IKLAN BERBAYAR

N9 Kini

N9 Kini
One Stop News Portal

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, June 29, 2012

#PTPTN : Pinjam Tahu Pulang Tak Nak

"Kita terbayang, adakah pendidikan percuma akan menjamin pencapaian akademik yang lebih baik atau pendidikan percuma hanya akan menjadi satu pelaburan negara yang merugikan bangsa dan negara."

Isu PTPTN kian membingit telinga masyarakat dan menjadi agenda pembangkang ketika PRU makin hampir.

Berkata sebaliknya seolah seseorang itu naïf dalam memahami isu kerana adalah mustahil untuk seorang ibu bapa bersetuju anak-anak mereka dibebani dengan PTPTN apatah lagi seorang penuntut yang ingin melanjutkan pengajian.

Adalah tidak adil malah lagi zalim jika masa depan serta satu-satunya peluang bagi anak Melayu menyambung pengajian dijadikan anak catur agenda politik pembangkang.

Yang menghairankan, ke mana perginya 'common sense' anak-anak Melayu ketika membantah tawaran bagi mengubah masa depan mereka dan keluarga tetapi mengharap sesuatu yang masih 'remote' atau kabur realitinya? Akai ada ka?

Fakta #4.

Mengikut penulisan John Mallot, "The Price of Malaysian's Racism" dalam Wall Street Journal pada 8hb February 2011, dalam analisa beliau bahawa adalah satu tanggapan yang sempit untuk berkata bangsa Melayu adalah bangsa yang terkaya di Malaysia.

Purata pendapatan seorang bangsa Melayu ialah RM3,500 manakala bangsa Cina ialah yang tertinggi purata pendapatannya iaitu RM6,200 (angka ini mungkin terlalu kecil menurut beliau).

Walaupun terdapat banyak penglibatan Melayu dalam sektor SME namun yang jelas pihak lain yang menikmati hasilnya. Inilah realiti kedudukan bangsa Melayu.

Keadaan yang sama berlaku dalam pengajian tinggi. Pelbagai kemudahan diberi serta disediakan untuk anak Melayu namun ia banyak dimanafaatkan oleh bangsa lain.

Peluang bagi anak Melayu melanjut pengajian ke IPTS adalah sukar bukan mustahil atas faktor biayaan kos yuran pengajian serta sara hidup.

Realitinya adalah sukar bagi ibu bapa pelajar Melayu menampung yuran pengajian sekitar jumlah minima belasan ribu ringgit setahun. Itu tidak termasuk kos-saraan, kos bahan rujukan serta lain-lain kos berkaitan.

Namun, menjadi impian anak Melayu untuk ke IPTS yang mempunyai gaya hidup yang berbeza, budaya serta suasana institusi yang mungkin lebih baik dan ini menjadikan impian ke menara gading IPTA sebagai klise.

Menyedari ini, Menteri Pelajaran ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan PTPTN bagi merealisasikan impian setiap keluarga Melayu mampu melanjutkan pengajian anak-anak mereka ke IPT. Mengeluar 'modal' pelaburan pengajian tidak lagi menjadi satu 'challenge' bagi mereka.

Pinjaman PTPTN membolehkan penuntut mengguna sebahagian untuk sara hidup sewaktu pengajian dan sebahagian lagi untuk yuran pengajian. Ada yang tawaran lagi baik ka? Ada? Percuma?...hehehe.. itu masih kabur dan impian, kelak yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran….

Fakta # 5.

Sejarah telah membuktikan bahawa Melayu umumnya beragama Islam, akan mudah lupa diri ketika Allah mengurniakan rahmatNya. Telah menjadi stigma Melayu lupa diri,

Tak sedar diri dan mudah lupa nikmat yang sedang dikecapi. Baik peluang ekonomi yang disediakan, kesenangan serta kemudahan hidup yang diberikan malah keselesaan yang dinikmati namun Melayu masih sangka ada yang lebih baik, lebih selesa malah mereka sepatutnya boleh memperolehi secara percuma. Melayu oh Melayu!

Belajarlah dari kaum Ansar yang Nabi satukan dengan Muhajirin. Kaum Ansar adalah kaum yang serba kekurangan tetapi ketibaan Nabi s.a.w membawa perubahan minda dalam hidup mereka. Kaum Ansar yang dahulunya tercorot dalam serba-serbi akhirnya mampu menjadi sebahagian kuasa ekonomi serta pentadbiran di Madinah.

Mereka tidak mendapatnya secara percuma atau pun Nabi s.a.w hanya berdoa tetapi mereka gigih berusaha sehingga tawanan perang dijadikan sebagai guru-guru mengajar anak-anak Muslimin di Madinah.

Ketika anak-anak Melayu diberi kemudahan pengajian serta biayaan pengajian bagi membuka peluang pengajian, bolehkah kita mengambil pencapaian akademik sebagai tanda bersyukur?

Sepatutnya, jika seorang petani moden yang diberi subsidi baja, pinjaman menaman semula serta biayaan jentera ladang dikira mampu membuahkan hasilnya, dan itulah yang telah dibuktikan oleh penanam padi contohnya yang menggeluar hasil 2 kali setahun.

Apa sudah jadi dengan penuntut Melayu yang diberi pinjaman PTPTN? Pencapaian akademik mereka jauh tercorot. Di mana tanggungjawab serta komitmen mereka dalam mencari keredhaan Tuhan memanafaat nikmatNya?

Kita terbayang, adakah pendidikan percuma akan menjamin pencapaian akademik yang lebih baik atau pendidikan percuma hanya akan menjadi satu pelaburan negara yang merugikan bangsa dan negara.

Ikuti bahagian akhir Pinjam Tau Pulang Tak Nak...

Video: http://www.youtube.com/watch?v=nkjd3Elids4
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 28, 2012

#SaveKelantan : "Billboard Kito Bino Dulu, Projek Tu Kemudian Pun Takpo" - Nik Aziz

'Kelantan Darul-Billboard'...

Tahun 2008 PAS begitu bangga mengumumkan bahawa negeri tersebut akan menjadi pengeluar utama penghasilan pokok depu di dunia. Billboard mengenai Kelantan Koridor Depu dipacak di segenap jalan-jalan utama di sekitar Kelantan. Kononnya ianya mampu memberi sumbangan ekonomi kepada rakyat Kelantan.

Tetapi ekonomi rakyat tidak bertambah dan yang paling menyedihkan ladang depu pun masih tidak kelihatan. Sehingga rakyat Kelantan sendiri mempersoalkan di mana lokasi ladang depu yang diwar-war PAS dahulu.



Kini mereka modus operandi yang sama dalam projek 'Lebuhraya Rakyat' - umum projek dengan meletakkan batu asas bagi mengaburi mata rakyat. Selepas itu billboard dipacak di jalan-jalan utama. 


Billboard 'Lebuhraya Rakyat' banyak kelihatan di jalan-jalan sekitar Kelantan. Antaranya jalan Pasir Mas-Salor, Kuala Krai, Gua Musang dan beberapa jalan lain.




Persoalannya bilakah agaknya 'Lebuhraya Rakyat' bernilai RM1.8 billion ini mampu disiapkan supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan?

Jika projek Koridor Depu yang diumumkan tahun 2008 pun sehingga kini gagal disiapkan, adakah rakyat Kelantan yakin bahawa 'Lebuhraya Rakyat' ini boleh disiapkan?


YY : Padey doh keno tipu dengan PAS weih!

Wednesday, June 27, 2012

#SaveKelantan : Janji-Janji Tertunggak PAS Kepada Rakyat Kelantan!

Sejak 22 tahun Pas memerintah Kelantan pelbagai aduan daripada mulut terkeluar terhadap kepincangan pentadbiran parti yang memperjuangkan negara berkebajikan itu. 
Antara isu yang menjadi kemarahan rakyat ialah isu bekalan air bersih di seluruh negeri Kelantan, projek mega yang gagal dilaksanakan seperti projek pembangunan Lembah Sireh, Pasar baru Pasir Puteh, Stadium baru di Pasir Puteh, Jambatan Palekbang-Kampung Cina dan pembinaan masjid di Kelantan. 
Selain itu, terdapat projek-projek yang dilaksana Pas Kelantan menjadi keraguan rakyat terhadap kejayaannya seperti projek Jihad ternak, projek Koridor Depu, projek Ladang Rakyat dan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai. 
Justeru Pergerakan Pemuda Umno Kelantan disaran mendedahkan kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji kepada rakyat sejak ia mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 1990. 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata banyak janji Pas yang belum ditunaikan termasuk janji memberi bantuan bulanan RM100 kepada warga emas, menyelesaikan isu air bersih, mewujudkan bandar Kawasan Dagangan Bebas Asia (AFTA) di Rantau Panjang serta jambatan kedua Sungai Kelantan di Palekbang, Tumpat. 
“Kita mahu Pemuda bangkit dengan berani menyatakan perkara yang benar berhubung janji-janji PAS sejak mentadbir negeri ini pada 1990 yang gagal ditunaikannya kepada rakyat,” katanya. 
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pemimpin UMNO di setiap peringkat juga perlu mengemilangkan usaha meningkatkan program penerangan menjelang pilihan raya umum akan datang. 
Sehubungan itu, beliau memuji usaha OMBAK menganjurkan forum itu yang mampu memberi kesedaran kepada rakyat mengenai janji-janji manis PAS. - Khabar Kota Bharu
Layan lagu dulu brader....

Tuesday, June 26, 2012

[VIDEO] : #SaveKelantan Rakaman Pergaduhan Di Himpunan SEDAR



Antara rakaman yang sempat dirakam oleh KCW yang turut berada di lokasi perhimpunan SEDAR di hadapan SUK Kelantan petang tadi.

Himpunan SEDAR dirancang lebih awal dari kumpulan yang menuntut royalti minyak. Perhimpunan SEDAR merupakan Himpunan rakyat bertema 'Demi Tanah Air Kelantan' bertujuan membawa manifestasi terhadap kegagalan kerajaan negeri dirancang sejak 22 Jun 2012 yang lalu.

Malah mereka turut mengadakan sidang media bagi menghebahkan tentang perhimpunan ini.

Kehadiran mereka dalam angka yang lebih besar telah menimbulkan rasa tidak puas hati para peserta Himpunan SEDAR sehingga berlaku provokasi satu sama lain.

Persoalannya kenapa kumpulan penyokong kerajaan PAS Kelantan turut mengadakan perhimpunan hari ini kononnya ianya merupakan 'Pra Perhimpunan Royalti'?

Lima orang cedera sebelum perhimpunan bermula adakah ianya merupakan satu taktik untuk mengagalkan Himpunan SEDAR?

Tindakan kumpulan penyokong 'Pra Royalti' adalah tindakan yang sama dengan apa yang dilakukan oleh JMM semasa perhimpunan 901 di mahkamah Jalan Duta yang menjadi punca tercetusnya kekecohan.



YY : Baso bengong!

Tragedi Berdarah Di Kelantan - Peserta Demo Bertembung & Bergaduh!


Laporan dari KCW - GelombangKick :

Pertembungan dua kumpulan pada perhimpunan yang diadakan di Kota Bharu pagi ini menyaksikan salah seorang dari kumpulan yang dikenali sebagai TEAM "R" mengalami kecederaan kecil di kepala didakwa dipukul oleh anggota kumpulan satu lagi yang dikenali sebagai SEDAR. 
Perhimpunan itu juga dicemari dengan balingan asap merah (bom asap) daripada salah satu kumpulan yang hadir, bagaimanapun tindakan pantas pihak polis yang bertugas berjaya mengawal keadaan dan keadaan kembali tenang.
 Dalam pada itu team Kelantan Cyber Warriors (KCW @AOK) yang berada di lokasi perhimpunan tersebut melaporkan lebih 4,000 orang menyertai perhimpunan itu dan 3,000 daripadanya adalah dari TEAM "R" kumpulan yang menyokong tuntutan royalti manakala selebihnya dari kumpulan sedar yang menuntut 22 Janji daripada kerajaan Pas Kelantan.
Baca selanjutnya [KLIK SINI] & [SINI]
YY : Macam dah plan jer. Orang sendiri buat kecoh media & blogger dorang standby snap gambar. Taktik sama macam Bersih2.0 - Tunggu video dari geng KCW!

Isu Dinar Emas : Dokumen Repot Polis Ke Atas Umar Vadillo - Bila Husam Musa Nak Jawab?


Sehingga ke hari ini Husam Musa masih berdiam diri dan tidak menjawab 10 persoalan yang dikemukakan berhubung skandal Dinar Emas dan kemelut yang berlaku dalam Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd (KGT).

Antara soalan yang wajib dijawab oleh Husam Musa adalah hubungan beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo Ketua Pegawai Eksekutif KGT sebelum dilucutkan jawatan tetapi dilantik sebagai penasihat di situ.




Selain laporan melibatkan salah laku Vadillo dalam menguruskan KGT yang dibuat oleh Nik Mahani.

Terdapat dua lagi laporan polis dibuat terhadap Umar Ibrahim Vadillo oleh mangsa-mangsa beliau. Satu kes  menipu seorang pelabur dari Jepun, manakala satu lagi laporan dibuat oleh Mohamed Esfih di Balai Polis Jalan Travers, Brickfields pada 01/06/2012.

Dalam laporan tersebut beliau turut menyatakan bahawa gerakan yang dilakukan oleh Umar Ibrahim Vadillo merupakan satu gerakan yang berbahaya kepada Malaysia.


Mengikut kenyataan Nik Mahani dalam laporan yang dibuat beliau pula, beliau turut menyatakan perkara yang hampir sama dengan dakwaan Mohamed Esfih. Iaitu Vadillo merupakan satu ancaman kepada negara dan pihak berkuasa sewajarnya memandang serius perkara ini :

Antara kandungan laporan Nik Mahani :
"Saya cadangkan Vadillo dan WIM ini dihapuskan daripada ‘mind-control’ atas rakyat Malaysia. Untuk maklumat – Vadillo adalah diberikan permit kerja bawah KGT setakat tahun 2012. Isteri beliau walaupun orang Melayu Islam Malaysia – beliau telah memilih kerakyatan Sepanyol dan telah lama tinggalkan kerakyatan Malaysia. 
Pencabulan atas kedaulatan Negara kita ini harus dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana ia adalah juga merupakan suatu ‘ penjajahan’ kuasa tambahan pula Vadillo berhasrat mengadakan “electronic payment System” kononnya demi mengorak langkah setapak lagi dalam pengembalian D&D ini. 
Bila ini dibiarkan berlaku, WIM adalah merupakan suatu macam ‘penjajahan’ atas rakyat Malaysia kerana system mereka hanya akan menerima koin-koin yang ada logo WIM sahaja! 
Vadillo ini amat bahaya kepada Negara dan rakyat Malaysia kerana beliau merupakan seorang yang telah dilihat sebagai seorang ‘Sheikh” oleh pengikut- pengikut beliau. Beliau adalah merupakan seorang ahli satu pertubuhan “Murabitun” yang berpusat di Cape Town Afrika. 
Secara peribadi – beliau tidak memiliki akhlaq-akhlaq yang boleh dicontohi kerana beliau kurang keilmuan Syariah serta orang ramai di Kelantan banyak mengadu kepada saya beliau tidak melakukan ibadah wajib secara sempurna
Tetapi yang paling membimbangkan ialah beliau adalah seorang yang dilantik sebagai ‘sheikh’ yang menjadi ketua dalam pertubuhan mereka di Malaysia. Pengikut-pengikut mereka tersangat ‘taksub’ kepada ketua mereka.
Saya cadangkan pihak JAIS memantau pergerakan mereka ini kerana setiap hari Ahad mereka berkumpul di rumah isteri Vadillo di apartment Villa Flora untuk sesi Majlis Zikir. Saya ada mengikuti majlis zikir tersebut dan walaupun perhimpunan tersebut hanyalah melakukan zikir dan bacaan wirid, tetapi penghujung majlis tersebut disertai doa yang sangat mengidolakan Vadillo."
Jika dakwaan ini benar nampaknya Vadillo bukan sahaja terlibat dalam salah laku dalam menguruskan KGT. Beliau juga merupakan ancaman besar kepada kesucian Islam.

Pihak berkuasa wajar menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Nik Mahani dan Mohamed Esfih. Kerana ini merupakan satu hal yang serius kerana melibatkan soal akidah umat Islam.

Husam Musa jangan mengelak, rakyat Kelantan masih menanti jawapan kamu!

YY : Steady GelombangKick & Geng KCW!


Aksi Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP Untuk Tontonan Ketua Pengarah DBP & SUPOL Menteri Pelajaran




Sambungan kisah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang disiarkan sebelum ini - Rujuk [SINI] dan [SINI]

Foto di atas dikirimkan oleh seseorang melalui laman facebook. Tiada nota yang ditinggalkan, tetapi meneliti tulisan yang tertera di bawah foto. Jelas foto ini dirakam sekitar tahun lepas ketika Bersih 2.0 menjadi pujaan penjilat tegar Ambiga!

Individu dalam foto di atas adalah Puan Ainon Mohammed Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP yang baru dilantik oleh Ketua Pengarah DBP tanpa merujuk kepada Pejabat Menteri.

Jom kita tengok orang 'warak-warak' bersembang mengenai perjuangan Rasulullah S.A.W :



Melihat 'posing' serta komen di laman facebook milik Puan Ainon Mohammed sebelum beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Akademi DBP jelas menggambarkan betapa taksubnya beliau terhadap pembangkang.

Nampaknya Dr. Awang Sariyan perlu tambah 'power' kaca mata yang digunakan sekarang, maklumlah beliau tak tahu serta tak nampak 'bulan' mengambang dalam jabatan yang diketuai olehnya sendiri.

Ketua Pengarah DBP Naif!

Dr. Awang Sariyan - Ketua Pengarah DBP
Ketua Pengarah DBP Dr. Awang Sariyan melantik individu memegang jawatan strategik tanpa merujuk kepada pejabat Menteri jelas menggambarkan Dr. Awang Sariyan seorang yang naif.

Beliau terlalu naif sehingga gagal mengambil kira sensitiviti politik sebelum melantik Puan Ainon Mohammed sebagai Ahli Majlis Penasihat DBP yang bertanggungjawab dalam menjaga akademi, menjaga anak muda dan menjaga modul latihan-latihan.



Lembaga Pengelola juga naif kerana gagal menyiasat hal sebegini sehingga ada pihak mengambil peluang menyebarkan sentimen membenci kerajaan di dalam DBP.

Jadi...

Pihak SUPOL Menteri Pelajaran dan Pegawai Menteri Pelajaran, jangan jadi naif sehingga takut menyiasat dan mengenakan tindakan ke atas mereka ini!

Monday, June 25, 2012

[VIDEO] : Derma Kepada PAS Sama Macam Kita Sumbang Kepada ALLAH SWT - Fatwa PAS Kepada Abby Abadi?


Kini makin ramai selebriti mula 'digunakan' oleh parti PAS dalam usaha mereka menarik sokongan anak muda untuk menyokong perjuangan sempit mereka. Bermula dengan Bob Lokman, Aishah kini Abby Abadi pula kelihatan tampil di atas pentas-pentas ceramah bersama pemimpin-pemimpin PAS.

Menurut maklumat dalaman dari ahli PAS, kerja 'merekrut' artis supaya menyertai PAS dilakukan oleh Bob Lokman. Ada juga khabar angin mengatakan artis yang tampil di pentas ceramah PAS dibayar sehingga RM4,000 untuk satu slot ceramah.

Harap-harap cerita ini tidak benar, kerana kita tahu ramai ahli biasa yang berjuang bermatian untuk PAS kebanyakkan dari mereka tidaklah dibayar dengan upah yang begini besar jumlahnya.

Tetapi bila meneliti kenyataan Abby Abadi dalam paparan video di bawah beliau mengakui bahawa derma yang dikutip Pas adalah 'beribu-ribu' malah beliau juga berterima kasih kerana Pas sudi untuk berkongsi rezeki dengannya.

Kata Ustaz PAS selalunya untuk berjumpa artis biasanya harga tiket dikenakan kepada penonton, tetapi kini tidak lagi bila artis bersama dengan perjuangan PAS. Tetapi mereka hanya perlu menghulurkan sumbangan.

Menurut Ustaz PAS lagi sumbangan ini umpama "menyumbang kepada Allah SWT." - Agak pelik bunyi ayat Ustaz PAS yang berceramah bersama Abby Abadi ini. 


Jika diteliti maksudnya, Allah itu umpama peminta sedekah dan kita perlu memberikan sumbangan kepada-Nya. Adakah ini satu percubaan untuk memesongkan fikiran pengikutnya?

Teliti video :


" TUAN-PUAN SEKALIAN, BILA SETENGAH PIHAK KATA KITA NI MINTA SEDEKAH, KITA TAK MINTAK SEDEKAH TUAN PUAN, KITA BUKAN PAKSA, TUAN PUAN ADA DERMA, KALAU TAK DERMA PUN TAK APA, TAK DER MASALAH, SEBAB INI ADALAH SUMBANGAN KITA PADA ALLAH SWT ".
Gk anggap ini adalah satu percubaan Pas untuk terus memesongkan pemikiran umat Islam demi kepentingan partinya, sebenarnya hal ini agak terlewat sedikit di post kerana Gk terlebih dahulu bertanya dan meminta pandangan dari beberapa orang Ustaz Pas dan tabligh tanpa memberitahu kepada mereka siapa yang mengatakan demikian. 
Namun kesemuanya sependapat mengatakan ia terpesong dan boleh merosakkan akidah sekiranya ia sedar dan disengajakan, lebih-lebih lagi di dalam usaha untuk mempengaruhi seseorang bagi mendapatkan sesuatu 'laba' atau keuntungan.
Baca ulasan geng Kelate Cyber Warrior's [KLIK] 

Friday, June 22, 2012

Hardcore PAS Dilantik Ahli Penasihat Akademi DBP - Ketua Pengarah DBP Perlu Letak Jawatan!


Susulan entri sebelum bertajuk 'Hardcore PAS dilantik Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP - SUPOL Menteri Pelajaran Tidur' [klik] - 'seseorang dari Pejabat Menteri Pelajaran' telah memberikan respon terhadap artikel tersebut pada sebelah malamnya.

Terlebih dahulu wajarlah kita ucapkan tahniah kepada para pegawai di Kementerian Pelajaran dan SUPOL TPM kerana beliau seorang yang peka dengan dunia blog serta mengikuti perkembagan semasa.

Jika semua SUPOL Menteri peka terhadap media baru seperti beliau nescaya ianya perkara yang baik untuk masa depan.

Saya akui saya tidak merujuk kepada Pejabat Menteri Pelajaran dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri sebelum menyiarkan artikel tersebut. Kerana kita tahu Pejabat TPM hanya ada hubungan dengan 'blogger-blogger' tertentu sahaja.

Belum pernah lagi rasanya Pegawai dari Pejabat TPM ada berhubung dengan blogger macam saya dan saya yakin nombor dan diari mereka hanya untuk 'blogger' tertentu sahaja.

Malah nombor telefon saya tiada dalam simpanan SUPOL Menteri Pelajaran dan mana-mana pegawai TPM.

Hahaha...

Berbalik kepada isu berbangkit, menurut mereka keputusan melantik Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP bukan keputusan dasar dan ianya tidak dirujuk Pejabat Kementerian Pelajaran.

Mendengar penjelasan yang diberikan saya tetap tidak bersetuju tindakan melantik Puan Ainon Mohammed sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP oleh Ketua Pengarah DBP Dr. Awang Sariyan lebih-lebih lagi ianya tidak dirujuk kepada pejabat Menteri terlebih dahulu.

Kenapa saya tidak bersetuju dan pertikai perlantikkan Puan Ainon Mohammaed?


Fitnah Program Kerajaan 'Hari Belia 2012' Oleh Puan Ainon.
Dimaklumkan di Universiti Terbuka PTS Puan Ainon Mohammed lebih banyak memainkan isu-isu politik serta membawa sentimen membenci kerajaan yang sedia ada.

Oleh sebab itu mustahil jika Ketua Pengarah DBP Dr. Awang Sariyan tidak tahu dengan pegangan politik Puan Ainon Mohammed selama ini. Tindakan melantik Puan Ainon Mohammed adalah satu tindakan yang tidak 'politically correct' dari seorang yang memegang jawatan Ketua Pengarah!



Adakah Dr. Awang Sariyan tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu pegangan politik Puan Ainon Mohammed sebelum melantik beliau ke jawatan yang strategik?

Oleh sebab itu Dr. Awang Sariyan mesti meletak jawatan beliau sebagai Ketua Pengarah DBP kerana membuat perlantikan individu memegang jawatan yang strategik tanpa merujuk pejabat Menteri Pelajaran!

Pihak Lembaga Pengelola juga wajar melepaskan jawatan kerana GAGAL menyiasat hal ini sehingga ada pihak mengambil kesempatan menyebarkan sentimen membenci kerajaan!

Pihak SUPOL Menteri Pelajaran dan Pegawai Menteri Pelajaran MESTI memastikan tindakan diambil ke atas Dr. Awang Sariyan serta tamatkan perkhidmatannya.

Kerana jawatan Ahli Majlis Penasihat DBP merupakan jawatan strategik bertanggungjawab menjaga akademi, menjaga anak muda dan menjaga modul latihan-latihan DBP.

Dr. Awang Sariyan sebenarnya sudah lama kenal dengan Puan Ainon Mohammed dan tahu pegangan politik serta kegiatan politik tegar yang dilakukan oleh Puan Ainon Mohammed. Justeru itu selaku Ketua Pengarah DBP beliau perlu mengambil kira sensitiviti politik sebelum melantik mana-mana individu sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP.

Jadi wajarlah beliau berundur dari jawatan yang disandang!

Bodoh sangat jika seseorang yang berjawatan sebagai Ketua Pengarah DBP perkara-perkara sebegini perlu diajar kepadanya!

Jadi... 

SUPOL Menteri Pelajaran bersama Pegawai-Pegawai yang bertanggungjawab anda kena pastikan tindakan diambil kepada Ketua Pengarah DBP dan Lembaga Pengelola!

YY : Rupanya SUPOL kita tak 'tidur' beliau peka dengan isu-isu blog - Isu hardcore dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP tak banyak komen di blog tapi ada 132 komen di facebook!

Wednesday, June 20, 2012

Hardcore PAS Dilantik Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP - SUPOL Menteri Pelajaran Tidur?


Terlebih dahulu wajarlah kita ucapkan tahniah kepada Puan Ainon Mohammed di atas perlantikkan sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

Akademi ini ditubuhkan bertujuan untuk merangka strategi dan kaedah bagi perlaksanaan program pendidikan sepanjang hayat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, Sastera dan Penerbitan.

Tetapi ada pihak mengirimkan emel kepada saya mempertikaikan perlantikkan Puan Ainon Mohammed sebagai Ahli Majlis Penasihat DBP kerana Puan Ainon sering menggunakan facebook miliknya untuk membuat 'serangan' secara halus kepada kerajaan.

Petikan emel yang dikirimkan :
"Salam tuan,
Saya kakitangan DBP yang sentiasa mendokong aspirasi yang dibawa oleh kerajaan, untuk pengetahuan tuan DBP baru melantik seorang hardcore PAS Ainon Mohd sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP. 
Saya bukan mahu mempertikaikan Ketua Pengarah DBP Dr.  Awang, saya juga tidak mempertikaikan sumbangan Ainon Mohd dalam memartabatkan Bahasa Melayu, tetapi saya terkilan dengan sikap Ainon Mohd yang menggunakan laman facebooknya untuk menyerang kerajaan. 
Tuan boleh rujuk laman facebook miliknya (Ainon Mohd.)
Adakah Pegerusi Lembaga Pengelola tak buat kerja sehingga gagal menasihati Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  atas perkara-perkara dasar?"
Surat Perlantikkan Ainon Mohammed : 




Selepas membaca emel yang dikirimkan, saya cuba melawat akaun facebook milik Puan Ainon Mohammed, perkara pertama yang saya terpandang adalah gambar beliau ditemubual oleh TV PAS.

Melihat status yang ditulisnya, maka benarlah dakwaan pengirim emel yang mengatakan Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP yang baru ini merupakan pejuang PAS selain beliau berjuang memartabatkan Bahasa Melayu.

Terdapat juga komen-komen yang berbentuk persepsi ditulis oleh Puan Ainon Mohammed malah jika diteliti komen beliau merupakan 'serangan' secara halus kepada kerajaan :






Benar sebagai rakyat Malaysia beliau bebas berpersatuan dan menyertai mana-mana parti politik, itu tidak boleh disangkal lagi.

Persoalannya bagaimana seorang yang selalu menyerang kerajaan secara jelas boleh dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP?

Adakah Pengerusi Lembaga Pengelola tidur sehingga gagal memberi nasihat kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum perlantikkan dibuat?

Adakah perkara-perkara dasar Kementerian Pelajaran diambil kira sebelum proses perlantikkan dibuat oleh DBP?

Adakah Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Politik Menteri Pelajaran turut sama tertidur sehingga tidak sempat menasihat bos mereka di atas perlantikkan ini?

Bukan apa, saya khuatir Puan Ainon Mohammed bakal mengikuti jejak sasterawan negara A.Samad Said yang sebelum ini melobi kerajaan untuk membeli karya-karyanya puisinya untuk dijadikan bahan bacaan di perpustakaan sekolah.

Tetapi kini menuduh pula negara Malaysia sekarang diperintah oleh Perdana Menteri paling kejam selepas demonstrasi Bersih 2.0 tahun lepas? [Rujuk Sini]

YY : Patutlah banyak maklumat kerajaan sampai ke pembangkang, banyak sangat totok pembangkang diserap masuk oleh kita sendiri...

Tuesday, June 19, 2012

Selamat Jalan Tan Sri 'Liabiliti' Sidek Hasan...


Sebelum ini ramai pihak mendesak agar Perdana Menteri tidak menyambung kontrak Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hasan yang tamat pada 23 Jun 2012 ini.

Antara pihak yang membuat desakan adalah individu yang mendakwa dirinya Pemuda UMNO Putrajaya yang juga kakitangan kerajaan sebagaimana saya pernah tulis sebelum ini. [KLIK]

Nampaknya kakitangan kerajaan bakal mendapat Ketua Setiausaha Negara yang baru apabila Datuk Seri Ali Hamsa diumumkan sebagai KSN yang baru menggantikan Tan Sri Sidek Hasan berkuatkuasa 24 Jun 2012.

Dipetik Berita Harian :

Berita penuh [KLIK SINI]



Tak mahu ulas panjang-panjang, cuma nak cakap Bye-Bye Sidek Hasan...!

Untuk Datuk Seri Dr. Ali Hamsa selamat menjalankan tugas, jangan 'ego' macam Sidek tau!

Hahaha...

YY : Salah satu tranformasi PM Najib Tun Razak!

#SaveKelantan : Isu Dinar Emas - Husam Musa Jangan Jadi 'Tukang Karut'!

Husam Musa dan Umar Vadillo - dirakam Kickdefella 2007
Rakyat Kelantan perlu nekad bertanya kepada YB Dato’ Haji Husam Bin Musa dan menuntut exco Kerajaan Negeri itu memberi penjelasan tentang kemelut yang menyelubungi Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd.

Rakyat Kelantan perlu memastikan bahawa YB Husam Musa tidak melepaskan tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku dan masih berlaku seperti mana beliau mengelak di dalam isu Jihad Ternak Sdn Bhd.

Rakyat Kelantan perlu tahu segala-galanya dan YB Husam digesa bersikap telus di dalam soal ini. Sebagai permulaan, YB Husam di harap dapat menjelaskan perkara-perkara berikut,
Apakah hubungan sebenar beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo? 
Siapakah yang membuat keputusan melantik Umar Ibrahim Vadillo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade Sdn Bhd? 
Mengapakah setelah dilucutkan dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade, Umar Ibrahim Vadillo dilantik pula sebagai Penasihat syarikat tersebut? 
Apakah Husam sedar terdapat 3 laporan polis dibuat terhadap Umar Ibrahim Vadillo?
Apakah perjanjian kewangan di antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dan Umar Ibrahim Vadillo? 
Apakah perjanjian tidak rasmi dari aspek kewangan di antara Husam sendiri dengan Umar Ibrahim Vadillo? 
Berapakah jumlah wang yang sudah dikeluarkan dari Kelantan Gold Trade diatas arahan atau permintaan Umar Ibrahim Vadillo? 
Mengapakah kebenaran kelulusan cek dari RM50,000 di kurangkan kepada RM10,000 sewaktu Umar Ibrahim Vadillo dan seorang Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Gold Trade menjadi penandatangan cek syarikat? 
Adakah Umar Ibrahim Vadillo menerima habuan lain berbentuk komisen dalam aktiviti Dinar Emas Kelantan selain dari imbuhan berbentuk gaji, elaun dan tuntutan perbelanjaan yang dibayar oleh Kelantan Gold Trade? 
Adakah Husam sedar nama beberapa Raja-Raja Melayu telah diguna dan dikaitkan oleh sindiket tertentu di dalam aktiviti Dinar Emas untuk mendapat sumber kewangan dari penderma-penderma dalam dan luar negara?
Demi kita mencari keredhaan Allah S.W.T dan berjuang membersihkan diri dan ummah dari rejim kewangan yang sedia ada, kita tidak boleh membiarkan pihak-pihak tertentu ‘menjual’ matawang syariah ini untuk matlamat dan agenda peribadi atau politik masing-masing. 

Perbuatan ini sangat-sangat melampau sekali. Kita berharap YB Dato’ Haji Husam yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan supaya segera menjernihkan suasana dengan bersikat telus dan bercakap benar. Kita mahu jawapannya. Segera. - Kickdefella

Mahasiswa #UiTM Shah Alam Anti @khairykj?


Imej pelajar UiTM tercalar ekoran tindakan seorang pelajar Jurusan Undang-Undang Khalid Mohd Ismath yang terlibat dengan 'Demo PTPTN'. Selain terlibat dengan demontrasi jalanan, Khalid Ismath turut terlibat mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan di laman facebooknya sehingga dirinya disiasat oleh pihak berkuasa.

Mengambil kira dari kejadian-kejadian ini, para mahasiswa Jurusan Undang-Undang UiTM Shah Alam semalam mengadakan satu majlis dialog bersama Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin bertempat di Khulafa Bistro, Seksyen 7 Shah Alam malam tadi.





Selanjutnya [KLIK SINI]

Monday, June 18, 2012

Guan Eng Lantik Individu MUFLIS Sebagai Ahli Majlis


Apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil aih kuasa dari tangan Barisan Nasional di Pulau Pinang tiada siapa yang lebih terperanjat dari Lim Guan Eng sendiri yang telah menerajui kempen pilihanraya Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Tiga hari kemudian, Lim. Seorang akauntan bertauliah dari Melaka, telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru,

Lim telah memperkenalkan beberapa langkah populis dan mendakwa sebagai negeri yang pertamamelaksanakan dasar CAT (competency, accountability, transparency) Kecekapan, Akauntabiliti, Ketelusan..

Lihat.. sejauh mana cekap dan telusnya pentadbiran Lim sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dalam hal lantikan Ahli Majlis MPSP ini..

Cekap hingga membolehkan seorang yang muflis dilantik sebagai Ahli Majlis.. Telus hingga tiada siapa yang tahu bahawa beliau telah menerima perlantikan seorang yang muflis sebagai Ahli Majlis..

Sila ambil perhatian, asas bagi lantikan Ahli Majlis ialah tahap pendidikannya sekurang-kurangnya SPM, Tiada rekod jenayah dan tidak muflis.

Ini adalah sebahagian dari 23 Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).. salah seorang dari mereka merupakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat.




Lelaki yang ditandakan dengan anak panah berwarna merah di atas telah disaman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang oleh Zuricon Sdn. Bhd.

Beliau sekarang dalah Ketua Cabang PKR Kepala Batas.
Penghakiman ini telah difailkan oleh Tetuan Shariful Azhar & Partners yang beralamat di No.9. Tingkat 1 & 2, Jalan Selasih, Taman Semarak, Kulim Kedah pada 6 Dec. 2005.

Dalam penghakiman yang telah dijalankan tanpa kehadiran defendan ini iaitu Abdul Latif bin Abdullah pemunya Emida Enterprise.

Pihak defendan telah dikehendaki membayar kepada Zuricon Sdn. Bhd. Iaitu plaintif sebanyak RM250,414.00 sahaja pada tarikh 27.7.2005 dan faedah yang dikenakan adalah 8% setahun sehingga penyelesaian sepenuhnya.
Tiada pembayaran telah dilakukan, oleh itu tertuduh telah diistiharkan muflis... tetapi kini beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis MPSP.

Yang mana lantikannya telah dipersetujui oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tidakkah lantikan itu melanggar syarat asas untuk dilantik sebagai Ahli Majlis? Inikah yang dikatakan kecekapan?

Laksana anjing yang sudah biasa makan tahi.. tak dimakan dihidunya juga.. begitulah apa yang dilakukan oleh Ketua Cabang PKR Kepala Batas, Abdul Latif bin Abdullah...

Beliau menyalahgunakan kuasa yang ada padanya sebagai Ahli Majlis untuk mengutip sumbangan berbentuk material untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah sempena pertandingan bola sepak 'Piala Green MPSP' yang tidak ujud..

Kenapa permohonan sumbangan ini perlu dilabel sebagai sulit??? 
sila lihat diakhir dokumen :

SUMBER

Sunday, June 17, 2012

[VIDEO] : Dalang Insiden Baring Halang Kereta Sultan Perak Buat Pengakuan


Ketika kerajaan BN merampas semula Perak dari Pakatan Rakyat, penyokong mereka bertindak liar apabila mengadakan demontrasi dengan berbaring di atas jalanraya.

Perlakuan biadap itu dilakukan semata-mata mahu menghalang kereta yang dinaiki oleh Sultan Perak tiba di majlis pertabalan Datuk Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Nizar Jamaluddin.


Benar kata orang tua-tua kebenaran tetap akan muncul, cuma masa yang menentukannya. Kini kebenaran serta dalang di sebalik demontrasi tersebut akhirnya muncul membuat pengakuan di sebalik tindakan liar penyokong pembangkang ketika itu.

Ikuti pengakuan beliau sebagaimana dirakamkan oleh brader Minaq Jinggo :

Saturday, June 16, 2012

#SaveKedah : Rakyat Kedah Terus Sejahtera Apabila Dapat Menari Dengan DJ Liz Candy


Rakyat Kedah sekarang memang sejahtera, apa tidak sejahtera jika dapat menari dengan DJ Liz Candy dari France iaitu DJ wanita paling top di dunia. Kehadiran DJ Liz Candy di malam pembukaan kelab malam View Night 'View Night Grand Opening' di Tesco Mergong, Kedah ini menunjukkan sikap munafik PAS dalam perjuangan mereka.


Bunting yang digantung di sekitar Alor Star ini jelas adalah cubaan untuk mempromosikan kehadiran DJ Liz Candy serta mengajak rakyat Kedah untuk 'Dance With DJ Liz Candy'. Nampaknya polisi PAS Kedah, Kelantan dan negeri-negeri lain cukup berbeza.

Perjuangan untuk menubuhkan negara Islam hanyalah omong kosong PAS yang sampai kini tidak berkesudahan. Dengan mempromosikan lagi aktiviti sebegini jelas menggambarkan kepada kita bahawa PAS itu hanyalah sebuah parti politik yang penuh dengan hipokrasi.

Dari blog Cheritera Seribu Satu Malam :
Penulis berpendapat selepas kerajaan Kedah jatuh ke tangan pembangkang dan kemudian dipimpin oleh barisan Parti Islam Se-Malaysia, dah tak akan ada pusat-pusat hiburan yang lagha ni..sebab apa yang dikatakan pada manifesto yang lepas, pusat-pusat hiburan akan ditutup. 
Tapi sekarang yang hakikatnya bukan main lagi siap promosi pakai banner dan bunting gantung dekat tiang-tiang lampu sekitar Mergong dan lebih mengejutkan seorang DJ International dari Perancis juga dijemput hadir bagi merasmikan kelab tersebut.

Kalau tak silap penulis, ini merupakan kali pertama yang penulis jumpa, sebuah kelab malam mempromosikan majlis GRAND OPENING mereka kepada umum secara terbuka dan kebiasaannya perkara sebegini hanya disebar mulut ke mulut sahaja dan dibuat secara DISCRETE, di mana hanya kaki tegar kelab malam sahaja yang akan tahu tetapi lain pula di Mergong dan ianya amat mengecewakan.

Isu bahawasanya kelab 'VIEW NITE' hanyalah dibuka untuk patron atau pengunjung bukan Melayu, boleh dipersoal. Percaya atau tidak, salah seorang daripada DJ kelab hiburan tersebut merupakan seorang Melayu dan kebarangkalian untuk mereka yang beragama Islam untuk hadir adalah sangat tinggi.
Gambar panas dan cerita lanjut [KLIK] 

YY : Dulu Ostat pandai 'tai-chi' jaa... Laa ni dah pandai disko nooo..! Sejahtera sunggoh Kedah laa ni! kikikiki!

#SaveKelantan : Lebuhraya Rakyat atau Lebuhraya 'Husam Musa'?


"Lebuhraya Husam Musa" sepanjang 73km ini menghubungkan Dusun Damar, Kuala Krai hingga Pusat Bandar Kota Bharu telah dirasmikan upacara pecah tanah pembinaannya oleh YAB Menteri Besar Kelantan pada 28 Mei 2012.

Dibahagikan kepada 2 Pakej, Pakej 1 dari Kuala Krai Ke Machang sepanjang 43km dengan 4 persimpangan Bertingkat dikenali sebagai Dusun Damar Interchange, Keroh Interchange, Bukit Bakar Interchange dan akhir sekali Bukit Tiu Interchange.

Manakala Pakej 2 adalah Machang ke Kota Bharu dengan Kok Lanas Interchange, Ketereh Interchange, Kadok Interchange dan Pasir Hor Interchange sepanjang 30km.

Lebuhraya rakyat adalah satu bentuk penipuan yang akan dibuat oleh PAS di Kelantan. Membina dengan meminta sumbangan dari rakyat Kelantan untuk sama sama menderma menyiapkan.

Derma tersebut akan dikumpulkan oleh satu anak syarikat PMBK iaitu Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn. Bhd.(dahulunya dikenali Rowstead Systems Sdn. Bhd.)

Hendak tahu siapa pemiilik dalam Rowstead Sdn. Bhd itu? Salah seorangnya adalah Husam Musa. Kontraktor utama akan membina lebuhraya hasil derma rakyat ini adalah Menta Construction Sdn. Bhd. Yang berpusat di Kuala Lumpur.

Jajaran Lebuhraya Rakyat ini tidak melalui laluan jalan utama sedia ada Kuala Krai – KB tapi sebaliknya memilih laluan baru yang memerlukan penerokaan hutan yang jelas terutamanya di kawasan Keroh Interchange, Bukit Bakar Interchange.

Walaubagaimanapun beberapa persoalan membelenggu rakyat terutamanya berkenaan dengan keseluruhan projek lebuhraya ini.

1) Tidak boleh dinafikan rakyat Kelantan sekarang berada dalam mood peralihan kepimpinan kerajaan negeri. maka persoalan begini harus diberi keterangan kepada rakyat.

2) Untuk membina lebuhraya 4 lorong ini sepanjang 43km untuk Pakej 1, ia memerlukan penerokaan hutan yang besar. Anggaran kasar untuk kawasan yang perlu dibersihkan untuk pembinaan lebuhraya ini jika mengambil kira lebar setiap lorong adalah 3.5m maka ia memerlukan lebih dari 600,000m2 kawasan.

Ini tidak termasuk kawasan di 4 interchange yang telah dirancang dan kawasan rizab kiri dan kanan Lebuh raya tersebut. Kebanyakkan kawasan yang terlibat ini adalah kawasan yang mempunyai hasil hutan termasuk sumber perkayuan seperti Balak dan sebagainya.

Persoalannya:

Kemana hasil balak itu akan pergi?

Siapa yang dapat faedah dari pembalakan dikawasan tapak bina?

Jika balak di berikan pada syarikat kontraktor, berapakah kadar premium balak yang akan dibayar kepada kerajaan Negeri?

Adakah wang hasil balak ini akan digunakan untuk menampung pembinaan Lebuhraya tersebut?

Yang untungnya adalah Husam Musa dan kroni. Lebuhraya tidak kemana, Husam Musa yang senang lenang. Pilihlah lagi PAS di Kelantan untuk kesenangan kroni-kroni Husam Musa pada penggal pilihan raya akan datang.  
Angin Perubahan

Friday, June 15, 2012

HOT : Anwar Ibrahim Dalang Di Sebalik Isu Bakal Menantu @NajibRazak - Apa Kaitan New York Post & Jerusalem Post?


Tiga hari lepas masyarakat siber hangat membicarakan perihal bakal menantu PM DS Najib Tun Razak yang dikatakan terlibat dalam penipuan melibatkan US$20 juta.

Semalam laman blog ini mendedahkan identiti penulis laporan berita tersebut yang bernama Dareh Gregorian yang mana beliau merupakan penulis gossip yang obses dengan skandal-skandal serta perbicaraan mahkamah yang melibatkan selebriti terkenal US.

Semalam juga The New York Post akhbar yang mula-mula mensensasikan isu ini turut menyiarkan penafian yang dibuat oleh Maira iaitu ibu kepada Nazarbayev.

Terjemahan dari laporan berita tersebut :
"Saya dan suami tidak pasti siapa sebenarnya di belakang dakwaan yang tidak masuk akal dan bersifat tuduhan ini. 
"Ini urusan dalaman keluarga yang dimanipulasi dan dipergunakan oleh pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan politik," Maira Nazarbayev dipetik sebagai berkata dalam kenyataan melalui jurucakap perhubungan awam. 
Maira menafikan dakwaan anaknya terlibat menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta) dan menyifatkannya tidak benar dan tidak dapat dibuktikan. 
"Suami saya Bolat dan saya tetap memberikan komitmen kepada anak-anak kami, dan akan selesaikan perkara ini secara peribadi. Kami bangga dengan semua anak-anak kami. 
"Saya membuat rancangan awal bercuti di Eropah untuk beberapa minggu akan datang an akan menghabiskan masa dengan keluarga dan orang tersayang," kata Maira. 
Kelmarin, sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor juga berkata, dakwaan Daniyar menipu bapa tirinya telah diperbesar-besarkan oleh The New York Post. 
Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri. - [Berita Penuh]
Rujuk bahagian yang saya merahkan di atas, menurut Maira masalah dalaman keluarga mereka telah dimanipulasi serta dipergunakan oleh pihak yang mempunyai kepentingan politik.

Kepentingan politik?

Adakah Dareh Gregorian mempunyai kepentingan politik di Malaysia?

Sudah tentu jawapannya adalah TIDAK.

Tetapi kenapa Dareh Gregorian serta editor The New York Post begitu berminat terhadap pemuda bernama Daniyar Nazarbayev?

Justeru itu saya akan membawa saudara memeriksa sedikit latar belakang akhbar tabloid yang terkenal dengan bahan gossip di US yang mana jualannya mencecah sehingga 105,000 namun jualan akhbar ini merundum sehingga separuh jualan pada tahun 2009.

Saya terfikir adakah akhbar lain turut memiliki kepentingan dalam The New York Post?

Setelah membuat pemeriksaan rupa-rupanya The Jerusalem Post sebuah akhbar yang berpengkalan di Tel Aviv turut memiliki kepentingan dalam The New York Post.

Kita tengok laporan berita yang pernah dilaporkan oleh The Jerusalem Post, yang pernah dikenali sebagai rakan rapat Anwar Ibrahim. Ini terbukti apabila The Jerusalem Post melaporkan berita seperti di bawah sebagaimana didedahkan oleh blogger 1Peluru sebelum ini :



Selain itu The Jerusalem Post turut menyiarkan artikel Anwar Ibrahim : Malaysia's Future Prime Minister.


Laporan berita oleh The Jerusalem Post ketika demontrasi BERSIH2.0 pada 9 Julai 2011 pernah cuba mempengaruhi pelabur asing supaya tidak melabur di Malaysia.



Untuk membuktikan bahawa The New York Post dan The Jerusalem Post adalah akhbar yang berkaitan satu sama lain, kita lihat laporan berita yang disiarkan oleh The New York Times pada 17 April 2009 :



Laporan The New York Times di atas menyatakan bahawa akhbar The New York Post menyediakan ruangan setiap hari Ahad untuk menyiarkan bahan berita mengenai politik, diplomasi, kesihatan, sains, perniagaan yang dihasilkan oleh The Jerusalem Post.

Dalam laporan The New York Times itu juga turut menyatakan bahawa kedua-dua pihak enggan mendedahkan perjanjian kewangan yang dibuat.

Siapa agaknya dalang di sebalik semua serangan politik di peringkat antarabangsa yang diterima oleh PM sekarang ini?

Saya tidak mahu menuduh, tetapi apabila sebuah akhbar seperti The Jerusalem Post yang begitu obses dengan laporan berita melibatkan Anwar Ibrahim mempunyai kepentingan dalam The New York Post akhbar yang mensensasikan isu bakal menantu PM DS Najib Tun Razak. Malah akhbar ini turut membuat ramalan bahawa Anwar Ibrahim adalah bakal Perdana Menteri Malaysia.

Saya berandaian bahawa laporan yang ditulis oleh Dareh Gregorian yang dinafikan oleh ibu Daniyar Nazarbayev semalam merupakan satu rancangan yang sudah diatur oleh musuh politik DS Najib Tun Razak semata-mata mahu memburukkan imej PM di mata dunia.

Jika andaian saya ini benar, individu yang begitu teruja mahu melihat kejatuhan DS Najib Tun Razak dan mempunyai hubungan rapat dengan Israel tiada lain selain individu yang bernama Anwar Ibrahim.

Tidak mustahil jika saya katakan Anwar Ibrahim adalah dalang di sebalik laporan berita yang ditulis oleh Dareh Gregorian sebelum Malaysiakini dan Harakahdaily mensensasikan isu tersebut di laman-laman mereka?

Nampaknya penyokong totok pembangkang buta-buta diperbodohkan oleh media asing, dalam masa yang sama tak pasal-pasal dapat dosa fitnah.

Hahaha...

Arios!

YY : Anwar Ibrahim dah main 'Plain Folks' - Bro Najib Razak kena selalu jumpa rakyat...

Thursday, June 14, 2012

HOT : Bakal Menantu PM @NajibRazak Penipu - Siapa Penulis Bernama Dareh Gregorian?


Bakal menantu PM DS Najib Razak didakwa terlibat dengan skandal penipuan AS$20 juta heboh diperkatakan oleh pemimpin hinggalah penyokong totok pembangkang. 

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada PM malah Pemuda PAS pula turut tampil menyatakan perasan 'bimbang' mereka di laman Malaysiakini :



Yang paling kelakar adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor di laman Malaysiakini semalam. Katanya beliau bimbang DS Najib Razak dijatuhkan hanya kerana isu remeh dan peribadi.

Jika PAS menganggap isu ini sebagai isu peribadi - kenapa pula Harakahdaily & Malaysiakini begitu ghairah mensensasikan berita ini?

Ironinya dari kenyataan beliau - ianya menggambarkan keadaan sebaliknya kerana jelas dilihat portal PAS turut mensensasikan isu ini seolah-olah ianya melibatkan soal pentadbiran politik negara. Walhal jika difikirkan Daniyar Nazarbayev langsung tiada kaitan malah tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam pentadbiran negara.

Malah tajuk yang digunakan oleh Harakahdaily juga jelas memperlihatkan betapa ghairahnya mereka mensensasikan berita yang dianggap sebagai isu peribadi oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS :

[Capaikan Artikel]

Soal pemuda ini bersalah atau tidak, itu biarlah mahkamah Manhattan yang tentukan. Tetapi keghairahan pembangkang melalui Malaysiakini dan Harakahdaily memainkan berita yang ditulis oleh Dareh Gregorian dari The New York Post menunjukkan bahawa pembangkang memang tidak putus-putus cuba memusnahkan reputasi imej PM di peringkat antarabangsa.

Siapa Penulis Bernama Dareh Gregorian dari The New York Post?


Kita tahu bahawa The New York Post merupakan sebuah media yang pro Israel, dan amat membenci Demokrat. Serta kebanyakkan penulis serta wartawan akhbar ini merupakan mereka yang berfahaman liberal.

Selain itu kebanyakkan berita yang dilaporkan mereka berbentuk gossip dengan menggunakan tajuk-tajuk yang sensasi. Malah wartawan mahkamah iaitu Dareh Gregorian sebelum ini merupakan penulis gossip sebelum beliau menulis beralih arah sebagai wartawan mahkamah.

Walaupun beliau beralih sebagai penulis berita dari mahkamah, kebanyakkan berita yang ditulis oleh beliau semuanya berbentuk sensasi malah unsur-unsur gossip turut diselitkan. Ini terbukti apabila kebanyakkan pembaca berita yang dilaporkannya meninggalkan komen-komen negatif setiap kali beliau mengeluarkan laporan.

Kita lihat laporan berita mahkamah yang biasa ditulis oleh Dareh Gregorian, kebanyakkan beritanya menggunakan tajuk sensasi dan kes mahkamah yang ditulis oleh beliau kebanyakkan kes yang melibatkan selebriti dan juga individu terkenal di US :




Sejak tahun 1995 berita-berita sensasi melibatkan selebriti ditambah dengan bahan gossip merupakan artikel serta berita yang dilaporkan oleh beliau. 



Malah beliau dihentam teruk kerana memutar belit fakta berita dari mahkamah sehingga beberapa forum dan laman blog menganggap Dareh Gregorian seorang penulis berita mahkamah yang bodoh dan tidak tahu fakta. 

Antara kecaman yang dibuat kepada Dareh Gregorian :

Antara blog yang menghentam Dareh Gregorian


Meneliti komen-komen yang ditinggalkan oleh mat saleh dalam ruangan komen di kebanyakkan laporan yang ditulis oleh Dareh Gregorian mereka menganggap ianya merupakan laporan bodoh serta bersifat gossip. 

Aneh bukan bila melayu PAS, PKR, dan DAP memainkan isu ini seolah-olah ianya merupakan sumber sahih yang dipercayai serta tidak dapat disangkal.

Saya tidak mengatakan bakal menantu PM tidak bersalah, malah jauh sekali mahu membela seorang lelaki Kazakstan yang langsung tidak saya kenali. Tetapi sikap Malaysiakini memperbesarkan isu ini memperlihatkan ianya memang dirancang bertujuan memburukkan imej PM.

Kes menantu PM sebenarnya lebih menjuruskan kepada kes kekeluargaan, tetapi sikap pembangkang yang mensensasikan isu ini jelas menunjukkan bahawa mereka sebenarnya lebih berminat menyerang isteri, anak malah mana-mana individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan musuh-musuh politik mereka.

Nampaknya pembangkang perlu menjilat kembali ludah mereka sebelum ini, yang kononnya tidak mahu isu-isu peribadi dijadikan senjata dalam menyerang musuh-musuh politik ketika isu anak Lim Guan Eng dituduh mencabul seorang perempuan.

Jom imbas memori ketika kes melibatkan anak Guan Eng hangat diperkatakan media :



Jeng...Jeng...Jeng...

Sekarang siapa yang main politik kotor menyerang anak-beranak musuh politik demi memusnahkan imej musuh-musuh politik mereka?

Sekarang siapa yang bengong percaya 100% berita yang dilaporkan oleh seorang penulis gossip yang mana mat saleh pun tidak percaya kebanyakkan laporan berita yang dilaporkannya?

Noryana Najwa pun satu banyak-banyak lelaki Melayu kenapa Kazakstan yang kau pilih?

Apa abang YY tak cukup kacak ke?

Hahaha...

Tapi orang tua-tua kata "Ajal, Maut, Jodoh dan Pertemuan semuanya ditentukan oleh Allah SWT".

Lainlah kalau orang PAS yang semakin liberal tidak percaya apa yang Allah tentukan, sebaliknya mereka lebih mempercayai seorang penulis yang berfahaman liberal.

Hahaha...

Arios!

YY : Suka filem 'Catch Me If U Can' yang diadaptasi dari kisah Frank Abagnale Jr. atau digelar "The Skywayman"... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS
Pembekal Barangan Original Pasukan Kelantan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...