Wednesday, July 23, 2014

Sokongan Pemimpin PR - Hadiah Ulang Tahun Kelahiran @NajibRazak ke-61


Setiap musibah yang melanda, ada hikmah di sebaliknya.

Hari ini rakyat Malaysia dapat melihat pemimpin pembangkang menyokong serta memberikan pujian kepada DS Najib Razak dan kerajaan atas kejayaan berunding dengan ketua kumpulan pemisah sehingga berjaya mendapatkan semula kotak hitam dan membawa pulang mangsa yang terkorban untuk disemadikan di tanah air.

Malah negara luar turut memuji kejayaan rundingan yang dibuat oleh DS Najib Razak selain tindakan tidak berpihak yang diambil negara.


Selepas tujuh hari tragedi pesawat MH17 yang mengorbankan semua penumpang serta anak kapal, persidangan khas Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mengutuk sekerasnya tindakan menembak jatuh pesawat milik MAS.



Semoga persetujuan dan sokongan dari pembangkang kepada DS Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini memberi sedikit keceriaan buat DS Najib Razak sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke 61.


Selamat Hari Lahir DS Najib Razak...

Sunday, July 13, 2014

DS @NajibRazak Ucap Takziah Buat Keluarga Koporal Rajah Jamuan - ESSCOM Gagal?


DS Najib Tun Razak menerusi laman Twitter menyampaikan ucapan takziah buat keluarga Koporal Rajah Jamuan yang terkorban dalam serangan hendap lapan lelaki bersenjata berat di sebuah pusat peranginan yang terletak di Pulau Mabul, Sabah malam tadi.



Berita ini pencerobohan ke atas Sabah mengejutkan kita semua, berdasarkan rekod kali terakhir perairan Sabah diceroboh adalah pada November 2013 di mana seorang pelancong Taiwan, Lim Min Hsu, 57 bersama isteri diculik di Pulau Pom Pom, Sampoerna oleh kumpulan bersenjata yang dipercayai ada rangkaian dengan Abu Sayyaf.


Serangan hendap malam tadi menimbulkan persoalan bagaimana di sebalik kawalan ketat oleh ESSCOM, Polis Marin, Agensi Maritim dan ATM lapan lelaki berpakaian ala tentera berjaya melepasi perairan Sabah dan melakukan serangan hendap sehingga mengorbankan seorang anggota polis kita?

Adakah ESSCOM tidak efektif walaupun telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi memantapkan operasi keselamatan di perairan Sabah selain melalui pengstrukturan semula?





Atau ada kemungkinan penglibatan orang yang memudahkan penceroboh melepasi kawalan pihak keselamatan di perairan Sabah sebagaimana diperkatakan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika isu penculikan melibatkan warga China sekitar April yang lalu?


Persoalannya siapa harus dipertanggungjawabkan memandangkan ini kali ketiga pencerobohan berlaku ke atas perairan Sabah?

Arios...!

Saturday, July 12, 2014

Prihatin Nasib Rakyat & Kanak-Kanak Bosnia, Datin Sri Rosmah Mansor Sumbang RM100 Ribu


Menyedari cabaran lebih 1.6 juta rakyat Bosnia terutama 50,000 kanak-kanak yang terjejas akibat banjir teruk yang berpunca dari taufan Tamara pada bulan Mei lalu, penaung kepada The Global Children's Wellbeing Fund, Datin Sri Rosmah Mansur memberikan sumbangan RM100,000 bertujuan meringankan penderitaan rakyat Bosnia sempena Ramadhan.

Sumbangan cek oleh Datin Rosmah Mansur disampaikan kepada Duta Besar Bosnia, Tarik Bukvic di Seri Perdana semalam. Untuk rekod Malaysia merupakan negara yang rapat dengan Bosnia sejak 1992 hingga 1995 ketika Bosnia berhadapan dengan konflik.

Memetik laporan The Star :


Pembangkang yang 24 jam mengutuk isteri PM tidak pula ke depan dalam membantu rakyat Bosnia, apatah lagi mahu berbicara mengenai rakyat Palestin.

Arios...!

Monday, July 7, 2014

Elak Kowting : Hanya Operasi Bersepadu Mampu Perangi Tauke Premis Judi @Zahid_Hamidi @PDRMsia @NajibRazak


Kalau sebut judi online, negeri Selangor merupakan 'champion' di mana terdapat ratusan premis judi yang berlesen serta tidak berlesen. Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membanteras premis judi di semua peringkat mendapat respon pelbagai pihak.

Malangnya, rata-rata melihat kenyataan Zahid Hamidi hanya retorik, kerana terdapat dakwaan bahawa kebanyakkan premis judi 'dilindungi' oleh pegawai atasan PDRM sendiri. 

Tapi jika diteliti, dakwaan yang diperkatakan masyarakat mungkin ada kebenaran, memandangkan kebanyakkan premis judi online mampu beroperasi seperti biasa selepas dua jam pihak polis merampas segala peralatan mereka.

Disebabkan kelemahan inilah. masyarakat tidak yakin dengan kemampuan PDRM dalam memerangi premis judi kerana terdapat juga premis yang 'dijaga' oleh pegawai atasan tertentu.

Justeru untuk mendapatkan pandangan rakyat menerusi media sosial berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri yang mahu menubuhkan pasukan khas untuk banteras premis judi.

Saya membuat dua posting di laman Facebook mengenai lokasi premis judi yang beroperasi hanya beberapa meter dari Balai Polis.



BACA KOMEN POSTING

BACA KOMEN MASYARAKAT

Bagi saya masyarakat menyalahkan PDRM dek kerana segelintir anggota yang turut mengunjungi premis berkenaan.

Selain itu, pengakuan bersumpah ASP Mior Fahim Bin Ahmad, dari Cawangan D7 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor pada tahun 2007 membuktikan wujudnya 'kerjasama' jalan belakang antara anggota dengan tauke judi.

Nota : Al-fatihah buat ASP Mior Fahim Bin Ahmad

PENGAKUAN BERSUMPAH ASP MIOR
Tetapi bagi saya, sekarang bukan masa untuk mencari salah siapa, sekarang adalah masa untuk berjuang membanteras premis judi yang membiak di seluruh negeri kerana tauke-tauke judi tidak lagi takut kepada undang-undang.

Jadi sahabat-sahabat PDRM perlu bangkit mengembalikan maruah Sang Saka Biru yang begitu digeruni oleh tauke premis judi dan aktiviti persundalan ketika dulu, tapi kini Sang Saka Biru tidak lagi dihormati dan tidak lagi digeruni oleh anak muda terutama anak cina.

Sebab itu setiap kali roadblok golongan ini tidak menghormati individu yang menyarung Sang Saka Biru kerana bagi mereka kamu boleh 'kowting' dengan nilai RM100!

Jadi, bagaimana kita mahu banteras aktiviti judi yang telah memusnahkan puluhan ribu nasib rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama?

Kami mencadangkan agar diadakan tindakan & operasi besaran secara bersepadu melibatkan :

1. Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
3. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
4. Syarikat Bekalan Air
5. Jabatan Imigresen Malaysia
6. Jabatan Agama Islam
7. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
8. Syarikat Telekomunikasi
9. Pengiat Media Sosial / Wartawan
10. Ahli Politik di kawasan masing-masing
11. Ahli Majlis Tempatan
12. Orang Awam

seperti dicadangkan oleh Biswardi Hasbi.

Pihak ATM bertindak memantau operasi dan sebagai langkah berjaga-jaga kerana aktiviti perjudian merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan dunia 'underworld'.



Arios...!