NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, May 31, 2012

Muzakarah : Siapa PAS Mahu Kata Malaysia Bukan Negara Islam?


57 negara anggota Pertubuhan Negara Islam (OIC) termasuk Arab Saudi, Sudan, Oman dan Brunei mengiktiraf Malaysia, di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah negara Islam dan sistem pentadbirannya mengikut lunas syariat. 
Malangnya, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengadakan muzakarah dengan parti komponen BN, Umno, kerana didakwa Nik Aziz bahawa parti itu disifatkan tidak mengikut kehendak syariat Islam. 
Tetapi Sudan dan Brunei menjadikan Malaysia sebagai model contoh untuk sistem pentadbiran negara Islam di negara mereka. 
Bukan itu saja negara Amerika Latin turut mengiktiraf kebaikan sistem pentadbiran Malaysia, yang pelbagai etnik dan kaum, sebagai sistem pentadbiran yang terbaik untuk dicontohi dan dipelajari di negara mereka. 
Malangnya sebuah parti kecil pembangkang di Malaysia, yang telah menukar perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan, mendakwa negara ini bukan negara Islam. 
Menurut penganalisa politik berkata semuanya gara-gara Umno tidak menukar perkataan agama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kepada perkataan Islam. 
"Semudah itu sempitnya pemikiran pemimpin Pas kini. Hanya kerana satu perkataan. Bagaimana kedudukan Pas pula yang menukar satu ayat daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan? 
"Adakah Islam "sangat" Pas itu?," katanya sambil mempersoalkan kegagalan Pas menguatkuasakan Hudud di Kelantan kerana tunduk kepada DAP dan PKR. 
Lebih teruk, Pas sendiri "membunuh" ulamanya sendiri yang memperjuangkan isu murtad dan pengawalan penjualan arak di Selangor dengan memecat jawatannya sebagai Naib Presiden Pas dan Exco agama kerajaan Selangor, iaitu Datuk Dr Hassan Ali. 
"Sudah jatuh ditimpa tangga, Hassan dikutuk lagi dalam lidah rasmi Pas, Harakah, bahawa pemimpin itu kuat membantah dan tidak mengikut kehendak parti. Inikah contoh "Islam" Pas sehinggakan Nik Abduh Nik Abdul Aziz membidas tindakan Pas itu kerana ia memalukan," katanya. 
Marilah sama-sama menilai "seIslam" manakah Pas itu sedangkan Ulama Arab Saudi pun turut mempertikaikan konsep undi Pas masuk syurga dengan disifatkan sebagai satu konsep memperbodohkan umat Islam di negara ini. --KELATEKITO.NET

#SaveKelantan : Konsep 'Negara Berkebajikan' PAS - Minta Duit Rakyat Untuk Lebuhraya?


Hahaha...

Mereka kata BN cekik duit rakyat bila kenakan caj tol kepada pengguna...

Mereka kata BN tidak jaga kebajikan rakyat sebab buat lebuhraya untuk kemudahan rakyat, tetapi selepas itu minta duit rakyat...

Sebab itu mereka tampil dengan konsep 'Negara Berkebajikan'...

Selepas berita tentang keinginan PAS Kelantan membina lebuhraya tanpa tol barulah saya faham apa itu 'Negara Berkebajikan' ala-ala Pakatan Rakyat...

Maksudnya...

Setiap rakyat kena melakukan kebajikan kepada kerajaan, sebab itu rakyat digalakkan menderma untuk pembinaan tol yang berjumlah RM1.8 billion...

Selepas rakyat melakukan kebajikan kepada kerajaan, rakyat akan dapat manfaat menggunakan lebuhraya tanpa tol...

Maksudnya kita bayar dulu guna kemudian...?

RM1.8 billion...?

Berapa lama nak tunggu angka ini cukup...?

Rakyat Kelantan usahlah berharap, sebab dah banyak projek Tok Guru rasmikan dengan meletakkan batu tanda...

Tapi projek itu belum ada tanda-tanda pembinaan...

Hahaha...

"Rakyat Kelantan mempertikaikan kewajaran kerajaan Pas Kelantan mengutip derma daripada rakyatnya untuk pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 bilion. 
Yusop Manaf, 40, berkata bagaimana kerajaan Pas kata akan tidak akan laksanakan tol tetapi meminta duit daripada rakyat untuk buat lebuh raya. 
"Untuk sampai RM1.8 bilion bukannya sedikit untuk rakyat berikan. Jadi ia sama juga kerajaan Pas Kelantan mengenakan tol. Jadi di sini tak nampak logik kononnya nak jaga kebajikan rakyat tapi "sedut" duit rakyat," katanya. 
Kamariah Johan, 39, berkata buat apa kerajaan Pas minta duit rakyat jika ia benar-benar ikhlas untuk bantu rakyat. 
"Nampak sangat 22 tahun memerintah tidak reti cari duit. Cakap pandai kebajikan untuk rakyatlah.. untuk Islam lah.. habis 22 tahun buat apa.. cakap politik je pandai. Buat kerja tidak reti-reti. 
"Baik beri saja lebuhraya dibina syarikat swasta dan rakyat yang menggunakan lebuhraya kena bayar. Ia lagi cepat dibina berbanding nak tunggu duit derma cukup baru nak bina. Tak cerdik langsung," katanya. 
Manakala Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan , Datuk Balan Baharuddin berkata, tindakan minta derma itu tidak wajar dilaksanakan memandangkan kerajaan negeri pimpinan Pas telah menabur janji bahawa lebuhraya itu adalah percuma. 
Katanya, tindakan itu sama seperti mengambil duit rakyat sedangkan ia adalah untuk kemudahan rakyat. 
“Sebelum ini kerajaan negeri kata nak bagi kemudahan untuk rakyat. Semalam Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri kata lebuhraya itu akan gunapakai konsep lebuhraya negeri yang tidak akan melibatkan pembayaran tol oleh rakyat “Tetapi pada masa yang sama beliau alu-alukan rakyat menderma.

Ini menunjukkan sikap kerajaan Pas yang sekali lagi mempermainkan rakyat selepas peletakan batu asas projek jambatan Palekbang, Pelabuhan Darat, Pembangunan Lembah Sireh dan beberapa lagi projek lain yang sehingga kini masih lagi terbengkalai,” katanya."
- Kelatekito.net

Wednesday, May 30, 2012

Rantai Apa Yang Dipakai Oleh DS @NajibRazak?


Rantai Najib Razak punya hal...

Jika orang biasa yang memakai rantai emas, berlian, perak atau mutiara sekalipun ianya tidak mungkin akan menjadi satu bahan perbualan masyarakat kita. Tetapi bila seorang Perdana Menteri beragama Islam memakai rantai ianya agak menarik perhatian kita.

Isu DS Najib Razak memakai rantai mula mula timbul sekitar April 2012 ketika PM mengunjungi sebuah majlis mengagihkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) di mana pada waktu itu adik-beradik yang terpisah lebih 2 dekad berjaya ditemukan dalam majlis tersebut.

Turut disiarkan dalam Buletin Utama :



Selepas berita dan gambar dari majlis tersebut disiarkan, pembangkang mula memainkan peranan mereka dengan menabur fitnah kononnya PM memakai rantai emas. Pada waktu itu rakan bloggers yang menyokong kerajaan mengatakan gambar tersebut merupakan gambar 'super impose'.

Foto - yang mula menjadi isu.
Zoom In - Jelas kelihatan seutas rantai di leher DS Najib Tun Razak.
Wahai saudara pembaca sekalian, walaupun saya seorang penyokong kerajaan. Tetapi saya tidak berminat membuat penafian kosong semata-mata dengan melemparkan pelbagai tuduhan kerana tindakan tersebut persis tindakan Anwar Ibrahim yang sentiasa menuduh kerajaan setiap kali beliau melakukan kesalahan.

Kita menuduh pembangkang super-impose, ada pula yang kata Najib Razak bukan memakai rantai sebaliknya memakai 'Ear-Piece' sejenis alat yang disambung ke walkie-talkie yang biasa digunakan oleh pengawal-pengawal VVIP.

Untuk lebih adil jom kita buat sedikit penyelidikan.

Kita 'zoom-in' dengan lebih dekat lagi foto DS Najib Tun Razak :

Foto ketika majlis pengagihan BR1M.
Kita 'zoom-in' pula foto ketika PM DS Najib Tun Razak merasmikan Hari Belia 2012 :

Foto ketika perasmian Hari Belia 2012.

Ianya bukan 'super-impose' ianya juga bukan 'Ear-Piece' ianya adalah seutas rantai. Jadi ingin saya katakan bahawa BENAR, PM DS Najib Tun Razak mengamalkan pemakaian rantai.

Mengikut maklumat yang diperolehi, PM Najib Tun Razak mengamalkan pemakaian sejenis loket kesihatan magnet'Quantum Solar Energy' bagi mencegah darah tinggi (hypertension), sinus, strok, kencing manis (diabetes), cataract, asma, penyakit kulit, lemah tenaga depression, chronic fatigue syndrome, sakit tulang, athritis, sakit otot, ketagihan rokok, hairloss, sakit sendi, ketagihan alkohol.

Rantai dan loket magnet Quantum Solar Energy 

Benar terdapat hadis yang mengatakan HARAM seseorang lelaki memakai rantai, serta menyerupai wanita. Tak percaya boleh tanya Ustaz Azhar Idrus. Lalu dengan bermodalkan sepotong hadis serta ditambah sedikit bahan perencah fitnah, pembangkang segera memainkan peranan mereka memfitnah.

Kononnya Najib Razak menyerupai wanita bla..bla..bla...

Persoalannya bolehkah seorang lelaki Islam memakai rantai...?

Itu kita kena tanya dengan Majlis Fatwa Kebangsaan...

Pada tahun 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan :
Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).

ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.

iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
iv. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Sekarang kita ambil 2 bahagian iaitu nombor 1 dan 4 yang telah dimerahkan sebagaimana diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
  • Bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (Untuk Lelaki) - Rantai Quantum Solar Enegery diperbuat daripada larva gunung berapi di Jepun dan German. Lahar Tenaga Skalar yang terbaik adalah dari Jepun dan Jerman berdasarkan faktor cuaca dan alam. - Jadi rantai yang dipakai oleh Najib Tun Razak bukan satu kesalahan dari segi hukum syarak.
  • Mendapat perakuan daripada pakar beragama Islam dan terbukti secara saintifik - Mengikut pandangan beberapa ustaz  pemakaian rantai diharuskan untuk tujuan perubatan. Kajian saintifik juga mengatakan bahawa rantai yang diperbuat dari larva gunung berapi di Jepun dan German terbukti berkesan merawat penyakit. Kajian ini dibuat oleh John Barron saintis terkemuka dunia :

Malah The Star juga turut menyiarkan keberkesanan bahan yang dihasilkan dari larva gunung berapi di Jepun dan German ini sebagaimana ditulis oleh Dr. Amir Farid Isahak [SINI]

Jadi tiada apa yang aneh, pelik dengan rantai yang dipakai oleh PM Najib Tun Razak. Malah dari segi hukum syarak yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pun menyatakan HARUS bagi tujuan perubatan.

Mungkin pembangkang akan kata HALAL jika rantai kesihatan yang dipakai oleh PM DS Najib Tun Razak direndam terlebih dahulu ke dalam air yang telah dijampi oleh Nik Aziz Bin Nik Mat. 

Hahaha...

Arios!


Tuesday, May 29, 2012

[VIDEO EKSKLUSIF] - BERSIHKAH ANWAR IBRAHIM SEPANJANG KE LUAR NEGARA?


Bersihkah Anwar Ibrahim...?

Bersihkah demontrasi jalanan BERSIH 3.0...?

Saksikan dokumentari khas yang belum pernah disiarkan dalam kaca TV anda...



YY : Bagi betis nak peha, sudah dapat peha....mau amoi pulak?

[VLOG] : Ingatkah Anwar Ibrahim Dengan Perbualan 'Manja' Beliau Dengan Lelaki Ini?


Sebelum ini blog ini pernah mendedahkan emel perbualan diantara Anwar Ibrahim dengan seorang lelaki muda yang begitu obses dengan Anwar Ibrahim sehingga cuba mendapatkan kerja dengan idolanya.

Tetapi ada yang menuduh saya membuat fitnah kepada 'Anugerah Tuhan' bernama Anwar Ibrahim.

Jadi kepada sahabat pembaca yang ingin menonton vlog di bawah ini, perlu membaca terlebih dahulu artikel yang disiarkan sebelum ini untuk memahami kronologi cubaan Anwar Ibrahim mengurat seorang lelaki melalui emel, direct message di laman twitter. [KLIK]

Direct Message Anwar Ibrahim yang masih disimpan dalam telefon bimbit milik pengadu.

Disebabkan ada yang tak percaya bahawa Anwar Ibrahim yang mengirimkan emel dan direct message kepada lelaki yang dimaksudkan, kami bawakan secara eksklusif pengakuan lelaki tersebut melalui vlog yang lebih santai ilham blogger 1Peluru :




Lelaki ini membuat pengakuan sukarela kepada kami, segala bentuk pesanan twitter secara peribadi masih tersimpan rapi dalam telefon bimbitnya.

Buruk perangai orang tua bernama Anwar Ibrahim ni...

YY : Anwar jadi PM mereka yang tak hensem bakal menganggur la gamaknya eik. Kikikiki...

Isu No.Plat RM520k : Blogger Brader Jai Cabar Student Yang Kata Sultan Johor 'BODOH' Main Paintball?

Siapakah identiti mahasiswa yang telah menghina Sultan Johor ini? Brader Jai ada jawapannya!

Gara-gara sebuah nombor plat WWW1 yang menjadi kepunyaan Tuanku Sultan Ibrahim dengan bidaan sebanyak RM520,000 kelmarin. Ada beberapa pihak telah bertindak bodoh dalam mengeluarkan kenyataan mereka dengan mengemukakan pelbagai hujah dan juga fitnah ke atas baginda.


Bermula dengan serangan bodoh bekas MB Perak iaitu Datuk Seri Nizar Jamaluddin atau nama sebenarnya 'Nizar Lambai' di laman twitter dengan mendakwa baginda Sultan Johor bertindak membazirkan wang rakyat hanya untuk satu no.plat kenderaan, ianya telah menimbulkan rasa tidak senang rakyat Johor dan pihak istana Johor.

Disebabkan isu tersebut menjadi topik panas semalam, Tengku Mahkota Johor bertindak membalas kenyataan-kenyataan liar yang didalangi pembangkang melalui laman twitternya malam tadi.

Mungkin dek terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan jahat pembangkang, hari ini seorang mahasiswa bertindak liar mengeluarkan kenyataan di laman facebooknya dengan mengatakan Sultan Johor adalah seorang Sultan yang bodoh sebagaimana didedahkan oleh blogger mahasiswa iaitu Brader Jai di laman blognya.


Kenyataan di laman facebook pelajar ini sebenarnya secara tidak langsung telah menghina Sultan Johor secara terang-terangan dan pihak berkuasa sewajarnya menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh anak muda ini.

Blogger Brader Jai yang merupakan anak jati Johor bagi masa dua hari kepada mana-mana individu yang menghina Sultan Johor kalau tidak....


[Baca Warning Brader Jai kepada sesiapa yang hina Sultan Johor]


Baca juga tulisan mahasiswa dari Johor mengenai Kisah Sebalik WWW1


YY : Seorang Peminat setia blog Brader Jai!

Monday, May 28, 2012

Siapa Ng Paik Kheng Di Hati Lim Guan Eng?


Sehingga kini belum ada penjelasan rasmi dari Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng mahupun isterinya Betty Chew berkaitan isu melibatkan seorang wanita bernama Ng Paik Kheng yang sedang hangat diperkatakan ramai sekarang. 
Khabarnya di antara Ng Paik Kheng dan Lim Guan Eng ada hubungan istimewa sehingga timbul angin panas dalam jiwa raga Betty Chew yang juga isteri kepada Lim Guam Eng.

Sejauh mana wujudnya hubungan istimewanya tersebut, sukar digambarkan secara jelas tapi bayangan awal rasanya saling tak jauh dari konflik cinta tiga segi. 
Mengikut kisahnya lagi, Betty Chew dilaporkan betul-betul terkena sawan angin panas hingga sampai ke peringkat pertelingkahan 'kecil' itu turut melibatkan tangan dan kaki, betulkah?

Kalau dah tangan dan kaki turut 'berbicara' itu maknanya ada banyak yang tak kena dalam 'hubungan istimewa' Lim Guan Eng dengan wanita tersebut hingga memaksa Betty Chew membuka pencak kungfu. 
Jarang benar seorang perempuan mengamuk tak tentu pasal kecualilah ada bukti nyata yang sukar ditempis ataupun bila ianya sudah menggelegak hingga cair tahi telinga mendengar perkhabaran sedemikian rupa. 
Di masa lebih kurang sama, agak pelik melihat unit propaganda DAP cuba campur tangan melakukan reverse psycho dengan menyebarkan gambar palsu untuk mengelirukan orang ramai yang tercari-cari wajah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Setiausaha Agung DAP itu. 
Andaikata cerita-cerita tersebut langsung tidak betul, apa perlunya untuk DAP bertungkus lumus melakukan diversi bagi menangani isu tersebut. Teringat pula kes raba tetek suatu ketika dulu. 
Modus operandi kali ini pun tak jauh beza dengan isu raba tempoh hari apabila unit propaganda DAP dengan sengaja menyebarkan gambar pemain catur untuk menutup isu anak Lim Guan Eng. 
Apapun, sewajarnya Lim Guan Eng, Betty Chew dan khususnya Ng Paik Kheng sendiri segera tampil menjelaskan keadaan supaya ia tidak lagi menjadi buah mulut orang ramai.
YY : Tunggu penjelasan rasmi...

PM Bukan Melayu : Nik Aziz Restu Impian Karpal Singh?


Suatu ketika dulu dalam tahun 1990, pemimpin utama DAP, Karpal Singh pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam. 
Kira-kira 20 tahun berlalu, akhirnya PAS membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam. Tanpa perlu melangkah mayat Karpal Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja. 
Sepanjang awal tahun 1990-an, PAS gah bercakap perihal hukum hudud yang mahu diaplikasikan dalam pemerintahan negeri dan negara, namun selepas lebih 20 tahun berlalu Karpal Singh dan DAP membuktikan kemampuan mereka mengawal selia halatuju PAS. 
Sekali lagi PAS tunduk pada kuasa politik DAP apabila hukum hudud kemudiannya ditongsampahkan oleh pembangkang kerana mengutamakan Buku Jingga. 
Beberapa ketika yang lalu, kalimah Allah s.w.t menjadi isu kontroversi apabila pihak gereja Kristian menuntut hak penggunaan kalimah tersebut, sebagaimana biasa respon PAS ialah tunduk pada tuntutan tersebut semata-mata mahu menjaga kerjasamanya dengan DAP. 
Untuk entah kali ke berapa, PAS mengalah lagi dek kerana takutkan kekuatan yang dimiliki oleh DAP disamping kelemahan PAS itu sendiri yang sudah tenggelam dalam angan-angan untuk ke puncak kuasa dengan bantuan non muslim pro DAP. 
Beberapa hari yang lepas, Karpal Singh menganggap pelan transformasi yang dirintis oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak meluas dan hanya berada di pinggiran sahaja. 
Alasannya kerana status Bumiputera kini sepatutnya turut meliputi kaum lain yang lahir pada atau selepas negara merdeka. 
Seperti biasa penyokong dan pemimpin PAS tampil mengangguk dan mengiakan tuntutan DAP itu atas nama samarata dan keadilan. 
Kini, Karpal Singh sekali lagi buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kata Karpal Singh, "Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini". 
Respon awal dari PAS khususnya Nik Aziz, agak mengecewakan. Tiada bantahan keras ataupun persoalan yang dibangkitkan melainkan sekadar menyatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah kata-kata dari seorang yang sudah tua. Dengan kata lain, bagi Nik Aziz kenyataan berbaur provokasi oleh Karpal Singh itu boleh diremehkan begitu sahaja. 
Sedangkan sejarah menunjukkan tiap bait kata yang keluar dari mulut Karpal Singh seringkali melambangkan prinsip dan dasar DAP sebagaimana dibuktikan dalam bantahan keras DAP terhadap isu negara Islam, hukum hudud, isu kalimah Allah s.w.t, hak keistimewaan Melayu & Bumiputera dan lain-lain. 
Justeru itu, melihat pada respon Nik Aziz yang seumpama melepaskan batuk di tangga, rasanya tidak salah untuk kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu. 
Untuk menguasai pemerintahan negara secara majoriti mudah, pembangkang hanya memerlukan 112 kerusi daripada keseluruhan 222 jumlah kerusi parlimen. 
Sekiranya 40 kerusi parlimen pembangkang itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR bukan Melayu, tentu saja impian DAP mudah tercapai. 
Bayangkan jika benar tampuk pemerintahan negara ini jatuh ke tangan pembangkang, tika itu mahukah Nik Aziz berdolak dalik mengatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah ucapkata dan angan-angan orang tua sahaja? - Beruang Biru

Friday, May 25, 2012

[VIDEO] : Gempak! Booth #BeeAntBlues #HariBelia2012 Sediakan Acara 'Night Paintball' - #HBN2012



Bee Ant Blues merupakan salah satu booth menarik yang disediakan untuk para belia sepanjang berlangsungnya Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.

Untuk kaki karaoke boleh datang 'test' suara masing-masing di booth Bee Ant Blues, manakala kepada peminat sukan Paintball pula jangan lepaskan peluang untuk tunjukkan ketangkasan dalam acara 'Night Paintball' yang turut disediakan di sini.

Jom gempur booth Bee Ant Blues dude!

Wednesday, May 23, 2012

Adam Adli Pun Join #BeeAntBlues di #HBN2012 di Putrajaya Esok?


Kehkehkeh...

Jangan lupa meriahkan Himpunan Jutaan Belia yang telah pun mengegarkan Putrajaya mulai malam ini. Sekarang ini di pentas Bee Ant Blues (Persiaran Perdana Presint 4) berlangsungnya acara 'Night Paintball' yang  padat dengan pelbagai aksi dan ragam para belia dari seluruh pelusuk negara.

Untuk peminat muzik Jazz :
Malaysia bakal melakar sejarah tersendiri apabila diberi pengiktirafan menjadi tuan rumah Festival Jazz Belia Sedunia (WYJF) minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. 
Beliau berkata, festival itu yang julung kalinya dianjurkan di dunia akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei ini di Putrajaya sempena dengan program Himpunan Jutaan Belia dalam usaha menarik lebih ramai penyertaan antarbangsa.

 
Katanya, WYJF akan disertai seramai 227 pemain muzik Jazz dari sembilan buah negara iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Australia, Singapura, India, Filipina, Indonesia dan Malaysia sendiri. 
"Komponen ini (WYJF) sangat penting kerana dengan sendirinya akan mengantarabangsakan Himpunan Jutaan Belia yang selama ini dilihat dalam konteks belia tempatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Studio Jazz Belia Sedunia di Sri Petaling dekat sini, hari ini. 
Ahmad Shabrey berkata, pemilihan Malaysia sebagai negara pertama menganjurkan festival berprestij itu dibuat oleh Asian Jazz Festival Organization dan World Jazz Society. — BERNAMA
Ayuh anak muda, jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini. Jom ramai-ramai turun memeriahkan!


Saturday, May 19, 2012

[VIDEO] : Fuziah Salleh, Mat Sabu, Anwar Ibrahim Dedah Bukti Terkini #Lynas



Hari sabtu kita tidak perlu semak memikirakan sangat soal politik gila dan tuduhan gila yang diamalkan pembangkang.

Kita layan video fakta Lynas di atas.

Macam tengok drama kartun doraemon!

Nak tahu apa yang betul dan apa yang tidak mengenai Lynas?

[CLICK HERE]

Friday, May 18, 2012

[Sinetron] : Siri Bercakap Dengan @PapaGomo - #BabyG


Selesai misi di Pulau Pinang semalam, saya bersama Skuad JDAB2012 terus memasuki Kedah sekitar jam 8.00 malam. Tengah syok rehat, VC UiTM Dato Prof. Ir. Dr. Sahol menjemput saya, dan pasukan konvoi untuk  makan malam serta bersantai bersama Datuk Latt Shariman di Kuala Kedah.

Tengah syok dok makan siakap sambil berbual-bual mengenai kegembiraan ibu bapa pelajar-pelajar miskin yang berjaya memasuki UiTM untuk mengikuti program Khas MDAB. [Rujuk Sini]

Tiba-tiba BBM bertalu-talu masuk ada dari sahabat bloggers, ada dari mahasiswa, ada juga dari individu yang meluat dengan manusia bernama PapaGomo tetapi tidak menyatakan secara terbuka.

Antara pesanan BBM yang dikirimkan :
"Bro... Gomo balun you..." 
"Hahaha... bro gomo mintak nyawa der!"
"Artikel gomo terbaru hentam UMB, sudah-sudah la gaduh bro pilihanraya dah dekat" 
"YY Gomo fitnah UMB lagi, kena counter bro. Jgn harap blogger UMB lain, dorang tahu pulun tapi tak reti nak balun sbb takut dgn PapaGomo"
Saya hanya tersenyum, selepas itu saya klik capaikan link yang turut disertakan dalam BBM. Artikel blogger no.1 merangkap 'SIFU' saya sendiri mestilah kena baca, lebih-lebih lagi artikel yang disiarkan oleh seorang blogger yang bakal menentukan hidup mati UMNO dalam PRU yang akan datang.

Hahaha...

Ok, sebenarnya ada benar apa yang ditulis oleh PapaGomo atau beliau lebih selesa dipanggil KING OF THE BLOGGERS atau LORD OF THE BLOGGERS, tetapi bukan 100% - hanya 10% sahaja benar itu pun perlu melalui beberapa proses tapisan barulah boleh dipercayai.

Cuma nasihat saya kepada PapaGomo, jangan kaitkan dengan bloggers yang lain. Saya terpaksa menjawab segala tuduhan ke atas UMB disebabkan semakin ramai yang naik meluat dengan karenah gila beliau. Tetapi  mereka masih tidak menyatakannya secara terbuka.

Kalau bukan kerana meluat dengan sikap PapaGomo mana mungkin Datuk Latt Shariman turut mengeluarkan kenyataan "gomo tak habis-habis cari gaduh?". Ketika saya bersamanya berkunjung ke rumah seorang pengikut tegar PAS di Kuala Kedah?

Saya pertahankan UMB sebab kami lakukan perkara betul selaku jentera parti, mengenai tuduhan RM300,000. Mungkin saudara pembaca perlu minta bukti dari PapaGomo sendiri kerana beliau yang selalu bermain dengan angka-angka ini.

Kerana setahu saya hanya PapaGomo yang pandai mengamalkan 'pau-pau move' beberapa agensi dan pemimpin kerajaan. Berani bersumpah PapaGomo tidak pernah, tidak menerima apa-apa peruntukkan atau imbuhan daripada agensi dan menteri sebagaimana PapaGomo selalu cabar Anwar Ibrahim?

Oh.. bersumpah menggunakan nama betul, bukan bersumpah dengan nama pena "saya papagomo bla...bla..bla..." kucing baca pun boleh gelak!

Jadi...

Buat 'SIFU' saya, usah risau atau gundah gulana. Saya akan menjawab satu-persatu 'NIAT' baik PapaGomo sebagaimana beliau nyatakan.

Qoute PapaGomo :
1) Tidak mahu wang UMNO dibazirkan.
Program Konvesyen Media Sosial apakah hasilnya setakat ini. Membazir ke tidak? 
2) Elakkan UMB yang merupakan entiti UMNO dijadikan alat pemimpin tertentu.
UMB tidak terlibat menjadi alat bagi menghalalkan penyalahgunaan, penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin dalam UMNO. Bukan hari ini kata menteri 'PONDAN' esok lusa kata 'MANTAP'. Pendek kata puji bila ada imbuhan, keji bila imbuhan dihentikan.
 3) Menghapuskan KASTA yang UMB selalu labelkan "Ini Orang UMB dan Ini Bukan UMB" 
- Siapa yang wujudkan KASTA terlebih dahulu? Ingat balik peristiwa selepas Pilihanraya Sarawak. (SIAPA NAIKKAN LOGO "KAMI BUKAN BLOGGER UMB!"
4) Memastikan semua pejuang maya meraih hasil yang sama rata sama rasa mengikut tugas yang dipertanggungjawapkan dan kekuataan Blog tersebut. - 
Ayat macam Anwar Ibrahim "sama rata, sama rasa" - NFC berapa sebenarnya jumlah diperolehi tetapi berapa pula jumlah yang diterima oleh bloggers yang terlibat membantu menjawab isu NFC? (The Untold Story ketika pertemuan saya dengan individu yang menguruskan operasi NFC di Restoran Meatworks - nak tahu tak?)
5) Tidak memilih puak dalam pemberian bantuan baik dari kewangan ataupun kelengkapan. "Orang UMB layak Bukan UMB tak layak" 
Sudah-sudah la rekayasa fitnah sahabatku PapaGomo. UMB bantu selagi termampu tanpa meletakkan sebarang syarat jika ada blogger yang berhadapan masalah. Tak percaya? [KLIK & BACA SAMPAI HABIS]
6) Dahagakan kekuatan sebenar pejuang maya untuk disatukan tampa mengira fahaman asalkan terus menyokong Kerajaan BN.
Siapa yang tidak mahu bersatu, siapa yang bersikap berlagak sombong, siapa yang menepuk meja di hadapan pemimpin, siapa yang menyindir, mengutuk, menghina, mengfitnah bila ada blogger yang mengaku mereka UMB?
Siapa yang sebaik sahaja bersalaman mengeluarkan kenyataan "dapat ke sarawak sebab jilat Tun Faisal, ingat gua pekak? Ada atau tidak saya sms ucapkan agar PapaGomo selamat ketika beliau ke Somalia? - Jika saya ingin amalkan perpecahan, buat apa saya sms lebih-lebih lagi cacian dan kejian yang saya terima?
Oh... sebelum terlupa siapa yang berlagak sombong ketika gua sapa di malam penghargaan UMNO kepada media selepas Perhimpunan Agung UMNO yang lepas hanya kerana beliau lengkap memakai vest berbutang tiga (mujur tak pakai riben macam Kadiq Sheikh Fadzir je. kah3!) 
 Bukankah UMB dilabel sebagai bloggers lembik oleh PapaGomo sendiri? (Nampaknya PapaGomo turut melabelkan kawan-kawan yang PapaGomo tahu berada di bawah UMB sebagai lembik. Bukan begitu?)
Lagi qoute PapaGomo :
"Tidak mahulah seperti kisah 2 orang Blogger yang dulunya dididik dan diberi makan oleh Gomo kini menjadi pencacai kepada seorang EXCO pemuda Umno"
Nyatakan bila kamu beri saya makan, di mana, berapa banyak - Seingat saya, saya hanya pernah makan sepinggan nasi ayam bersama dua lagi bloggers?

Tetapi jangan lupa pula siapa yang bayar di Old Town White Coffee. (lol macam budak-budak gua rasa layan qoute PapaGomo sedangkan kami sebaya kehkehkeh!)

Siapa yang hubungi saya setiap kali datang ke Bukit Bintang?

Apakah perlu kita berlagak sombong jika rakan call ajak minum sekejap?

Bukankah bekas Ketua Wira Perkasa turut bersama, dan selalunya beliau yang kena 'pau' sebab masa itu PapaGomo belum kaya seperti sekarang dan masih berkereta biasa-biasa sahaja.

Qoute PapaGomo seterusnya :
Dan inilah juga ketakutan apabila RAHSIA wang yang disonglap dan juga Projek yang dijaja kononya untuk membantu Blogger takut terdedah.
Dedahkan sahaja, memang sudah lama saya tunggu. Namakan siapa, jawatan apa, berapa jumlahnya. Selepas itu saya akan beritahu siapa sebenarnya yang melacurkan blogger.

Qoute paling best PapaGomo seterusnya :
Hari ini Double Y dan Aku Peduli Apa cukup hebat menyerang Papa Gomo. Ya mungkin sebab Gomo tidak mampu memberikan hasil wang ringgit tiap tiap bulan ataupun baju yang berlogo serta membawa bercuti ke sana kemari maka Gomo tidak menguntungkan.
Ololololo...

Sedihnya, nak nangis gua rasa bro...

Siapa yang bercuti naik Cruise sehingga ke Bali, Indonesia?

Siapa yang tukar kereta baru?

Siapa yang ada kondominium baru?

Paling gempak dan best dari PapaGomo :
adress Blog nya adalah Yuseri Yusof dan anda boleh tanya beliau siapa yang memberikan tunjuk ajar berblogg. Malah boleh tanya beliau sewaktu beliau hendak memulakan Blog siapa yang memberikan nasihat untuk memilih nama blog.
Benar, jika ikut PapaGomo waktu itu. Saya mungkin blogger yang tidak berwajah. Blogger yang menulis apa sahaja tuduhan serta fitnah tetapi tidak bertanggungjawab dengan penulisan saya.

Tetapi bagaimana cara berblogging, mengumpul maklumat, akses maklumat, serta mengupas isu rasanya langsung tiada AJARAN dari PapaGomo yang saya terima.

Jadi saya wajar ucapkan terima kasih kepada PapaGomo kerana MENASIHATI saya supaya menggunakan anonymous atau blogger tidak berwajah. Tetapi nampaknya saya keras kepala kerana tak ikut nasihat 'SIFU'.

Hahaha...

Cukup dahulu untuk bahagian pengenalan sinetron SIRI BERCAKAP DENGAN PAPAGOMO.

Saya akan menyambung untuk bahagian seterusnya setelah selesai melaksanakan misi membantu anak-anak lepasan SPM yang miskin melanjutkan pengajian sebagaimana diharapkan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setakat ini hasil budi bicara saya dengan Aizuddin Mohd Ghazali Timbalan Presiden GDAB dengan persetujuan Dato Sahol.

Alhamdullilah saya sudah membantu lebih 100 pelajar lepasan SPM yang miskin masuk terus ke UiTM setelah saya melihat keputusan peperiksaan mereka cemerlang dan harapan besar di wajah-wajah ibu bapa mereka.

Kerana saya tidak berblogging dari kerusi empuk di rumah. Tengok hujung bulan wang ada masuk dalam akaun. Tapi bertindak seolah-olah bayi suci yang baru dilahirkan.

Selesai saya laksanakan amanah dan aspirasi PM. Saya akan sambung episod seterusnya.

Saya hanya menjawab tuduhan bukan membuat serangan melulu, saya juga jenis 'outspoken' macam PapaGomo. Tetapi jika ada yang tidak bersetuju saya tetap terima dan hormat pandangan anda. Kerana setiap manusia mempunyai pendapat dan persepsi yang berbeza lebih-lebih lagi dalam politik.

Sudah-sudahlah PapaGomo tabur fitnah, tak rugi mengaku salah sebagaimana saya akui kesilapan saya dahulu terhadap seorang blogger otai lalu saya memohon maaf selepas digesa oleh PapaGomo sendiri.

Tak semua kita buat itu betul atau perlu diberitahu kepada semua melalui di laman blog wahai 'SIFU' yang bernama PapaGomo - Harap-harap PapaGomo tak menangis macam baby di bawah :



Jangan lupa klik LIKE & SHARE artikel PapaGomo [DISINI]

YY  : Kes Scorpene dulu nampak macam saya kalah.Tetapi agaknya kenapa beberapa individu dalam MINDEF says "Thanks bro, u dah buat apa yang patut..." - Damn... I don't fuck with the best. But i fuck with a MORON!

Thursday, May 17, 2012

[VIDEO] : Bermulanya #BERSIH3 - Apa Yang Diperjuangkan?





Perhatikan dengan teliti bagaimana bermula dan berakhirnya rusuhan BERSIH 3.0 yang telah memusnahkan harta benda awam serta mendatangkan kecederaan orang ramai dan pihak berkuasa.



5 Hari Menjelang #HBN2012 : 1000 Booth Gerbang Kerjaya Dibuka - Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini



Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012.

Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diiktiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. 

Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.

Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan sebagainya.

Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online. 

Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal pekerja.

Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya yang bakal ditawarkan kepada anda.

Layari laman Himpunan Jutaan Belia untuk ketahui pelbagai acara yang disediakan sepanjang 23 hingga 27 Mei di Putrajaya [KLIK]

Wednesday, May 16, 2012

Tunku Aziz Ditawar RM50,000 Untuk Kembali Kepada DAP?



Dari blog : Dr.MiM
 Satu minggu ini merupakan satu titik sejarah yang tidak mungkin dapat dihapuskan di dalam karier politik Lim Guan Eng DAP! Ianya menyerlahkan sikap dan sifat Setiausaha Agung DAP yang selamanya ini berjaya dengan wayang kulit beliau di Pulau Pinang. 
Seorang yang dilambangkan sebagai 'humble', mesra rakyat dan demokratik, akhirnya tersungkur malu yang amat sangat. Segala nanah dan daki yang selama ini terkumpul, akhirnya keluar juga. 
Pendedahan berani dan ikhlas Tunku Aziz, Naib Pengerusi DAP yang menerangkan satu persatu perlakuan jelek Lim Guan Eng DAP, sudah tentu akan menjadi perbualan hangat rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang. 
Dan jika begitulah modus operandi Lim Guan Eng DAP cuba 'membeli' Tunku Aziz dengan RM50,000 serta Senior Fellowship, rakyat Pulau Pinang sepatutnya berasa sangat kecewa dan sangat ragu kepada intergriti anak Kit Siang DAP sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Jika rakan sendiri dalam parti DAP pun pun diperlakukan sedemikian rupa, apakah jaminannya kepada rakyat Pulau Pinang sekalian?Dalam isu Tunku Aziz ini, Lim Guan Eng DAP telah tersilap besar.

MiM sendiri pernah mengatakan bahawa tindakan kroni tegar Kit Siang DAP yang melenting kepada Tunku Aziz adalah satu tindakan cetek dan bakal memakan diri. 
Jangkaan MiM tepat dan sekarang, di samping bergelumang dengan skandal bilion ringgit wang rakyat Bayan Mutiara, sPICE dan sebagainya, Lim Guan Eng DAP sedang menghadapi satu krisis politik yang paling teruk dalam karier politik beliau. 
Pendedahan Tunku Aziz yang ditawar RM50,000 dan fellowship juga sekaligus telah meranapkan konsep C.A.T yang selama ini dilaung-laungkan oleh Guan Eng DAP.  
MiM tidak pasti bagaimana caranya Lim Guan Eng DAP akan berdepan dengan rakyat Pulau Pinang selepas ini. 
Beliau tidak boleh lagi mempertikaikan parti lawan kononnya corrupt dan salah guna kuasa. MiM juga tidak pasti bagaiman Setiausaha Agung DAP akan melaung-laungkan C.A.T beliau kerana Tunku Aziz sendiri disogok dengan wang dan gelaran. 
Seriously! MiM sarankan kepada kepimpinan tertinggi DAP Pulau Pinang supaya berbuat sesuatu seperti EGM untuk membincangkan perlakuan Guan Eng DAP seperti yang didedahkan oleh Tunku Aziz. 
Sekarang pun rakyat Pulau Pinang sudah mula memperkatakan tentang intergriti Guan Eng DAP dan secara tidak langsung akan terpalik ke DAP Pulau Pinang yang tidak terlibat di dalam drama ini. 
Too much damages, enough is enough, begitu juga yang sepatutnya difikirkan oleh DAP Pulau Pinang buat saat dan ketika ini.
Buktinya sudah ada.

Tunku Aziz sendiri tidak percaya kepada Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP. Bukan sahaja tidak percaya, Guan Eng DAP juga biadap terhadap veteran politik tersebut. 
Apa lagi yang DAP Pulau Pinang mahu? Apa lagi yang rakyat Pulau Pinang mahu? Apakah Guan Eng DAP masih layak menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang? - Dr.MiM
Lagi pendedahan terbaru [KLIK]



[VIDEO] : Terbaru #BangkangDariLongkang - Klik Like Sebelum #BabyG Meroyan! Kah3!


Video terbaru BANGKANG DARI LONGKANG muncul di youtube, aku cuma nak pesan jangan lupa klik LIKE.

Nanti PapaGomo meroyan!

Kalau dia meroyan nanti semua dia salahkan. Kita kena dengar cakap dia sebab menteri pun 'sujud' dengan dia.

Bagi dia latihan untuk melahirkan bloggers/pemain media sosial baru tak efektif, sebab semasa pilihanraya nanti dia mampu laporkan semua kejadian dan aktiviti calon di setiap 222 Parlimen dan 505 kerusi DUN.

Bagi beliau apa yang efektif adalah 'DUDUK & JILAT' aiskrim di tengah panas.

Kalau saudara semua nak tahu, kebanyakkan video yang menyebelahi pihak yang saya dokong, saya sentiasa klik LIKE, kecuali video PapaGomo a.k.a BabyG saja saya DISLIKE!

Kahkahkah!

Apa pun korang layan bideo Bangkang Dari Longkang punya pengumuman :

Tuesday, May 15, 2012

[VIDEO] : PENGIKUT #BERSIH3 BIADAP DI MAJLIS PM @NajibRazak di LONDON



Kelakuan biadap pengikut BERSIH3.0 di London yang menganggu ucapan DS Najib Tun Razak di Indig2O di London pada 15 May 2012.

Sikap biadap yang ditunjukkan pengikut BERSIH3.0 dalam majlis ini menyebabkan ucapan PM terganggu, tetapi PM dengan profesional meminta mereka berhenti dan meminta golongan yang melaungkan BERSIH3.0 ini berjumpa dengannya selepas majlis selesai.

Sudahlah mencetuskan rusuhan dalam negara sehingga media-media asing melaporkan seolah-olah negara dalam keadaan huru-hara. Kini cuba menganggu ucapan PM di majlis rasmi pula.

Inilah sikap yang diamalkan oleh pengikut pembangkang!

Monday, May 14, 2012

KISAH POLONG TAK BERTUAN YANG TAK CUKUP MAKAN - @PMOMalaysia @HishammuddinH20 @NajibRazak TAK KESIAN KE?


UMNO baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-66 tempoh hari, tetapi walaupun UMNO dilihat sebuah parti yang matang dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda. Tetapi lain pula karenah pejuang-pejuang siber UMNO.

Dalam keadaan pilihanraya semakin hampir dan jentera diarah siap siaga, ada saja cubaan untuk mencacatkan momentum yang dicetuskan oleh DS Najib Tun Razak, dan yang mencacatkan momentum ini bukannya datang dari pihak pembangkang sebaliknya dari pihak kita sendiri.

Bloggers pro-UMNO dilihat terus bermasalah, hanya kerana disebabkan kewujudan dua pihak iaitu Unit Media Baru (UMB) yang diwujudkan oleh sayap Pemuda dan satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Polong Tidak Bertuan'.

UMB selalu dijadikan target oleh kumpulan 'Polong Tidak Bertuan' jika dahulu soal ranking dipertikaikan, kini soal peranan pula dipersoalkan hanya kerana video yang dilakonkan oleh sekumpulan pelakon mendapat jumlah 'DISLIKE' melebihi 'LIKE'.

Disebabkan angka yang besar 'DISLIKE' video tersebut blogger 'Polong Tidak Bertuan' mempersalahkan UMB kerana gagal melahirkan jentera siber yang efektif pada kaca mata beliau sedangkan ratusan ribu diperuntukkan untuk UMB.

Kita lihat hasil mereka yang dilahirkan melalui latihan UMB yang tidak efektif :

Blog yang dedahkan kelibat AMK hadir dalam demo hadapan KPT yang dipick-up oleh blogger 'OTAI'
Blog yang menyiarkan artikel 'Tolong Rahsiakan Dari Orang Melayu' dibaca lebih 34,000 viewers

Ada banyak lagi, tapi cukuplah bagi contoh dua blog ini yang dilihat beri impak dalam penerangan isu-isu semasa kepada rakyat.

Peruntukkan yang diterima dipersoalkan dan angka yang ditulis mampu membuatkan pembacanya teruja, tetapi jika pembaca dan ahli UMNO di luar sana mengetahui jumlah yang diberikan oleh sebuah 'Agensi Kerajaan' dengan bantuan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepadanya.

Saya yakin pakcik-pakcik serta waris pejuang UMNO yang mati kerana terkena renjatan elektrik ketika memasang bendera UMNO akan marah dengan UMNO malah tidak mustahil ada yang hilang minat untuk terus berjuang dengan UMNO.

Berbalik kepada latihan yang tidak efektif yang dijalankan UMB, baru-baru ini UMB dijemput untuk kendalikan satu latihan siber untuk jentera UMNO di Janda Baik, walaupun saya tidak hadir di sana. Tetapi ada cubaan sebotaj dijalankan oleh kumpulan yang diketuai oleh blogger 'Polong Tidak Bertuan' ini.

'Polong Tidak Bertuan' ini bertindak menghubungi pelbagai individu dan mengarahkan supaya mengagalkan latihan yang diadakan. Dua kelibat manusia dari Johor bertindak memprovokasi pihak fasilitator dan menyeru semua peserta keluar dewan.

Tapi sayangnya cubaan ini gagal, kesudahan latihan tersebut MAJORITI peserta yang hadir mohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada UMB. Ini bermakna blogger 'Polong Tidak Bertuan' ini memang jenis manusia pengacau.

Latihan UMB Tidak Efektif Bagaimana Dengan Konvesyen Media Sosial?


Konvesyen Media Sosial - yang diadakan di setiap negeri setahu saya digerakkan oleh kumpulan 'Polong Tidak Bertuan' menerima bajet dan peruntukkan dari Biro Tata Negara (BTN). Malah bajet yang diperuntukkan bagi setiap negeri melibatkan angka yang besar.

Tetapi apakah fungsi Konvesyen Media Sosial yang diadakan ini, tempah t-shirt, cap, gift sahaja melibatkan kos puluhan ribu. Persoalannya ke mana perginya pemain-pemain media sosial yang hadir setiap kali konvesyen ini tamat?

Saya difahamkan jumlah yang ada sekarang ini hampir 20,000 pemain media sosial sepanjang Konvesyen Media Sosial ini diadakan. Mana mungkin angka yang besar ini tidak mampu klik 'LIKE' video yang dilihat menyebelahi kita?

Jika jumlah peruntukkan yang diberikan oleh BTN tidak mencukupi, saya sarankan BTN tambahkan lagi jumlah peruntukkan kepada kumpulan 'Polong Tidak Bertuan' dan 'Datuk' yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka barangkali (Melaka ada sultan ke?) agar Konvesyen yang menghimpunkan PULUHAN RIBU pemain media sosial ini, mampu klik 'LIKE' video yang memihak kepada kita.

Sebagai penutup sarankan agar 'Polong Tidak Bertuan' ini paparkan jumlah 'LIKE' dan 'DISLIKE' video yang beliau upload di youtube. Jangan 'disabled' rating video sebagaimana di bawah - barulah kita boleh menilai berapa ramai cybertroopers yang dilahirkan melalui latihan yang kamu turut jalankan di setiap negeri :


Contoh video yang tidak 'disbled' jumlah rating :


Meletakkan segala kegagalan kepada orang lain adalah sesuatu perkara yang mudah. Mempertikaikan peranan orang lain juga cukup mudah. Jadi pengkritik juga cukup mudah, tetapi ada baiknya sebelum kritik dan fitnah orang konon terima peruntukkan lihat dahulu perut sendiri yang semakin membesar hasil duit pemimpin UMNO tetapi dalam masa yang sama sebotaj jentera yang dilahirkan oleh sayap parti!

Kalau aku cerita secara terperinci nescaya yang menerima akibatnya adalah UMNO itu sendiri.

Aku tiada masa nak melayan karenah gila blogger yang bakal menentukan hidup mati UMNO ini, lebih baik aku sambung jelajah cari anak-anak orang susah yang nak sambung belajar. Bukan sekadar blogging dari kerusi empuk di rumah setiap bulan dalam akaun ada puluhan ribu.

Moron!

YY : Selesai aku cari anak-anak melayu yang miskin supaya dia sambung belajar sebagaimana PM harapkan, aku cerita pula kisah orang-orang di Jabatan Perdana Menteri yang GAGAL kawal seorang blogger berusia 29 tahun!

Sunday, May 13, 2012

Kesian Kat Mak Tom - Hari Ibu Pun @AzminAli Tak Balik-Balik?


Sempena Hari Ibu sudahkah Azmin Ali menghubungi Mak Tok?


My NewsHub 
Genap dua minggu Che Tom Yahaya meluahkan perasaan kecewa dan sedihnya dengan perlakuan anak kesayangannya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, namun ia masih tidak mampu mengubah apa-apa. 
Menurut sumber, Azmin masih lagi ‘buat bodoh’ dan tidak menghubungi mahu pun bertanya khabar ibunya yang uzur itu walaupun pada satu peringkat beliau pernah diminta berbuat demikian oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah sendiri, iaitu isteri kepada bos kesayangannya itu sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Sebaliknya, Azmin hanya menggunakan laman media dan blognya untuk menjelaskan pada masyarakat – SAYA TIDAK PERNAH DERHAKA. 
Bukan itu saja, Azmin juga menuduh UMNO menjadi dalang di sebalik rakaman video klip itu. 
” Walaupun Che Tom menangis dan merintih meminta Azmin kembali ke pangkal jalan, namun sehingga kini beliau masih membisu seribu bahasa sebaliknya hanya menggunakan laman blog peribadinya untuk menafikan perkara tersebut. 
” Bahkan sejak kali terakhir datang beraya di rumah ibunya pada tahun lepas, itu jugalah kali terakhir beliau bertemu ibunya dan tidak pulang-pulang hingga ke hari ini. 
” Nak tahu pejabat Azmin? Dari rumah Che Tom tak sampai 10 minit, bayangkan,” kata sumber dalaman keluarga tersebut. 
Baru-baru ini Che Tom meluahkan perasaan sedihnya mengenai Azmin dalam satu pertemuan dengan pihak media di rumahnya di Hulu Klang, Selangor.
Berikut sedutan pertemuan itu. 
- Insiden di pagi Syawal tahun lalu 
“Saya teramat sedih atas apa yang berlaku terhadap anak-anak saya. Selama hari ini saya mendiamkan diri sebab dia (Azmin) tak balik tengok saya sejak 30 Ogos tahun lalu. Sejak itu dia tiada menelefon, tanya khabar dan tak datang tengok saya serta tak bagi duit belanja. 
Masa dia datang pagi Syawal, Ummi (adiknya, Ummi Hafilda) ada. Dia terus masuk (ke rumah) dan marahkan saya serta cakap yang bukan-bukan terhadap Ummi. Jadi saya pun menjawab. 
Apabila saya menjawab, dia tanya mengapa saya nak sokong Ummi. Dia perempuan sial, perempuan sundal. Saya kata Min (Azmin), hari ini hari baik bulan baik, kita bermaaf-maafan. Itukan darah daging Min. 
Kemudian dia jawab, itu (Ummi) bukan darah dagingnya. Saya tanya siapa darah daging dia. Dia jawab Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim). 
Selepas itu Azmin menyuruh saya halau Ummi dari rumah. Bila dia kata begitu, hancur hati saya. Anak-anak dan isterinya pun ada sama. Anak-anak dia nak makan pun dia halang dan kata jangan makan apa-apa dalam rumah ini, semuanya haram. 
Kemudian, anaknya nak duduk pun dia halang. Kata Min, jangan duduk di kerusi itu kerana ia tak disamak. Itu yang buat hati saya hancur sehingga hari ini. Saya tak dapat nak berkata apa. 
Saya malu kepada masyarakat, malu dengan kerajaan dan tuhan.” 
- Tidak pandai jaga anak? 
“Orang kata saya tak pandai menjaga anak. Tapi saya rasa saya dengan abahnya (Allahyarham Ustaz Ali Omar yang meninggal dunia pada 1999) ajar macam-macam. Abah dia ajar mereka enam beradik dengan ilmu akhirat, sopan santun dan budi pekerti. Saya cukup jaga anak-anak tetapi apabila sudah besar, bekerja dan ada pangkat, boleh jadi begini. 
- Azmin dahulu 
“Azmin dahulu baik. Dia ingat ibu bapa dan menyayangi adik-beradiknya. Kalau pergi ke luar negara, ada sahaja buah tangan yang dibawa balik tetapi sekarang tidak. 
Sekarang saya sakit, beritahu dia pun tiada jawapan. Beberapa kali saya masuk IJN (Institut Jantung Negara), dia tiada kata nak bayar atau nak tolong hantarkan. 
(Jadi) Parti Keadilan (PKR) ini di mana letaknya keadilan itu. Dengan orang lain dia boleh ambil berat, tetapi ibu sendiri yang mengandungkan dia, dia boleh buat begini. Itulah yang hancur hati saya sekarang ini. Baru-baru ini saya terjatuh dan kepala bengkak. Cucu saya yang hantar ke klinik jumpa doktor. 
Saya mengandungkan dia sembilan bulan 10 hari. Nak bersalinkan dia punyalah susah. Tiga hari tiga malam saya sakit. Tiba masanya sekarang, dia tak ambil berat tentang saya. 
- Kenapa Azmin berubah 
“Saya rasa tentulah mungkin (berpunca daripada) Anwar. Dulu dia tidak begitu. Sekarang kakak dia pun dia tak mengaku kakak. Adik pun tidak mengaku itu adiknya. Dengan dua orang kakaknya pun dia tidak bertegur sapa. 
Baru-baru ini anak kepada kakaknya berkahwin, ada jemput Min tapi dia tak datang. Tetapi saya sabar. Saya diamkan sahaja. 
Sehingga dia buat rumah terbuka (Aidilfitri) tahun lalu pun dia tak jemput saya. Sudah saat-saat akhir baru Shamsidar (isteri Azmin) hubungi dan mengajak saya ke rumah terbuka itu. Saya kata tak payahlah.” 
- Tentang hubungan Shamsidar dan Anwar 
“Itu saya tidak boleh kata betul sebab saya tak pandang, saya tak nampak. Kita manusia, kalau kita tak buat, orang tuduh-tuduh, kenapa kita tak menentang? Kenapa tak mahu sumpah laknat. Kenapa tak mahu saman? Berani kerana benar, takut kerana salah.” 
- Mengenai gambar Azmin bersama seorang wanita yang banyak disiarkan dalam blog. 
“Orang banyak tanya kebenaran tentang dakwaan itu. Saya kata saya tak nampak, jadi saya tak mahu kata ia betul. Tapi itulah, adat orang Islam, kalau betul kita tak buat, kita bersumpah di masjid atau saman orang yang menjatuhkan maruah kita. 
- Pernah cuba hubungi Azmin? 
“Sejak raya (Syawal) tahun lepas, saya sudah tidak menghubunginya. Dia pun tak hubungi saya. Tapi sebelum itu, bila dia datang sini, dia ada pesan kalau ada apa-apa, cepat-cepat hubungi Min. Tapi malangnya apabila saya telefon, tak berjawab. Sampai ke hari ini, tidak ada telefon tanya khabar dan datang jenguk saya. 
Dia pernah datang kampung ini bagi ceramah tetapi saya tak tahu. Orang kampung yang beritahu dan tanya Min tak singgah rumah? Saya kata tidak ada, dia sibuk. Sedangkan kalau nak dikira pun pejabat (wakil rakyat) dia dengan rumah saya jarak 10 minit sahaja. 
- Harapan Che Tom 
“Tiada harapan, hati saya bukan luka, bukan sakit. Kalau sakit boleh diubati, kalau luka boleh dijahit, tapi ini hancur. Hancur sama sekali. Pagi Syawal dia maki adik dia (Ummi), dia kata perkataan yang dahsyat yang tuhan tak suka perkataan itu. Itu yang hancur hati saya. 
Kalau boleh, Min sedarlah diri. Baliklah ke pangkal jalan. Janganlah teruskan perangai diri begitu. Saya tak ajar perangai seperti itu. Saya malu. Dalam Parlimen pun nak bergaduh. Buat demonstrasi pun bergaduh sehingga kerana mereka, ramai yang luka parah. Ini bukanlah keadilan. Itu namanya menjahanamkan orang.” 
- Jika Azmin minta maaf 
“Saya tak buang anak. Anak mana pun tetap anak saya kerana saya yang mengandungkan dan melahirkan. Saya tak buang dia (Azmin). Tapi kalau dia nak balik, ikut dua syarat ini. Baliklah ke pangkal jalan, sedarlah diri dan bertaubat kepada Allah. Berhentilah daripada kumpulan-kumpulan itu. Kawan-kawan dia banyak yang sudah berhenti dan sedar. Kalau boleh dia pun begitu. 
(Kemudian) Barulah dia balik. Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok. Tiada maknanya. Saya hidup lagi pun dia tidak mahu tengok, jadi dah mati baru nak tengok, tak payahlah.
Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bersusah payah kerana saya. 
Jika ada terkasar bahasa, saya minta maaf. Mungkin satu dua hari ini saya mati, saya minta maaf dunia akhirat. Apa sahaja kesalahan saya, saya minta maaf.

[VIDEO] : Artis Popular Turut Serta Jelajah #JDAB2012 - Ini Bukan 'Free Education' Ke?



Rakaman sekitar program Jelajah Destini Anak Bangsa JDAB2012 yang berlangsung di KL pada 11 Mei 2012. Program jelajah bertujuan mencari lepasan SPM yang gagal menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana masalah kemiskinan.

Program ini merupakan program yang dinaungi sendiri oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dianjurkan oleh Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) sebuah badan NGO dengan kerjasama penuh UiTM.

Sehingga ke hari ini hampir 3,000 data pelajar lepasan SPM berjaya dikumpul oleh Skuad JDAB2012 yang mana semalam lebih 100 lepasan SPM di Bagan Datoh bakal diserap ke program MDAB untuk mengikuti Pra-Diploma selama 6 bulan di UiTM secara PERCUMA!

Selanjutnya : Layari blog [JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA]

YY : Makan, minum, belajar asrama semuanya diberikan secara PERCUMA. Wajarlah kita ucap terima kasih kepada pihak KERAJAAN dan UiTM. Takkan nak ucap terima kasih kat Anwar Ibrahim yang dok jelajah bersihkan imej dari skandal moral? Hahaha!

9 Hari Menjelang #HBN2012- Ekiden Run Terbesar di Putrajaya

“Marilah kita berlari beramai-ramai di mana ini adalah sebahagian daripada rencana sambutan Himpunan Jutaan Belia 2012 dan merupakan satu falsafah yang sangat besar

iaitu menyerahkan Putrajaya kepada anak-anak muda dalam menyertai aktiviti yang lebih berfaedah,” ujar Menteri Belia dan Sukan Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semasa majlis Pra Pelancaran 7th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2012 di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sini hari ini.

“Menggalakkan belia mengamalkan gaya hidup yang sihat dan dedikasi adalah salah satu objektif utama aktiviti ini disamping dapat mengeratkan lagi hubungan baik dan sikap persefahaman di antara Malaysia, Jepun serta beberapa lagi buah negara yang lain,” ujarnya lagi.

Jumlah penyertaan pada tahun 2007 adalah seramai 131 kumpulan peserta manakala pada tahun 2011 meningkat kepada 1073 kumpulan. Jumlah ini meningkat dengan mendadak pada tahun tersebut dan pada tahun ini, jumlahnya dijangka bertambah berdasarkan kepada jumlah permohonan pernyertaan yang diterima urusetia setakat ini. 
Ianya adalah satu jumlah yang terbesar dalam sejarah penganjuran Ekiden itu yang turut mencatatkan rekod di dalam The Malaysia Book Of Record.

Dato’ Sri Ahmad Shabery didalam ucapannya menyarankan agar pihak penganjur menghadkan jumlah penyertaan kepada 1,000 pasukan sahaja. Jumlah ini masih besar memandangkan penganjuran di negara ini masih mencatatkan jumlah terbesar dikalangan negara-negara yang pernah menganjurkan larian ini termasuk di negara Jepun dan Singapura.

Beliau juga mencadangkan supaya jumlah penyertaan terdiri dari pelbagai kaum dan peringkat umur bagi memperlihatkan keunikan masyarakat negara ini.

“Diharapkan agar program seperti ini adalah program yang terhebat dan dapat memberi kebaikan kepada golongan muda dan mendekati mereka dengan lebih berkesan pada kali ini,” katanya selepas menyerahkan borang penyertaan kepada wakil-wakil penganjur dan menerima tajaan dari syarikat-syarikat tempatan.
Pelbagai acara dan karnival disediakan untuk golongan belia sempena Himpunan Jutaan Belia 23hb - 27hb Mei  HBN2012 [KLIK] 

Saturday, May 12, 2012

[VIDEO] : Artis Nak Demo Esok?



Komedi berbentuk sindiran yang tepat kepada sesetengah pihak di Malaysia, ini hanyalah rakaman video komedi. Tetapi bila meneliti kebanyakkan komen yang ditinggalkan.

Jelas ada pihak yang tidak senang dengan komedi yang dilakonkan oleh beberapa artis popular tanahair ini. Sehingga ada yang sanggup melaknat sesama muslim.

Faham-fahamlah puak mana yang jenis laknat-melaknat sesama muslim...

Selamat berhujung minggu...


@TashaShilla Hangatkan Lagi Siri Jelajah #JDAB2012

Tasha Shilla yang turut serta dalam JDAB2012 di Danau Kota
Setelah selesai menjelajah Negeri Sembilan dan Johor Bahru, Skuad JDAB2012 kembali menyambung siri jelajah mereka yang memasuki hari ke-4. Lokasi yang dipilih oleh Skuad JDAB2012 untuk peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah KL Sentral, Hentian Putra dan Uptown Danau Kota.

Semalam Skuad JDAB2012 turut dibantu oleh barisan artis popular tanahair seperti Danny X-Factor, Tasha Shilla, Syed Aiman, Linda Rafar, Diana Rafar, Syahir AF8, Fida, Zamarul Hisham, Gambit, Dina AF9 dan Aida AF. Kesudian rakan artis yang mewakili NGO Malaysia Artist Sport Club (MASC) ini telah memeriahkan lagi suasana di sekitar Uptown Danau Kota.

Barisan artis popular ini turut bersama Skuad JDAB2012 meronda sekitar Uptown Danau Kota dalam usaha mencari pelajar lepasan SPM dan mereka yang mempunyai anak lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi namun dibelenggu masalah kemiskinan.

Selanjutnya : KLIK SINI

Rakaman sekitar dua hari siri Jelajah Destini Anak Bangsa di Negeri Sembilan & Johor Bahru :

Friday, May 11, 2012

Antara Hak Demontrasi, Privasi dan Hak Mencari Rezeki...

Oleh : Beruang Biru

Kita tidak tahu sama ada S.Ambiga adalah seorang yang keliru, dungu atau semata-mata hipokrit. Beliau yang menganggap diri sendiri sebagai juara hak asasi manusia kini terjerit-jerit menafikan hak manusia lain untuk mencari rezeki dan berhimpun di depan rumahnya. 
Seolah-olah hilang pertimbangan Ambiga benar-benar berang apabila 20 peniaga Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang kerugian akibat BERSIH 3.0 menuntut pampasan darinya dan bertindak berniaga di hadapan rumahnya. 
Alasan Ambiga ialah mereka telah menceroboh privasinya. Malah beliau juga menempelak mereka sebagai penyangak. 
Benar, Ambiga ada hak privasi, tetapi beliau perlu ingat bahawa peniaga-peniaga juga ada hak berhimpun dan mencari rezeki di mana saja mereka suka. 
Lagipun, bukankah Ambiga juga yang menunjukkan contoh bahawa manusia boleh berhimpun di mana saja termasuk di kawasan perniagaan, walaupun ia akan menggugat hak manusia lain untuk mencari rezeki. 
Dan Ambiga jugalah yang menunjukkan contoh bahawa manusia ada hak untuk menceroboh ke kawasan larangan dan mengingkari perintah pihak berkuasa jika mereka suka. 
Adalah pelik apabila peniaga yang berhimpun dan berniaga dengan aman dipanggil penyangak sedangkan mereka langsung tidak merosakkan harta benda Ambiga sepertimana perusuh ternakan Ambiga dalam BERSIH 3.0 merosakkan kereta polis termasuk mencederakan anggota polis. 
Ambiga juga tidak boleh marah jika peniaga mengotorkan kawasan rumahnya kerana itu adalah hak mereka, sepertimana pihak BERSIH 3.0 berhak mengotorkan Kuala Lumpur dengan sampah sarap dan darah pada 28 April lalu. 
Dalam kes ini, Ambiga perlu ingat bahawa sekurang-kurangnya beliau dan jiran-jiran langsung tidak mengalami apa-apa kerugian dari segi kewangan. Kesan kepada Ambiga dan jiran-jiran hanyalah dari segi perasaan terganggu atau rimas. 
Tetapi, apa yang dialami oleh peniaga-peniaga tersebut ketika BERSIH 3.0, ialah kerugian yang bukan sedikit. Itupun belum lagi dikira dengan kerugian dalam BERSIH 2.0 yang belum dilunaskan oleh Ambiga. 
Sedarkah Ambiga, bahawa peniaga-peniaga inilah rakyat marhaen yang konon dibela oleh Ambiga melalui BERSIH. 
Justeru, kenapakah rakyat marhaen yang hanya berniaga kecil-kecilan ini perlu dipanggil penyangak hanya kerana ingin menuntut hak mereka yang telah dirampas oleh Ambiga dalam BERSIH yang lalu? 
Maka, tidak salahlah jika kita berkata bahawa Ambiga dan BERSIH tidak pernah mewakili suara rakyat marhaen tetapi hanya segelintir rakyat yang menyokong pembangkang sahaja. 
Jika Ambiga benar-benar berniat baik dan seorang pejuang hak rakyat yang ikhlas, beliau tidak akan sekali-kali menempelak atau naik berang dengan peniaga-peniaga ini. Sebaliknya beliau akan turun bersemuka dengan mereka, meminta maaf dan mendengar keluhan mereka dan berjanji akan melakukan sebaiknya untuk membantu dengan apa jua cara yang termampu. 
Tetapi, Ambiga sememangnya berniat jahat dan tidak ikhlas. Ini telah pun terbukti apabila beliau dengan selamba mencuci tangan enggan bertanggungjawab apabila perusuh ternakannya ditangkap ataupun cedera. 
Sedikit pun beliau tidak peduli dengan nasib mereka jauh sekali menjenguk mereka yang hospital, sedangkan mereka juga mewakili rakyat marhaen yang konon diperjuangkannya. 
Maka terbuktilah sudah buat kesekian kalinya, siapa Ambiga, iaitu seorang hipokrit dan pengkhianat negara. Apapun, terima kasih diucapkan kepada para peniaga Ikhlas yang berjaya membuat seekor iblis keluar dari penyamarannya.

[FOTO] : Lebih 400 Lepasan SPM Dikesan Dalam Dua Hari Jelajah #JDAB2012


Selesai sudah siri JDAB2012 bagi mencari golongan lepasan SPM yang gagal melanjutkan pelajaran di Negeri Sembilan dan Johor Bahru semalam. Hari ini skuad JDAB2012 yang bertolak pulang ke Shah Alam malam tadi akan kembali menyambung siri jelajah mereka di Kuala Lumpur pada hari ini.

Lokasi yang dipilih untuk jelajah mereka di Kuala Lumpur adalah Stesen KL Sentral, Hentian Putra dan Uptown Danau Kota. Malam ini beberapa artis turut menyertai siri jelajah mereka antaranya Danny X-Factor, Gambit, Syed Aiman, Syahir AF8, Zamarul Hisham, Linda Rafar, Diana Rafar, Fida dan Tasya Syilla yang mewakili NGO Malaysian Artist Sports Club (MASC).

Selain mencari golongan pelajar lepasan SPM, barisan artis ini akan turut serta memberi penerangan serta info kepentingan pendidikan kepada masyarakat miskin bandar yang telah disasarkan.

Selepas melawati sekitar Pasar Awam Segamat, Tangkak dan Muar. Skuad JDAB2012 semalam turut berkesempatan melawat tapak baru kampus UiTM yang bakal dibina di Pasir Gudang dan turut bersama Tan Sri Mohammad Nor Yakop mengagihkan bantuan kepada golongan miskin di Pasir Gudang.

Ayuh kita temui skuad JDAB2012 yang turut disertai artis-artis popular tanahair untuk bertanyakan program-program pembelajaran yang disediakan oleh MDAB dengan kerjasama UiTM jam 9.00 malam ini.

Layari blog : Jelajah Destini Anak Bangsa atau ikuti twitter : @JelajahDestini untuk kemas kini lokasi yang bakal mereka kunjungi.

Foto sekitar Johor Bahru :

Pengerusi MDAB Mohd Faizal Daud ditemubual oleh Astro Awani
Skuad Sukarelawan JDAB2012 mula bergerak mencari sasaran seawal jam 7.30 pagi
En.Aizuddin memberi taklimat kepada Puteri UMNO dan Sukarelawan JDAB2012
Sukarelawan JDAB2012 memberi info tentang program yang disediakan



Sambutan warga Muar

Tan Sri Mohammad Nor Yakop bersama memberi sumbangan ketika melawat tapak baru UiTM Pasir Gudang


Skuad Sukarelawan bergambar bersama Tan Sri Mohammad Nor Yakop

11 Hari Menjelang #HBN2012 Peguam Muda Turut Teruja Jayakan Himpunan Jutaan Belia


11 hari menjelang Himpunan Jutaan Belia yang merupakan 10 himpunan terbesar di dunia yang bakal berlangsung di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei ini bakal melibatkan peguam-peguam muda yang turut teruja mahu menjayakan setiap acara yang disediakan.

“Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburan semata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier,” ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim. 
Dalam taklimat Hari Belia Negara (HBN) 2012 bersama 25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan bakat-bakat masing-masing. 
Menurutnya lagi, “peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang permasalahan kepada pengungjung-pengungjung yang hadir pada HBN kali ini.” 
Di samping itu, KBS menggalakkan belia-belia profesional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam menjayakan HBN yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa depan negara.
Ketahui setiap segmen dan aktiviti yang disediakan untuk golongan belia sepanjang berlangsungnya Himpunan Jutaan Belia layari : www.hbn.gov.my 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS
Pembekal Barangan Original Pasukan Kelantan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...