NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, March 5, 2013

#OpsSulu : Situasi Tenang, Walaupun Serangan Dilancarkan - #Pray4Sabah


Suasana di persekitaran pekan Samporna dilaporkan tenang walaupun serangan dilancarkan pagi tadi, malah beberapa kedai masih beroperasi seperti biasa. Menurut laporan terkini dari TV3 kenderaan daripada Jabatan Penerangan turut membuat hebahan agar penduduk tidak panik.

Serangan yang dilakukan sejak 7.00 pagi tadi dibuat setelah rundingan dan serangan pertama diadakan tempoh hari. Inilah yang berlaku bila diplomasi gagal, kita negara yang cintakan keamanan tetapi kadangkala kekerasan perlu digunakan demi menjaga keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.

Serangan dilaporkan berlaku hingga kini, sama-sama kita berdoakan agar peristiwa ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Pray for Sabah!

Kenyataan PM :
Berikut kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tindakan pasukan keselamatan melancarkan serangan ke atas penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada pukul 7 pagi ini: 
SEJAK pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. 
Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius. 
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. 
Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna. 
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak. 
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. 
Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka. 
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

1 comment:

Anonymous said...

HAAA MACAM TU LEEEEE....HIDUP NAJIB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...