Terima kasih DS. Najib Razak.
4 days ago
![]() |
| Agen 'Santa Claus' meneliti tapak projek Ladang Depu |
![]() |
| 1,693 Views - 1,593 DISLIKES, 31 LIKES |
![]() |
| 11,374 Views - 3,288 DISLIKE , 49 LIKES |
| Aksi ejen 'Santa Claus' bergaya dengan pokok depu. |
IMPAK daripada keputusan PRU12 yang lalu terhadap kemerosotan majoriti Barisan Nasional di kerusi Parlimen telah menyedarkan UMNO daripada terus terlena dari hanya sekadar meyakini keampuhan kaedah propaganda konvensional semata-mata bagi meraih sokongan pengundi.
Kenyataan DS Najib Razak pada 18 Disember 2011 menjelaskan desakan beliau agar Barisan Nasional mengiktiraf medium media sosial sebagai salah satu elemen propaganda alternatif dalam transformasi kempen parti.
"Permintaan untuk maklumat begitu tinggi di kalangan masyarakat dan sebab itu komunikasi dengan rakyat perlu menggunakan pelbagai kaedah tambahan, tidak semestinya pakai media rasmi, tetapi perlu babitkan media sosial sebagai tools of engagement (alat komunikasi) terutama orang politik dan mereka yang terlibat dalam pentadbiran,"
Kejayaan besar pakatan rakyat yang sangat signifikan dari keputusan PRU12 yang lalu adalah kerana mereka berjaya menguasai jaringan media sosial dengan sangat berkesan. Terdapat analisa statistik yang menyatakan bahawa viral propaganda dari jaringan media sosial pada ketika itu sekitar 24%.
Justeru terkejut dari kemenangan tipis Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia iaitu tidak lebih dari 6 kerusi Parlimen, UMNO mengambil tindakan untuk menerima medium media sosial sebagai salah satu elemen harapan bagi memulihkan kredibiliti propaganda parti.
![]() |
![]() |
DIRETTISSIMA - ITALY |
PASIR MAS - Seramai 15 jemaah Masjid Mukim Padang Pauh, nyaris dihempap kubah, selepas ribut petir, jam 8.20 malam, kelmarin. Imam tua, Mohd Zain Omar berkata, kesemua jemaah yang baru sahaja selesai berbuka puasa di masjid, pulang lebih awal, kerana mahu mengelak daripada dibasahi hujan.
Menurutnya, ada penduduk yang melihat kubah masjid ini berputar beberapa kali, sebelum jatuh di pekarangan masjid. Dentuman kuat itu juga, katanya mengejutkan semua penduduk sekitar yang baru sahaja mahu menunaikan solat Isyak.
"Kubah masjid yang dibina sejak 1977 ini, terlalu usang dan mula berkarat.
"Sejak itu, masjid ini tidak pernah dibaik pulih, untuk keperluan penduduk," katanya.
Sementara itu, imam muda, Ibrahim Daud berkata, pihaknya memohon kepada semua yang prihatin, membantu untuk menambahkan dana bagi pembinaan kubah baru.
Beliau berkata, pihaknya memerlukan pembiayaan sebanyak RM50,000 bagi pembinaan kubah, di samping bantuan untuk membaiki bumbung yang bocor. Menurutnya, pembaikan masjid ini, akan digunakan 6,000 penduduk dari lapan kampung.
Sumbangan boleh disampaikan kepada Masjid Mukim Padang Pauh di akaun Bank Islam, 03027010046146. - SH Edisi KelateYY : TUKAR!
“Jangan buat satu tema yang hanya ikut selera (BN). Kerajaan jangan bawa tema yang tak mencerminkan semangat kebangsaan,” Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali.
“Jangan buat satu tema yang hanya ikut selera (BN). Kerajaan jangan bawa tema yang tak mencerminkan semangat kebangsaan,” - Dr. Dzulkefli Ahmad AJK PAS Pusat.Hahaha...
"Saya pun duduk makan buka puasa dgn mereka bersila..saya tak makan atas kerusi, meja..nampak lebih mesra begitu hajatnya..bukan hasrat utk merendahkan taraf mereka..makanan anak yatim dihidang..dome itu bukti makan dihidangkan, tak perlu beratur, payah sbhg anak kecil..org lain duduk kerusi, tapi makan buffet..anak yatim dapat duit, org lain tak dapat..anak yatim dapat kurma & air zam zam..org lain cuma kurma sahaja.Lain kali tanyalah bro...!
Jika anak2 kecil itu duduk atas kerusi & guna dome, ada yg mungkin kena berdiri utk ambil makanan sbb makanan dlm dome agak jauh utk mereka capai..atas sbb yg praktikal sbb ada anak yatim yg umur 3, 4, 5 thn walau tak nafi ada yg besar..jika di bawah senang dicapai tangan lauk2 depan mata mereka..jika blogger berkaitan lihat sendiri, maka nampak rasionalnya..ini pendekatan terbaik (wasatiyyah) melihat situasi begitu..saya juga buat aktiviti mcm pimpinan umno yg lain bukan utk promosi diri..banyak aktiviti tak masuk berita pun..jika buat aktiviti dituduh promosi, maka duduk diam sajalah..bila diam dianggap kalah...
"Umat Islam terutama ulama perlu memainkan peranan menegur pemimpin yang mempunyai masalah moral dan bukannya membela serta menggalakkan mereka terus melakukan kemungkaran.
Tapi berbeza dengan kes Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mempertahankan bermatian terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar pernah disabitkan dalam kes liwat dan kes video seks dengan pelacur yang dipercayai pemimpin itu adalah mirip dengan dirinya. Bagaimanapun Nik Aziz bermatian mempertahankan Anwar kononnya tuduhan itu adalah mainan politik lawan untuk menjatuhkan pemimpn pembangkang itu.
Dalam aspek ini Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid menegaskan, adalah penting bagi penganut agama itu memastikan pemimpin sedemikian tidak berterusan memberi kesan negatif kepada kedaulatan Islam dan kepentingan negara.
Ujarnya, di bahu setiap penganut agama Islam terletak tanggungjawab untuk tidak menyokong secara melulu pemimpin-pemimpin tidak bermoral sebaliknya mengambil pengajaran daripada tindakan golongan itu.
“Urusan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman adalah wajib dalam Islam namun kita perlu berwaspada dengan kewujudan pihak yang bermatlamat mengganggu-gugat keamanan negara," katanya.
Beliau mengulas penegasan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi bahawa adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak."
Seramai 108 peniaga gerai di Taman Setiawangsa akan tetap meneruskan operasi mereka pada Sabtu ini walaupun tidak mendapat kebenaran untuk mengusahakan bazar Ramadan di situ daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kumpulan peniaga itu sudah lebih 15 tahun berniaga di Jalan Setiawangsa 9, namun hasrat mereka untuk mengadakan bazar Ramadan di situ buat ke sekian kalinya ditolak oleh DBKL.
Pengerusi Persatuan Usahawan Niaga Taman Setiawangsa (Punsetia), Abdul Halid Mat Karim berkata, mereka amat berharap agar DBKL membenarkan bazar tersebut dibuka memandangkan sudah mengeluarkan modal hampir RM5,000 seorang.
"Alasan mereka (DBKL), kewujudan bazar ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku, walhal selama ini kami berniaga tiada pula yang merungut.
"Malah, DBKL juga memaklumkan bahawa penduduk sekitar membantah (pembukaan bazar Ramadan) tetapi berdasarkan kutipan tandatangan yang dilakukan pihak kami, lebih 1,000 penduduk menyokong bazar itu diteruskan," katanya.
Abdul Halid berkata demikian ketika ditemui pada bantahan aman yang diadakan bersama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Setiawangsa semalam.
Tambahnya, tahun lalu juga mereka mengalami nasib yang sama, namun tetap berniaga tanpa diambil sebarang tindakan sehingga diberi permit oleh DBKL selepas 21 hari berniaga.
Sementara itu, Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya akan bersama-sama dengan Punsetia untuk mempertahankan bazar tersebut sekiranya DBKL menghantar anggota penguatkuasanya pada Sabtu ini.
"Mereka ini bukan meniaga lama, hanya untuk 30 hari sahaja mencari rezeki sempena bulan Ramadan ini. Kami berharap DBKL dapat memperbetulkan perkara ini untuk memberi peluang orang berniaga secara sah," katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, permohonan peniaga tersebut terpaksa ditolak selepas mengambil kira permintaan penduduk setempat.
"DBKL tiada masalah dengan pembukaan bazar Ramadan kerana memahami mereka ingin menambah pendapatan tetapi harus melihat pandangan pihak lain. Saya mencadangkan persatuan dan penduduk duduk berbincang untuk mencapai keputusan menang-menang," katanya dalam satu kenyataan.YY : DBKL kalau nak buat kerja, banyak kedai milik myanmar, bangladesh aku boleh tunjuk kt KL ni. hehehe!