Monday, December 27, 2010

N.Gobalakrishnan Bakal Menerima Nasib Yang Sama Macam Zaid Ibrahim?


Parti yang diterajui oleh Munafik nombor wahid negara nampaknya terus dilanda gelombang ekoran ketidak-puasan ahli parti sendiri terhadap Ketua Umum mereka iaitu Anwar Ibrahim.

Beberapa hari lalu, MP Padang Serai N.Gobalakrishnan (gambar) bertindak menyerang habis-habisan Anwar Ibrahim di laman twitternya. Beliau mendakwa Anwar Ibrahim tidak telus dalam mentadbir PKR ekoran pemilihan PKR tempoh hari yang dilanda dengan pelbagai kontoversi.

Berikut adalah beberapa tulisan kecaman Gobala terhadap kepimpinan PKR di laman twitternya yang sempat saya kutip untuk tatapan pembaca.











Ekoran kecaman terbuka yang dibuat oleh Gobala di laman twitternya,. hari ini Naib Presiden PKR yang baru N.Surendren mengarahkan Gobala agar segera menghentikan sebarang bentuk serangan terhadap parti itu.

Atau dalam kata lain, tindakan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR yang baru ini, adalah beliau cuba menutup mulut Gobala agar tidak mendedahkan kepincangan parti itu kepada pengetahuan umum atau di laman twitternya.

Jika saudara pembaca membaca kenyataan N.Surendran di SINI jelas beliau ada berkata :

“PKR selaku parti yang demokratik dengan tegas mempercayai kebebasan bersuara dan diskusi terbuka mengenai isu ataupun dasar di kalangan ahli akar umbi dan juga massa umumnya."

Jika PKR benar demokratik kenapa perlu arahkan agar Gobala menutup mulut serta menghentikan sebarang kecaman terhadap parti dan Ketua Umum mereka? Bukankah dalam sebuah parti yang kononnya mengamalkan demokrasi yang sebenar, sesiapa sahaja yang terdiri daripada ahli parti berhak bersuara atau menyatakan ketidak-puasan hati mereka?

Dari sini jelas, PKR merupakan sebuah parti yang diketuai oleh diktator, dimana suara ahli serta akar umbi mereka sedikit pun tidak di ambil peduli oleh Anwar Ibrahim.

Baru membuat kecaman di laman twitter sudah arahkan orang tutup mulut, ini apa punya demokrasi? Mana pergi kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh PKR?

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-