ANTI COMANGO

ANTI COMANGO
KLIK GAMBAR

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, September 28, 2012

[HOT] : Bila Guan Eng Nak Jawab Bukti Dokumen Skandal Tanah Manggis Bernilai RM2.5 Juta?


Isu skandal Tanah Manggis sebelum ini pernah didedahkan oleh Pemuda BN Pulau Pinang, namun sehingga kini Ketua Menteri paling sombong dalam sejarah masih membisu serta enggan memberi apa-apa komen berhubung isu terbabit.

Dokumen skandal tanah bernilai RM2.5 juta yang melibatkan orang tengah iaitu 'Cik P' dan seorang yang bergelar 'Datuk JP'.

'Cik P' yang berjawatan sebagai Pengarah di syarikat Winbond Sdn. Bhd. Isu serta dokumen penyelewengan ini pernah didedahkan oleh rakan blogger dari Pulau Pinang.

Sikap berdiam diri Guan Eng membuktikan bahawa, kerajaan DAP Pulau Pinang bersikap tidak telus dalam mentadbir negeri tersebut.

Dari pisau.net :

Skandal tanah Taman Manggis adalah bukti pembabitan Lim Guan Eng yang membabitkan keuntungan berjuta ringgit masuk kedalam poket beliau membabitkan individu digelar Cik P dan Datuk JP.

Cik P terbabit secara langsung menjadi orang tengah diantara majikannya dan Lim Guan Eng menguruskan sewa dan kos ubah suai rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn
.
 
Lim Guan Eng menjual tanah dibawah harga pasaran kepada pihak syarikat Cik P sebagai timbal balik apabila rumah yang didiami oleh beliau ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat Cik P. 
Kenapa dan mengapa Cik P dan syarikatnya sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk kos membeli rumah RM2.5JUTA dan kos ubah suai semata mata untuk didiami oleh Lim Guan Eng jika tidak menguntungkan mereka?

Penyelewengan ini sehingga sekarang didiamkan,walaupun didedahkan oleh pemuda BN namun Guan Eng sehingga sekarang tidak berani untuk menjawap atau menafikan dakwaan kaitan dengan Cik P .

RM2.5 juta! 
Ini adalah salinan dokumen pemilikan lot rumah yang pindah milik keatas nama Cik P. Rumah tersebut didiami oleh Lim Guan Eng dan dijadikan rumah rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang.




Sampai bila Guan Eng mahu berdiam diri?

Baca seterusnya [SINI]

Wednesday, September 26, 2012

Hina Islam : Gopinath Sudah Mohon Maaf - Jadi @PDRMsia Tak Perlu Siasat, AG Tutup Mata?


"Sial...bro keling memang kurang ajar, rm20 pun sanggup tikam orang sampai kritikal!" - itulah ayat yang diluahkan oleh seorang mahasiswa kepada saya semalam ketika melawat seorang graduan UPSI yang ditikam sebanyak 3 kali oleh lelaki India dalam satu kejadian samun di Tg.Malim semalam.

Alhamdulillah, mangsa dilaporkan selamat selepas dirawat di Hospital Slim River. Namun bagi saya tidak semua rakan berbangsa India kita bersikap begitu, dan adalah tidak adil untuk kita menghukum kaum India sehingga mencetuskan satu ketegangan yang bersifat perkauman.

Kisah tersebut boleh dibaca melalui laman UPSIDaily [sini]

Itu kisah di Tg.Malim, pagi tadi pula antara sms yang saya terima,
"bro apa cerita budak hina Islam tu, nak kena libas ke?"
"bro... dah mintak maaf, takan dibiar macam tu jer, kdg2 kena ajar, dorang makin melampau!"
"sial keling ni der, dah banyak kali agama kita kena pijak-pijak, PDRM buat apa?"
Sms di atas adalah reaksi rakan-rakan saya berhubung isu seorang lelaki India yang dikatakan menghina Islam melalui laman facebook. Gopinath Jayaratnam menulis komen di laman facebooknya :


Benar, komen di atas cukup biadap lebih-lebih lagi ianya dibuat ketika hati umat Islam terhiris kerana filem 'Innocence Of Muslims'. Mungkin disebabkan itu dilaporkan kediaman Gopinath telah diserang oleh pihak yang tidak dikenali malam tadi.

Semalam juga Gopinath memohon maaf di atas komen yang disiarkan di laman facebooknya dengan mendakwa akaun beliau diakses oleh orang lain :


Seronok tinggal di Malaysia, rakyatnya pemaaf tidak seperti negara-nagara lain. Di Malaysia setiap perbuatan yang melibatkan perkauman atau sensitif terhadap agama dapat diselesaikan dengan satu permohonan maaf.

Hahaha...

Seingat saya di Seremban sebelum ini satu kejadian membaling botol arak ke dalam sebuah surau oleh tiga remaja cina juga dimaafkan selepas ibu bapa mereka memohon maaf. Tetapi ironiknya pemuda melayu yang membakar gereja beberapa tahun lalu dikenakan hukuman penjara.

Ulangi kes melibatkan Ngeh Koo Ham di mana beratus laporan polis juga selesai dengan hanya satu permohonan maaf. Tiada penahanan, tiada pendakwaan, tiada rakaman percakapan ianya selesai selepas mohon maaf.

Nak salahkan polis tak boleh juga, mereka hanya buka kertas siasatan selepas itu diserahkan kepada pendakwaraya (AG) untuk membuat pendakwaan.

Selepas ini bolehlah kita hina mana-mana agama, kita kencing atas tokong, kita berak atas kubur cina, kita baling air kencing ke dalam gereja, kita komen hina agama Hindu, Buddha, Kristian.

Selepas puas menghina kita kata akaun kita kena 'hacked' dan mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.

Kes tutup, AG pun tak perlu susah-susah ke mahkamah.

Tak begitu Ghani Patail?

Macam mana orang mahu takut dengan undang-undang jika penguatkuasa undang-undang sendiri pun takut gunakan kuasa yang mereka ada?

Tuesday, September 25, 2012

#PRKampus : Dari Kepala Babi Hingga Kes Mastura Hilang, Kini #ProMenipu UM Terus Menipu Untuk Raih Undi Simpati!


Kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook tentang dakwaan Edikoup Lakip Sediyanto (Pengerusi Mahasiswa Pembangkang di UM) yang kononnya dipukul pada malam 24 September 2012.

Kenyataan dalam Facebook hanya keluar pada jam 9.30 pagi pada 25 September 2012. Mengapa terlalu lambat membuat kenyataan?

Berdasarkan dakwaan tersebut, maka ditulislah dalam Malaysiakini dan diwar warkan dalam media yang pro mereka bahawa pemimpin mereka telah dipukul.


Sebelum itu, satu laporan polis sudah dibuat oleh Edikoup pada jam 4.32 pagi pada 24 September 2012. Kononnya, ada tiga orang lelaki naik kereta Proton Wira berwarna merah dan datang ke rumah. Ada beberapa keraguan yang boleh dipersoalkan :

 

1) Amat tidak masuk akal tiga orang lelaki yang datang ke rumah Edikoup itu gagal dikenalpasti identitinya. Ini kerana, apa yang dilakukan oleh kawan-kawan Edikop yang lain? Mereka bukan kawan-kawan biasa, mereka adalah jentera kepada Pro M di UM. Rumah yang didatangi pun bukan rumah biasa, ianya biasanya adalah rumah operasi mereka.


Dengan latihan yang diberikan oleh pakatan pembangkang kepada mereka seperti yang diakui oleh Khalid Ismath dalam Twitternya, mustahil tiada seorang pun daripada mereka yang tidak memiliki kamera atau video.

Kesnya sama macam kes kepala babi dilempar di Surau Akademi Pengajian Islam, tiada seorang pun perasan orang yang masuk melalui pintu belakang untuk meletakkan kepala khinzir dalam surau, sedangkan mereka tidur beramai ramai dalam surau tersebut (baca sini).

2) Kalau pun tiada kamera dan video, jentera Pro M yang bersama dengan Edikop dalam rumah tersebut adalah ramai. Jika melihat sesuatu kenderaan yang dicurigai, penglihatan yang pertama akan fokus kepada plat kenderaaan terlebih dahulu sebelum melihat warna kenderaaan.

3) Amat pelik, Malaysiakini hanya siarkan gambar Edikoup dari luar sahaja dengan muka menutup hidung, tanpa gambar kesan Edikoup dipukul dengan begitu teruk.

"Setelah itu, turun seorang yang berbadan besar menghayun topi keledar ke badan saya sehingga saya terjatuh dari motosikal.


"Setelah itu, mereka memukul saya, menghentak kepala saya dengan topi keledar sehinggalah saya dipukul, ditumbuk, diterajang di perut dan sebagainya. ini yang ditulis dalam Malaysiakini tentang keadaan Edikop dipukul (baca sini).

Kalau sudah dipukul dengan topi keledar dan sebegitu teruk sekali kejadiannya, mengapa tidak difokus gambar kesan lebam tersebut? Kenapa gambar tutup hidung sahaja?

Sama seperti Safwan Anang berlakon pada malam 1 Januari 2012, tiada laporan perubatan dikemukan sampailah ke hari ini (baca sini). Mengapa laporan perubatan yang sama tidak dikeluarkan untuk kes Edikop?

4) Lumrahnya, pada malam pilihan raya kampus, seorang ketua jentera tidak akan berjalan sendirian setelah menerima ugutan dan diganggu oleh orang lain. Bagi tujuan kempen dan keselamatan, dakwaan Edikoup beliau bersendirian sewaktu kejadian adalah amat diragui.

5) Mengapa waktu ugut dan waktu dipukul adalah malam-malam terakhir sebelum pilihan raya kampus diadakan? Mengapa cerita ini perlu diadakan? Simpati?

6) Tanpa diketahui siapa pemukul dan motif si pemukul, persepsi yang cuba dibina dalam minda mahasiswa dan rakyat adalah yang memukulnya dalah pihak lawan iaitu kumpulan Penggerak di Universiti Malaya.

Taktik ini sama seninya seperti kes culik Masturah pada pilihan raya kampus yang lepas di UM. Apa motif penculik dan tidak sedar siapa penculik, kemudian yang cuba dituduh adalah pihak lawan mereka.


7) Taktik yang sama cuba digunakan di UKM. Dakwaan dibuat di lobi parlimen pada 24 September 2012. Kononnya ada panggilan telefon untuk membunuh dan sebagainya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya kampus sebegitu ekstrems sekali hendak kuasa hingga bunuh membunuh. Yang pernah berlaku adalah usung keranda, pecah pintu dan kepung pejabat HEP.


Berkerusi roda? Sama macam Mohd Sabu, Anwar Ibrahim dan Safwan Anang. Taktik yang sama untuk raih simpati?

Selepas ini sudah tentu Edikoup akan berkerusi roda dan melawat tempat tempat mengundi di UM.

Apakah taktik ini sengaja dibuat untuk mewujudkan kepercayaan awal sebelum peristiwa Edikop dipukul beri liputan meluas oleh Malaysiakini? Usah terperangkap dengan main gerak sarafreverse psychology yang cuba dibuat oleh mahasiswa pembangkang ini.

Mereka meniru aksi baling cat merah ke bas, ugutan kononnya Anwar Ibrahim hendak dibunuh ketika Saiful Bukhari melaporkan kes liwat dan strategi mencederakan diri sendiri yang pernah dilakukan Mohd Sabu dalam BERSIH 2.

Berhati hati dengan taktik mereka. Kekalkan bersama Aspirasi Mahasiswa. Ini barulah ugutan bunuh yang sebenar (baca sini). Siapa mereka? Anda nilaikanlah sendiri - Angin Perubahan

Monday, September 24, 2012

#PRKampus : Calon #ProMenipu UKM & UM Diugut Bunuh - Drama Sama Cuma Skrip Berbeza


Sudah dijangka...

Hari terakhir kempen Pilihanraya Kampus 2012 pelbagai drama akan dihidangkan oleh pelajar pro-pembangkang, unsur-unsur menyayat hati dan menagih simpati merupakan elemen utama bagi menyempurnakan plot drama mereka.


Hari ini calon pro-pembangkang dari UKM dilaporkan menerima ugutan bunuh, manakala calon di UM pula diugut oleh samseng malam tadi.



Tak perlu fikir panjang-panjang, segala plot drama ini merupakan satu usaha terakhir calon-calon pro-pembangkang untuk meraih undi simpati dalam usaha mereka memenangi kerusi yang ditandingi.

Cuma skrip dan plot cerita tahun ini agak berbeza dari versi sebelumnya. tahun lalu skrip kehilangan Mastura sebanyak dua kali, kali pertama hilang sebaik selesai kempen hari terakhir dan kali kedua Mastura menghilangkan diri ketika pihak universiti cuba mendapatkan keterangannya :




Hahaha...

Namun di sebalik kejadian ini ada satu persamaan...

Apa dia...?

Calon yang diugut, diculik,  digertak oleh pihak tidak dikenali hany melibatkan calon pelajar pro-pembangkang.

Calon Aspirasi Mahasiswa tenang menjalankan kempen, tiada terima ugutan malah yang kalah pun menerima kekalahan dengan hati yang terbuka tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

Adakah ini semua konspirasi..?

Konspirasi siapa...?

Mungkin video teori konspirasi boleh membantu anda...




YY : Jangan terkejut jika malam ini ada laporan calon lelaki Pro-Menipu dikatakan dicabul ketika menunggu bas. Hahaha!

Sunday, September 23, 2012

#PRKampus : Rakaman Pelajar Pro-Pembangkang #UPSI Dibelasah Hingga Patah Rusuk?


Ingat malas ambil pusing mengenai pilihanraya kampus ini, nanti dituduh pula kita turut berkempen tetapi disebabkan seorang mahasiswa mengirimkan rakaman video demontrasi oleh sekumpulan bakal pendidik.

Saya terpanggil untuk menyiarkannya kepada umum perangai serta kebengongan pelajar yang akan mendidik anak cucu kita kelak.

Satu video dikirimkan melalui emel oleh seorang penuntut UPSI, pengirim mengatakan sekitar 50 orang pelajar pro-pembangkang mengadakan satu perhimpunan 'BERSIH KAMPUS' di luar pagar kolej pagi tadi untuk menyerahkan satu memorandum kepada pihak pentadbiran UPSI.
Salam bro YY, 
Saya penuntut UPSI dari Fakulti Sains & Matematik Tadi pelajar pro-pembangkang mengadakan satu demontrasi bertujuan menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak pentadbiran UPSI kerana calon mereka dibatalkan pencalonan. Apa yang memalukan kami penuntut UPSI ialah demontrasi bantahan ke atas HEP diadakan pada hari Ahad di mana semua pegawai tiada dalam pejabat. Harap bro YY boleh siarkan video kepada umum agar masyarakat tahu tidak semua penuntut UPSI bermasalah, mereka juga tidak mewakili majoriti penuntut UPSI.
Saya tidak kisah mereka mahu berhimpun atau baring di atas jalan sekalipun, soal permit ada atau tidak itu juga tidak menjadi masalah kepada saya.

Perhimpunan ini dibuat bertujuan menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak pentadbiran UPSI, tetapi bengongnya ia dibuat ketika kakitangan dan pegawai pentadbiran UPSI bercuti (Ahad), jika bukan bengong apa lagi perkataan yang sesuai untuk kita berikan kepada pelajar pro-pembangkang ini?

Akhirnya dek kerana tiada siapa yang peduli dan melayan karenah mereka selain dinding dan pagar kolej,  (siapa nak peduli, ofis tutup bro...) maka bersurailah pelajar-pelajar bengong ini setelah penat melalak

Saksikan video aksi pelajar pembangkang 'dibelasah' sehingga patah rusuk dan berterabur gigi (teori Khalid Ismath) yang diemelkan kepada saya.



Hahaha...

Jadi wahai adik-adik yang sedang menuntut di UPSI, baik pilih mahasiswa yang benar-benar membawa dan memperjuangkan hak kamu sebagai penuntut UPSI, dan wajah-wajah di bawah ini merupakan calon yang wajar dipilih untuk mewakili kamu semua :

Dari Facebook : Media Aspirasi Mahasiswa UPSI

YY : Aku bantu budak-budak ni berkempen sebab calon pembangkang ni bengong sangat, supaya pelajar junior UPSI tidak silap memilih wakil untuk perjuangkan hak mereka kelak. 

Saturday, September 22, 2012

Analisa KLOUT : Twitter DS @NajibRazak & Pemimpin BN Lebih Berpengaruh Dari PR


Analisis yang dilakukan melalui aplikasi KLOUT menunjukkan akaun twitter milik DS Najib Tun Razak paling berpengaruh dengan mencatat skor klout 79 mengatasi Anwar Ibrahim hanya mencatat skor klout sebanyak 61.

Turut mencatat bacaan skor KLOUT tertinggi berbanding akaun pemimpin pembangkang adalah akaun twitter milik YB Khairy Jamaluddin, DS Hishamuddin Tun Hussein dan Tun Faisal Ismail.




KLOUT merupakan satu aplikasi yang dibina pada tahun 2008 untuk menunjukkan bagaimana seseorang individu itu mampu mempengaruhi dunia, ia dibina untuk membantu orang ramai memahami pengaruh suara mereka dalam platform media sosial.

Skor KLOUT diukur dari skala 1-100 yang mana bacaan skor 100 dikategorikan sebagai paling berpengaruh. Skor ini dikira berdasarkan kandungan (tweet/status) yang mana ia berjaya menarik rakyat untuk berkongsi atau bertindak balas (respon) terhadap kandungan tersebut.

Skor ini ditentukan dalam satu tempoh yang panjang dan ia tidak diukur berdasarkan jumlah pengikut (followers), jumlah skor juga tidak ditentukan daripada aktiviti pemilik akaun tersebut.

Berdasarkan analisa ringkas KLOUT yang dipaparkan di bawah, jelas menunjukkan pemimpin BN lebih berpengaruh di laman twitter berbanding dengan pemimpin PR.


Thursday, September 20, 2012

Bantah Filem Hina Nabi Bersama Pemuda UMNO Esok! - @khairykj


Pemuda UMNO bersama 10 NGO akan mengadakan perhimpunan menyatakan bantahan ke atas filem 'Innocence Of Muslim' yang telah menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW selepas solat jumaat di Masjid Jamek Kg.Baru esok.

Bersama kita berkumpul menyatakan bantahan kita ke atas filem berkenaan, pedulikan petualang DAP yang mengatakan bantahan yang dilakukan esok sebagai perbuatan yang membuang masa. Ayuh pertahankan kesucian agama kita!

"PEMUDA UMNO akan mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah penerbitan filem anti Islam, 'Innocence of Muslims' di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini pada Jumaat. 
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perhimpunan itu akan turut disertai lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas solat Jumaat di majis berkenaan. 
"Saya dan Dewan Pemuda PAS memutuskan untuk mengadakan perhimpunan secara berasingan demi memastikan keadaan terkawal serta mementingkan keselamatan dan ketenteraman awam. 
"Walaupun kami ada solidariti bersama dengan Dewan Pemuda PAS berhubung perhimpunan ini tetapi kami risau keadaan akan menjadi tegang apabila bertembung," katanya pada sidang media di sini, Khamis. 
Khairy berkata, perhimpunan oleh Dewan Pemuda PAS yang diketuai oleh ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini"
YY : DAP kata umat Islam nyatakan bantahan perbuatan sia-sia, mungkin itu bukti bahawa DAP makin faham Islam kot, tak gitu Pok Nik?

Wednesday, September 19, 2012

#SheikhFadzirMusibat : Allah Pun Jadi Bahan Kempen



Politik Malaysia makin hari makin gila, kenyataan-kenyataan yang mengelirukan terus dikeluarkan, jika dulu Nik Abduh mengatakan Allah mahu PAS merampas Putrajaya kini Sheikh Fadzir Musibat pula mengatakan beliau menerima 'wahyu' kononnya suara Allah meminta beliau turun menyelamatkan negara.

Nampaknya semakin dekat dengan pilihanraya, pelbagai kenyataan, janji dan yang lebih teruk mereka turut menggunakan Allah S.W.T sebagai modal untuk kempen politik semata-mata mahu meraih sokongan rakyat.

Makin hari, makin ramai pemimpin Pakatan Pembangkang yang terima 'wahyu' dari Allah kononnya dihantar untuk selamatkan negara.

Jangan terkejut kalau lepas ini, Ngeh dengan Nga muncul di atas pentas PAS mengatakan mereka dilantik sebagai nabi untuk menyelamatkan umat Islam di Malaysia daripada UMNO diselangi dengan laungan takbir oleh pengikut PAS.

Bertaubatlah Sheikh Fadzir Musibat!

Monday, September 17, 2012

#PRKampus : Setiap Kali Berhimpun, Balik-Balik Muka Yang Sama


Setiap kali demontrasi melibatkan pelajar mesti muka-muka yang sama terlibat, malah jumlah 'crowd' pun boleh dikatakan berkisarkan jumlah yang sama iaitu tidak lebih 500 orang walaupun Malaysiakini melaporkan jumlah mereka mencecah ribuan orang.

Tak kisah berapa puluh ribu Malaysiakini nak 'claim' tetapi kenapa wajah yang sama sahaja menjayakan perhimpunan yang dianjurkan mereka? Selain jumlah hadirin yang tidak bertambah, setiap kali berhimpun matlamat perhimpunan langsung tidak menjadi laungan mereka.

Berhimpun menuntut Pilihanraya kampus, tetapi melaungkan "Mampos Najib", "Tumbang BN" - Gerakkan yang dilakukan oleh mereka sebenarnya telah memalukan nama mahasiswa serta gerakkan mahasiswa yang pernah menjadi suara 'third force' dalam landskap politik negara sekitar 60-70 an.

Cuba kira jumlah pelajar pengikut pembangkang dalam gambar di bawah, saya kira sekitar 10,000 orang pelajar. Ada ke patut Malaysiakini kata 800 orang...

Kah..kah...kah...


Weih...

Otai-otai gerakkan mahasiswa cukup malulah korang bergerak kononnya bawa suara majoriti mahasiswa, tapi jumlah 'crowd'...

Alahai...

Adam Adli tidak kelihatan, mungkin masih trauma melihat jumlah 'crowd' yang hadir depan UPSI tempoh hari seramai 6 orang, budak-budak LMP pun dengarnya tak keluar sokong bos dorang..

Selamat Hari Malaysia ke-49 dan Tahniah Anwar Ibrahim kerana menjadi 'PM' sempena 16 September...

Hahaha...

Hanya orang gila yang percaya cakap Anwar Gila!

Saturday, September 15, 2012

#PRKampus : Sahaja Aku Menghina Sultan Kerana Allah Taa'la, Ini Bukan Suara #AspirasiMahasiswa


Tak serik-serik...

Pelajar pro-pembangkang Khalid Ismath yang sebelum ini telah memalukan institusi UiTM kerana menulis komen supaya semua anggota polis dibunuh nampaknya cuba mencipta kontroversi dengan menulis status terbaru di facebooknya.

Baca komen mamat syiah pengikut totok yang membawa suara parti-parti pembangkang ke dalam kampus :


Wah...

Menghina Sultan kerana Allah Taa'la?

Setahu saya yang kurang arif selok-belok agama sebagaimana Ustaz Asri, Nik Aziz dan pak lebai PAS, setiap manusia merupakan ciptaan Allah S.W.T termasuklah Sultan atau sesiapa saja yang tinggi keturunan dan darjat mereka.

Dalam Islam pula mengatakan menghina ciptaan Allah S.W.T umpama menghina pencipta-Nya.

Mungkin ajaran Syiah yang diamalkan Khalid Ismath berlainan daripada Islam yang menjadi amalan majoriti rakyat Malaysia.


Dengan menulis komen di atas, Khalid Ismath berharap ianya dapat mempopularkan dirinya semula kerana  ikon-ikon Pro-M (pelajar pro-pembangkang) seperti Adam Adli dan Safwan Anang tidak lagi berjaya mempengaruhi ramai pelajar untuk mengikuti cara mereka.

Jangan risau Khalid, kau dah sebenarnya sudah popular & sudah mencipta sejarah tersendiri dalam gerakan Pro-Militan. Tulisan kamu tahun lepas telah mempopularkan kamu seluruh negara.

Mana mungkin rakyat Malaysia lupa peristiwa bersejarah 'gigi berterabur' yang berlaku di malam ambang tahun baru :


Jangan hairan sangatlah kalau mamat ini hina sultan, hina polis, hina mana-mana pemimpin kerana Nik Aziz sendiri cakap Allah pun mencarut.

Hehehe...

Friday, September 14, 2012

#PRKampus : Anwar Ibrahim Taja Student UM?


Gambar dan cerita ini diperolehi daripada blog mahasiswa iaitu Mat Despatch Otai, tak perlu tulis lebih-lebih baca apa budak ini tulis tentang pergerakkan kumpulan pelajar pro-pembangkang yang giat dijalankan menjelang pilihanraya kampus :

Dengar citer budak-budak Pro Mahasiswa UM tengah masyuk sekarang ni. Ada sponsor besar dari luar. 
Nampak mewah semacam je aku tengok. Siap boleh buat road show lagi. Dengar citer road show ni sampai Pilihan Raya Kampus.  
Banyak betol duit, sekali pandang dah macam sama dengan road show Anwar Ibrahim. Bezanya Anwar guna BAS duit rakyat dan Pro-M guna duit mahasiswa..
EH..???  
haha.. 
Assumption aku je.  
Mana dapat funding untuk diorang buat road show?

Malas nak komen lebih-lebih, lagi pun prinsip aku - "student lawan student", orang luar seperti Nurul Izzah, Tian Chua, Elizabeth Wong, Shamsul Iskandar tak perlu ikut campur sebagaimana kamu lakukan dalam pilihanraya sebelum.

Kata blogger student itu juga, jika mahukan tempoh kempen bebas biarlah ikut peraturan kempen, ini tidak Pro-M sekarang sudah mula mengadakan roadshow di beberapa kampus dan ini jelas tidak adil kepada kumpulan Aspirasi Mahasiswa.

Selain itu blogger ini turut mempersoalkan dari manakah dana diperolehi oleh Pro-M dalam menggerakkan kempen sedemikian rupa?

KLIK [SINI] - untuk baca selanjutnya.

Thursday, September 13, 2012

[POLITIK DULU & KINI] #PRKampus : Bila Duduk di Kerusi Itu, Anwar Guna AUKU Ikat Pelajar - Bekas Presiden PMUM


Pilihanraya kampus datang lagi jika sessi 2010/2011, selain insiden pecah pintu sehingga mencederakan pengawal keselamatan kita turut dihidangkan dengan misteri kehilangan seorang calon pada malam pengundian.

Paling istimewa sekali adalah kehebatan Tian Chua, Elizabeth Wong, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar menyusup masuk ke dalam Universiti Islam Antarabangsa tanpa kebenaran.

Penglibatan pelajar pro-pembangkang dengan parti politik luar membuktikan bahawa kumpulan Pro-M bukan membawa suara mahasiswa sebenar sebaliknya mereka dijadikan alat untuk parti-parti pembangkang menyebarkan ideologi kepartian mereka ke dalam kampus universiti.

Ringkasan Kisah Kampus Dulu-Dulu



Gambar di atas merupakan salah satu wajah manusia pelbagai rupa yang bernama Anwar Ibrahim ketika menuntut di Universiti Malaya.

Satu wajah yang cukup dikenali, dikagumi, dipuja di kalangan aktivis mahasiswa ketika zaman gerakan mahasiswa sekitar era 60-an sehingga 70-an, dan kini manusia pelbagai wajah ini menjadi ikon dan sumber inspirasi bagi pelajar pro-pembangkang dalam menjayakan gerakan mereka.




Era 70-an menyaksikan suara mahasiswa cukup berkuasa dan pengaruh pelajar ketika itu sangat kuat. Suara pelajar mampu mempengaruhi pandangan rakyat.

Selain Anwar Ibrahim yang mengasaskan dan menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dari tahun 1968 hingga 1971,  satu nama besar dalam gerakan mahasiswa ialah Kamaruzaman Yacob, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) 1973/1974.

Kamaruzaman Yaacob - Bekas Presiden PMUM 1963/1974
Kamaruzaman Yacob merupakan individu yang bertanggungjawab menggerakkan demonstrasi Baling, Peristiwa Tasek Utara, gerakan anti imperialis dan rampasan kuasa Universiti Malaya pada 1974.

Suara pelajar ketika era 70-an dikatakan cukup memberi kesan kepada masyarakat, sehingga pihak luar (dikatakan CIA dan KGB) cuba mendekati pelajar-pelajar sosialis pada bagi melaksanakan kepentingan tertentu hal ini diakui Kamaruzaman Yaacob ketika ditemubual Akhbar Mahasiswa (Bil 24/2007) :

Petikan Wawancara :

SOALAN : Mengenai Amerika, Pak Salleh (Salleh Hj Yusof) pernah mendedahkan yang UMSU (University Malaya Student Union) secara terang-terangan pernah didatangi CIA sekitar 60-an. Malah katanya, papan tanda dan buku-buku di perpustakaan turut dihadiahkan. Sekitar 70-an CIA pernah menyusup masuk kampus?
JAWAPAN : Saya tak begitu pasti, tetapi ada kemungkinan. Pegawai dari Kedutaan Amerika sering menghubungi PMUM, malah saya sendiri ditawarkan macam-macam benda daripada mereka. Pelajar ketika itu sangat anti-imperialis. Kita tak suka Amerika. Kalau ingat, di Jalan Ampang kita pernah berdemonstrasi anti-Amerika di Bangunan A.I.A.
SOALAN : Khabarnya saudara pernah didekati agen perisikan luar negara, KGB (Russia)?
Saya tak pasti sama ada KGB atau CIA benar-benar terlibat. Yang pasti, memang ada pihak kedutaan Russia cuba mendekati saya masa itu. Ada dua orang pelajar perempuan dari Russia. Ini lain macam sedikit. Duduk satu kolej dengan saya, selalu makan bersama. Nampak macam cuba nak ‘goda’,cuba pengaruhi saya untuk menyokong Russia. Boleh nampaklah macam ada ‘wayang’.


Wawancara Akhbar Mahasiswa - AUKU

Selain itu cubaan ejen asing mendekati pelajar sosialis Kamaruzaman Yaacob turut mengatakan Anwar Ibrahim ketika menduduki kerusi Menteri Pendidikan turut menggunakan AUKU untuk mengawal pelajar :


Muka depan kenyataan Anwar Ibrahim (penasihat organisasi Pro-M sekarang) untuk tatapan mahasiswa (baca mahasewel) seperti Adam Adli, Khalid Ismath 'Syiah Boy', Safwan Anang dan isterinya yang hilang malam pengundian sessi 2010/2011 :


SOALAN : Sepatutnya Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan dahulu, malah berjaya menjawat Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempunyai kuasa untuk mengubah AUKU. Tetapi beliau tidak berbuat apa-apa. Kenapa agaknya? 
KAMARUZAMAN : Bila dia dah duduk di kerusi itu, dia fikir akta ini sangat perlu untuk mengawal pelajar.
Zaman berubah seiring teknologi begitu juga dengan Anwar. Dari ABIM terjun ke dalam UMNO kononnya mahu menerapkan nilai-nilai Islamik ke dalam UMNO. 

Tetapi malangnya hanya beberapa patah perkataan islamik diterapkan ke dalam UMNO seperti nawaitu,ketirisan, iltizam ketika pembentangan bajet selaku Menteri Kewangan.

Jasa sebenar dan terbesar peninggalan Anwar dalam UMNO hanyalah memperkenalkan politik wang untuk melebarkan pengaruh kuasanya di setiap bahagian.



Kisah Kampus Sekarang

Kamaruzaman Yaacob pelopor gerakkan mahasiswa mengakui ramai pelajar tercicir sebelum AUKU diperkenalkan, namun akademik pelajar mula meningkat sebaik sahaja ia diperkuatkuasakan.

Aktivis mahasiswa harus membawa suara mahasiswa, bukan suara pihak berkepentingan, dan perkara ini dilihat tidak berlaku dalam gerakan mahasiswa hari ini lebih-lebih lagi gerakan yang disebut sebagai Pro-M atau bahasa kasarnya (Pro-Mahasewel)


Siapakah mereka, hebat sangatkah mereka?

Setahu saya ramai daripada mereka gagal di IPTA sebelum diterima masuk di IPTS di bawah kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang yang kini muncul mahu mendakwa mereka aktivis mahasiswa? [sini]

Tengok sikit gerombolan yang mendakwa diri mereka aktivis mahasiswa zaman sekarang, tengok ramai ke tidak sokongan yang mereka perolehi setiap kali mengadakan sesuatu bantahan.

Jeng...jeng...jeng!




Campur, tolak, bahagi dan selepas didarab dengan jumlah kameraman, pejalan kaki, orang tunggu bas, orang yang nak tengok saja adalah dalam 6 orang kot.

Kejadian ini dilaporkan berlaku siang tadi di UPSI.

Aktivis mahasewel hari ini hanya mampu mencipta satu sejarah besar, yang TIDAK SEDIKIT pun mengubah lanskap politik negara, sebaliknya hanya ditertawakan oleh rakyat seluruh negara.

Apakah sejarah yang dicipta oleh Pro-Mahasewel?

Taaadaaaa...


Sejarah 'gigi Safwan Anang berterabur, rusuk patah, dan dalam keadaan nazak'. Tapi ironiknya dari peristiwa tragis yang menimpa Safwan Anang, dia dilihat tersenyum riang keesokkan harinya.


Rusuk patah wak lu...!

Cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja...

Dari tulisan panjang lebar di atas, apa yang saya nak sampaikan adalah. Zaman sudah berubah, Anwar Ibrahim juga tidak lari daripada arus perubahan.

Dulu ABIM, selepas itu UMNO kini Anwar Ibrahim berubah menjadi PKR dan yang paling gila berubah menjadi pejuang LGBT!

Reformasin!

Hahaha...


Ini baru Aspirasi Mahasiswa yang sebenar, tunggu...!

Arios!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS
Pembekal Barangan Original Pasukan Kelantan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...