Sunday, January 16, 2011

Isu Interlok : T.Murugiah Gunting Dalam Lipatan?

Demonstrasi aman anjuran GAPENA dan 38 NGO lain telah diadakan di Rumah GAPENA, Jalan DBP sebagai bantahan terhadap usaha segelintir pihak yg cuba mempolitikkan isu pemilihan novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain sebagai teks KOMSAS Tingkatan 5 bermula 2011.

Antara NGO yang hadir selain GAPENA ialah PENA, PERKASA, KEMUDI, PPS, KGMMB, E-SASTERA, KALAM, termasuk wakil 21 kerabat GAPENA yg lain.

Setiap wakil NGO telah diberi peluang berucap dalam mengulas isu ini dan majoriti menolak isu novel ini dipolitikkan. 4 gambar pemimpin politik iaitu Datuk T. Murugiah, Dr Mariah Mahmud, M. Manoharan dan Pengerusi NGO India yg telah mempolitikkan isu ini telah ditayangkan dan dilabelkan sbg patut di tahan ISA.

8 Resolusi telah diputuskan dalam perhimpunan tadi termasuk menolak usaha untuk meminda teks novel berkenaan serta menolak penubuhan Jawatankuasa oleh kerajaan untuk membincangkan kembali pemilihan novel ini kerana ia dianggap akan membazirkan wang rakyat. Mereka juga mendesak 4 pemimpin berkenaan meletak jawatan terutamanya T.Murugiah.

Rumus yang boleh dibuat ialah isu ini digemburkan oleh T.Murugiah semata-mata untuk meraih sokongan politik individu beliau dikalangan ahli MIC dan org India menjelang PRU13.

Beliau diketahui umum adalah pemimpin bermasalah dlm PPP sebelum ini kerana tamak dan gila kuasa sehingga disingkirkan dan kemudian masuk MIC.

Kita percaya beliau dalam keadaan terdesak utk mencari tempat dlm politik MIC terutamanya bila kontrak beliau sebagai Senator akan tamat.

Wajarkah T.Murugiah dipecat kerana telah mencetuskan polemik perkauman?

Wajarkah kita katakan bahawa T.Murugiah adalah gunting dalam lipatan dalam Barisan Nasional?

T.Murugiah buta ke selama 40 tahun ini? Kenapa baru sekarang dibangkitkan?





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-