totey basoh bila nak buat pengakuan macam Rais yatim kah kah kah...Umpan bodoh untuk orang yang bodoh je..kah kah

    ReplyDelete
  5. Ateh, rasi dok tunggu apa lagi, buat laporan polislah kata c.bad dan zuraida fitnah dia. hari tu bukan main garang suruh polis tahan blogger roky bru...............

    ReplyDelete
  6. Kalau DS Rais Yatim buat saman malu kepada mereka lagi bagus.Saman dengan jumlah yang boleh membuat mereka bangkrap.
    Buat seperti PAP,sampai pembangkang diSingapura jatuh muflis seumur hidp !
    Buat pengajaran !

    ReplyDelete
  7. tanya sama najib apa sebab goyang
    tentu jawab najib sabah nak hilang ...
    tanya pada nwar kenapa sabah nak hilang ...
    tentu jawab nwar sabah kan diserang ....

    tanya pada nwar siapa menyerang ...
    tentu jawab nwar ... misuari punya angkatan
    tanya pada nwar siapakah dalang ...
    tentu jawab nwar "I kenal itu orang"

    pada manila post dan reuters berita terhidang ...
    jawaban diberi pemimpin pembankang dalang
    tanya pada nwar benarkah berita dikarang ...
    tentu jawab nwar "you ulang I saman kang"

    tanya pada mat sabu siapa peliwat terbilang
    tentu jawab mat sabu nwar dalam syarahan
    tanya pada karpal siapa moralnya hilang
    tentu jawab karpal nwar dalam perkataan

    tanya pada azizah siapa anugerah tuhan
    tentu jawab azizah nwarlah sayang
    tanya pada bad rule siapa imam mehdi pilihan
    tentu jawab ustaz nwar dalam ingatan

    tanya pada abim siapa hebatnya orang
    tentu jawab abim nwarlah pilihan
    azizah bini nwar turut dijulang
    anugerah khadijah isteri nabi diberi sandang

    tanya pada saiful siapa liwatnya seorang
    tentu sumpah saiful nwarlah jantan
    tanya pada eskay siapa pelanggan jalang
    tentu sumpah eskay nwarlah jantan

    tanya pada khalifah lim siapa pm pakatan
    tentu jawab khalifah lim nwar ditatang
    tanya pada haji adi siapa pm pakatan
    tentu jawab haji adi nwar diingatan
    tanya pada nik aziz siapakah ahli surga tersayang
    tentu jawab nik aziz nwar dalam ilham
    orang umno kena jilat kaki inilah orang
    memang sangat hebat ini binatang

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-