Friday, October 30, 2015

PENIAGA DI PUDU SENTRAL DIHALAU SECARA PAKSA OLEH UDA MALL & SPAD @SPADChannel










Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Itulah slogan yang dilaungkan oleh DS Najib Razak sebaik sahaja beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Namun, adakah pegawai dan agensi bawahan memahami dan menyelami slogan yang dilaungkan oleh kerajaan hari ini?

Kelmarin saya didatangi kumpulan peniaga dari Pudu Sentral, 10 wakil peniaga yang bertemu dengan saya mendakwa dianiya oleh pegawai dan pihak pengurusan Pudu Sentral iaitu Uda Mall Sdn Bhd dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

KLIK IMEJ



Menurut mereka, tindakan pengurusan Pudu Sentral dan SPAD terlalu menekan dan tidak bertolak-ansur malah ada yang bertindak seperti samseng. 

Berdasarkan rekod, SPAD mengarahkan operasi bas ekspress bagi jarak jauh dipindahkan ke terminal bas Bandar Tasik Selatan atas alasan untuk mengurangkan kesesakkan lalu lintas.

Ia dinyatakan oleh Pengerusinya, TS Syed Hamid Albar sekitar bulan Ogos yang lalu. Ekoran daripada pemindahan operasi bas, Pudu Sentral tidak lagi menjadi tumpuan orang ramai.

Dan difahamkan, bermula November ini - SPAD akan bertindak membatalkan permit mana-mana pengusaha bas ekspress yang masih beroperasi atau mengambil penumpang di Pudu Sentral.

Tindakan SPAD yang mahu memindahkan operasi bas ekspress atas alasan mengurangkan jumlah kenderaan di ibu kota seperti tidak masuk akal.




Kerana sejak Pudu Sentral diubah suai dan dinaik taraf menjadi UTC boleh dikatakan sekitar Pudu Raya tidak mengalami kesesakkan, jika berlaku kesesakkan pun di waktu puncak dan berpunca daripada lampu isyarat di sekitar Petaling Street, Masjid Jamek yang jaraknya berdekatan.

Paling menggelikan hati saya, SPAD turut memberi alasan tindakan pemindahan operasi bas ekspress adalah untuk mengelakkan ulat tiket.

Kalau kita kata SPAD bodoh nanti penguatkuasa SPAD berkecil hati.

Ulat tiket ada di mana-mana termasuk di KLIA. untuk menghapuskan ulat tiket adalah tindakan penguatkuasaan. Jika penguatkuasa lemah dan lembik atau makan suap sampai kiamat pun ulat tiket akan terus wujud.

Paling saya kecewa, tiada wakil rakyat BN tanya khabar atau cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para peniaga di Pudu Sentral. DAP terlebih dahulu menyelami masalah mereka, tidak malu ke?

Akhbar Cina lebih prihatin berbanding akhbar Melayu -
Wakil rakyat DAP telah turun jenguk peniaga di mana wakil rakyat BN?
Ekoran daripada pemindahan operasi saya difahamkan beratus peniaga akan terjejas kerana mereka terpaksa mengosongkan premis. Selain dipaksa mengosongkan premis, mereka turut diheret ke mahkamah dan terpaksa menanggung hutang dengan Uda Mall.








Difahamkan pihak UDA Mall tidak mengadakan perbincangan walaupun berpuluh kali para peniaga membuat rayuan. Lebih malang lagi, pegawai UDA Mall sendiri bertindak seperti gangster dengan mengugut para peniaga.

Selain mendapat bantahan daripada peniaga di Pudu Sentral, difahamkan pengusaha hotel berdekatan turut membantah cadangan yang dibuat oleh pihak SPAD.



Malah kumpulan peniaga turut mengumpul tandatangan di mana majoriti daripada mereka mohon diberikan tempoh lanjutan dan pampasan sewajarnya kerana ada di kalangan mereka telah berniaga di situ selama 39 tahun.











Kenapa begitu sukar untuk pihak UDA Mall bertolak ansur atau bertimbang rasa terhadap peniaga, sukarkah menyelami masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain menghabiskan berjuta untuk pengubahsuian. Pihak UDA Mall turut gagal menguruskan Pudu Sentral dengan baik.

Malah ruang premis perniagaan merosot berbanding sebelumnya kerana peniaga tidak mampu menyewa lot perniagaan ekoran sewa dinaikkan mendadak selain kos utiliti yang tinggi. Merujuk gambar di bawah, ruang yang berwarna adalah lot kedai yang masih menjalankan perniagaan mereka manakala selebihnya kosong.



Manakala carta di bawah pula menunjukkan penurunan jumlah peniaga di Pudu Sentral selepas ia diubah suai. Siapa mahu berniaga kalau kos sewa gas bulanan mencecah RM1300, itu belum campur sewa premis.


Kita bukan mahu menuduh, tetapi difahamkan Syed Hamid Albar ada kepentingan dalam syarikat yang menguruskan TBS, sebab itulah semua operasi bas ekpress bakal dipindahkan ke BTS. Adakah benar cakap-cakap orang di luar sana?

Bersambung...

Tuesday, October 27, 2015

Pembangkang Pening Bila Dato Azalina Othman Jaga Parlimen


Lama tak menulis, sejak parlimen bersidang pada 19 Oktober 2015, Ahli Parlimen pembangkang menunjukkan pelbagai aksi yang menjelikkan. Kebanyakkan pemimpin pembangkang langsung tidak menghormati institusi parlimen sebagai lambang demokrasi di Malaysia.


Pemilihan Dato Azalina Othman Said dalam barisan kabinet DS Najib Razak sebagai Menteri bertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal parlimen dilihat mampu mengangkat kembali imej parlimen sebagai satu lambang demokrasi dalam pemerintahaan raja berpelembagaan di Malaysia.


Bermula dengan isu pemilihan Pengerusi PAC, undi tidak percaya kepada PM sehingga kontroversi penggantungan Kit Siang. Secara peribadi saya melihat beliau berjaya mengawal keadaan sidang parlimen walaupun ahli-ahli parlimen pembangkang berperangai seperti kera sumbang.



Setiap isu berbangkit berkaitan sidang parlimen dijawab dengan baik sekaligus menghalang segala bentuk pembohongan yang cuba diwujudkan oleh pihak pembangkang. 

Malah isu membabitkan keselamatan parlimen ekoran kontroversi beberapa wartawan yang memasuki tempat duduk ahli parlimen turut dijawab dengan pantas.


Setiap kenyataan yang dibuat boleh dikatakan tidak mampu dibalas oleh pembangkang, maka tidak hairanlah jika kebanyakkan pemimpin pembangkang lebih suka menyerang peribadi Dato Azalina Othman Said berbanding menjawab hujah yang beliau kemukakan.

Bagi saya jika beliau mampu melaksanakan tugas menjaga hal ehwal parlimen dan mengembalikan semula imej Biro Tata Negara (BTN) - saya tidak peduli apa Dato Azalina Othman mahu pakai, atau apa fesyen rambut beliau mahu gayakan.


Saya menilai apa yang beliau cakap dan apa yang beliau laksanakan. Kalau pembangkang boleh menerima DS Anwar Ibrahim sebagai pemimpin walaupun mahkamah telah mengesahkan beliau bersalah meliwat.

Kenapa penyokong UMNO sukar menerima kehadiran Dato Azalina Othman Said dalam barisan kabinet DS Najib Razak - lebih mengecewakan penyokong UMNO dilihat mendahului pembangkang dalam bab kutuk-mengutuk.

Namun, itulah hakikat orang UMNO hari ini - kita lebih suka mengkritik dan bercakap tentang kelemahan sendiri berbanding kelemahan pihak lawan.

Padahal, ketika ini pemimpin pembangkang dalam keadaan bingung dan terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk menghuru-harakan perjalanan sidang parlimen sehingga mereka terpaksa berbohong kononnya Kit Siang digantung kerana mengkritik 1MDB.



YY : Sokong pemimpin selepas dengar dan faham apa mereka cakap, bukan tengok apa yang menteri pakai heh!