Sunday, December 26, 2010

Bangunan MCA Cawangan Batu 11 di Rampas, Bukti Tindakan GESTAPO PR Selangor?

Semalam satu laporan polis dibuat oleh MCA Cawangan Batu 11, berikutan kekasaran yang dilakukan  oleh penguatkuasa MPKj dalam operasi mengambil alih bangunan tersebut.

Dilaporkan juga empat anggota MCA cedera dalam kekecohan yang tercetus di antara 50 pengawai penguatkuasa MPKj ketika cuba menghalang tindakan merampas bangunan tersebut.

Nampaknya ada kemungkinan MPKj dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu kerana Ketua MCA Bahagian itu mendakwa pada 24 September lalu Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan semua notis yang dikeluarkan oleh MPKj untuk mengambil alih bangunan itu ditarik balik.

Bangunan yang dibina hasil daripada sumbangan ahli-ahli MCA ini dan digunakan sebagai pusat khidmat masyarakat MCA sejak 30 tahun lalu.

Apa jadah ini wahai MPKj? Mahkamah telah keluarkan arahan supaya semua notis ditarik balik, kenapa masih bertindak mengambil alih bangunan berkenaan?

Kenapa pula perlu serbu di malam hari seolah-olah hendak menyerbu pusat pelacuran? MPKj bertindak atas arahan siapa? Kerana dimaklumkan bahawa MCA Cawangan berkenaan tidak menerima apa-apa notis sebelum tindakan perampasan tersebut dibuat.

Siapa yang arahkan??

Siapa perlu jawab? Ronnie The Babi Gangster??? Apa kes ni tailo???

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-