Jom ikuti tulisan beliau :
Segalanya  telah tersurat dan tersirat. Tiada siapa menyangka surat yang di tulis  oleh seorang gadis biasa berusia 28 tahun ketika itu mengenai Perihal  Salahlaku Timbalan Perdana Menteri setebal  19mukasurat bertarikh 5 hb Ogos 1997 akhirnya telah mengundang satu  ledakan Hiroshima yang tiada siapa dapat menduganya yang akhirnya telah  membawa kepada satu perubahan besar kepada  senario politik tanahair negara.Itulah takdir namanya. Kun Fa Ya Kun  apabila Allah mengatakan jadi maka jadilah ia tanpa siapa dapat  menghalangnya
Apakah  mungkin seorang gadis biasa yang tidak memegang sebarang jawatan dalam  tampuk kepimpinan mahupun parti apatah lagi bukannya datang dari  keluarga yang berpengaruh mampu mengoncang kedudukan seorang TPM yang  begitu terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di persada dunia .
Namun  ketajaman mata penanya dan fakta fakta serta bukti bukti yang  dilampirkan telah mengundang satu suasana paling kontroversi pernah  berlaku di dalam negara mahupun kepada penulis surat keramat itu.
Demonstrasi  di sana sini,rakyat yang hilang hala tuju dek kerana propaganda insan  munafik menjadi ganas , keadaan tidak terkawal , negara berada diambang  kehancuran apatah lagi dengan kemelut ekonomi yang begitu meruncing dan  desakan serta tekanan dari Amerika menambahkan lagi keadaan huru hara  ketika itu. Index saham jatuh keparas terendah 200 index berbanding sebelumnya iaitu 1400index. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah 150syarikat yang tersenarai di papan kedua bursa saham akhirnya gulung tikar. Kadar peratusan pinjaman rumah dan kereta mencecah belasan peratus.
Mujurlah  ayahanda Mahathir mengambil pelbagai tindakan drastik bagi  menyelamatkan keadaan diantaranya dengan perlantikan Tun Daim sebagai  Menteri Kewangan bagi menstabilkan keadaan dimana dalam tempoh 6 bulan sahaja index kembali pulih ke paras 600 index dan seterusnya mengheret si pengkhianat kemuka pengadilan dan akhirnya si pengkhianat terhumban 6 tahun  ke dalam penjara. Itu adalah sebahagian rentetan peristiwa bersejarah  yang sukar di lupa oleh rakyat yang hidup di zaman tersebut apatah lagi  kepada penulis pena perihal salahlaku TPM ketika itu, kerana terlalu  banyak pengalaman yang begitu pahit , sedih dan ngeri yang harus di  tanggung bersendirian demi sebuah perjuangan dan kasihnya sri kandi  kepada agama, bangsa dan negara.
Dipendekkan cerita hikayat Al Anwar Al Sheikh Al Karut  sesungguhnya si penulis surat keramat tersebut telah mengalami pelbagai  trauma , kepayahan, kepedihan yang tidak mampu ditanggung oleh mana  mana gadis sebaya dengannya ketika itu mahupun belia ataupun di kalangan  orang politik sendiri.Inilah yang dinamakan Perjuangan Sri Kandi demi  agama, bangsa dan negara yang tercinta. Tapi siapalah tahu apa yang  dialami oleh sri kandi dalam menegakkan kebenaran dan jihad yang agung  ini demi kepentingan ummah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul  sedangkan ramai di atas sana yang memegang pelbagai jawatan raksasa  hanya tahu mendabik dada seolah olah lembu punya susu sapi mendapat nama  .
Sesungguhnya  bukanlah sri kandi ingin mendabik dada namun perjuangan ini tidak dapat  dinilaikan atau dibandingkan sama sekali dengan wang ringgit. Bayangkan  kalau si pengkhianat menjadi PM ketika itu apa akan jadi pada negara?  Negara dan ummah akan hancur , anasir kuasa asing mungkin akan  bermaharajalela , negara hilang berbillion ringgit dalam sekelip mata.  Namun alhamdulilah mengapa allah memilih saya di antara berjuta manusia  untuk berjuang dengan jihad yang hebat ini yang tiada tolok bandingnya  di alaf siber.Ini  bukan kata kata saya, tapi datangnya dari seorang ulamak tersohor  Indonesia Ustaz ArRahman Al Hafiz bahawa jihad ini amat mulia  iaitu menentang kemungkaran seorang pemimpin ketika dia sedang berkuasa.
Hayatilah kepayahan serta kesukaran yang dialami oleh Umi Hafilda selepas kes pendedahan mengenai salahlaku Anwar Ibrahim didedahkan beliau. 
Semoga Umi Hafilda terus tabah meneruskan kehidupan.   

Sebenar untuk tegakkan kebenaran amatlah berat ujiannya sepertimana berlakunya pada nabi2 dan rasul2 Allah. Tetapi selalunya dewasa ini setiap kemungkaran dan kejahatan paling dihargai bahkan beri penistirafan yang terlalu tinggi seperti mana saudara LGE oleh N.Aziz.
ReplyDeleteIni telah dimatukkan dan telahpun diberitahu melalui firman Tuhan dan Hadis Nabi SAW.Ini terjadi kerana mendapat pertolongan iblis dan jin-jin yang sama-sama turut serta membantu dan menyesatkan serta sahabat mereka untuk membuat kemusnahan.
Ini adalah satu anugerah Allah kepada saudari untuk melihatkan cahaya keimanan dan ketakwaan kepada Allah SAW. Justeru pada masa itu kita lihat ujian amat getir kepada Negara kita Malaysia dan teruk digayang oleh rejim yahudi dan amerika hinggakan negera kita hampir muflis. Siapa yang tak tertekan kiranya orang yang diberi kepercayaan untuk menengakkan kebenaran dan keadilan telah menyalahkan tugas beliau menyiksa keadilan dan kebenaran. Sedangkan pesalah atau perosak negera dan agama seronok menari serta berjoget dengan imbuhan melampau.
Kita disajikan kini terdapat peguam-peguam beragama islam dan mengaku tegakkan islam tetapi berjuang menengakkan kebatilan, kehancuran islam bahkan meroskkan negara. Mereka bersengkokol dengan musuh-musuh islam untuk hancurkan islam. tetapi dalam maianan takbir mereka kata merekalah pejuang kebenaran. Mereka ini tergolong dalam gila kuasa dan gila dunia hingga lupa pada Allah.
Sehubungan itu kami doa saudari supaya sentiasa beroleh kebenaran dan ditingkatkan darjat demi tegakkan islam dan negara tercinta.