ANTI COMANGO

ANTI COMANGO
KLIK GAMBAR

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, November 22, 2012

Cara Orang Malaysia Boikot Mc Donald's Untuk #SaveGaza


Orang kita, budaya kita...

Orang kita pantang melihat barang percuma...

Siang malam melalak boikot yahudi, boikot Israel, boikot Mc Donald's - tapi bila bangun pagi rakyat kita sanggup beratur panjang hanya kerana egg muffin percuma?

Kita tahu bahawa usaha untuk memboikot Mc Donald's bukan perkara yang mudah, namun percayalah Allah SWT tidak akan bertanya sama ada kita berjaya memboikot Mc Donald's atau pun tidak

Tetapi yang pasti Allah SWT akan bertanya apakah yang kita  usahakan untuk menghalang saudara kita di Gaza dari terus dizalimi oleh Israel laknatullah.

Mungkin rakyat kita kurang peka bahawa 'boikot' itu bermaksud 'peperangan' sudah tentu setiap serangan yang kita cuba lakukan, pihak musuh bertindak 'menyerang balas' dengan menggunakan 'peluru' seketul egg muffin percuma.

Akhirnya kita tewas dalam peperangan hanya kerana seketul egg muffin...

Benarlah kata orang, rakyat kita memang pantang dapat benda percuma, tetapi tidakah mereka  fikir, apa sangatlah seketul egg muffin percuma jika hendak dibandingkan dengan nyawa saudara kita di bumi Palestin?

Ayuh!

Datang beramai-ramai ke Majlis Perlancaran Tabung #SaveGaza oleh Pergerakan Pemuda UMNO yang akan disempurnakan oleh YB Khairy Jamaluddin di PWTC jam 5.30 petang ini.


Nak pergi berperang dengan menghunus senjata tidak kita mampu, oleh itu marilah kita bersama-sama menyalurkan sumbangan ikhlas ke Tabung Save Gaza Aman Malaysia melalui nombor akaun yang tertera di bawah :



YY : Nok kemah keming guano kalu royak lain, tapi buat lain - supo dengan ustaz 'munafik' sekor tu. Dok rok cetong!

Wednesday, November 21, 2012

#PrayForGaza : @HishammuddinH20 & 1.1 Juta Skuad Muda #1KDN Bangkit Pertahan Gaza!


Antara tulisan di laman facebook milik DS Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri semalam dalam mengutuk perbuatan zalim Israel ke atas umat Islam di Gaza. Selain itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggerakkan Skuad Mudanya untuk membantu mengisi Tabung Kecemasan Gaza yang dikendalikan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), mulai semalam dan akan dilancarkan 8.30 pagi esok di KDN Putrajaya.



1KDN semarakan kedamaian!




YY : Orang sibuk kutip derma untuk bantu umat Islam, PAS sibuk dok doa umat Islam UMNO/BN hancur? Akai ada kaaa?

[FAKTA vs AUTA] 10 Jenis Batu Paling Pelik di Dunia

Tahukah anda bahawa ketika zaman batu, ais batu kacang bukanlah menu utama manusia pada waktu itu dan batu lesung juga belum lagi tercipta. Bercerita pasal batu, jom kita lihat antara 10 batu yang dikategorikan sebagai pelik :

[10]
Batu Tergantung di dlm peristiwa Israk Mikraj 
terletak di Qubah As Sakhra, di Palestin

[9]
Balanced Rock, Garden of the Gods.
Colorado, Amerika Syarikat

[8]
Gibson Steps (12 Apostles), 
Great Ocean Road.


[7]
Ko Tapu Island, Thailand

[6]
Reed Flute Caves, Guangxi Province, China

[5]
Meteora, Greece

[4]
Sahara Desert, Tassili N’Ajjer, Algeria

[3]
Giant’s Causeway, Ireland

[2]
Painted Cliffs, Tasmania

[1]
Batu asas Projek Lebuhraya Rakyat yang ditandatangani oleh Nik Aziz.
Terletak di negeri Kelantan.


Memang pelik kerana selepas dihias cantik-cantik untuk majlis pecah tanah 
Lebuhraya Rakyat, batu ini ditinggalkan begitu sahaja...

KAH...KAH...KAH!

Tuesday, November 20, 2012

BN Tiru Bas Jelajah Merdeka Rakyat Milik PKR?


Terbaca di satu laman blog pembangkang yang mendakwa BN meniru hasil PKR dengan melancarkan bas jelajah seperti mana Anwar Ibrahim. Menurut blog tersebut DS Najib Tun Razak dan BN sengaja meniru bentuk kempen yang dijalankan mereka.

Gambar ini disebar di laman facebook dan beberapa blog pembangkang, dari situ pelbagai kata nista dan rekayasa fitnah ditulis bagi mewujudkan persepsi kebencian orang muda kepada Perdana Menteri.

Kasihan bagi pembaca blog-blog pembangkang yang jenis buta perut kerana mereka 100% percaya segala gambar dan dakyah yang disampaikan pembangkang.

Persoalannya...

Benarkah bas Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia meniru idea bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR?

Bas Jelajah Destini Anak Bangsa merupakan bas yang digunakan oleh mahasiswa UiTM dalam menjelajah ke seluruh pelusuk negeri di Malaysia yang mula menjelajah ke seluruh pelusuk negeri  pada 9 Mei sehingga 26 Mei 2012.


Malah program anjuran MDAB yang dinaungi oleh PM ini telah dimulakan sejak tahun 2011, sebelum memperkenalkan siri jelajah pada bulan Mei 2012 :


Bas milik UiTM tidak dipergunakan untuk medan politik, sebaliknya ia digunakan untuk mencari pelajar miskin dan seterusnya membantu mereka melanjutkan pengajian.

Bila pula bas jelajah merdeka rakyat yang didaftarkan atas nama TS Khalid Ibrahim dilancarkan oleh PKR dan Anwar Ibrahim?


LOL...

31 Ogos 2012 pertama kalinya bas jelajah merdeka rakyat dilancarkan dan bas tersebut menjelajah ke pelusuk negeri bukan untuk membantu pelajar-pelajar miskin, sebaliknya untuk progam ceramah Anwar Ibrahim.



Jadi sekarang terbukti bahawa blogger pembangkang bengong, naif serta dungu!

Kata orang kalau tak bengong bukan pembangkang namanya bro...!

Soalan untuk pencacai Pakatan Riot...

Siapa tiru siapa?

Hahaha...

Arios!


Monday, November 19, 2012

[VIDEO] : Doa Hancurkan UMNO/BN - PAS Sekarang Persis Taliban



PENULIS sudah hilang nombor nak kira dah berapa kali PAS mengadakan solat hajat beramai-ramai mendoakan kehancuran UMNO dan BN. Rasanya sejak Anwar dipecat pada 1998, PAS membuat aktiviti itu (solat hajat) hampir setiap tahun dan setiap kali itulah juga doanya tetap sama – UMNO hancur.

Bercakap pasal doa juga, Perdana Menteri sendiri tidak terlepas. Nik Aziz pernah berdoa supaya Perdana Menteri pecah perut tapi yang nampak pada kita Perdana Menteri makin steady, Nik Aziz juga yang makin semput, jalan pun dah bertongkat dah.

Tun Mahathir yang lebih tua dari Nik Aziz pun tak jalan bertongkat atau kelihatan seuzur si tua kutuk itu.

Tapi yang penting, macam mana PAS doa pun, sepanjang waktu kita lihat, UMNO dan BN masih tetap teguh dan cemerlang, walaupun pada tahun terburuknya pada 2008, UMNO masih menang. PAS? Selama itu duduk di bawah sekali dalam kiraan kerusi di Dewan Rakyat, tidak setakat itu, dia berubah jadi balaci kepada DAP dan PKR, terutama DAP.

Jadi, adakah solat hajat dan doa terbaru PAS yang meminta kehancuran UMNO di Kota Bharu semalam sepatutnya mengejutkan kita? Sudah tentu tidak. Nak doa bukan kena keluar duit pun, dan PAS memang cukup handal manipulasi benda-benda yang tidak perlu keluar duit.

Penulis nak kata Allah swt tidak mengabulkan doa dalam sembahyang hajat PAS dan mengembalikan kekalahan itu kepada mereka, rasanya tidak berani, tapi dari apa yang berlaku sekarang, kita boleh nilaikan sendirilah.

Tapi yang lebih penting disini ialah untuk rakyat menilai kerja-kerja bodoh yang dibuat PAS. Menyalahgunakan solat hajat untuk mendoakan kehancuran saudara seagama Islam yang lain, kononnya kerana dizalimi (bukan sebab nak menang pilihanraya).

Sembahyang hajat ini sepatutnya minta perkara baik-baik, bukan minta perkara buruk berlaku ke atas saudara seagama sendiri. Kalau bermusuh sekalipun, doakan minta supaya hati musuh tu terbuka ke jalan benar – kalau tersesat jalanlah.

Ini tidak, mintak dihancurkan terus, apa punya perangai tu? Yahudi yang sedang enak seksa umat Palestin di Gaza pun PAS tidak mnta dihancurkan terus, mentang-mentanglah PAS pun ada share melahap sumbangan George Soros (sebut yahudi).

Dalam masa yang sama, inilah dia tembelang PAS yang sebenarnya. Sarat dengan kebencian, sarat dengan hasad dan sarat dengan hasutan. Kerja lain tidak ada, hasut ahli untuk membenci UMNO dengan begitu mendalam sekali, sehinggakan ada suami (PAS) yang menceraikan isteri (UMNO) semata-mata kerana berlainan fahaman politik.

Nampak sangat PAS adalah parti yang hanya tahu menganjurkan kepada kebencian melampau atau orang putih kata ‘hatred politics’.

Tidak hairan kenapa perangai ahli PAS yang ada ini semuanya hampir teruk dengan Taliban. Hari-hari dah tanam dengan kebencian, hari-hari dah tanam dengan kemarahan, apa lagi yang kita harap orang-orang ini akan jadi, Talibanlah.

Anak Nik Aziz sendiri pun jadi militan pengganas, sanggup rompak bank atas nama Islam, walhal nak beli senjata untuk memerangi kerajaan.

Rakyat perlu menolak parti yang menganjurkan kepada politik kebencian semacam ini. Kita nak hidup aman damai, bukan nak bergaduh atau berperang macam yang dilakukan PAS dah ahli-ahlinya.

Friday, November 16, 2012

Wujudnya 1Malaysia One Call Centre, Biro Pengaduan Awam Boleh Rileks?


Saya meneliti objektif penubuhan 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) sebuah pusat komunikasi yang diwujudkan untuk memudahkan rakyat berhubung dengan agensi kerajaan dan berteraskan merakyatkan sektor perkhidmatan awam.

1MOCC dikatakan memudahkan rakyat berkomunikasi dengan sektor kerajaan dengan satu nombor tunggal iaitu 03-8000-8000. Jika diteliti dari segi objektif penubuhan 1MOCC hampir sama fungsinya dengan objektif Biro Pengaduan Awam.

Teliti rajah berikut :

Proses Biro Pengaduan Awam :

Proses 1MOCC :


Ada beza ke?

Ada tiga tahap yang dilakukan di 1MOCC dalam menyelesaikan aduan, pertanyaan daripada orang awam yang melibatkan agensi kerajaan. Di mana tahap ketiga dalam carta di atas menyatakan jika sesuatu aduan yang kompleks 1MOCC akan menghubungkan aduan tersebut kepada agensi terlibat untuk memberi maklum balas kepada pelanggan.

Contoh ringkasnya begini, saya hubungi talian 03-8000-8000 - 1MOCC untuk bertanyakan masalah proses permohonan pasport, dan ketidak puasan hati saya dengan layanan yang diberikan. Jika 1MOCC ada jawapan maka saya akan dimaklumkan dalam masa yang sama.

Tetapi jika 1MOCC tidak boleh menjawab, pihaknya akan mencari jawapan dengan agensi terlibat. Sementara menunggu pihak 1MOCC menjawab pertanyaan saya, saya telah dikenakan cas sebanyak RM0.05 seminit dan sepanjang menunggu proses tersebut ianya mengambil masa selama 30 minit.

Bermakna ketika saya membuat pertanyaan, aduan kepada 1MOCC saya terpaksa membayar sebanyak RM1.50 untuk mendapat jawapannya, sedangkan masalah yang saya hadapi belum tentu dapat diselesaikan.

Ahhh...Gila!


Hubungi talian perkhidmatan pelanggan maybank pun tidak dikenakan cas, begitu juga ketika membuat pesanan pizza. Kerana kebanyakkan syarikat ini menggunakan talian bebas tol (1-800-tak-ada-cas-macam-1MOCC) sebagai talian untuk pelanggan mereka membuat aduan atau pertanyaan.

Eeleh...lu bro, RM0.05 sen pun berkira...

Ini bukan soal RM0.05 sen, ini soal layanan dan tindak balas yang diberikan, untuk apa kita mengeluarkan wang sedangkan kita hubungi talian tersebut untuk membuat aduan, pertanyaan tentang permasalahan yang kita hadapi?

Salah satu fungsi penubuhan 1MOCC adalah untuk mengelak aduan berulangan, dan jika diperhatian ianya adalah langkah yang sama diambil oleh Biro Pengaduan Awam (BPA).



Antara lain adalah soal layanan dan profesional kakitangan yang menerima panggilan kita, adakah ianya profesional sebagaimana layanan yang dibuat oleh pihak swasta? Tidak percaya cuba hubungi khidmat pelanggan syarikat swasta dengan khidmat pelanggan agensi kerajaan, tahap profesionalisme mereka jauh berbeza.

Kenapa 1MOCC tidak dijadikan satu talian bebas tol sebagaimana syarikat-syarikat swasta sediakan untuk pelanggan mereka?

Kenapa agaknya layanan di antara khidmat pelanggan swasta dengan agensi kerajaan wujud perbezaan ketara? Kita tidak boleh tanya banyak-banyak dengan agensi kerajaan melalui talian, kerana selalunya persoalan tersebut dibalas dengan "Encik kena datang sendiri ke pejabat kami bla bla bla...".

Sudah tentu kerana modul latihan yang dilalui oleh kakitangan khidmat pelanggan swasta dengan kerajaan berbeza. Setahu saya kakitangan khidmat pelanggan swasta kebanyakkan mereka bernaung di bawah Customer Relationship Management and Contact Centre Association of Malaysia (CCAM)

Antara khidmat pelanggan bebas tol yang bernaung di bawah CCAM :



Malah ada juga beberapa agensi kerajaan di bawah CCAM, jika kebanyakkan syarikat swasta yang menjadi ahli kepada CCAM ini mampu mewujudkan talian bebas tol 1-800 untuk pelanggan mereka.

Kenapa tidak pihak kerajaan?

Berapa agaknya TM untung daripada jumlah panggilan yang dibuat oleh rakyat Malaysia ke talian 1MOCC?

Itu saudara congak sendiri...

Lepas ini kita nak mengadu kepada BPA atau 1MOCC?

Yang mana lagi cepat selesaikan masalah?

Arios!

HOT! Orang PAS Dah Mula Sedar HARAKAH Sumber Fitnah!



Dewan Pemuda PAS hari ini (Khamis) mengkritik mutu pemberitaan dalam akhbar rasmi parti, Harakah yang semakin merosot dan kurang kredibal sebagai organ parti.

Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata, Harakah dan Harakah Dailydilihat telah menyimpang daripada tujuan asal ia diwujudkan sebagai lidah rasmi parti itu.

Mengambil contoh isu perbalahan diantara pimpinan tertinggi parti dengan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa, beliau berpendapat, Harakah tidak sepatutnya menyiarkan laporan tersebut kerana akan memberi impak yang negatif kepada parti.

"Harakah merupakan lidah rasmi parti dan setiap berita yang keluar merupakan kenyataan rasmi parti tetapi kini ia tidak berfungsi dgn baik.

"Sebagai contoh, ketika krisis melanda parti ini melibatkan Hasan dan Nasharuddin, berita tersebut dijadikan muka depan akhbar dan ini tidak sepatutnya berlaku sebagai suara rasmi parti.

"Ia patut disembunyikan daripada pengetahuan umum mengenai krisis kepimpinan yang melanda parti tetapi sebaliknya berlaku," katanya ketika membentangkan usul di Muktamar Pemuda PAS ke-53 di sini, hari ini.



Beliau turut mendesak supaya ditubuhkan jawatankuasa untuk menapis dan mengawal isi kandungan pemberitaan supaya 'editorial' akhbar tersebut distruktur semula.

"Menyedari bahawa Harakah semakin jauh dari matlamat asal penubuhan, Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak PAS Pusat menstruktur semula sidang editorial Harakah yang dapat menterjemahkan aspirasi sebenar PAS.

"PAS Pusat perlu membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakah Daily supaya selari dengan dasar parti," katanya.

Usul yang dibawa Kamaruzaman mendapat sokongan kira-kira 600 orang perwakilan yang hadir.

Wartawan-wartawan Harakah dilihat meninggalkan dewan sebaik sahaja usul tersebut diluluskan.

Thursday, November 15, 2012

Kisah Seram #BersihStories : Ambiga, Bar Council, Pengundi Hantu dan Dot...Dot...Dot


Kisah seram yang berlaku dalam Majlis Peguam & Bar Council, kisah ini diceritakan oleh blogger Keris7Lok mengenai kewujudan entiti aneh semasa proses pengundian yang dilakukan oleh Bar Council.

Benarkah entiti aneh ini telah mencuri dan mengelapkan kertas undi semasa proses pemilihan Majlis Peguam?

Jangan biarkan kehidupan anda diselubungi misteri...

Ikuti kisah seram dari blog Keris7Lok


Kantoi apa? Kredibiliti dan integriti Majlis Peguam Negara tercalar akibat Bar Council 2013 Election. 
Mengapa? 
Kerana melihat kepada beberapa situasi menimbulkan keraguan serta boleh mewujudkan ketirisan didalam pemilihan kali ini. 
Bar Council dilihat sebagai satu badan yang menyokong BERSIH namun mereka tidak praktik sama seperti tuntutan BERSIH. Kini kita dapat lihat apa yang diminta mereka sebenarnya cuma satu hipokrasi. 
Minta macam-macam walhal mereka sendiri tidak telus. 
Undian mereka semuanya melalui pos. Mereka pos kepada 14000 ahli Bar Council. Katanya di poskan kepada semua 14000 ahli. Mengapa boleh wujud ketirisan? 
Kerana tiada bukti pengeposan dilakuakn kepada semua ahli yang berdaftar dibawah Bar Council. Ini envelop yang digunakan : 

Jika mereka pos menggunakan envelop ini, ia akan terus masuk kedalam peti undi. Tetapi jika dihantar dengan envelop lain, urusetia yang akan terima dahulu. Sudah tentu urusetia akan buka dahulu. 
Bukankah mereka boleh periksa siapa yang tidak cukup 12 undi dan mereka boleh tambah undi mengikut pilihan mereka? Ini bukanlah satu perkara mustahil. Boleh sangat mereka tolong undi sebelum masukkan kedalam peti undi kan? 
Ketirisan kedua yang dapat kita lihat adalah melalui kertas undi Bar Council.


   
Setiap kertas undi mempunyai nombor siri tetapi bahagian nombor siri digelapkan. Tiada sebarang pengesahan yang boleh membuktikan seorang ahli mengundi satu kertas undi. Dalam erti lain, sesiapa sahaja boleh membuat undian lebih daripada satu undi. 
Mengikut undang-undang pilihanraya Bar Council, setiap ahli berhak untuk undi maksimum sebanyak 12 orang. Kalau ada yang undi dua sahaja, tak mustahil ada orang lain tolong tambahkan undi apabila undian dikira. 
Siapa yang tahu? 
Nak menangkan kroni macam-macam cara orang boleh buat. Ini bukan PRU13 yang dipantau oleh SPR. 
Bar Council tidak menggunkan badan pemantau antarabangsa untuk pilihanraya mereka. Mereka tidak menggunakan sistem dakwat kekal bagi mengesahkan satu orang mengundi satu kali sahaja. Ini pula peti undi yang mereka gunakan.

 
Peti undi ini terdapat di Pejabat Bar Council. Anehnya mengapa mereka tidak gunakan kotak lutsinar sama seperti Tuntutan BERSIH. 
Mengapa tiada pengawal bebas dan berkecuali untuk menjaga kotak tersebut. Kalau ada sebarang pembohongan undi siapa tahu? Ada kemungkinan bukan sesiapa sahaja boleh masukkan kertas pengundi hantu di dalam peti tersebut?

Sekarang ini siapa yang tidak telus? Maka tidak mustahil Bar Council akan dapat Presiden beraspirasi pembangkang sebab mereka suka main politik kotor. 
Kenapa tidak serapkan 8 tuntuntan BERSIH dalam pilihanraya mereka untuk menunjukkan itu adalah tuntutan yang baik? 
Ambiga tak mahu panggil orang Australia untuk pantau pilihanraya Bar Council?

Wednesday, November 14, 2012

HARAKAH : Tepat Dari Sumber atau Tepat Dari Sumber Fitnah



Tiada kredibiliti! 

Itulah tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang ke atas akhbar-akhbar arus perdana seperti Utusan, Berita Harian atau Bernama kerana didakwa berat sebelah dalam menyiarkan laporan berita yang melibatkan pembangkang.

Namun sepanjang saya membaca berita yang disiarkan oleh akhbar ini, setahu saya para wartawan Utusan mahu pun Berita Harian tidak menjadikan status facebook sebagai sumber berita mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Harakah dan Suara Keadilan kerana status-status yang ditulis diragui kesahihannya.

Tetapi lain pula dengan wartawan Harakah dan Suara Keadilan, dengan bermodalkan satu status facebook, daripada entah mana-mana individu mereka dapat menghasilkan satu laporan berita kononnya 10,000 warga Myanmar diberi kerakyatan.

Isu rakyat asing diberikan kerakyatan bukan modal baru bagi pembangkang, sebaliknya isu ini pernah dicipta sebelum PRU12 di mana pelbagai isu ditimbulkan membabitkan kerakyatan warga asing. Tujuan pembangkang menimbulkan isu kerakyatan setiap kali sebelum menjelang pilihanraya umum adalah untuk dijadikan alasan apabila kalah kelak.

Jika diteliti isu warga Myanmar diberikan kerakyatan adalah taktik yang sama mereka gunakan dalam kes Mismah dan warga Bangladesh yang mana setelah bukti-bukti dikemukakan oleh JPN pihak pembangkang bertindak mendiamkan diri dengan menimbulkan isu yang lain pula.

Jom kita tengok sumber berita bagi Harakah dan Suara Keadilan :


Jika status facebook wartawan Harakah dan Suara Keadilan jadikan sebagai sumber untuk menghasilkan laporan berita, maka tidak hairanlah apabila kita dihidangkan dengan berita tentang ketiadaan cermin sisi komuter dilaporkan sebagai berita muka hadapan oleh wartawan dungu Suara Keadilan :


KAH...KAH...KAH! - [KLIK kalau nak baca]

Saya bersimpati dengan pembaca-pembaca dua akhbar ini, kerana mereka mendapatkan maklumat daripada wartawan-wartawan dungu yang melaporkan berita berbentuk persepsi atau 'gossip'.

Justeru itu wajarlah Harakah menukar tagline akhbar tersebut iaitu "TEPAT DARI SUMBER" kepada "TEPAT DARI SUMBER FITNAH!".

KAH...KAH...KAH!

Artikel menarik :
Printscreen di bawah menyerlahkan portal KeadilanDaily dan HarakahDaily yang menyebar FITNAH.

Kali ini, kedua-dua Akhbar pembangkang ini memang tiada kredibiliti apabila mencedok status Facebook untuk memfitnah UNHCR dan kerajaan Malaysia yang kononnya memberi kerakyatan kepada ribuan rakyat Myanmar di Stadium KLFA. 


Di bawah adalah kenyataan UNHCR yang menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku di Stadium KLFA yang tiada kena mengena dengan 'kerakyatan' seperti yang difitnah oleh kedua-dua lidah rasmi Pakatan haram pembangkang itu :
Selanjutnya [KLIK] 

[VIDEO] : Meja Bulat @AntaraPos - Siapa Lebih Kuat Amal Nepotisme PKR atau BN?


Ikuti bahagian satu diskusi meja bulat anjuran portal Antara Pos yang membincangkan mengenai nepostime dalam parti-parti politik di Malaysia.



Tuesday, November 13, 2012

Tahniah! Buat Tiga Sahabat HIMSAK Terima Pingat Dari Sultan Kelantan

Faizal Bin Daud A.S.K - Presiden HIMSAK
Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah kepada tiga orang sahabat iaitu Saudara Faizal Bin Daud, Aizuddin Dato Ghazali dan Dr. Ariff dari Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) di atas penganugerahan Darjah Ahli Setia Mahkota Kelantan (A.S.K) sempena Ulang Tahun Keputeraan Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke 43 pada  11 November lepas.

Aizuddin Dato Ghazali A.S.K - Timbalan Presiden HIMSAK
Dr. Ariff Hakimi A.S.K
Ketiga-tiga sahabat saya ini merupakan orang kuat program Mengubah Destini Anak Bangsa dengan kerjasama UiTM yang telah menjelajah ke setiap pelusuk negeri sebelum ini untuk membantu dan mengesan golongan pelajar lepasan SPM yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringat universiti kerana kemiskinan.

Foto ketika Jelajah Destini Anak Bangsa di Melaka
Siri Jelajah Destini Anak Bangsa mungkin bakal menjelajah ke Sabah & Sarawak jika tiada aral melintang InsyaAllah.

Foto ketika skuad Jelajah Destini Anak Bangsa di Pekan Rabu, Kedah.
Tahniah boh...!

Sek kito jangan pecoh!

Happy Deepavali!

Hahaha....


#TukarKedah : PAS Kedah Diminta Berubah Oleh Ahli Bawahan



Ahli PAS Kedah kini mula tampil ke hadapan menegur pucuk pimpinan parti itu yang dilihat semakin tersasar dari landasan perjuangan yang disertai oleh mereka dahulu. Menurut mereka PAS perlu berubah, atau undi mereka kelak yang akan berubah dengan tidak lagi mengundi PAS.

Monday, November 12, 2012

DUN Pulu Pinang Diserikan Dengan Kehadiran First Lady Of Penang = F.L.O.P

Berapa pula harga tas tangan F.L.O.P Betty Chew ini agaknya?

Tahniah buat rakyat Penang kerana buat pertama kalinya First Lady Of Penang  'Queen' Betty Chew menyerikan sidang DUN Pulau Pinang.

Kahkahkah...

Betty Chew isteri kepada 'tokong' diberikan tempat duduk yang dikhaskan untuk pegawai kanan kerajaan negeri. Speaker DUN nampaknya tak berani bersuara kerana bimbang disumpah oleh 'tokong'.


Aneh sungguh Betty Chew merupakan ADUN Kota Laksamana, Melaka tapi hadir 'bersidang' dalam sidang DUN Pulau Pinang.

Kahkahkah...


Orang cina pun tak suka 'tokong' DAP ini [KLIK]

Janji Kosong Pakatan Dalam PRU12 vs. Janji PRU13

Mudah jadi pembangkang, hanya perlu tabur janji...

Janji PRU12 belum tertunai...


Rakyat dijanjikan pula dengan janji baru...


Mat Saleh selalu kata :
"Losers make promises they often break, Winners make commitments they always keep..."
Lagu sesuai ditujukan untuk PR hari ini :



YY : Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua sahabat yang beragama Hindu. 

Sunday, November 11, 2012

Maaf Cakap! Tindakan & Aksi Yang Bakal Mengjahanamkan DS @NajibRazak


Tatkala BN tengah berhempas-pulas memenangi hati pengundi cina, timbul pula tindakan 'gila glamour' yang telah menimbulkan rasa meluat, cemuh tidak mustahil juga ada rakyat yang benci melihat tindakan DS Rosmah Mansur yang duduk di tengah-tengah di antara pasangan pengantin baru Lee Chong Wei & Wong Mei Chu sehingga membataskan pasangan pengantin untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.

Ahhh...

Saya tiada masalah sama ada Datin Rosmah Mansur hendak duduk di tengah, celah atau pun bersila di dalam majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara ini.

Saya bermasalah apabila tindakan ini telah memberi ruang untuk pembangkang mencipta persepsi buruk ke atas DS Najib Tun Razak, sekaligus menbangkitkan rasa benci rakyat untuk menolak kerajaan.

Itu saya selalu kata, DS Najib Tun Razak cukup tip top dalam melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri dalam memastikan segala janji-janji yang dilakukan ditunaikan menjelang pilihanraya umum.

Tapi semua hasil usaha dan dasar tranformasi yang diusahakan selama 3 tahun bagi memastikan kerajaan hari ini terus relevan sering kali musnah dengan sekelip mata disebabkan tindakan isteri atau kenyataan-kenyataan para menterinya sendiri.

Maaf cakap!

Sudah-sudahlah Datin! - Janganlah selalu beri ruang kepada pembangkang! - Dalam bahasa mudah faham, tolong jangan terlalu menyusahkan kerajaan dengan tindakan 'gila glamour' Datin!

Agaknya Datin punya blogger tak beri khidmat nasihat, apa tindakan yang boleh dan tak boleh dibuat dalam situasi sekarang ini?

Jika tindakan dan aksi-aksi yang boleh membangkitkan rasa meluat rakyat terus-menerus dilakukan, saya hanya mampu berdoa agar Allah SWT merahmati DS Najib Tun Razak untuk terus menerajui negara selepas PRU13 akan datang.

Sempena hari minggu, kita layan lagu dulu Datin :



YY : Ada blogger nak balun aku sebab tegur untuk kebaikkan kerajaan yang diterajui DS Najib Tun Razak? 

Saturday, November 10, 2012

HOT! Blogger Popular UMNO Dari Utara Bakal Sertai PKR?


Perbualan di kedai nasi kandar dari salah satu negeri utara tanah air oleh rakan-rakan dan pejuang-pejuang siber UMNO agak menarik perhatian saya. Saya tertanya-tanya juga siapa blogger tersebut, kerana setakat ini kita tidak dengar ada blogger dari utara disaman oleh pembangkang.

Mungkin rakan-rakan blogger dari utara cuba sembunyikan cerita ini daripada diketahui oleh rakan-rakan blogger lain. 

Tapi yang pasti jika berita ini benar, maka nasihat saya kepada rakan-rakan blogger berhati-hati dalam penulisan, kerana jika anda berhadapan tindakan undang-undang. Pemimpin UMNO melayan anda bagaikan orang asing.

Perbualan antara si A dan si B keduanya sahabat pejuang siber saya dari utara tanah air :
"Hang ada dengar tak blogger top dari utara nak masuk PKR?" 
"Takdak dengar pulak, betoi ka hang cakap ni, siapa dia..?" 
"Itulah hang, selalu dok lepak padang kota jaa, sekali-sekala lepak lepak Komtar baru hang dapat tahu isu terkini...!" 
"Hang ini loqlak betoi, aku lepak Padang Kota sebab aku meniaga rojak kat sana, kalau meniaga dekat Komtar boleh la lepak Komtar...weih awat blogger tu nak masuk PKR, nak khianat parti..?" 
"Puii..hang jangan dok tuduh dia macam tu, aku kenai dia macam mana...cuba hang pikiq kalau hang kat tempat dia, apa hang rasa bila berjuang untuk UMNO habis-habisan tapi bila ada masalah pemimpin UMNO buat tak pedulik jer..." 
"Mana hang dapat tahu cerita ni...?" 
"Ehh...cerita ini kecoh dah kat sini, pembesaq UMNO pun ada call blogger tu tanya, tapi blogger tu kata itu semua khabar angin.." 
"Apa masalah yang hang rasa dia sanggup buat keputusan lagu tu...?" 
"Aku rasa dia frust, frust dengan pemimpin kita ni, time nak guna kita jer dia panggil suruh dedah video, dokumen yang sulit-sulit, bila ada yang kenakan tindakan undang-undang kat kita, sekoq pemimpin UMNO pun taknak bantu, dajei betoi..!" 
"Maksud hang...dia kena saman ka, sapa saman dia...?" 
"Dia kena saman dengan orang pembangkang la , aaah.. kes kecik jaa, kalau pasang lawyer boleh menang, hang tengok kawan kita dah menang lawan Husam Musa, orang pembangkang ni saman sebab nak tutup mulut kita je, bukan sebab depa betoi..." 
"Dah tu pasang lawyer lah lawan kat mahkamah, kalau aku, aku lawan kat mahkamah..!" 
"Tadi hang kata aku loqlak, hang ingat pasang lawyer kos dia 2-3 kupang kaa..kos dia besaq hang tau cecah puluh-puluh ribu..!" 
"Ek eleh...setakat pulu-puluh ribu tu mintak je UMNO bantu, takkan la UMNO takdak duit!" 
"Dia dah mintak UMNO negeri bantu, Pembesaq UMNO Negeri pun dia dah pi jumpa, tapi hang tau apa depa kata kat blogger ni...?" 
"Haa.. apa dia...?" 
"Depa kata UMNO tadak duit nak pasang lawyer untuk dia..." 
"Kahkahkahkahkah...." 
"Hang dengar pun gelak kan, peliaq punya pemimpin, nak bantu blogger yang berjuang untuk parti pun payah, angau bini baru kaa apa...?" 
"Haaa... itu yang buat blogger tu frust, dia kata dok dalam UMNO lama-lama buat apa, baik dia terima tawaran PKR, silap hari bulan dia boleh jadi ADUN..." 
"Kalau betoi dia masuk, aku rasa pembesaq UMNO negeri yang kata UMNO takleh bantu sebab takdak duit boleh gali kuboq sendiri la nooo..."

YY : Masih mencari identiti blogger terbabit untuk beri sokongan moral, kerna itu saja yang mampu saya berikan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS
Pembekal Barangan Original Pasukan Kelantan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...