Saturday, December 4, 2010
Wajib Baca : Wan Azizah Kena I.S.A?
Datin Seri Azizah boleh dikenakan I.S.A disebabkan kenyataannya dalam Kongres PKR dimana beliau tanpa menggunakan otak telah meminta masyarakat melayu meninggalkan konsep "ketuanan melayu"?
Semasa dalam ucapannya Wan Azizah mendakwa 'ketuanan melayu' digunakan untuk memperdayakan bangsa melayu demi kepentingan segelintir melayu elit, beliau mendakwa golongan ini adalah manusia yang melakukan korupsi serta rasuah. Agaknya otak Kak Jijah ini sudah penuh dengan 'tahi lembu' sehingga terlupa bahawa suaminya pernah terlibat dalam salah laku rasuah.
Jadi menjadi kewajipan saya untuk mengimbas kembali memori Kak Jijah bahawa suaminya juga seorang manusia yang korup. Masihkah Kak Jijah bahawa 'anugerah Tuhan' iaitu suami Kak Jijah terlibat dan di dapati bersalah dalam empat tuduhan rasuah dan terlibat dalam salahguna kuasa dan di hukum penjara selama 6 tahun? Lupa ke Kak Jijah?
Berbalik kepada isu 'ketuanan melayu' yang Kak Jijah minta 'dibakul-sampahkan' itu tahukah Kak Jijah bahawa kenyataan Kak Jijah itu telah mencabar hak orang melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hari ini penasihat undang-undang UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun menyarankan agar Kak Jijah di kenakan I.S.A berikutan kenyataan Kak Jijah tu, katanya lagi apabila isu 'ketuanan melayu' 'hak keistimewaan melayu' dan kedudukan raja-raja serta apa juga yang berkaitan ianya sudah menyentuh mengenai Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan apatah lagi ianya diucapkan di khalayak ramai, di mana turut di hadiri oleh bukan melayu ianya bukan lagi berbentuk cabaran sebaliknya lebih kepada memperlekehkan kedudukan orang-orang melayu dan majlis raja-raja.
Untuk bacaan lanjut pembaca boleh klik sini
Tahukah Kak Jijah, bahawa kenyataan Kak Jijah tempoh hari telah boleh menimbulkan perasaan benci dan meluat dari kalangan bukan melayu terhadap orang melayu, disebabkan kecelaruan serta penerangan yang banyak versilah masyarakat hari ini menganggap 'ketuanan melayu' itu adalah Malay Supremacy yang bersifat perkauman, di mana menampakkan melayu sebagai tuan, bukan melayu sebagai hamba.
Agak malang sungguh, bila Kak Jijah anak beranak sanggup eksploitasi semua benda untuk mendapatkan sokongan bukan melayu dengan tujuan menempatkan suami kak jijah di Putrajaya sebagai PM Malaysia. Tindakan Kak Jijah ini sebenarnya adalah sesuatu yang membimbangkan kerana agenda serta maksud sebenar 'ketuanan melayu' telah disalah tafsirkan oleh masyarakat bukan melayu.
Maksud sebenar 'ketuanan melayu' adalah lebih mirip kepada malay dominance bukannya malay supremacy, ianya dilaungkan dengan bertujuan untuk menaikkan semangat orang melayu kerana masyarakat melayu dilihat tidak mendominasi dalam sektor ekonomi, kerjaya, dan pendidikan.
Malah hal ini dapat lihat jika kita meneliti senarai jutawan di Malaysia di mana melayu boleh dibilang dengan jari, yang lainnya dimonopoli oleh bangsa lain. Inilah matlamat pejuang-pejuang bangsa dimana mereka ingin melihat bangsa yang dominan dari segi angkanya ini tidak tercicir dari arus ekonomi.
Jadi kesimpulannya jika slogan 'ketuanan melayu' ini yang dilihat pembakar semangat orang melayu cuba dibakul-sampahkan, apa lagi yang ada pada orang melayu? Jadi memang wajarlah Kak Jijah dikenakan akta hasutan 1948 yang menyatakan satu benda hasutan, ianya mempersoalkan hak, status, kedudukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 152, 153 dan 181.
Secara peribadi, saya amat-amat bersetuju agar penghasut dan melayu yang lupa diri macam Kak Jijah ini ditangkap, disiasat dan dikenakan I.S.A sebagaimana saranan penasihat undang-undang UMNO.
Sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja waima dari kalangan pemimpin BN sekalipun jika ianya mengeluarkan kenyataan mempersoalkan, mencabar, mempertikaikan hak-hak orang melayu.
Jika Namawee tindakan tidak dapat diambil gara-gara pengetua tersebut tidak membuat sebarang laporan, bagaimana dengan Wan Azizah ini?
Belum perintah negara pun sudah macam-macam percubaan gila mereka buat, bagaimana jika mereka memerintah? Sanggupkah anda mengambil risiko membiarkan puak sosialis memerintah negara kita yang tercinta ini?
Jika tanya saya? Jawapannya saya tidak akan mengambil risiko yang boleh menjejaskan nasib anak cucu saya kelak.
Wassalam.. "Sumbat aje dalam ISA"!
Menarik ulasan.. selamat dtg ke dunia blogger..
ReplyDeletehttp://other-perspektif.blogspot.com/
Thanks bro.. Ok saya akan pautkan blog saudara.. Sama2 kita bertukar info.
ReplyDelete