BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, April 30, 2013

#GE13 Dakwat Kekal : Siapa Anggota Tentera dan Wanita Yang Buat Demo Bersama Nurul Izzah Tadi? - @PDRMsia Kena Siasat!


Gambar daripada laman facebook mendedahkan wajah anggota tentera yang mendakwa dakwat kekal  proses pengundian hari ini boleh dicuci dalam sekelip mata. ATM dan PDRM patut siasat identiti anggota dan apa hubungannya dengan pemimpin PKR.

Pendedahan video demontrasi oleh anggota PDRM yang turut mengundi hari ini menunjukkan hasil sebaliknya. Kerana masih terdapat kesan dakwat walaupun berkali-kali di gosok, sebagaimana disiarkan di blog Harapan Esok :



Kenapa tidak hilang sebagaimana gambar yang disiarkan di laman-laman pro pembangkang?

Gambar geng-geng Pakatan Rosak, lihat kuku mereka putih bersih dan berseri-seri :

JAM JELAS MEMAPARKAN WAKTU 7.55 AM tapi...
 PUSAT MENGUNDI BUKA PUKUL 8.00 AM?
Kahkahkah!

Pusat mengundi belum buka jari sudah dicalit dakwat?

Tak hairanlah cubaan mencuci dakwat menggunakan sanitizer tersebut sebagaimana yang dillakukan oleh anggota yang mengundi pagi tadi untuk membuktikan kebenaran dakwaan Nurul Izzah & Tian Chua menunjukkan hasil sebaliknya.


Tadaa!!...

Jangan salahkan kata 'guna thinner cap ayam memang tak hilang'.

Apa nak buat dah label thinner tu memang cap ayam.

Hahaha...


YY : Gelak tengok twitter Izzah kata cuci guna dettol pun hilang. kehkehkeh!

PR Tak Reti Beza MyKas & MyKad, Terbongkar Misteri Pesawat MH8601 Bersama 36k Pengundi Hantu #PRU13



Kita makin hampir dengan hari pembuangan undi 5 Mei 2013, pelbagai propaganda, tipu muslihat, tipu muslimah, tipu lebai janggut dan lakonan yang dihidangkan kepada rakyat. Namun semua helah mudah untuk dikesan jika kita selidik setiap kenyataan atau laporan berita yang disiarkan oleh lidah rasmi puak Pakatan Rosak (PR).

Pengundi Hantu!

Golongan Hantu yang meraih populariti setiap kali musim pilihanraya...

Isu yang tidak pernah ditinggalkan oleh pembangkang setiap kali musim pilihanraya kecil atau umum. Mereka hanya meninggalkan hantu-hantu ini sepi tanpa berita sebaik saja keputusan PRU 2008 diumumkan setelah  bapak hantu yakni pembangkang berjaya menguasai 4 buah negeri (5 termasuk Kuala Lumpur).

Selepas itu pengundi hantu timbul semula ketika kempen PRK Manek Urai hinggalah ke PRN Sarawak.

Kini misteri penerbangan MH8601 yang membawa 36,000 pengundi pula disebarkan media-media pembangkang, lebih kurang sama kes MismahGate, Kod 71 antara dua perkara yang berkaitan pengundi hantu.

Kedua-dua isu ini dijawab oleh blogger-blogger pro BN, kalau nak imbas memori boleh baca isu Mismah Gate rujuk : [Part 1 - Part 2]

Pendedahan mengenai kod 71 kononnya MyKad yang dikeluarkan oleh JPN bagi membolehkan  warga asing mengundi BN dalam PRU13 pula boleh dirujuk [Kod 71] 

Misteri Penerbangan Malaysia Airlines MH8601, Realiti atau Ilusi?

Haprakah Daily media pembangkang melaporkan berita rekayasa berikut :


36,000 tuuu....!

Mari kita selidik benarkah dakwaan pembangkang ini atau ia hanya ilusi mereka?

Disebabkan tarikh 2 Mei dan 4 Mei belum tiba, kita semak maklumat penerbangan Malaysia Airlines Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada tarikh 27 April hingga 30 April iaitu hari ini.

Adakah rekod penerbangan MH8601 yang membawa pengundi hantu sebagaimana didakwa?

Berdasarkan rekod penerbangan MAS bertarikh 27 April sehingga hari ini iaitu 30 April dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur jelas tiada penerbangan bernombor MH8601. Jika ditempah khas kenapa tiada dalam rekod perjalanan pesawat MAS pada hari yang dinyatakan?






Dari 27 April hingga 30 April tiada penerbangan pesawat MH8601 sebagaimana didakwa oleh PAS, jadi tidak hairanlah jika pesawat yang membawa hantu-hantu tidak mendarat sehingga jam 11.30 pagi, kerana tak wujud pun penerbangan tersebut!

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor kena kencing atau banyak telan pil kuda?

Jika benar maklumat daripada pihak dalaman MAS sila dedahkan, kenapa hanya artikel berita sahaja yang disiarkan tanpa sebarang jadual atau rekod penerbangan?

Perkara yang membuatkan saya ketawa terbahak-bahak mengenai Jaafar Shamsuddin apabila dia berkata "kita percaya terdapat pihak tertentu yang mengawal & mengubah penerbangan daripada terus dikesan pihak kita".

Kahkahkahkah!

Jika ada pihak mengubah penerbangan sekalipun, mana mungkin pihak yang dimaksudkan mampu menyorok sebuah pesawat yang besar gedabak daripada dikesan oleh mata-mata manusia yang berada di sekitar airport!

Laporan berita yang tidak disertakan maklumat sahih, dimainkan secara tersusun oleh pemimpin-pemimpin PAS termasuk blogger mereka bertujuan untuk memberikan persepsi kononnya BN menggunakan taktik kotor.

Penduduk Tetap Tidak Sama Taraf Warganegara

Lagi pun mana-mana individu yang memegang taraf Penduduk Tetap tidak boleh mengundi kerana mereka bukan Warganegara. Nak mengundi bawa MyKas belum sempat hulur MyKas dah kena halau dek petugas SPR!

Sebab perbezaan MyKas dengan MyKad amat ketara :


Saudara-saudara sekalian, tujuan isu ini dimainkan menjelang 5 hari sebelum pengundian adalah kerana isu ini akan dijadikan alasan jika keputusan PRU13 kelak tidak memihak kepada mereka.

Waktu itu segala agensi dipersalahkan SPR, JPN, KDN, hatta MAS akan dipersalahkan oleh pembangkang. Semua penumpang dari Sabah yang ke Kuala Lumpur untuk tujuan lain juga dipersalahkan dan dituduh pengundi hantu.

Alahai!

Mereka ulang perkara yang sama, benda yang sama cuma tukang bawa cerita dan versi cerita saja dipusing-pusing, tak percaya, lihat antara contoh laporan berbentuk persepsi menjelang PRU12.



LINK

Arios!


#GE13 : Miliki Lot Tanah Bernilai RM4 Juta - Tok Him Hancurkan Mahkota 'Zuhud' Mursyidul Am PAS #SaveKelantan #TukarKelantan #PRU13


Nik Aziz miliki aset berupa lot tanah yang bernilai RM 4 Juta!

Pendedahan Presiden Perkasa yang juga calon Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali siang tadi bukan sesuatu yang mengejutkan bagi pengamal media baru di Kelantan.

Pendedahan tiga lot tanah yang dianggarkan bernilai RM4 Juta itu sekaligus meranapkan status 'zuhud' yang dipertahankan oleh TG Nik Aziz sepanjang menduduki kerusi empuk MB Kelantan.


Sebelum ini seorang rakan Facebook - Mohd Rodzi juga pernah mengirimkan kepada saya cabutan carian yang dibuat oleh beliau, hasilnya terbukti TG Nik Aziz memang memiliki beberapa lot tanah. Tetapi kertas cabutan tersebut agak kabur :





Kalau kena atas orang BN, confirm mereka kata 'Ini Rasuah!'...

Tapi kita tidak perlu ikut cara PAS, justeru itu kita kena nantikan sambungan pendedahan daripada sahabat blogger dari Team Tukar Kelantan - SINI


YY : Bagi la satu lot untuk rakyat Kg.Pulau Gajah wahai Tok Guru... [baca sini]

Monday, April 29, 2013

#GE13 : Dulu PAS Kata Anwar Ibrahim Lebih Ganas Dari Mahathir - #PASMunafiq #TolakPR


Jadi Menteri Kewangan pun gagal sehingga Bank Negara kerugian, malah satu penjelasan serta perincian tidak Anwar Ibrahim nyatakan kepada rakyat pada waktu itu.

Sekarang jelajah untuk merdekakan rakyat, jelajah bercerita pasal ketirisan, turunkan harga kereta dan pelbagai janji manis.

Malangnya ada yang percaya kata-kata durjana ini.

Baca semula artikel lama [SINI]


[VIDEO] : Pendedahan Penipuan #Husam4Putrajaya Oleh Kickdefella, @SyedAzidi Cabar Husam! #Putrajaya #TolakHusam #VoteBN



Rakaman khas pendedahan penipuan Husam Musa oleh blogger yang juga orang rapat Husam Musa di Putrajaya menceritakan secara terperinci modus operandi Husam Musa.




Selain itu Syed Azidi atau Kickdefella turut mencabar Husam Musa untuk berdebat dengannya bagi membuktikan kebenaran kepada penduduk di Putrajaya.

Ini dah kali ke berapa Syed Azidi cabar Husam, tapi sehingga kini satu cabaran tidak disahut oleh Dato Husam.

Rakyat Kelantan dah terkena, orang Putrajaya mudah percaya jelmaan penasihat 25%.

YY : Teringin nak tengok Husam debat dgn Kick...amacam Dato?



Sunday, April 28, 2013

[VIDEO] : Hikayat #PRU13 Husam Musa - Penasihat 25% #TolakPR #VoteBN



Kepala hotak tuan memang bijak...

Semua projek yang tuan janjikan untuk rakyat Kelantan satu pun tak jalan...

Tuan nak ubah taraf hidup penduduk Putrajaya macam mana jika taraf hidup rakyat Kelantan pun masih di takuk lama...

Hahaha...

Jenguk-jenguklah Salor tu datok!

Thursday, April 25, 2013

[VIDEO] : #GE13 Dr. Hasan Ali Gesa Rakyat Tolak Nurul Izzah Demi Akidah Umat Islam! #TolakPR #VoteBN


3 November tahun lepas, Nurul Izzah yang juga calon Parlimen Lembah Pantai  dalam satu forum telah membuat kenyataan bahawa hak kebebasan agama sepatutnya tidak terhad pada orang bukan Melayu sahaja.

Golongan begini tidak sepatutnya diberikan hatta satu undi, beri Nurul Izzah undi bermakna kita menghalalkan dan bersetuju dengan kehendak puak gila kuasa iaitu membenarkan orang Melayu memilih apa saja agama selain Islam.



Tolak PKR, Selamatkan akidah anak cucu kita...

#GE13 Transkrip Emel : KANTOI! Blogger MiloSuam Anak Ikan @rafiziramli? #TolakPR #VoteBN #PRU13


Transkrip perbualan emel di antara Rafizi Ramli dengan blogger pembangkang yang kini diburu polis kerana memfitnah SPR membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin PKR terbukti membiayai operasi fitnah yang dilakukan oleh blogger pembangkang terutama kepada DS Najib Tun Razak.

Kiriman emel blogger Milo Suam kepada Rafizi Ramli yang yang dikirimkan 27 Januari 2012 adalah mengenai pembelian dokumen daripada seorang kakitangan Hotel Shang Ri La berhubung majlis pertunangan anak PM yang berlangsung di hotel tersebut.

Teliti transkrip perbualan di antara Rafizi Ramli dan blogger MiloSuam :







Jelas terbukti bahawa Rafizi Ramli membeli dokumen yang didakwa penyelewengan PM daripada seorang kakitangan hotel dengan nilai RM5000 di mana blogger kaki kelentong MiloSuam bertindak sebagai perantara.

Kos pertunangan anak PM ditanggung sendiri oleh PM tetapi ia dialamatkan ke Pejabat Perdana Menteri [sini]

Ini adalah sebahagian transkrip emel, banyak lagi akan terbongkar menjelang 5 Mei nanti...

Jeng...jeng...jeng!

Wednesday, April 24, 2013

[VIDEO] : #PRU13 Anwar Ibrahim Dibogelkan Tan Sri Sanusi Junid #TolakPR #VoteBN



Tan Sri Sanusi Junid veteran UMNO yang cukup mengenali Anwar Ibrahim sejak dibangku sekolah menceritakan pengalaman beliau ketika berceramah di Lembah Pantai kelmarin.

Anwar Ibrahim berani nafikan perkara yang diceritakan Tan Sri Sanusi Junid ni?

[VIDEO] : Husam Musa Nak jaga Kebajikan Rakyat #Putrajaya Tapi Kebajikan Rakyat Kelantan Tidak Terjaga? #TukarKelantan #PRU13 #VoteBN


Imej di atas bukan pondok yang dibuat khas untuk anak kecil bermain pondok-pondok, tetapi ia adalah tempat berteduh buat satu keluarga, malah di kawasan daif ini turut didiami oleh beberapa keluarga yang lain.

Banyak kali didedahkan oleh media massa, malah saya sendiri pernah mengunjungi kawasan perkampungan ini.

Kg. Pulau Gajah, Sabak yang juga Dewan Undangan Negeri Chempaka terletak di bawah  Parlimen Pengkalan Chepa ini merupakan kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar sendiri. Bukan mahu memburuk-burukkan pentadbiran PAS yang memang sedia buruk.

Tapi ini adalah kebenaran!

Namun paparan kedaifan ini hanyalah secebis penderitaan rakyat Kelantan sepanjang 23 tahun berada di bawah pentadbiran sebuah kerajaan yang berkebajikan dalam menuju pembangunan bersama Islam yang dilaungkan.

Mereka rakyat Kelantan, bukan pendatang dari Kemboja atau Selatan Thai. Malah mereka merupakan pengundi berdaftar di mana setiap kali tiba musim Pilihan Raya, logo bulan menjadi lambang pilihan mereka.

Pengakuan ini saya rekodkan ketika kunjungan saya pertengahan tahun lalu.



Ingatkan dengan pendedahan media massa, diikuti dengan media sosial - saya beranggapan masalah kedaifan dan kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk kampung ini telah selesai.

Tapi jangkaan saya meleset kerana kunjungan rakan blogger di Kelantan membuktikan tiada seorang wakil rakyat jauh sekali Menteri Besar turun bertanyakan keadaan mereka. Cakap banyak tak guna, tembak tak kena, rakyat yang memberikan mereka mandat selama 23 tahun pun tidak terjaga.

Bagaimana agaknya PAS mahu mentadbir Putrajaya mahu pun sebuah negara?



Mungkin orang Putrajaya patut bertanyakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Dato Husam Musa iaitu calon PAS Putrajaya.

Tak usah tanya Tok Guru kerana pasti jawapan yang diberikan "blogger celako ni..ni semua blog celako.."

Jadi kita tanya Dato Husam selaku exco yang dipertanggungjawabkan mengenai soal kebajikan rakyat negeri Kelantan.

Jika 23 tahun memerintah masih ada keluarga yang terabai kebajikan mereka, bagaimana agaknya dia mahu menguruskan kebajikan rakyat di Putrajaya?

Sudah-sudahlah Dato!

Nantikan kisah kemasyarakatan yang didokumentarikan dari Salor...

Jeng...jeng...jeng!

Hello Tok Guru dan Dato Husam, layan dikir barat dulu selagu boh!



Lihat gambar-gambar lain di [SINI] - [SINI] dan [SINI]

Tuesday, April 23, 2013

[VIDEO] : Gwiyomi Paling Cute Di Malaysia Sempena #PRU13



Kah...Kah...Kah!

Ini gwiyomi paling comel di Malaysia sempena PRU13...

Kah...Kah...Kah!

Sementara itu ada kisah menyayat hati dari Dun Chempaka...

Dun yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan..

[KLIK]


#GE13 Taib Serah Borang - PAS 'Ampunkan' Segala Skandal & Penyelewengan Muhammad Taib?


PAS telah ampunkan segala dosa dan kesilapan Muhammad Taib kerana sebaik saja masuk PAS anda ibarat bayi yang suci dan terpelihara dari sebarang dosa dan noda?

Kahkahkahkah!

Mungkin ini pegangan bloggers dan penyokong PAS dan PR, kerana sesiapa sahaja bekas Menteri atau nama-nama besar dalam UMNO yang menyertai mereka, golongan ini dijulang dan dijilat umpama 'hero'.

Justeru itu menjadi kewajipan saya untuk bertanyakan kepada PAS apakah segala dosa dan skandal yang dikatakan oleh mereka membabitkan Muhammad Taib satu ketika dulu telah selesai sekaligus PAS menganggap Muhammad Taib tidak terlibat sebarang penyelewengan?

Baiklah, mungkin blogger bongok PR lupa apa yang pernah mereka dedahkan mengenai Muhammad Taib, jadi sewajarnya beberapa artikel silam yang ditulis oleh bloggers PAS kita paparkan semula :

Artikel MiloSengal :

ARTIKEL PENUH [KLIK]

Bapak rasuah dan kaki betina!

Bukan saya kata blogger PR yang nyatakan perkara tersebut, malah Muhammad Taib turut dikatakan mempunyai skandal dengan Ummi Hafilda, skandal yang membabitkan seks.

Lagi tuduhan pembangkang kepada Muhammad Taib :

Artikel penuh [KLIK]
Tak cukup, kita bagi satu lagi artikel yang mengaitkan Muhammad Taib yang pernah ditulis dan disiarkan sejak tahun 2001 - 2011 :

ARTIKEL PENUH [KLIK]

Selain itu sekitar 2011-2012 pembangkang mendakwa agar Muhammad Taib disiasat di atas tuduhan pemilikan harta melampau kerana pada waktu itu pembangkang mendakwa harta Muhammad Taib yang melampau bukan daripada gaji dan elaun sebagai Menteri Besar.

Kekayaan Muhammad Taib ialah RM 30,831,306.15. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam kenyataan bersumpah beliau. Malah pembangkang mendakwa harta kekayaan yang melampau ini adalah atas unsur rasuah (bukan aku kata pembangkang kata 2011 ok!).

Muhammad Taib turut memiliki pegangan saham melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan akhir sekali skandal Muhammad Taib yang ditahan di Australia kerana gagal mengistiharkan pegangan tunai melebihi 1,000,000.00 wang campuran mata wang asing.

Apa jadi dengan semua tuduhan dan dakwaan ini wahai PAS?

Nak tahu apa PAS kata terhadap semua tuduhan, penyelewengan dan rasuah yang dulu PAS sendiri kata Muhammad Taib terlibat?



Kahkahkahkah!

Kepimpinan PAS enggan mengulas mengenai tuduhan yang terpalit ke atas Muhammad Taib di masa lampau. (Tuduhan yang PAS sendiri palitkan kepada Muhammad Taib)

Muhammad Taib masuk PAS ada sebabnya...

Sebabnya mencari nikmat 'tamparan wanita'...

Mana boleh taja percutian tanpa merasai nikmat 'tamparan wanita'

Bukan aku kata Muhammad Taib ni kaki betina...

Milo Suam yang kata ok!

Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah, anda boleh berzina, makan rasuah, menyeleweng, songlap harta, bawa keluar wang dan bapak jenis korupsi sekalipun.

Dosa dan noda ini akan terhapus sebaik sahaja anda menyertai PAS...

PAS sanggup kutip segala bekas pemimpin UMNO korupsi (pembangkang kata) seperti Muhammad Taib, Kadir Sheikh Fadzir semata-mata mahu menjatuhkan UMNO?

PAS dari parti Islam bertukar menjadi kebajikan, dari kebajikan kini mereka angkut segala jenis 'sampah' politik.

Parti Angkut Sampah...

Bongok mereka yang tuduh orang tu menyeleweng, dia juga yang jilat...

Arios!



#GE13 Transkrip Emel : Taklimat SUARAM, Tangan Ghaib Ganggu Gugat Taib Mahmud & Politik Sarawak Terdedah! #TolakPR #PRU13

Transkrip taklimat yang dipaparkan ini merupakan taklimat SUARAM kepada 35 orang  MPP Keadilan, ia juga bukti skandal Scorpene yang dicipta oleh pembangkang sebenarnya bertujuan menjadikan isu ini sebagai 'peluru' kempen mereka dalam PRU13.

Aduan SUARAM kepada Mahkamah Antarabangsa dibuat kerana mereka tahu Perancis serius terhadap korupsi dan rasuah selepas pembunuhan 12 orang di Pakistan.

SUARAM juga tahu walaupun aduan dibuat tanpa bukti yang kukuh, kerajaan Perancis akan menggunakan kuasa perundangan mereka untuk mengadakan siasatan walaupun ia melibatkan rakyat negara lain.

Agenda pembangkang adalah untuk menjadikan isu Scorpene sebagai bullet PR dalam PRU13 :




Transkrip taklimat SUARAM di atas membuktikan bahawa skandal Scorpene dicipta oleh pembangkang tanpa bukti dan sama sekali tidak berasas. Maka tidak hairanlah jika tiada pembicaraan di Perancis, sebaliknya kerajaan Perancis hanya menjalankan siasatan berdasarkan aduan SUARAM.

Bahasa mudah faham, SUARAM mengadu kepada Mahkamah Antarabangsa, kerajaan Perancis membuat siasatan berdasarkan aduan, pembangkang melalui media mereka memainkan isu ini kononnya terdapat perbicaraan di Perancis.

Marina China, S.Ambiga, Steven, Cynthia dan Kin Woon Dalang Ganggu Gugat Politik Sarawak!

Kiriman emel Kin Woon kepada Marina Chin pula membuktikan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Global Witness dengan mengaitkan Taib Mahmub terlibat adalah tuduhan yang dirancang untuk memberikan persepsi kepada rakyat bahawa Ketua Menteri itu korup.




Ia juga menunjukkan bahawa pihak Global Witness telah dibeli untuk membuat laporan berdasarkan maklumat 'hear say' malah laporan yang mengaitkan Tan Sri Taib Mahmud tanpa disertakan bukti yang kukuh.

Transkrip emel Kin Woon kepada Marina China :


Dalam transkrip emel ini menyebut Edmond yang juga peguam Global Witness mencadangkan kepada Marina Chin supaya isu skandal ini tidak melibatkan orang semenanjung dan sebaiknya ia diketengahkan oleh orang Sarawak sendiri.


Tindakan yang didalangi oleh tangan halus dari Semenanjung (tangan Marina Chin, Ambiga, Steven Malaysiakini dan SUARAM) sebenarnya adalah skandal ciptaan pembangkang.

Ia untukdijadikan 'peluru' membantu PKR dalam kempen  PRU13 serta membantu PKR  di Sarawak untuk memburuk-burukkan Tan Sri Taib Mahmud dengan pemimpin BN yang lain kononnya terlibat dengan salahguna kuasa dan korupsi.


Siapa penaja SUARAM?




Marina Chin dan Ambiga what say you...?


#GE13 : PAS & PKR Bergolak Kerana Rebut Hak Penjualan Pil Kuda Di Terengganu? #TolakPR #VoteBN



Hahaha...

Akhirnya Hadi Awang tidak dapat menahan dari meluahkan kebenaran di sebalik pergelutan kerusi di antara PAS dan PKR di Terengganu yang bermula sejak 2011 sebagaimana pendedahan transkrip emel oleh blogger TeganuHot baru-baru ini.

Rupa-rupanya ada di antara ahli PKR di Terengganu terlibat dengan kegiatan penjualan pil kuda, disebabkan itu PAS bertindak menolak calon-calon PKR. Pil kuda merupakan pil khayal yang menjadi kegilaan remaja di Pantai Timur.

Pengakuan oleh Hadi Awang ini membuktikan bahawa ramai ahli PKR terdiri daripada mereka yang tidak bermoral. Apa punya gila PKR, sanggup mereka  letak tauke pil kuda untuk diangkat oleh PKR sebagai pemimpin?

Cuba tanya Hadi Awang siapa calon PKR yang mana dia maksudkan itu?



Monday, April 22, 2013

[VIDEO] : Rise Of The BN Crowd With @NajibRazak #VoteBN #BetterNation #PRU13



Ratusan ribu bersama DS Najib Razak di Pelabuhan Klang...

PKR memang sengaja meletakkan Khalid Ibrahim di Port Klang untuk 'bunuh' karier politiknya...

Khalid Ibrahim dikorbankan untuk beri laluan Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor?

Hahaha...


Sunday, April 21, 2013

[VIDEO] : Penamaan Calon #GelombangMerah di Kelantan #TukarKelantan #PRU13



Tunggu dari semalam video penamaan calon dari Kelantan, selepas sehari baru dapat tengok. Kadang-kadang tertanya-tanya aku ada team ke tak kat Kelantan ni?

Bongok biar bertempat, time perang 'komando' lu letak dalam bilik!

Siapa punya arahan la agaknya...

#TukarKelantan PRU13

Chiow!

Saturday, April 20, 2013

Air Mata Modal Husam Musa Tagih Undi Simpati #PRU13 Selepas Pengikut Buat Onar di #P125 #Putrajaya


Air Mata Dato Husam Musa gugur di Putrajaya...

Alolololo...sedihnya!

Hahaha...

Maaf tergelak kerana drama-drama dan babak sedih begini antara modal yang digunakan oleh calon pembangkang. Husam Musa nampaknya mengaplikasi taktik air mata sebagaimana PAS Kelantan gunakan air mata Tok Guru setiap kali tiba Pilihan Raya.

Ini antara taktik licik Dato Husam Musa, beliau akan mendekati rakyat di kedai-kedai kopi, surau dengan ayat manis dan lembut.

"Saya tiada siapa-siapa, saya hanya datang nak berkawan". Mungkin pengundi Putrajaya sudah mendengar dialog ini dilontarkan oleh Husam Musa.

Esok lusa tidak mustahil kita akan melihat Husam Musa menangis diganggu oleh sekumpulan lelaki, lelaki ini dilabelkan sebagai Pemuda UMNO. Label politik samseng akan diberikan kepada UMNO seterusnya rasa simpati pengundi kepada Husam juga timbul.

Ia untuk mengalih tumpuan selepas penyokong PAS buat onar di Dewan P9 siang tadi :


Rakyat Putrajaya jangan biarkan 'ikon' batu asas di Kelantan Dato Husam Musa mempengaruhi anda dengan air mata.

Come on Dato!

Sudah-sudahlah berlakon...



Dato Husam lagu ini saya dan rakyat Kelantan tujukan dengan ucapan "rakyat Putrajaya tak perlukan batu asas"



Jenguk-jenguklah batu asas tu Dato...

Orang kampung tanya, bukan saya...

Hihihihi...

[VIDEO] : Petanda Puak #PenipuRakyat Nak Tumbang Dalam #GE13 #PRU13 - Sorakan Terbaik Dari Penganut Pakatan! #TumbangPakatan



Setelah bertahun perkataan MACAI digunakan, hari ini spesis tersebut  dikenal pasti...

Kahkahkahkah!

Hancur! Hancur! Hancur Barisan...

Tumbang! Tumbang!

Tumbang Pakatan!

Bukan aku kata, penganut PR sendiri yang sorak macam tu...



Ini adalah contoh terbaik untuk menterjemahkan justifikasi perkataan MACAI, mereka akan ikut apa saja yang disuruh tanpa mempersoalkan atau mempertikaikan arahan tersebut.

Pendek kata disuruh serbu mereka serbu disuruh duduk mereka duduk disuruh berdiri mereka berdiri.

Kahkahkahkah!

Nak ikut skrip MACAI - "ini petanda Allah bahawa PR akan tumbang teruk dalam PRU13".

Kahkahkah!

#GE13 : Kit Siang Takut Kalah, Guna Isu #CEC ROS - Grafik Mudah Untuk Dungu PAS Faham! #TolakPR #VoteBN #PRU13


Faham ke tak info grafik di atas?

Ia direka khas untuk dungu PAS faham, tetapi kita tahu tahap akal dan kepala hotak orang PAS tidaklah panjang mana.

Soalan yang dungu PAS lupa tanya kepada ROS adalah, bilakah pembatalan keputusan pemilihan CEC diadakan?

Jawapan dia 15 Disember.

ROS bertindak berdasarkan aduan ahli DAP sendiri, bukan ahli UMNO atau kompenen BN.

DAP boleh menggelakkan masalah ini jika mereka menjawab ROS dengan mengatakan pengundian semula diadakan.

Tapi DAP pilih untuk guna isu ini bagi meraih undi simpati melalui unker Kit Siang.

Dungu PAS mari sini nak bagitahu yang batal adalah keputusan pemilihan CEC, bukannya pertubuhan DAP.



Akhir sekali dungu PAS dan totok pembangkang - bila SPR atau ROS menyatakan DAP tak boleh guna ROCKET?

Sudah-sudahlah ditipu DAP wahai Melayu!




#GE13 : Emel Rafizi Ramli Desak PKR Boikot & Batalkan Semua Program PAS Kerana Jumlah Kerusi Terdedah!. #TolakPR #VoteBN #PRU13 #BNBaru



Nyampah!

Transkrip kiriman emel di antara Rafizi Ramli dengan pasukan rundingan PKR seperti disiarkan di atas mendedahkan bahawa Pakatan Rosak yang terdiri daripada PAS, PKR dn DAP tidak pernah sepakat, sebaliknya mereka bergolak serta memburuk-burukkan satu sama lain.



Emel Rafizi Ramli dan beberapa nama pemimpin besar Pakatan Rosak yang didedahkan di blog TeganuHOT turut menyatakan bahawa PKR bertindak membatalkan serta memboikot PAS gara-gara PAS dikatakan bersikap kurang ajar terhadap tuntutan kerusi yang dibuat oleh mereka.


Kahkahkah!

Kantoi!

PAS dianggap barua saja oleh PKR rupanya, betullah kita kata orang-orang PAS ini diajar untuk menjadi kurang ajar dan biadap!

Siang malam Pakatan Rosak tuduh BN kononnya mengalami masalah dalaman yang serius, walhal hanya terdapat beberapa individu sahaja yang tidak berpuas hati dengan pengumuman calon tempoh hari rupa-rupanya mereka telah bergaduh kerana kerusi sejak 2011 lagi.

Baca sambungan Rafizi Ramli bengang dengan PAS [SINI]

Friday, April 19, 2013

[VIDEO] : #UbahSelangor - Kaum India Perlu Beri Peluang Kepada Zul Nordin! #GE13 #PRU13 #BetterNation #BNBaru

Heboh isu Zul Nordin yang menghina masyarakat India diperkatakan selepas nama beliau diumumkan sebagai calon menentang Khalid Samad bagi kerusi Parlimen Shah Alam. Bermula dengan sidang media sebuah NGO yang mendakwa mewakili majoriti masyarakat India.

Semalam dilaporkan sekitar 20 orang pemuda MIC dilaporkan mengadakan bantahan secara terbuka di Shah Alam dengan berpakaian BN. Saya cuba melihat apakah besar kesalahan yang dilakukan oleh Zul Nordin kepada masyarakat India?

Lalu terjumpa dengan video ceramahnya yang dirakamkan 10 tahun lalu ketika beliau masih menjadi ahli parti ekstrem agama iaitu PAS. Umum sedia maklum bahawa PAS merupakan sebuah parti yang ekstrem agama akibat terpengaruh dengan amanat Hadi.

Petikan ucapan Zul Nordin :



Benar ia merupakan penghinaan kepada penganut agama Hindu, malah saya sendiri mengutuk sebarang perbuatan mengutuk dan mengeji kenyataan Zulkifli Nordin dalam video di atas.

Namun perlu diingat, kenyataan yang dirakam di atas adalah 10 tahun lalu - kenapa tidak siarkan sahaja apa kenyataan Anwar Ibrahim ke atas PAS semasa beliau bersama UMNO?

Zulkifli Nordin telah melakukan kesilapan, mempersendakan kepercayaan sahabat-sahabat saya berbangsa Hindu, namun sekurang-kurangnya beliau bertindak memohon maaf di atas keterlanjuran tersebut.

Pernahkah Anwar Ibrahim memohon maaf di atas penghinaannya ke atas PAS?

Setahu saya tidak pernah, namun lihatlah bagaimana Anwar Ibrahim dijilat oleh PAS sekarang, seolah-olah Anwar Ibrahim itu tidak pernah menghina mereka, kerana matlamat mereka adalah untuk jatuhkan BN.



Antara pengakuan Zul Nordin adalah pembangkang melatih penceramah untuk mainkan sentimen kebencian serta menghasut kepada kebencian agama. Kenyataan ini membuktikan segala tindakan ekstremis seperti peristiwa Memali berlaku kerana terpengaruh dengan sentimen dan hasutan yang dibuat oleh pembangkang.

Manakala penceramah yang hebat-hebat dalam PAS, berkongsi hasil kutipan jihad tabung PAS setiap kali ceramah. Malah mengaku dia terpengaruh, menjadi ekstremis selepas sertai PAS.

Zul Nordin tidak bersikap menuding jari kepada orang lain selepas melakukan kesalahan, mengambil contoh terbaik sikap PM yang sedia memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas segala kesilapan yang BN lakukan.

Wahai sahabat India dengar di minit 20:24 - di mana bekas pemimpin pembangkang ini menyusun sepuluh jari memohon maaf dan tidak pernah berniat menghina agama Hindu dan secara terbuka memohon maaf di atas segala kesilapan yang mengguris hati perasaan kaum India.

Sekarang Anwar Ibrahim, PKR, DAP dan PAS kena jawab desakan supaya pembangkang memohon maaf dan menghentikan perobohan kuil, di atas penghinaan menyamakan perayaan Thaipusam sebagai perhimpunan jalanan, memohon maaf kepada Gobalakrishnan kerana gelar bekas ahli parlimen Bagan Serai itu sebagai 'paria'.

Pembangkang wajib memohon maaf kepada kami umat Islam kerana memohon untuk menggunakan kalimah Allah, terhadap kenyataan melayu boleh murtad, serta memohon maaf di atas penggunaan 'mampos melayu' ketika peristiwa 13 Mei.

Tak kira Hindu ke Islam ke kita wajar mendesak pembangkang memohon maaf  di atas semua penghinaan mereka, bukan sahaja Hindu malah kami yang beragama Islam!

Bukan sahaja rakyat marah isu roboh kuil pemimpin India pembangkang turut bertelagah dengan Khalid Ibrahim, pendek kata bertelagah sesama sendiri :



Lupakah sahabat-sahabat saya terhadap tindakan biadap Khalid Ibrahim pada tahun 2012?

Bukan mahu membela Zul Nordin, namun pencalonannya di atas tiket BN untuk merebut kerusi bagi Parlimen BN Shah Alam yang disandang Khalid Samad sebenarnya telah memberikan BN banyak kelebihan.

MIC dan sahabat-sahabat India, satu movie untuk anda tonton :



Fikir-fikirlah, jangan sebab Zul Nordin lakukan kesilapan 10 tahun lepas, anda perlu menunggu lagi 5 tahun untuk mengubah kesilapan yang akan dilakukan pada PRU12 yang lepas..

Chiow!

YY : PAS kena memohon maaf kerana gelar Anwar Ibrahim Al-Juburi, bukan ke Anwar bebas tuduhan liwat? taknak mohon maaf?

Thursday, April 18, 2013

[VIDEO] : #GE13 #TolakPR Nicole Wong Bakal Hentikan Kebiadapan Teresa Cock di Seputeh! #VoteBN #BetterNation #BNBaru



Terbaiklah!

Nicole Wong nampaknya telah bersedia untuk menghentikan segala kebiadapan dan masalah yang dibuat oleh Teresa Cock di parlimen Seputeh. Teresa Cock seorang chavanist DAP baru-baru ini didakwa menggelapkan wang bantuan ibu tunggal sebagaimana didedahkan oleh pembantu peribadinya sendiri.



Cerita pasal Teresa Cock teringat pula bagaimana aksi beliau ketika demontrasi isu air di Selangor dulu, siapa terlupa mungkin video di bawah boleh mengembalikan semula ingatan kita di atas perbuatan biadap tersebut :



Cukup-cukuplah woi...

Sampai bila nak biar kafir biadap macam Teresa Cock membabikan orang Islam?

Fikir-fikirlah!


[VIDEO] #GE13 : Tak Cukup Menipu di Kelantan, Kini Husam Musa Datang Menipu di #Putrajaya #TolakPAS #PRU13



Kahkahkah..

All out nampaknya Husam Musa kempen di Putrajaya, belum pun sampai hari penamaan calon habis kepala-kepala parti pembangkang turun serbu Putrajaya untuk bantu menjayakan kempen Husam Musa.

Habis jentera dan ahli cawangan dikerah memenuhi tapak ceramah oleh PAS bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya orang Putrajaya juga mahukan perubahan.

Tapi jika janji di Kelantan pun masih tidak ditunaikan, bukan sahaja janji PRU12 tetapi janji yang telah dibuat selama 23 tahun kepada rakyat Kelantan boleh dikatakan tiada apa yang dilaksanakan pendek kata rakyat Kelantan diterajui oleh PAS pun tidak pernah hidup dalam keadaan sejahtera selama 23 tahun.

Kini Husam Musa datang dengan perkara yang sama di Putrajaya, kononnya hendak membawa kesejahteraan.

Hahaha...

Hello dato!

Sejahterakan dulu rakyat Kelantan baru sembang soal sejahtera Putrajaya.

Setahu aku rakyat Putrajaya memang tinggal dalam keadaan sejahtera sebelum PAS datang.

Hahaha!

Jom semua kita dengar ceramah PAS sebuah parti yang berjuang berlandaskan Islam, ingat apa Mustapa Ali kata. Jika kita melihat kemungkaran hendaklah kita mengubah dengan tangan yakni kuasa kita dalam PRU13  nanti.



YY : Munafik!

KANTOI! Surat PAS Paksa Ahli Hadir Ceramah di #Putrajaya Tersebar! #PRU13 #TolakPAS #BetterNation


Hahaha!

Haram sungguh!

Patutlah ramai orang hadir ke program ceramah yang dibuat oleh calon Putrajaya Dato Husam Musa, rupanya setiap ahli PAS dari kawasan yang berdekatan dikerah hadir ke program tersebut sebagaimana surat yang dipaparkan di atas.

Mungkin kerana sedar bahawa sambutan terhadap program ceramah mereka semakin kurang sejak akhir-akhir ini PAS melalui Dewan Pemda PAS Pusat bertindak mengerah ahli PAS untuk hadir ke ceramah yang dibuat di Desa Pinggiran Putra tadi untuk menunjukkan kononnya rakyat Putrajaya bersama mereka.

Tengok gambar sikit!


Wow!

Anggaran saya dalam 4,000 ribu orang memenuhi tapak tersebut.

Desa Pinggiran Putra terletak berdekatan dengan Kajang, Sepang dan Bangi, dan kawasan ini dianggap centre PAS bagi negeri Selangor. Jadi tidak hairanlah jika PAS MEWAJIBKAN ahli mereka hadir dalam ceramah tersebut.

Hahaha...

Sekali tengok gambar, memang gerun kerana dalam anggaran saya hampir 4,000 orang yang hadir. Tapi jika yang hadir terdiri daripada ahli PAS yang turut mengheret isteri, anak, bapak dan nenek mereka maka tidak hairanlah jika orang ramai dilihat memenuhi tapak ceramah tersebut.

Tetapi malangnya 4,000 orang yang hadir adalah ahli PAS yang berdekatan dengan Putrajaya, bukanlah kakitangan kerajaan yang betul-betul menetap di Putrajaya!

Jika surat kerahan ini tidak dikeluarkan, mungkin jantung bateri Tok Guru berhenti berdenyut sebagaimana berlaku sebelum ini di mana beliau dilaporkan rebah dalam program baru-baru ini - mungkin terkejut kerana perangai Mustapa Ali agaknya.

Hehehe!

Jom tengok gambar ceramah Nik Aziz di Kota Bharu sempena menyambut kepulangannya dari umrah. Husam Musa kata 27 ribu rakyat Kelantan akan sambut dia, tapi hasilnya...


Kahkahkah! [baca sini]

Ada ke paksa orang datang ceramah dia..

Jom layan ceramah Mustapa Ali pulak!



Baik punya ulamak!

Tolak PAS dalam PRU13, jangan biarkan ularmak plastik terus menipu kita...


YY : Bongok punya PAS 2013 ke 2014..?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...