Saturday, December 11, 2010

WAJIB BACA!! : Isu Namawee ke Parlimen, Nazri Atau Rakyat Yang Tidak Faham Undang-Undang?


Disebabkan sekarang ini hangat isu Namawee masuk Parlimen dan dikatakan diberi layanan VIP ke atas penyanyi rapper tersebut oleh Dato Seri Nazri Aziz, saya melakukan sedikit ulangkaji ikut kemampuan saya yang terhad ini. 

Dato Nazri Aziz berkata, dalam isu Namawee rakyat perlu faham undang-undang dan tidak perlu mengikut emosi sehingga meminta kerajaan mengenakan tindakan terhadap Namawee hanya kerana menghasilkan video klip mempunyai unsur hasutan. 

Malah beliau berkata lagi, kita tidak perlu beremosi dalam isu tersebut dan beliau meminta rakyat melihat secara spesifik tanpa mengaitkannya dengan kesalahan yang lain. Dalam erti lain, jangan ungkitkan semua kesalahan Namawee gara-gara satu video yang dikatakan menghina seorang guru. Baiklah isu video lagu 'Negarakuku' sudah lama dimaafkan oleh kerajaan. Itu kita terima, saya cuma ingin bertanya mengenai isu video lagu yang menghina azan, wanita bertudung dan amalan puasa yang dijalankan oleh umat Islam. Adakah ianya juga sudah dimaafkan oleh kerajaan?


Baiklah, mari kita teliti kes ini mengikut undang-undang sebagaimana diinginkan Dato Nazri Aziz agar kekeliruan yang timbul dalam isu Namawee dapat diredakan. Mengikut hasil ulang kaji yang saya lakukan, laporan Polis terhadap Namawee di Johor sahaja diberitakan sebanyak empat laporan, laporan dibuat di Kulai Jaya,  Pasir Gudang,  Masai dan Johor Jaya.

Manakala laporan Polis terhadap Namawee juga ada dibuat di Kuantan,  Putrajaya dan Melaka. Kesemua laporan ini sepatutnya disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jadi mengikut pemahaman saya yang tidak seberapa ini setiap laporan yang dibuat pihak Polis perlu membuka kertas siasatan. Dalam kata lain, Polis perlu menahan atau mendapatkan keterangan daripada individu yang laporan dibuat terhadapnya. 

Selepas siasatan dilakukan, kertas pendakwaan akan disediakan, dan kes ini akan dibawa ke mahkamah untuk mengikuti proses perbicaraan. Jadi di sinilah bermulanya sessi soal balas di antara peguambela serta pendakwaraya. Selepas melalui proses yang ditetapkan keputusan samada bersalah atau tidak si tertuduh terpulang kepada bukti serta hujah pembelaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. ( Jika saya tersilap info, saya sedia menerima teguran daripada para pembaca ).

Jadi di sini saya ingin bertanya kepada Dato Nazri Aziz, apakah status siasatan serta laporan Polis yang dibuat oleh beberapa NGO terhadap Namawee? Adakah ianya masih dalam siasatan atau sudah lama 'ditutup'? Kerana dari apa yang kita lihat sehingga ke hari ini tiada sebarang pendakwaan dibuat terhadap individu yang bernama Namawee ini.? Pertermuan blogger bersama Dato tempoh hari, Dato ada menerangkan yang kononnya tindakan tidak dapat di ambil terhadap Namawee kerana, guru besar yang dihina oleh Namawee di dalam video tersebut tidak tampil membuat laporan Polis, kalau begitu bagaimana dengan laporan Polis oleh NGO-NGO lain? Tidak lakukah??

Bicara pun belum dah diputuskan  budak Namawee tidak bersalah kenapa? Kenapa Dato? Kenapa?? Apa yang istimewa sangat pemuda bernama Namawee sehingga kerajaan memberikan layanan istimewa terhadapnya? Bukanlah saya dengki atau iri hati serta saya seorang yang bersifat perkauman, cuma ketidak-adilan dilihat sangat ketara dalam pihak kerajaan menguruskan kes pemuda bernama Namawee!!

5 comments:

  1. itulah yg menjadi persoalannya bro..kan dulu seorang blogger Jeffry Damien / Dimensi pernah kena tahan kerana kononnya menghina Anwar dan Nik Aziz melalui karyanya..tetapi polis menahan bukan disebabkan oleh laporan yg dibuat oleh Anwar atau Nik Aziz tapi oleh orang lain dan sdra Jeffry kena tahan juga dan begitu juga dgn blogger Aduka Taruna..orang lain yang buat laporan..polis tahan juga dia..tapi kenapa Namewee tidak???

    ReplyDelete
  2. Yer bro Hilbert.. Ini kita harapkan perjelasan yang logik sikit. Pelik juga tiba2 dia tidak bersalah.. Alahai menteri.. mujur kita ni masih sayangkan UMNO. hehehe

    ReplyDelete
  3. BINGAI PUNYA MENTERI

    ReplyDelete
  4. nazri sama nemeweee kurang lebih sama bunyi. ajaran dan fahaman nazri boleh dilihat apa yang dilakukan oleh anaknya. kita tak pasti ajaran agama yg diajar oleh nazri kpd anaknya. kata org ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. so apa yg dibuat oleh newe itu adalah halal bagi nazri. adakah rakyat padang rengas yg menyokong pemimpin mereka itu kenal nazri... dan nazri telah katakan dia adalah Malaysia dan melayu itu kemudian.... so pentingkah melayu kpd nazri? newe telah tunjukkan cara utk kurang ajar seperti mana nazri kurang ajar thdp TDM. apa yg boleh kita harapkan pada nazri? melayu boleh belah, buang sifat Melayu dan jadi anak bebas ajaran Islam utk bersama nazri....

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-