Thursday, December 16, 2010

Mesti Baca : Suara Keadilan Berbohong Mengenai Sejarah FELDA??


Ketika membaca laporan Suara Keadilan mengenai tajuk 'Tun Razak Bukan Pengasas FELDA', saya menjadi sedikit keliru. Timbul bermacam persoalan di benak fikiran saya sama ada benar atau tidak laporan yang di siarkan oleh Suara Keadilan itu.

Dalam kajian yang kononnya dilakukan oleh Dr.Samarudin Md Rejab, beliau mengatakan bahawa FELDA diwujudkan oleh penjajah Inggeris sebagai satu strategi untuk mengekang fahaman komunis dikalangan masyarakat Melayu pada waktu itu. Jadi mengikut perkiraan beliau FELDA bukan ditubuhkan atas hasil kebijaksanaan Tun Abdul Razak atau UMNO sebaliknya FELDA adalah hasil daripada penjajah Inggeris. Untuk makluman pembaca boleh membacanya di SINI

Di sini menimbulkan beberapa persoalan, sama ada Dr.Samarudin keliru di antara FELDA dengan ESTET? Bagi saya Dr.Samarudin ini telah mengelirukan orang ramai dengan kajian yang dibuat beliau berjudul "Evolution Of Policies Affecting Land Settlement Schemes In Malaysia" yang disiarkan dalam jurnal Akademika, Bil. 12 keluaran Januari 1978.

Dari ulangkaji yang saya lakukan, penjajah Inggeris hanya  mewujudkan ESTET dan bukannya FELDA, dan yang bertanggungjawab mewujudkan FELDA adalah kita orang Melayu. Ini dibuktikan melalui manifesto pilihanraya 1955 di mana negeri Pahang menjadi sandaran penubuhan rancangan tanah FELDA.

Pada waktu itu Tun Abdul Razak yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Yang di Pertua UMNO Malaya mengarahkan setiap UMNO Negeri merangka manifesto masing-masing untuk menghadapi pilihanraya pertama negara iaitu pada tahun 1955.



Dalam manifesto yang mengandungi 47 perkara itu, salah satu daripadanya adalah janji Perikatan ketika itu yang ditunjangi UMNO ialah untuk membangunkan sebuah tanah rancangan besar-besaran dengan ciri utamanya adalah agar rakyat dapat memiliki tanah tersebut kelak. Pada awalnya ianya tidak diberi nama FELDA tetapi Lembah Kemajuan Tanah Persekutuan atau singkatannya (LKTP).

Asas daripada perbincangan dari manifesto ini Tun Abdul Razak serta UMNO telah menyedari hakikat bahawa sukarnya rakyat hendak memiliki tanah sendiri di bawah penjajahan Inggeris, malah sebelum merangka manifesto untuk pilihanraya tersebut Tun Abdul Razak telah menjelajah menemui seluruh UMNO negeri untuk mendapatkan maklumat. 

Malah rancangan ini dimulakan di Pahang dengan mendapat perkenan Sultan Pahang untuk membahagi-bahagikan tanah yang luas di sekitar Pahang sebagai milik orang Melayu malah orang melayu luar daripada Pahang yang ingin menjadi rakyat Pahang dan bermastautin di Pahang juga diberikan peluang untuk mengikuti program pembangunan tanah LKTP ini.

Melalui manifesto ini juga dikatakan menjadi tonggak kemenangan besar parti Perikatan yang ditunjangi UMNO malah ini diakui sendiri oleh Dato Khairuddin Mohd Kawi,dimana pada waktu itu beliau dilantik oleh Tun Abdul Razak sebagai ahli jawatankuasa dan penasihat LKTP Lurah Bilut.


Selepas kemenangan besar Perikatan, seramai 45 orang terpilih menjadi peneroka dalam rancangan tanah tersebut yang mana lebih separuh daripadanya adalah anak-anak Pahang. Bagaimanapun menurut laporan ramai daripada mereka bertindak lari balik hingga menyebabkan Tun Abdul Razak marah dengan keadaan tersebut.

Pada waktu itu Tun Abdul Razak menegaskan bahawa LKTP Lurah Bilut tidak boleh gagal sama sekali kerana ianya merupakan model utama LKTP. Dan perkara ini sentiasa ditekankan dalam perjumpaan dengan kakitangan kerajaan negeri. 

Malah kajian yang dilakukan oleh Dr.Samaruddin juga tidak menyebut bahawa menteri pertama yang bertanggungjawab dalam hal ehwal LKTP atau kini disebut sebagai FELDA adalah YB Encik Bahaman Bin Samsudin di mana pada waktu itu beliau merupakan menteri sumber asli di bawah pentadbiran YM Tunku Abdul Rahman.

Apakah Dr.Samaruddin sudah keliru antara ESTET dengan FELDA? Apakah niat beliau dengan mengeluarkan kenyataan bahawa DS Najib atau UMNO tidak lagi boleh klaim bahawa FELDA di asaskan oleh Tun Abdul Razak?

Akhir sekali saya hendak tanya, apakah fahaman politik Dr.Samarudin? Penjajah Inggeris buka ESTET, kita yang buka FELDA. Jadi usahlah menafikan atau memutarbelitkan fakta sejarah.

Nak sedap lagi pergi jumpa Dato Khairuddin Mohd Kawi di Jerantut. Inilah yang berlaku bila ramai orang mengaku dia pakar sejarah, pakar perlembagaan, pakar hadis, pakar meramal keputusan PRU. Habis fakta yang sebenar diputar belit demi kepentingan politik sempit mereka. Layan filem mamat khalid lagi bagus dari baca kajian yang dibuat oleh orang pro PR.


p/s : Artikel ini saya hasilkan daripada rujukan temubual bersama Dato Khairuddin di SINI

4 comments:

  1. Alamak.. Blogger isu-isu semasa melawat.. terima kasih atas lawatan demo shahrul. Hahahha

    ReplyDelete
  2. aku cuma nak tanya...apa jasa dr samarudin ni kepada negara?
    tak payah la nak mencari publisiti murah dengan mempertikaikan siapa yang ujudkan felda atau apa saja.
    benda dah siap dan dah banyak berjasa kepada orang2 melayu.
    buatlah kerja lain..banyak lagi perkara yang harus kita lakukan untuk bangsa melayu.
    kalau tak ada felda..berapa ramai sangat orang melayu yang memiliki tanah.
    getah pun dah mahal,kelapa sawit juga tinggi harganya dipasaran..
    orang2 melayu yang mengaku bijak dan berpelajaran ni kepala hotak mereka bukan bersih sangat.
    dapat gaji kerajaan yang bayar hasil dari wang rakyat..tapi apa yang mereka buat untuk membalas jasa rakyat.
    hanya menyalak tak tentu pasal konon mereka yang serba tahu.
    sudahlah manusia yang bernama dr samarudin oiii..
    buatlah kajian macamana nak bagi lembu bolih beranak setahun 5 kali..supaya penternak lembu terdiri dari orang2 melayu cepat jadi kaya seperti tokeh2 cina yang bela babi tu.
    meluat aku dengan manusia yang bijak tapi bangang..

    ReplyDelete
  3. Saya orang yang lahir di tanah LKTP, dari apa yang saya tahu penubuhan LKTP/Felda diasaskan oleh Tun Abdul Razak melalui idea bernas dan kecaman keras Tun Mahathir terhadap Tunku Abdul Rahman. Dan ini adalah fakta yang tak boleh disangkal even Lim Kit Siang mengakuinya didalam Discovery Tun Mahathir Part 1.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-