NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, March 5, 2013

[VIDEO] : Keadaan Kg.Tandou #LahadDatu Sebelum Serangan - Kini Pasukan Darat Ambil Alih!

Serangan udara sekitar Kg.Tandou dihentikan sekitar jam 10.00 pagi tadi, terkini pasukan darat mula mengambil alih.

Sekarang serangan 'ground operation' dilakukan bagi memburu  saki-baki pihak musuh. Sekatan jalan raya juga dibuat sekitar 5 kilometer dari Kg. Tandou ke Felda Sahabat 17.

Orang ramai tidak dibenarkan masuk berdekatan kawasan Felda Sahabat 17. Setakat ini enam buah ambulan dikeluarkan daripada hospital Lahad Datu untuk bersiap-sedia sebarang kemungkinan. Tiada kecederaan atau kematian melibatkan anggota keselamatan yang terlibat.

Namun pihak keselamatan juga belum dapat memastikan jumlah kematian pengganas Sulu. Sementara itu pihak penguatkuasa Filipina dilaporkan mengawal ketat kedutaan Malaysia di Filipina ekoran terdapat beberapa penyokong berkumpul di hadapan kedutaan.

Beberapa website juga dilaporkan telah digodam oleh 'hackers' kedua-dua negara.

Suasana penduduk Kg.Tandou yang berpindah sejak semalam sebelum serangan :

Kenyataan media Ketua Polis Negara :

Ihsan PDRM :

"Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.
Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.
 
No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...