BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, May 30, 2013

@MuhyiddinYassin Gagal Pimpin Kementerian Pelajaran - Punca Guru Cenderung Sokong Pembangkang?


90 peratus golongan guru cenderung menyokong pembangkang - kenapa agaknya perkara ini terjadi, walaupun kerajaan dikatakan telah memberi banyak keistimewaan kepada golongan pendidik ini.

Saya tidak terkejut dengan isi kandungan surat 'Gelora Langkawi' - [sini]

Adakah kita akan lontarkan soalan seperti "apa lagi guru mahu?"

"boikot guru sokong pembangkang!"

"Jangan naikkan gaji guru untuk 10 tahun akan datang!"

Biasa inilah yang dilakukan oleh penyokong kerajaan, kita kritik, hentam, balun dan secara tidak langsung tindakan tersebut telah menyebabkan semakin ramai guru menolak untuk menyokong kita.

Hahaha...

Benarkah 90 peratus sokong pembangkang atau 90 peratus ini merupakan 'suara senyap' manakala baki 10 peratus adalah 'hardcore' pembangkang yang kerap mengkritik, menghina, mencerca pimpinan kerajaan di sekolah secara terbuka, lalu menggambarkan seolah-olah majoriti guru bersama pembangkang?

Saya tidak percaya 90 peratus guru bersama pembangkang sebaliknya, saya lebih percaya golongan guru adalah mereka yang terdiri daripada 'suara senyap' - di mana mereka memerhati, menilai akhirnya mereka memilih yang mana terbaik.

Mereka mengkritik kerajaan, tidak bermakna mereka mengundi pembangkang!

Apakah adil untuk menuduh guru yang mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna gagal membuat keputusan yang terbaik demi masa depan negara?

Bagaimana dengan Menteri yang bertanggungjawab iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin - adakah tanggungjawab selaku Menteri Pelajaran dapat dilaksanakan sebaik mungkin kerana beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Adakah dasar 1Malaysia, dasar tranformasi, GTP, ETP dan dasar-dasar lain yang dibuat dan dilancarkan oleh kerajaan benar-benar sampai dan difahami oleh golongan guru sepanjang Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan Menteri Pelajaran?

Hasil pemerhatian berdasarkan tindakan golongan guru kebelakangan ini jelas mereka tidak memahami dasar-dasar kerajaan, mereka juga gagal menyelami dasar 1Malaysia diilhamkan Perdana Menteri. Ini kita berbicara mengenai Kementerian Pelajaran sebelum Kementerian ini digabungkan dengan Pengajian Tinggi.

Jika sebelum Kementerian ini digabungkan dasar-dasar kerajaan gagal sampai dan difahami oleh golongan guru bagaimana selepas penggabungan?

Jika dulu Menteri Pelajaran gagal melaksanakan serta menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada 400 ribu golongan guru dengan berkesan sehingga segelintir guru secara terbuka menghentam kerajaan.

Adakah saudara merasakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menggalas tugas yang sama selepas ia digabungkan dengan Pengajian Tinggi?

Jika dulu kita berbicara soal 400 ribu golongan guru, kini Kementerian tersebut bertanggungjawab bukan sahaja kepada guru tetapi kepada 20 IPTA dan beratus IPTS di seluruh negara.

Nak tengok kegagalan Menteri Pelajaran mudah saja - kita tengok apa jadi kepada program "1 Murid 1 Sukan", "Senam Robik serentak 1Malaysia", "Key In PBS server share 1 Malaysia" (program yang memaksa guru tunggu sehingga jam 2-3 pagi trafik kurang sibuk untuk key in).

Kenapa akur desakan puak kononnya pencinta bahasa sehingga memansuhkan PPSMI?

Berapa ramai ibu bapa dan guru sokong keputusan ini, walhal rata-rata mengatakan murid dan guru mengalami peningkatan dalam penguasaan Bahasa Inggeris sejak ia diperkenalkan?

Cuba turun ke sekolah dan tanya apa jadi dengan program ini?

Guru-guru puas hati ke dengan program yang diperkenalkan?

Macam mana Menteri bertanggungjawab nak turun, jika beliau sibuk pun perlu fokus dengan tugasan selaku Timbalan Perdana Menteri.

Jadi kenapa jawatan sebagai Menteri Pelajaran tidak diberikan kepada pemimpin lain di mana individu tersebut tidak dibebani dengan tugasan lain.

Nak harap Menteri Pelajaran II - Datuk Idris Jusoh?

Saya rasa mungkin sekarang dia sibuk dengan kes saman Rafizi Ramli yang mana sepatutnya menjadi tanggungjawab Pengerusi SPR.

Hahaha...

Lagu untuk cikgu :)




YY : Jangan tanya "apa lagi guru mahu?" cuba tanya apa lagi Muhyiddin mahu, tak cukup dengan TPM saja ke?... :) "

Friday, May 17, 2013

Promosi Delay Everyday, Everywhere, Everytime with @AirAsia


Tempoh 24 jam yang saya berikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX yang celupar dan berotak udang itu memperkecilkan dan menghinadinakan perjuangan bangsa sendiri, apatah lagi tatkala agama dan bangsa kita diterosok dengan begitu kejam oleh bangsa lain semasa PRU13 baru-baru ini.

Apa nak dihairankan, mereka tidak mengundi pun. Mereka hanya tahu bagaimana mengaut seberapa banyak wang daripada rakyat Malaysia khususnya penumpang Melayu, memanupulasi harga temberang murah mereka, dan kini menulis kononnya perjuangan orang Melayu seperti oleh Utusan Malaysia itu dikatakannya Rasis.

Saya diberitahu mereka sudah membincangkan hal Kurang Ajar ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X itu, ada pembaca menulis dalam komen dia hanya layak Ketua Entertainment AirAsia yakni mengacarakan aktiviti-aktiviti sosial yang bertentangan dengan agama Islam dan budaya orang Melayu. Inilah si Kitul dan Tangggang yang memperbodohkan bangsa sendiri.

Dia tidak sedar dirinya berdiri kerana perjuangan orang-orang Melayu terdahulu dan perjuangan akhbar-ahbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Utusan Malaysia.

Saya diberitahu Tony Fernandez, Datuk Kamarudin, Tan Sri Rafidah dan juga Datuk Pahamin Rejab memberikan pandangan yang positif kepada perjuangan kita membuang si Tanggang moden ini dan si Kitul moden ini. 

Kamu Azran tidak layak untuk marah dengan gelaran itu, kerana jutaan orang Melayu lebih teramat marah dengan kebodohan kamu menghina perjuangan orang Melayu mempertahan kepentingan Melayu melalui Utusan Malaysia. Jika kamu marah, kamu marahlah diri kamu sendiri.

Kamu kata dalam perbincangan petang tadi kamu hendak saman Utusan Malaysia dan para blogger yang tersangat amarah dengan kamu! Kamu patut saman diri kamu sendiri!!!

Hingga ke hari ini, kamu tidak tulis dalam tweeter kamu betapa Rasisnya akhbar-akhbar Cina yang mengutuk dan mengeji orang-orang Islam dan orang-orang Melayu! Kenapa kamu tidak ulas kamu benci tulisan-tulisan Rasis dalam akhbar-akhbar Cina itu? Kamu butakah, atau hati kamu buta?

Kamu tahukah berapa kali Datuk Pahamin Rejab naik tangga turun tangga dan mengejar Tun Dr. Mahathir untuk menerangkan dan meyakinkan Tun Dr. Mahathir mengenai penubuhan Air Asia. Kamu tahu kamu hanya bermula dengan 2 Biji Kapal yang kamu pinjam dari MAS? 

Kamu tahukah kerajaan ketika itu merelakan laluan-laluan MAS diberikan kepada kamu supaya kamu boleh untung sedikit dan kerajaan tidak minta apa-apa pun melainkan tunjukkanlah sikap Patriotik kepada bangsa kamu, dan sayangilah perjuangan bangsa kamu yang dihinadina oleh orang lain sekarang ini?

Kalau kamu ada di hadapan saya sekarang, saya akan baling muka kamu dengan tahi penumpang-penumpang Air Asia yang tertipu dan tertekan dengan pelbagai syarat tambahan dan bayaran tambahan yang kamu create dalam sistem online kamu! 

Tahi itu untuk lambang mulut kamu yang menghina perjuangan orang-orang Melayu yang mengharapkan adaptasi dan wajadiri hanya di Utusan Malaysia, satu-satunya akhbar yang benar-benar memperjuang aspirasi bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.

Kalau bukan Utusan Malaysia, siapa lagi yang berani ke depan memperjuang mempertahan dan mengabdikan dirinya untuk agama dan bangsa kita? Kamu nak mengharapkan Sin Chew Jit Poh atau Nanyang Siang Pao kah wahai Azran Osman Rani???

(emel kedua dari Mantan Pegawai Tinggi Kerajaan, zaman Tun Dr. Mahathir)

YY :  dengarnya masa minta KLIA3 dengan PM Tony siap 'gertak' untuk pindahkan semua operasi Air Asia ke Indonesia jika permintaannya tak dilayan betul ke? - apa kata Tony pindahkan sekarang, berani? haha!

Selagi Ada Ghani Patail....

Tahniah! buat DS Zahid Hamidi kerana dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri...

Gabungan DS Zahid Hamidi dengan KPN yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar dilihat 'tag team' yang mantap untuk memulihkan semula imej KDN dan juga PDRM.

Rakyat mungkin sudah bosan melihat peringatan (baca amaran) yang dilaungkan setiap kali pihak pembangkang mencetuskan kekacauan. Kini rakyat mahu kata-kata ini diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Kerana hari ini kita melihat undang-undang bukan saja dicabar oleh pihak pembangkang, malah ia telah dicabuli sehingga rakyat beranggapan kerajaan dan polis 'takut' bertindak ke atas pihak pembangkang.

Namun tindakan MDN dan KPN menjadi sia-sia jika Ghani Patail (AG) terus menerus GAGAL membuat pendakwaan setiap kali kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.


Pendek kata...

Mampukah KDN mengeluarkan 'taring' & 'kuku' mereka selagi Ghani Patail tak berundur?

YY : Tunggu 'taring' KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar gigit Ghani Patail...

Wednesday, May 15, 2013

Tempatkan Spesis 'Calon Winkabel' Dalam Muzium Barang Antik, Bukan Dalam PM Ofis @NajibRazak


Kata orang BN tewas kerana membelakangi ahli parti di bahagian apabila beberapa pegawai dalam Pejabat Perdana Menteri menjadi calon ketika kempen PRU13 tempoh hari.

Tetapi suka atau tidak isu calon adalah antara punca BN gagal di beberapa kerusi adalah kerana individu yang dicalonkan terdiri daripada pegawai-pegawai di pejabat PM sendiri.

Apa mereka ini memiliki merit yang ditetapkan?

Adakah ini calon boleh menang yang dicanang sejak sekian lama?

Siapakah penasihat PM sehingga PM akur dengan senarai calon yang dikeluarkan?

Apakah relevannya keputusan yang dibuat oleh PM ini, adakah PM rela hati dengan keinginan pegawainya menjadi calon dalam PRU13?

Macam-macam soalan timbul dalam kepala otak jentera parti baik jentera Wanita, Pemuda dan juga Puteri.

Relevankah Datuk Shafie Abdullah diletakkan sebagai calon Wangsa Maju, sehingga wujud pertikaikan dengan MCA kerana kawasan tersebut merupakan kerusi milik MCA?

Apakah Datuk Shahlan popular dan relevan sehingga beliau dicalonkan bagi kerusi di Pokok Sena?

Kuatkah pengaruh Datuk Fatmi di Kota Bharu?

Apa kelebihan Irmohizam sehingga dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor? (satu-satunya pegawai PM Ofis yang menang)

Popularkan Suffian Awang di kalangan penduduk Kuantan sehingga dipilih untuk berhadapan dengan Fuziah Salleh calon PKR yang dikenali sebagai pejuang Lynas bagi masyarakat cina Kuantan?

Adakah Latt Shariman disenangi majoriti penduduk Dun Kubang Rotan? (BN menang di Kedah tapi Latt Shariman tewas)


Adakah pegawai yang bekerja sejak sekian lama dengan DS Najib Tun Razak menunjukkan kerelaan kepada PM dengan menyatakan;

"Datuk Seri, kerusi tersebut ada calon lain yang lebih baik, saya tak kisah tak jadi calon, asalkan parti dapat menang dan Datuk Seri terus dapat memimpin kami"

Confirm tiada!

Jadi tidak malukah wajah-wajah GAGAL ini kepada bos mereka, mereka patut malu kerana meninggalkan bos mereka terkontang-kanting melakukan segala tugasan sendirian kerana SUPOL-SUPOL yang dilantik sibuk mengejar kerusi masing-masing?

Jika menang tak apalah!

Tetapi kalah...!

Sudahlah kalah, masih tidak malu meminta diberikan jawatan tertentu di dalam Pejabat Perdana Menteri malah ada juga yang menuntut jawatan Senator?

 Rosak PM dek kerana punahsihat yang tak berapa nak sihat!

Jadi usahlah mereka-mereka yang GAGAL ini diberikan tempat dalam ofis PM, sebaiknya tempatkan saja di Muzium UMNO kerana mereka adalah spesis Winkabel Candidates yang perlu dikenang dalam sejarah pentadbiran DS Najib Tun Razak...


YY : Sayang anak tangan-tangankan, sayang kerajaan balun-balunlah SUPOL...boleh gitu? kikiki...

Monday, May 13, 2013

PAS - UMNO Bersatu - Dilema Melayu Kita...

"PAS tidak mungkin bersatu dengan UMNO" itulah kata Setiausaha Agung PAS Mustapha Ali atau lebih dikenali sebagai 'Stopa Spender' selepas single terbaru beliau berjudul 'Baby' hangat tersebar di laman-laman internet. 

Populariti yang diraih Stopa Spender bersama 'Baby' turut melariskan jualan-jualan spender di seluruh negara.


Selepas keputusan PRU13 yang memperlihatkan penguasaan DAP terhadap undi kaum cina tempoh hari, ramai pihak mendesak agar dua parti melayu iaitu PAS dan UMNO bergabung bagi survival bangsa dan agama.

Bila mendengar cadangan yang disuarakan pihak-pihak yang bimbang dengan perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu ia mengingatkan kita mengenai 'kerajaan perpaduan' yang timbul sebaik selepas PRU 2008.

Keletung-keletang kompang berbunyi agar kerajaan perpaduan ditubuhkan demi kebaikan Islam dan Melayu. Jika dulu yang mencadangkan 'kerajaan perpaduan' ialah Hadi Awang sendiri kerana melihat ketidaktentuan dalam PR.

Kini sejarah selepas PRU12 berulang dalam PRU13, melihat DAP berjaya menguasai dan menyatukan undi kaum cina. Maka cadangan agar PAS dan UMNO bergabung muncul semula. Tetapi sejauh manakah keikhlasan yang ada dalam diri pimpinan PAS?

Sejauh manakah kesungguhan untuk pemimpin politik melihat dua parti ini bersatu?

Boleh dikatakan tiada kesungguhan, pendek kata cadangan penyatuan dua parti ini hanya bersifat sementara. 

Kerana sikap pimpinan PAS lebih gemar menegakkan kepala takuk yang basah!

Cadangan yang tidak diusahakan secara berterusan, kejap timbul kejap tenggelam.

Jadi tak payahlah buang masa cadang dua parti ini bergabung jika ia tidak disusuli dengan usaha berterusan daripada pihak-pihak tertentu termasuklah pemimpin-pemimpin politik Melayu!

Ulang siar Rencana tahun 2011 oleh Prof. Ahmad Atory Hussain dari USM : 
URA-URA untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dengan UMNO sebenarnya dimulakan sebaik-baik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang menunjukkan Barisan Nasional (BN)/UMNO menghadapi kemerosotan kuasa yang mana lima buah negeri (Perak, Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang) dikuasai parti pembangkang. 
Daripada 222 kerusi Parlimen, BN hanya memperoleh 140 kerusi yang buat kali pertama dalam sejarah, BN tidak mendapat dua pertiga kerusi Parlimen. 
Bahawa persepsi politik orang Melayu dan UMNO khususnya terhadap kerajaan pakatan pembangkang bukanlah berorientasikan kemelayuan dan keislaman lagi! 
Yang ada di benak hati kebanyakan orang Melayu (kecuali segelintir ialah kerajaan pakatan pembangkang adalah ditunjangi oleh DAP (Cina) di sebalik bertopengkan Pas (Melayu) dan PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) .
Ini yang menjadi masalah politik Melayu kini! Maka usaha hendak mewujudkan kerajaan perpaduan seperti pada era tahun tujuh puluhan dahulu telah pun diuar-uarkan oleh banyak pihak. 
Tetapi, usaha itu menemui jalan buntu. Difahamkan "tidak ada azam politik" yang kuat" untuk mengadakan rundingan di antara kedua belah pihak. Mengikut catatan penulis, pada mulanya, dikatakan UMNO dan Pas ada membuat beberapa usaha bermukabalah dan bermuzakarah ke arah kerjasama dan perpaduan kedua-dua parti Melayu itu. 
Pas mahu menggunakan istilah "mukabalah" yang tidak menekankan penggabungan/perkongsian kuasa tetapi lebih kepada mencari formula untuk kerjasama politik yang lebih bermoral dan menjaga kepentingan Islam dan Melayu. 
Dikatakan UMNO dan Pas memberi respons kepada tekanan orang Melayu (melalui beberapa NGO Melayu seperti konvensyen Melayu di Johor dan di Perak sebelum itu) agar wakil-wakil rakyat UMNO dan Pas termasuk PKR juga mesti mempunyai wadah mementingkan bangsa, agama dan tanah air daripada mementingkan kuasa, kedudukan, pangkat dan darjat dalam parti masing-masing. 
Maka pada Julai 2008 itulah juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam diam-diam menjalankan usaha mencari ruang berunding dengan pemimpin Pas bagi mencari jalan penyelesaian masalah perpaduan orang Melayu dan akhirnya telah membuat pengakuan yang beliau ada membuat pertemuan dengan pemimpin Pas untuk bermuzakarah. 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga memperakuinya. Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut lantas mencadangkan agar Pas dan UMNO dibubarkan sahaja dan menubuhkan sebuah parti yang mewakili keseluruhan orang Melayu. 
Maka heboh akhbar-akhbar tempatan menyiarkan pandangan pro dan kontra. 
Yang ramai sekali ialah mereka yang pro daripada kalangan pembaca dan orang Melayu. DAP melalui kenyataan Karpal Singh nampaknya menentang cadangan Pas bermuzakarah dengan UMNO. Sementara itu, pemimpin MCA berpendirian sederhana, asalkan tidak menyentuh Perlembagaan Malaysia. 
Bagi yang tidak faham dan tidak ingat sejarah kerajaan campuran Pas/UMNO 1973-1977 dahulu mungkin berfikiran akan berlaku peristiwa yang sama jika cadangan kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan pada masa ini. 
Ia ditimbulkan oleh sesetengah pemimpin Pas. Pemimpin Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kaveas menyarankan supaya BN itu sendiri dijadikan sebuah parti menyatukan seluruh kaum di Malaysia. Tetapi cadangan ini kurang popular. 
Begitulah kalau orang Melayu sekarang ini yang penulis gambarkan sebagai berada dalam keadaan "sesat politik". Maka berbagai-bagailah kerenah masing-masing ingin menegakkan benang basah, ada pula ibarat enau ingin melepaskan pucuk masing-masing, tidak ambil pusing dengan keadaan kekalutan politik Melayu sesama Melayu hari ini. 
Dalam politik demokrasi, ada masanya sukar mencari kebenaran, sebab ia melibatkan kepentingan ahli-ahli politik terutama di peringkat kepimpinan elit. Ia boleh dicapai dengan ketakwaan, keikhlasan dan keimanan yang tinggi. 
Bolehkah? 
Sebab itu, bagi mereka yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, ia melihat sesuatu isu itu di atas landasan kebenaran tanpa bersandar kepada kepentingan diri dan puak, pangkat, tetapi lebih kepada kepentingan watan, negara. perpaduan ummah Melayu dan Islam. 
Dalam sejarah hubungan politik antara UMNO dan Pas, tidaklah dilihat sebagai tegang selama-lamanya. Ada masa dan ketika kedua-kedua parti berkelahi, bertikam lidah dan tuduh menuduh satu sama lain dan saman-menyaman. Anehnya saman menyaman itu jarang-jarang sampai ke mahkamah pun. 
Hanya tinggal di balai polis sahaja. Sebagaimana air laut, ada pasang-surut hubungan Pas dengan UMNO. Begitulah keadaannya seperti yang diucapkan oleh Pesuruhjaya Pas Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak; "dalam politik macam-macam boleh berlaku, dulu kita berlawan, sekarang kita berkawan." (Utusan Malaysia 30 Julai 2008). 
Perjuangan Islam yang dibawa parti itu memang telah wujud melalui penubuhan parti politik pertama Islam iaitu Hisbul Muslimin pada tahun 1947-1948 yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Baqir. Malangnya parti itu dihapuskan oleh British. 
Buat sementara, sesetengah ahlinya menganggotai UMNO. Sebab itu, Pas dikatakan lahir dari rusuk kiri UMNO pada 1952 dahulu apabila Pengerusi Biro Agama UMNO ketika itu, Uztaz Ahmad Fuad keluar daripada UMNO dan menubuhkan Parti Islam SeMalaya (Pas) yang bergerak hingga kini. 
Seperti UMNO, Pas turut serta dalam semua PRU yang diadakan sejak 1955 hingga kini. Parti itu pernah menguasai Kelantan pada PRU 1959 hingga 1978, dan 1990 hingga PRU 2008. Pas menguasai Terengganu pada 1959 hingga 1961; menguasai semula negeri itu pada PRU 1999 hingga 2004. 
Pada PRU 2008, Pas berjaya menonjolkan wakilnya menjadi Menteri Besar Perak dari 9 Mac 2008 hingga 4 Februari 2009 atas tiket pakatan pembangkang. Di peringkat Parlimen, Pas mengalami pasang surut. Pada PRU 1955, Pas memenangi satu kerusi (Parlimen Krian); manakala pada PRU 1959, Pas memperoleh 14 kerusi (9 Kelantan, 5 Terengganu); PRU 1964, 9 kerusi (8 Kelantan, 1 Terengganu) , PRU 1969, 12 kerusi (6 Kelantan, 3 Kedah, 2 Terengganu, 1 Perak); pada PRU 1974,14 kerusi (7 Kelantan, 3 Kedah, 3 Terengganu, 1 Perak); pada PRU 1978, 5 kerusi; PRU 1982, 5 kerusi; PRU 1986, satu kerusi; PRU 1990, 7 kerusi; PRU 1995 , 7 kerusi; PRU 1999, 27 kerusi; PRU 2004, 7 kerusi. 
Pada PRU 2008, Pas mempunyai 23 kerusi Parlimen dan 83 buah kerusi Dewan Undangan Negeri untuk seluruh Semenanjung! Manakala sebagai perbandingan dengan rakan parti pembangkang yang lain di mana DAP 28 buah kerusi Parlimen dan 73 kerusi DUN; PKR 31 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN. 
Ternyata bilangan kerusi Parlimen yang banyak sekali diperoleh Pas adalah pada PRU 1999 (27), manakala dalam PRU 1986 merupakan bilangan yang sangat sedikit iaitu hanya satu kerusi sahaja, menyamai bilangan PRU 1955. 
Dengan bermulanya kerjasama Pas dengan PKR dan DAP, bilangan kerusi Pas menurun daripada 27 kepada 23 sahaja, kemungkinan berkongsi dengan PKR. Sebab itu, nampaknya sejak 1999, Pas lebih selesa berkerjasama dengan DAP dan PKR dari segi memperolehi kerusi sama ada Parlimen atau DUN. 
Jika mengimbau kembali selepas PRU 1969, hubungan Pas - UMNO mula rapat dan tidak lagi menggunakan politik antagonistik antara kedua parti orang Melayu yang sebelum itu ternyata membawa kerugian kepada perpaduan orang Melayu
Akhirnya Tun Abdul Razak telah melebarkan konsep parti Perikatan kepada BN sebaik-baik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri pada 1971 dan pada 1 Januari 1973, Pas menganggotai BN sekali gus menubuhkan kerajaan campuran di peringkat pusat dan negeri. 
Tetapi pada 1977, Pas keluar daripada gabungan BN dan mengisytiharkan "perang politik" dengan UMNO hinggalah ke hari ini! 
Sejarah berulang kembali, BN/UMNO sekali lagi menghadapi kemerosotan undi yang teruk pada PRU 12 lalu dan dilihat undi popular BN hanya sekitar tidak sampai 50 peratus dan kekuatan dan kekuasaan politik Melayu keseluruhannya nampak terhakis. 
Sampai bila orang Melayu dilanda perpecahan kerana perbezaan ideologi politik?  
Seperti yang disebut diawal tulisan ini, di akhir-akhir ini istilah mukabalah dan muzakarah antara Pas dan UMNO sudah tidak kedengaran lagi. 
Gencatan politik nampaknya telah dilanggar, masing-masing mencari haluan sendiri. 
PROFESOR DR. AHMAD ATORY HUSSAIN ialah Penganalisis Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia.
Lirik lagu dikir barat Dilema Melayu Kita mungkin sesuai sangat untuk Melayu hari ni :

Thursday, May 9, 2013

Foto #Blackout Epic Failed! - Kenapa Hanya 80k Ke 100k Sedangkan Pengundi Berdaftar Lebih 13 Juta Orang?


Foto di atas disebarkan oleh beberapa kakitangan kerajaan, kononnya beratus ribu rakyat menuntut dan bersetuju mengatakan PRU di Malaysia dijalankan secara tidak adil. Pergh! Sekali tengok ketar kepala lutut, pakcik-pakcik di kampung tentu percaya dengan apa yang dipaparkan.

100 ribu berhimpun menolak keputusan PRU13, kerana isu 'Blackout' - dakwaan dan persepsi ciptaan pembangkang untuk membangkitkan momentum bagi memastikan 'Malaysia Spring' akan berlaku di Malaysia.

Modus operandi Anwar Ibrahim dan pembangkang cukup licik, pertama sebelum selesai pengiraan undi, Anwar Ibrahim sudah pun menghantar tweet mendakwa PR telah menang PRU13 tetapi BN merampas keputusan tersebut.

Ia sama seperti perbicaraan kes Liwat II, belum pun hakim membuat keputusan. Anwar Ibrahim awal-awal menghantar tweet mengatakan "Hakim telah dibeli BN, saya pasti dihumban ke penjara" tweet begini dihantar sebelum keputusan dibuat sebagai persediaan sekiranya dia dijatuhi hukuman bersalah.

Jika dihumban ke penjara, masyarakat melihat apa yang dikatakan Anwar Ibrahim ada kebenarannya.

Sama juga keputusan PRU13, awal-awal tweet "PR telah menang PRU13 tetapi BN hijack keputusan tersebut", - kini mereka yang naif permainan propaganda melihat Anwar Ibrahim berkata benar.

Gambar disebarkan, video dimuat naik untuk menunjukkan mereka mendapat sokongan majoriti yakni seluruh pengundi di Malaysia.

Kita lihat teknik fotografi yang diamalkan oleh PR :


Tiada ruang, ia dipenuhi ratusan ribu manusia...

Sejauh mana kebenarannya?

Lihat 'Error Level Analysis' untuk foto di atas :


Gambar yang disimpan semula dalam bentuk JPEG jika tidak diubah suai lebih banyak titik gelap berbanding putih. Jika titik putih banyak gambar tersebut telah diubahsuai. Teknik penerangan seperti di bawah :


Lagi pun jumlah pengundi berdaftar di Malaysia yang mengundi dalam PRU13 berjumlah lebih 13 juta orang, jika angka 80k - 100k yang berkumpul mendakwa PRU di Malaysia tidak adil, layakkah mereka claim mewakili seluruh rakyat Malaysia?

Mereka claim majoriti pengundi, adakah survey dibuat - kenapa setiap kali BERSIH 1 hingga BERSIH 4 angka ini sahaja yang mampu mereka kumpul?

Where is silent voters yang menghukum PR?

Kumpulan yang sama, crowd yang sama - mereka terdiri daripada hardcore-hardcore parti pembangkang. Bukan membawa suara majoriti pengundi berdaftar.

Pendek kata Hello Anwar!

Dulu kata tak dapat mandat nak bersara?

Apa cer..?

Kena kencing lagi!!!




Wednesday, May 8, 2013

PASCA #PRU13 :Rasis - PR Hanya TimeBomb - BN Pemaufakatan Sebenar


Tsunami Orang Cina adalah istilah yang menggambarkan peralihan sokongan besar-besaran orang Cina daripada BN kepada PR. Antara puncanya adalah permainan politik kebencian, prejudis dan perbezaan yang ditanam puluhan tahun. 

Terkini, sentimen keagamaan turut dimainkan, selain permainan emosi kononnya pembangkang menjadi mangsa penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pilihan raya yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan.

Biarpun Tsunami Orang Cina merupakan realiti, tetapi masih ada sejumlah rakyat Malaysia berketurunan Cina yang mempercayai Najib Razak lebih daripada Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Mereka juga yakin dengan keikhlasan Najib dan kesungguhan beliau melaksanakan agenda transformasi.

Oleh kerana BN bukan parti yang rasis. Ruang sentiasa diberi kepada parti komponen untuk mempunyai wakil yang cukup dalam pembentukan kerajaan, termasuklah dengan menempatkan mereka di kawasan majoriti Melayu berdasarkan prinsip permuafakatan.

Baca seterusnya [KLIK]

Tuesday, May 7, 2013

Pasca #PRU13 : Cina Tak Kenang Budi, Melayu Biadap, Kita Termakan Propaganda DAP?


Gambar di atas sekumpulan anak muda berbangsa cina yang menunjukkan isyarat 'TAK BAGUS' di samping Jalur Gemilang, mesej yang cuba disampaikan mereka adalah Malaysia sebuah negara yang tidak bagus atau tidak adil.

Ramai maki, balun, keji, hamun tindakan 20 orang anak muda yang sengaja mahu memprovokasi dan melaga-lagakan kita. Akhirnya hari ini ada blogger ditahan kerana kita dilihat lebih rasis berbanding DAP.

Cina MCA & Gerakan Bersatu Undi DAP?





Benarkah undi ahli MCA juga pergi kepada DAP?

Saya tidak percaya dakwaan ini, kononnya kaum cina bersatu di bawah DAP. Ini kerana berdasarkan kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan di mana kawasan pengundi yang terdiri majoriti cina boleh dikatakan calon BN masih mampu memperolehi undi melebihi 10 ribu undi.

Kecuali kerusi BN di Kepong di mana calon BN berbangsa India hanya memperolehi undi sebanyak 7,530 kerana kawasan tersebut majoriti pengundi adalah kaum cina maka undi kaum cina beralih kepada DAP dan calon bebas (bangsa cina.)

Sebagai contoh saya mengundi calon berbangsa cina kerana saya percayakan perjuangan BN, tetapi tidak anak muda berbangsa cina (non partisan) kerana mereka lebih percayakan DAP berbanding MCA kerana DAP dilihat bparti yang perjuangkan semua kaum.


Kenapa agaknya undi anak muda Cina & India termasuk anak muda Melayu pergi kepada DAP?

Kenapa anak muda tidak yakin dengan PKR malah lebih yakin dengan DAP?

Pertama PKR dipenuhi hipokrasi dan pelbagai masalah moral melibatkan pimpinan mereka tetapi DAP dilihat lebih bersih berbanding PKR dan PAS.

Tidak hairanlah anak muda lebih yakin kepada DAP.

Kedua, saya melihat ia berlaku kerana kejayaan propaganda DAP kononnya, memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia tidak mengira kaum .

Propaganda ini telah berjaya mempengaruhi pemikiran majoriti golongan muda anak Malaysia.

Pengundi muda melihat perjuangan parti politik DAP lebih rasional untuk seluruh rakyat Malaysia, kerana sebagai anak Malaysia bagi setiap individu mereka dapat hak sama rata tanpa mengira apa bangsa mereka.

Justeru itu kenapa tidak mereka mengundi DAP?

Bagi mereka pergi jahanam dengan Perlembagaan, boleh jalanlah ketuanan Melayu, kita zaman moden, siapa rajin dia kaya, siapa pandai mereka layak masuk Universiti tidak kiralah apa bangsa mereka.

Berapa ramai sangat anak muda hari ini baca dan fahami sejarah serta Perlembagaan?

Kita pula sibuk menyalahkan kaum cina termasuk rakan dari MCA dan MIC. Kita salahkan mereka walhal mereka juga bersengkang mata bersama-sama kita, mereka juga mahukan kemenangan.

Gara-gara termakan propaganda Red Bra Cyber Army - blogger Melayu, ahli UMNO dilihat lebih rasis dari DAP sehingga tindakan kita telah menjauhkan lagi hati kaum cina yang bersikap rasional terhadap BN.

Kita claim kita pakar propaganda, pakar cyberwar, pakar perang psikologi - tapi hakikatnya kita telah termakan propaganda DAP kerana dua keping gambar provokasi yang sengaja dihantar untuk melaga-lagakan dan memecahkan kerjasama di antara UMNO, MCA dan MIC.

Kenapa tidak kita share status rakan kita Tim Ho yang kini di luar negara?


DAP telah berjaya mempengaruhi anak muda kononnya mereka perjuangkan semua kaum. Kini DAP berjaya bermain dengan emosi kita, sekaligus kita lebih suka menulis status bersifat hasutan yang mana, mata-mata anak muda bangsa lain melihat kita sememangnya rasis.

Kita gagal tunjukkan kerjasama dan semangat yang ada dalam BN kepada anak muda hari ini, mana pergi semangat kerjasama kita di BNYCT?



Tahniah Red Bra Cyber Army...

Kerana telah berjaya membuatkan bloggers UMNO menyalahkan rakan di MCA...

Rakan MCA menyalahkan rakan di Gerakan....

Rakan MIC menyalahkan rakan-rakan di PPP...

Tranformasikah kita?

[VIDEO] : Rakaman Sulit & Identiti Pensyarah UPM Paksa Pelajar Cabut Poster BN #PRU13

(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya akur dan saya turunkan beberapa keping gambar. Namun posting ini sama sekali tidak akan dipadam dari laman blog ini. Ia sebagai peringatan buat golongan pensyarah agar tidak menggunakan pelajar demi kepentingan politik - tak kira BN atau PR. Biar mereka rela hati untuk menyokong mana-mana pihak)

Wajah-wajah di atas adalah antara pelajar Universiti Putra Malaysia yang telah diugut supaya terlibat sebagai jentera kempen bagi PKR oleh pensyarah mereka. Malah mereka turut diugut akan dipotong markah jika segala tugasan yang diberikan gagal dilakukan dengan baik.

Difahamkan satu laporan polis juga telah dibuat oleh 15 orang pelajar ini siang tadi yang mana turut mendapat respon Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khalid Nordin sebagaimana disiarkan di laman portal MyMahasiswa.

Kumpulan mahasiswa ini turut menyerahkan rakaman sulit yang dibuat kepada pihak polis sebagai bukti dakwaan mereka.

Terdapat beberapa rakaman antaranya rakaman suara di mana pensyarah tersebut mahu memotong markah serta rakaman video di mana pensyarah tersebut mengajar dan membawa kumpulan pelajar ini mengantung poster calon PKR dan menurunkan poster BN.



Antara gambar-gambar bukti pensyarah mereka membawa mereka ke bilik operasi PKR dan lokasi-lokasi tertentu untuk operasi mengantung poster calon :

N55 Dengkil 

Identiti pensyarah tersebut adalah seperti di bawah :


Muka macam gangster!

Wahai YM Raja Ibrahim, saya tak pedulilah kamu keturunan kerabat mana, yang pasti ugutan yang kamu buat ke atas kumpulan pelajar ini adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku. Lebih-lebih lagi kamu dari parti yang memperjuangkan kebebasan akademik.

Bebas akademik kepala hotak ko!

Ada lagi bukti lain akan menyusul...

YM Raja Ibrahim you deal with me, not with these student..

Ok?

Nanti aku upload rakaman suara YM Raja Ibrahim yang ugut untuk memotong markah pelajar-pelajar yang telah dipergunakan demi kepentingan politiknya.

UPM kena tolak pensyarah gila macam ni!


Sunday, May 5, 2013

#GE13 : Kasihan Warganegara Disangka Bangladesh Gara-Gara Termakan Propaganda PKR!


Puak beruk PR sudah gila agaknya, asal muka iras-iras Pakistan sikit habis dicop sebagai pengundi hantu dari Bangladesh. Nasib menimpa individu bernama Siva di atas adalah antara peristiwa mengenai pengundi hantu yang menimpa beberapa warganegara hari ini.

Setahu saya hanya 14 individu Bangaladesh yang diberi kerakyatan kerana menetap dan berkahwin dengan warga tempatan, dan mereka kini bukan lagi Bangladesh kerana status mereka adalah warganegara.

Pertama cakap melayu dengan fasih kedua memiliki anak/isteri di negara ini dan ketiga telah menetap lebih 20 tahun.

Senarai lengkap boleh rujuk [sini] 

YY : Putrajaya antara keputusan terawal akan keluar, dijangka Ku Nan menang besar menewaskan pencabarnya yang gagal di Salor...



[VIDEO] : Dua Pemuda Dibogelkan Penyokong PKR di Dataran Merdeka Sebab Pakai Baju BN #PRU13 #GE13



Ini adalah situasi terkini di Dataran Merdeka, gelagat kumpulan pengikut PKR memprovokasi serta mencetuskan kekecohan terhadap pengguna lalu-lintas.

Dua orang lelaki yang menunggang motorsikal turut diprovok kerana membawa bendera BN, selepas penunggang tersebut turut membalas provokasi mereka, motorsikal yang ditunggang oleh mereka ditendang.

Selepas berlaku pergelutan, pengikut PR mengepung serta memaksa mereka membuka baju BN yang dipakai jika mahu dilepaskan.

Di mana undang-undang ketika ini?

Sebab itulah kita minta pemimpin PR berikrar tempoh hari bahawa mereka tidak pernah mengarahkan penyokong mereka mencetuskan kekecohan sebagaimana surat OPS Harimau Belang yang tersebar tempoh hari!

Rujuk [SINI]

Jika beginilah situasi, saya dapat beranggapan bahawa Malaysia akan dilanda kekecohan yang lebih teruk berbanding apa yang berlaku semasa BERSIH3.0 - bertindaklah sekarang!

Tolak puak beruk daripada menjadi kerajaan di Malaysia.

Soalan bermain di fikiran saya, di mana PDRM ketika ini?

Apa Malaysia sudah tiada undang-undang?

[VIDEO] : #GE13 Terkini Penyokong PR Mula Buat Kecoh di Jalan Raja Laut, Siap Sedia Takutkan Pengundi Esok? - @PDRMsia



Suasana di sekitar Jalan Raja Laut sebentar tadi, tindakan sekumpulan penyokong PR yang berarak (mungkin meraikan kekalahan) menyebabkan kesesakan lalu-lintas di kawasan sekitar Chow Kit.

Ikut undang-undang SPR kata tak boleh berkempen dah lebih pukul 12.00 malam.

Apabila memerhati gelagat mereka, ia seolah-olah malam sebelum tercetusnya kekecohan BERSIH3.0 tempoh hari. Menurut satu maklumat terbaru di terima mereka ini adalah antara kumpulan yang telah bersiap-sedia untuk turun mencetuskan suasana kecoh di peti-peti undi tertentu esok.

PDRM kena turun dan pastikan suasana di sekitar Jalan Raja Laut tenang, kerana tindakan mereka telah menyusahkan dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

YY : Malangnya ramai yang berdiri pegang bendera PAS adalah warga Indonesia. Pengundi Hantu?

Friday, May 3, 2013

#GE13 : Gerakan Sulit Majlis Syura PAS Kantoi - DAP & PKR Tuntut Penjelasan!



DAP menuntut PAS memberi penjelasan berhubung surat sulit yang disebarkan kepada setiap cawangan PAS di seluruh negara sebagaimana didedahkan oleh blog Keris7Lok siang tadi. Selain DAP, PKR melalui Timbalan Presiden PKR melalui blog rasminya juga turut memetik gerakan mufarakah (berpisah) oleh PAS.

Rujuk petikan blog Azmin Ali :



Setakat ini tiada sebarang penafian daripada pimpinan tertinggi PAS, mungkin Mustapa Ali tengah sibuk menguruskan spender-spender putih dalam simpanannya. Merujuk kepada email yang dihantar DPP Malaysia kepada cawangan-cawangan PAS agar tidak MENGUNDI selain calon PAS dalam PRU13.

Rujuk transkrip emel di blog : Keris7Lok


YY : Jangan nak kata kena hacked, skrip biasa dengar, orang kena hacked memang tak boleh dapat akaun la moron!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...