BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, February 27, 2014

Kerana Penangguhan #Langat2 Oleh Kerajaan PKR Negeri Selangor Berlaku Pembaziran RM606 juta!


Setelah puas bermain tarik tali dengan pelbagai alasan yang sengaja dibuat-buat, akhirnya Khalid Ibrahim menandatangani persefahaman (MoU) bagi pengstrukturan semula bekalan air di Selangor sekaligus membuka laluan kepada pembinaan loji Langat 2.

Jika diperhatikan kebanyakkan laporan media pro pembangkang ia memberi gambaran kononnya isu tersebut berjaya diselesaikan kerana kebijaksanaan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. 

PAUTAN ARTIKEL
Tidak mengapa, kita faham PKR sentiasa hidup dalam 'denial syndrome' seperti Ketua Umum mereka. 

Apa yang penting untuk kita ketahui ialah gara-gara penangguhan pembinaan projek Langat 2 yang disengajakan oleh kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008 sebanyak RM606 juta perlu dikeluarkan sebagai kos tambahan.

Ini merupakan satu pembaziran besar!

Setakat ini hanya satu pihak dilaporkan tidak berpuas hati terhadap MoU Langat 2 yang dimaterai oleh Khalid Ibrahim semalam iaitu calon N25 Kajang brader Anwar Ibrahim.

Kah Kah Kah...!


Arioss...!

Wednesday, February 26, 2014

Laksanakan #JihadEkonomi Hentikan 12 Mitos Punca Kegagalan Peniaga Melayu!


Jika kunjungi kebanyakkan program bengkel keusahawaan sering kali dinyatakan bahawa kegagalan usahawan Bumiputera yakni Melayu Islam disebabkan oleh sikap, tiada kecekapan dan kelemahan strategi pemasaran.

Selain itu, peniaga Melayu Islam dikatakan tidak konsisten berbanding peniaga bukan Melayu. Berikut antara punca yang sering kita dengar setiap kali berbicara mengenai kegagalan peniaga Melayu :
  1. Peniaga Melayu Islam tidak mengamalkan rasuah.
  2. Tiada sokongan pihak berwajib iaitu kerajaan. 
  3. Pembekal bangsa lain 'menganaktirikan' peniaga Melayu. 
  4. Produk tiada kualiti.
  5. Gagal kerana hanya memilih yang 'halal'. 
  6. Terlalu mementingkan keuntungan segera.
  7. Lebih suka berniaga sebagai orang tengah.
  8. Terlalu bergantung kepada projek kerajaan.
  9. Tidak peka kehendak dan keperluan pengguna.
  10. Sistem pengurusan yang lemah.
  11. Tiada perancangan jangka panjang.
  12. Tiada matlamat perniagaan yang jelas.
Sebagai pengguna berbangsa Melayu Islam, kita harus hentikan 12 punca di atas kerana bagi saya ia tidak lebih sekadar mitos. 

Secara peribadi saya melihat punca kegagalan peniaga Melayu disebabkan sikap pengguna Melayu termasuk saya yang mengagungkan produk asing berbanding produk yang dihasilkan atau dijual oleh peniaga bukan Melayu.

Malah ada dari kalangan pengguna Melayu Islam memperlekehkan produk keluaran orang Melayu Islam sendiri di mana ia antara penyebab peniaga Melayu Islam gagal bertahan sekaligus menyaingi peniaga-peniaga bukan Melayu.

Justeru, mulai hari ini sebagai pengguna berbangsa Melayu Islam, bersama kita berazam untuk aksanakan Jihad Ekonomi bagi memastikan ekonomi orang Melayu Islam sebaris dengan peniaga bukan Melayu.

Kita perlu utamakan produk halal muslim bumiputera setiap kali berbelanja membeli keperluan harian. Antara produk keluaran bumiputera ialah :

MINYAK MASAK
Produk jus segar keluaran bumiputera :

JUS BUAHAN 
Saudara kita yakni peniaga-peniaga Melayu Islam sebenarnya mampu bersaing dengan peniaga bukan Melayu jika kita sentiasa memberikan mereka sokongan kerana kuasa selaku PEMBELI dan PENGGUNA berada di tangan kita.

Bersama laksanakan Jihad Ekonomi, layari Facebook Pembeli, Pengguna Melayu Islam untuk ketahui senarai peniaga-peniaga Melayu Islam klik ---> KPPMi 


Kerana Low Profile Tun Daim Tidak Disenaraikan Individu Terkaya di Msia Walaupun Kuasai IBC Bank?


Saya tertarik dengan kenyataan Ahli Parlimen PKR Bukit Katil merangkap Ketua Anak Muda Keliru (AMK) iaitu Shamsul Iskandar yang mempersoalkan Malaysian Business keluaran 16 Februari kerana mengecualikan nama Tun Daim dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia.

Memetik laporan The Star, Sam Ketot mendakwa pengecualian nama Tun Daim menimbulkan tanda tanya kerana umum mengetahui Tun Daim serta anak beliau Datuk Wira Dani adalah tergolong dalam kumpulan terkaya di Malaysia.


Sam Ketot tidak perlu menuduh konon nama Tun Daim sengaja dikecualikan Malaysian Business bagi menyembunyikan sesuatu.

Kerana sekitar September 2004 majalah tersebut pernah menyiarkan satu temuramah bersama Pengurus Besar ICB Global Management Sdn Bhd, Harith Harun individu yang menyelia rangkaian International Commercial Bank Group (ICB).

Ketika itu Tun Daim dikatakan enggan ditemubual oleh Malaysian Business, menurut Harith ICB beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London mempunyai 130 buah cawangan di seluruh dunia.

Tun Daim dikatakan menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) dengan pegangan sebanyak 151,844,00 unit saham iaitu mewakili 84.4 peratus kepentingan dalam ICB dan jumlah aset Tun Daim dianggarkan bernilai RM26 billion pada tahun 2008.


Mungkin kerana Tun Daim sentiasa bersikap 'low profile', sebagaimana buku 'Daim yang Diam' menyebabkan beliau tidak pernah sekali pun disenaraikan oleh Malaysian Business atau Forbes sebagai individu terkaya di Malaysia.

Justeru, biarlah Malaysia mengenali Tun Daim sebagai orang paling miskin di dunia Sam Ketot tak perlu susah hati.


Layan lagu dulu...



Arioss...!

Sunday, February 23, 2014

#SelawatPerdana Bakal Gemakan #Putrajaya Dengan Bacaan Qasidah Serta Selawat Kepada Allah & Rasul


Sebelum ini Putrajaya pernah digemakan dengan bacaan selawat dan qasidah ketika Program Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival 2013 yang berlangsung pada 7 November 2013.

Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal.

Saya menyambut baik program seperti ini diperbanyakkan kerana ia melahirkan rasa cinta kepada Islam di jiwa anak muda. Selain itu program ini juga dilihat mampu melahirkan kesedaran di dalam diri kita umat Islam untuk mencontohi sikap serta kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

Justeru, pada 21 Mac 2014 akan datang, marilah kita bersatu dengan menghayati bacaan qasidah dan selawat bersama dua pendakwah terkenal kelahiran Indonesia bagi mengeratkan kembali perpaduan dan persaudaraan kita sesama umat Islam yang semakin berpecah akibat perbezaan ideologi politik.

Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :
Facebook : https://www.facebook.com/selawatperdana
Instagram@SelawatPerdana 
Untuk yang terlupa, berikut rakaman sekitar program Malam Cinta Rasul bertempat di Stadium Badminton Cheras bersama Habib Syech Qader dan Habib Ali Zaenal :

Saturday, February 15, 2014

#JihadEkonomi : Bantu Ekonomi Peniaga Melayu Islam, Kuasa di Tangan Kita!


Isu-isu Melayu Islam antara perkara yang hangat dibahaskan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013. Jika diperhatikan kuasa ekonomi orang Islam di negara kita jauh ketinggalan berbanding golongan bukan Islam.

Walaupun kerajaan memperkenalkan agenda untuk memperkasakan ekonomi kaum bumiputera, ia tidak mampu direalisasikan tanpa kesedaran dalam diri kaum Melayu Islam itu sendiri.

Selain itu kebimbangan kaum Melayu Islam terhadap status halal produk-produk keluaran bukan islam kebelakangan memperlihatkan betapa pentingnya kaum Melayu Islam diberi kesedaran mengenai kuasa mereka selaku pembeli dan pengguna.

Kesedaran dalam diri masyarakat Melayu Islam perlu dipupuk mulai sekarang dan ia dilihat penting bagi memastikan kuasa ekonomi Melayu Islam dipertingkatkan, kaedah mendahulukan produk keluaran peniaga Melayu Islam perlu ada dalam diri kita umat Islam.

Ia sekaligus membantu meletakkan ekonomi orang Melayu Islam duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan ekonomi kaum bukan Melayu.


Justeru, sebagai pembeli dan pengguna kita perlu melakukan jihad ekonomi dengan mendahulukan produk keluaran peniaga Melayu Islam setiap kali mencari barang-barang keperluan harian.

Senarai peniaga-peniaga Melayu Islam dan produk keluaran mereka boleh diperolehi melalui laman Facebook - Kuasa Pembeli Pengguna Melayu Islam 


Bersama kita membantu dan memberi sokongan dengan 'Buy Muslim Products First' bagi membantu ekonomi peniaga Melayu Islam 


Friday, February 14, 2014

Penyelewengan Teresa Kok Dalam Projek Solar Photovaltaic Power Plant - Part II


Seperti yang didedahkan dalam bahagian pertama mengenai penyelewengan Teresa Kok oleh blog DAP Insider sebelum ini, hari ini laman blog tersebut mendedahkan kronologi mengenai projek tersebut.

Dari blog DAP Insider :

Early December 2011 
Two representative from Goldsino Investment Limited always visiting Yayasan Selangor office to set an appointment with the Development Manager, Ms. Hafida Harun. On their early visit, they often meet Sr. Executive of Development, Mr. Haszandi. Through Haszandi, Goldsino reps were introduced to Ms. Hafida to set date of appointment for Goldsino to present their proposal. The first meeting was agreed to be held on 14th December 2011.

14 December 2011 (1000 hrs)  
Meeting was held at Yayasan Selangor 16th floor in a meeting room for Asset and Development division. Two reps from Goldsino and three reps from Yayasan Selangor, Development Manager, Sr. Executive of Development and Development Supervisor.

Goldsino started the presenting their paperwork on Solar Photovaltaic Power Plant project. Goldsino repeatedly mentioned that they knew Teresa KOK. 
Development Manager given order to Legal Executives to run through this company background as this company is an international company.
Read more clik [H.E.R.E]
 YY : Mana pergi CAT?

Monday, February 10, 2014

Penyelewengan Teresa Cock Dalam Projek Solar Photovaltaic Power Plant Bernilai RM1 Billion Terbongkar!


Selain cerita mengenai satay Kajang, kebiadapan Teresa Cock menerusi video 'Onederful Malaysia' antara topik hangat di laman media sosial. Pelbagai pihak tampil mengecam video berkenaan dan menganggap perbuatan Teresa bertentangan dengan etika sebagai wakil rakyat.

Malah beberapa pemimpin komuniti kaum cina turut mengecam Teresa Cock kerana dilihat tidak menghormati adat istiadat orang cina yang meraikan perayaan Tahun Baru.

Nampaknya kedatangan Tahun Kuda merupakan tahun yang malang buat Teresa Cock, terbaru wakil rakyat DAP yang rasis ini dikatakan terlibat dengan rasuah dan penyelewengan membabitkan projek Solar Photovaltaic Power Plant.

Perkara ini didedahkan di laman blog The DAP Insider dalam artikel terbaru Chapter 1 : DEVIL IN DISGUISED - WHO IS TERESA KOK.

Antara petikan dari DAP Insider :
"In this chapter, I will reveal one of Teresa KOK embezzlement and corruption practise. This is about project awarded to a foreign company worth RM1 bil on 2 piece of land in Dengkil and Kuala Kubu Bahru located at Sepang and Hulu Selangor district..


There were no open tender advertised in Yayasan Selangor website related to this project. Until today, there was no further discussion being made on profit gained by Yayasan Selangor after handing over both land to Goldsino Investment Development Limited"
What is the relation between Goldsino Investment Development Limited with Teresa KOK...?"  
Read full article [H.E.R.E]
Nampak gaya Teresa Cock harus bersedia dengan menempah tiket perjalanan sehala ke negara China...

Arioss...!

Saturday, February 8, 2014

Penghantar Surat ADUN Hutan Melintang Keluar Parti Dedah Ia Permainan PKR Alih Isu #PRKKajang?


Isu ADUN Hutan Melintang, YB Kesavan keluar parti heboh diperkatakan pada 4 Februari lalu selepas sepucuk surat yang dikatakan dihantar kepada Speaker DUN Perak tersebar di laman media sosial.


Namun selepas beberapa jam perkara tersebut dinafikan oleh PKR melalui Pengarah Komunikasi parti berkenaan Fahmi Fadzil disusuli kenyataan dikeluarkan YB Kesavan bagi menafikan perkara tersebut : 
"Dengan ini saya sekeras-kerasnya menafikan berita yang mengatakan saya telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta. Saya ingin menegaskan disini bahawa saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat. Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab." 
Yang Benar,

YB Kesavan a/l Subramaniam 

No KP 720613-08-6261
Susulan kes tersebut semalam Ketua Polis Negeri Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu kepada media bahawa lelaki berusia 61 tahun yang disoal siasat mengaku dibayar oleh individu tidak dikenali serta bertemu individu berkenaan dalam program parti di Kajang :
"Lelaki itu mengakui dirinya sebagai penyokong PKR dan telah bertemu dengan individu berkenaan di sebuah program parti di Kajang. Dia juga mendakwa tidak mengetahui berkenaan isi kandungan surat yang dihantarnya” The Star Online
Awal pagi tadi pula saya menerima maklumat mengatakan ia antara pengakuan yang direkodkan dari penghantar surat ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Ipoh. 

Dalam kenyataan (bawah) lelaki tersebut mengaku diupah sebanyak RM1500 oleh seorang lelaki India dan turut diberitahu PKR merancang 'politik gaming' ADUN Hutan Melintang akan keluar parti dengan menjadi ADUN Bebas sambil menjadi informer kepada PKR :

KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS
Nampaknya, ADUN Hutan Melintang perlu menjelaskan adakah perkara ini benar-benar dirancang dan dipersetujui oleh dia sendiri sebagaimana dikatakan penghantar surat berkenaan?

Siapa lelaki India yang dikatakan dan kenapa dia sanggup mengeluarkan sebanyak RM1500 sebagai upah supaya surat tersebut dihantar?

Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan polis, diharap agar pihak berkuasa membuat penyiasatan menyeluruh seterusnya membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Arioss...!

Monday, February 3, 2014

"Saya Mohon Agar Semua Pihak Buang Video Itu" - Rayu Keluarga Wanita Dalam Klip Mustapha Ali


Tengah hari tadi saya menerima satu emel memohon agar saya membuang satu klip video membabitkan Mustapha Ali yang heboh diperkatakan ketika kempen PRU13. Menurut individu tersebut, dia adalah ahli keluarga terdekat wanita dalam klip berkenaan :


Petikan emel tersebut :

"dear yousoff,this woman in this video is..... please i beg you in the name of allah to please remove this video ill pay you anything u want..please she want to commit suicide and the kids are very sad..please yusoff, help save a life in allahs name i beg you...i am mohammed..this is my number.......please i beg you..this is the link"
Bagi mengesahkan perkara tersebut, saya menghubungi nombor telefon yang ditinggalkan - terbukti individu tersebut adalah ahli keluarga terdekat dengan wanita dalam klip berkenaan.

Justeru, atas rasa tanggungjawab dan demi masa depan anak-anak mereka saya berbesar hati menurunkan klip tersebut dari akaun Youtube saya.

Saya juga menyeru sahabat-sahabat yang turut menyiarkan klip berkenaan agar turut membuang klip tersebut demi kebaikkan semua pihak terutama anak-anak kepada ahli keluaga wanita berkenaan.

Cukuplah dengan pendedahan klip berkenaan, kerana majoriti percaya lelaki dalam klip tersebut adalah Mustpha Ali.

Mohon jasa baik semua sahabat menurunkan klip berkenaan, demi kebahagiaan wanita tersebut bersama anak-anak mereka.

Semoga Allah membalas jasa baik anda semua...

[VIDEO] : Komuniti Cina Selar Kebiadapan Wakil DAP Seputeh Teresa Kok!


Kebiadapan Teresa Kok, Ahli Parlimen DAP Seputeh di atas penerbitan video sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bersifat perkauman selain menghina pemimpin negara DS Najib Tun Razak dikecam ramai pihak termasuk masyarakat cina sendiri.

Beberapa wakil pemimpin masyarakat cina turut mendesak Teresa Kok supaya memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas perbuatannya kerana cuba menaburkan kebencian di kalangan masyarakat cina terhadap kerajaan.

Antara rakaman pemimpin komuniti masyarakat cina yang menyelar perbuatan biadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok :









Ini bukan kali pertama Teresa Kok menunjukkan sikap biadap serta anti Melayu/Islam, mungkin ada yang masih ingat pada 18 September 2008 Teresa Kok pernah menerima petisyen 189 penduduk supaya azan diperlahankan di masjid. 

Malah pada 2 Januari 2009 pula kebiadapan Teresa Kok makin terserlah apabila mempertahankan tindakan akhbar The Herald Gereja Katholik untuk menggunakan Kalimah Allah dalam edisi Bahasa Melayu.

Kenapa cina DAP semakin biadap - kerana Melayu dalam PAS dan PKR sendiri yang merelakan bangsa dan agama mereka dihina oleh cina DAP.


Malang sungguh nasib orang Melayu hari ini kerana pemimpin komuniti cina lebih berani menghentam Teresa Kok berbanding pemimpin Melayu terutama dalam PAS dan PKR yang membiarkan kaum sendiri dihina oleh cina DAP.

Mereka mengizinkan perbuatan Teresa Kok yang jelas menghina kaum Melayu itu sendiri hanya kerana individu yang dihina itu adalah DS Najib Tun Razak serta Barisan Nasional.

Bangkitlah Melayu...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...